Assalamualaikum. Hai. Nama aku Fel. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession aku. Dan terima kasih di atas komen2 positif mahupun negatif daripada kalian.
Malah, ada yang tanya, suami aku ke yang berjimat cermat sampai makanan pun kena catu. Huhu. Alhamdulillah. Walaupun kami hidup tak kaya, kami masih lagi normal macam kalian. Tetapi, aku pernah je lalui kehidupan lebih kurang macam tu tetapi bukan dari segi makanan la.
Ini yang aku ingin ceritakan. Betapa berbezanya prinsip dua lelaki dalam hidup aku. Bapa aku dan suami aku. Tapi mereka punya satu persamaan yang membuatkan aku kagum.
Aku dibesarkan dengan cara hidup yang sederhana. Bapaku dulunya orang susah. Rezeki Allah mengaturkan pekrjaan bapa aku dalan sektor swasta. Alhamdulillah. Makan pakai kami sangat cukup. (Ibuku pula bekerja dalam sektor kerajaan).
Cuma, yang membezakan bapa aku dengan suami aku sekarang, bapa aku tidak akan memanjakan kami adik beradik dengan barang2 kehendak kami. Kalau keperluan, dia masih ok. Sebagai contoh, waktu kami kecil, kami jarang ada mainan. Kalau ada pun, ibu aku yang belikan. Kata bapa aku. Itu semua pembaziran. Kalau untuk akademik atau sumbangan, bapa aku memang tidak pernah berkira. Bahkan, ami adik beradik hanya memiliki telefon bimbit sewaktu menjejakkan kaki di unibersiti. Berlainan dengan suami aku yang sentiasa bersedia untuk membelikan kehendak anak2 kami. Cuma masih dalam lingkungan kemampuan dirinya.
Aku sebenarnya mengalami kejutan budaya apabila berkahwin dengan suami aku. Mana tidaknya, waktu aku masih lagi anak bapa dan ibu aku, wang bukan masalah bagi diri aku. Aku hanya perlu katakan yang aku perlukan wang untuk pelajaran aku di universiti, memang aku akan mendapatnya dengan mudah. Tetapi, apabila aku telah bertukar status, baru aku sedar, mencari wang bukan mudah. Aku tidak biasa hidup dengan ketiadaan wang simpanan dalam akaun bank. Apatah lagi ibu bapaku.
Ibu aku pernah menegurku ketika aku terlepas kata mengenai wang dalam akaun bank yang semakin susut. Katanya dirinya akan gundah dan tidak akan keluarkan wang apabila akaunnya hanya tinggal 5K sahaja. Baginya itu sudah bahaya. (Padahal, beliau mempunyai lebih dari 1 akaun). Aku juga sudah terbiasa begitu. Pastikan akaun aku tidak nyawa2 ikan. Namun, berbeza dengan suami aku. Walaupun akaunnya yang satu itu hanya tinggal rm50. Dia tetap berlagak biasa. Katanya, rezeki ada di mana2. Ya, dia tiada akaun simpanan lain selain akaun gajinya.
Bercakap mengenai rezeki, aku melihat mereka berdua (bapa dan suamiku) sangat berbeza. Bapaku sangat berjimat cermat orangnya. Walaupun dia mampu untuk membeli itu ini, dia tidak akan membeli jika tiada keperluan. Jika bulan itu, pengaliran wang agak laju, maka bapaku akan berusaha untuk mengehadkan belanjawan yang tidak berkepentingan. malah, bil eletrik pon akan dicatunya. Berbeza dengan suamiku.
Hatta simpanannya hanya tinggal beberapa ratus, dia tetap menghulurkan wang kepada rakan yang dalam kesusahan, wang kecemasan jika ibunya menginginkanya, wang belanja untuk anak-anak buahnya dalam satu2 program. Katanya, dia yakin dengan Allah. Jika rezeki tidak ke mana. Malah, dia juga hairan, pada saat dia perlu menggunakan wang untuk itu ini, dia tetap dapat memiliki apa yang dia rancang ingin memilikinya. Sebagai contoh, saat telefonnya rosak, ada hamba Allah yang baik hati menaja telefon barunya. Saat dia ketandusan wang untuk makan di luar, pasti ada kawan atau bosnya yang membayar makanannya.
Aku ada terbaca satu komen di mana penulis komen memilih untuk bebas berhutang. Alangkah indahnya hidup jika aku juga dapat menjadi seperti anda. Seperti adik aku sekarang. Seperti ibu bapaku sekarang. Ya. Sebenarya, itulah asuhan ibu bapaku. Jangan sesekali berhutang dengan bank. Apatah lagi berhutang PTPTN. Namun, hanya adikku sahaja yang berjaya mengikut jejak langkah ibu bapaku kerana dia masih lagi bujang. Aku pula yang telah berkahwin ini perlu mengikut kata suami dan suamiku segan jika ibu bapaku campur tangan urusan kewangan kami.
Kenapa aku kaitkan dengan adikku yang masih hingusan itu? Kerana walaupun dia tidak berhutang dengan bank, dia berhutang dengan ibu bapaku. Ibu bapaku bertegas untuk membuat bayaran penuh ketika adikku ingin membeli kereta berjenama. Syaratnya, setiap bulan adik aku akan membayar balik duit mereka. Kata mereka lebih baik berhutang dengan ibu bapa sendiri daripada berhutang dengan bank. Jika mereka telah tiada, maka hutang tersebut dikira hangus. Oh, bertuahnya kau dik. Sudahlah, kadang2 dirimu on off membuat bayaran bulanan. Huhu. Bagi diriku, seperti yang semua sudah maklum, aku masih lagi berhutang dengan bank. Huhu
Satu perkara lagi, bapaku sangat mementingkan barang berjenama. Baginya, jika barang itu berjenama, kualitinya tinggi dan tahan lama. Jadi, dia tidak perlu sentiasa mengeluarkan duit untuk membeli lagi. Cukup sekali. Contohnya, kereta yang dipakainya, beliau akan pakai sehingga kereta tersebut lunyai dan uzur. Begitu juga perkakasan dalam rumah barunya. Bapa dan ibuku cukup pantang barang secondhand. Ya. Berbeza dengan suamiku. Baginya semua benda sama sahaja. Baru atau lama. Yang penting fungsinya. Suamiku pernah membeli peti sejuk secondhand sewaktu kami baru sahaja berpindah masuk ke rumah kami.
Sewaktu ibu bapaku berkunjung ke rumah kami, aku sudah boleh mengagak ekspresi muka mereka. Huhu. Diam2 ibuku berbisik padaku kenapa begitu kenapa begini. Bukan ibu bapaku tidak memberikan tawaran untuk meminjam duit mereka dahulu untuk membeli keperluan rumah kami. Tetapi suamiku bertegas menolak dengan cara baik. Baginya, itu harga dirinya sebagai suami. Selagi dia mampu, dia akan cuba menyediakannya.
Bagi aku, kedua2 pemikiran dan prinsip ini,aku terima dengan hati terbuka. Aku belajar daripada bapaku mengenai masa hadapan yang tidak menentu. Sentiasa beringat tentang wang. Aku belajar daripada suamiku, hidup ini Allah sudah aturkan dan rezeki ada di mana2. Cuma yang pasti, kedua mereka mempunyai satu persamaan. Tidak pernah lokek terhadap orang tua mereka.
Bapaku tidak pernah melupakan tanggungjawabnya kepada datuk dan nenek aku. Beliau tidak pernah lupa untuk memberi wang bulanan kepada mereka Beliau juga melayan datuk dan nenek aku dengan baik. Aku masih ingat. Setiap kali ingin bercuti, datuk dan nenek pasti akan bersama kami. Malah, perkara itu menjadi tradisi dalam keluarga kami. Sekiranya ingin melancong, ibu bapa ku pasti aku bawa bersama.
Hal ini juga sama dengan suamiku. Walaupun sedikit pasti dihulur kepada ibu dan bapa mertuaku. Ibu mertuaku juga lebih senang untuk meminta tolong suamiku berbanding anaknya yang lain. Sepanjang aku berkahwin dengan suamiku, dia tidak pernah berlaku kurang ajar terhadap orang tuanya. Aku juga cuba untuk menjadi menantu yang baik untuk mereka. Sebagaimana ibuku melayan ibu ayahku dengan kasih, aku juga ingin mengasihi mertuaku seperti ibu bapaki sendiri.
Aku bersyukur kerana diberi peluang mengenali dua orang lelaki untuk aku belajar tentang kehidupan. Betul. Dunia ini tidak berputar untuk diri kita sahaja. Ada masa kita perlu menerima kekurangan diri. Dan meraikan kelebihan orang lain. Prinsip aku, suami dan bapa tidak semestinya betul malah tidak semestinya salah. Masing2 mempunyai pendapat yang tersendiri.
– Fel
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit