Dua Soalan Untuk Asatizah dan Influencer

Assalamualaikum semua. Abu kembali lagi meluah di IIUM Confession.

Kali ni abu nak ulas pasal tuduhan tentang s3ksual/ s3xual grooming. Kecoh di media sosial, tentang watak Ustaz Hamadi yang wujud di alam realiti.

Walaupun sekadar kempen hint (tidak sebut nama sebenar), tapi hampir ramai yang berspekulasi siapa pelakunya kerana dia sesetengah post, hint nya kadang2 terlalu jelas.

Netizen ni tak bodoh, walaupun tak sebut nama, tapi sindiran tu terlalu jelas. Sampai terbayang sosok manusia yang diberi hint tu. Bukan terbayang pokok kelapa, monyet atau musang.

Mula- mula Abu ingat pasal kes money laundering, rupanya kes gangguan seksual.

Okay, Abu takde nak bantah apa pasal jenayah amang seksual. Clear cut, ia memang jenayah jika dilakukan kepada mangsa bawah umur.

Adapun kepada gadis/ pemuda bujang, ia tidak salah jika suka sama suka. Menurut seorang peguam, ianya jenayah jika dilakukan kepada suami/ isteri orang.

Cuma Abu ada 2 soalan kepada asatizah selebriti atau para influencer yang buat kempen hint ni.

Sebelum itu, kita definisikan dulu, apa itu kempen hint. Apa yang Abu faham, kempen hint adalah kempen menjual rumor/ persepsi untuk mencari bukti melalui mangsa- mangsa yang terlibat.

Soalan 1. Adakah kaedah hint/ rumor/ persepsi adalah kaedah umum yang dibenarkan oleh syarak?

Sepanjang sejarah umat Islam, mainan persepsi ada meritnya dalam peristiwa penting umat Islam. Tapi ia bukan peristiwa manis, bahkan adalah peristiwa yang pahit bahkan berdarah. Pemb*n*han Sayidina Uthman bin Affan bermula dengan mainan persepsi oleh puak khawarij.

Mereka menyebarkan hint/ rumor/ persepsi bahawa khalifah telah lari dari medan perang (Uhud),

Khalifah lebih mementingkan ahli keluarga (nepotisme) dalam pentadbiran negara dengan alasan kononnya mencari bukti untuk menegakkan keadilan syarak; sehinggalah Uthman dib*n*h pada hari dia berpuasa dan sedang membaca alQuran, setelah dikepung selama 22 hari.

Mainan hint/ persepsi tidak berakhir di situ. Jubah Uthman yang masih mempunyai kesan darah dibawa ke wilayah Syam dan digantung di mimbar Jumaat.

Umat Islam Syam adalah penyokong kuat Uthman. Mereka menangisi kematian Uthman. Keluar bala tentera yang besar diketuai oleh Talhah dan Zubayr untuk menuntut balas kematian Uthman.

Disebabkan mereka berdua adalah sahabat besar Nabi sallallāhualaihiwasallam, ramai umat Islam yang menjadi bala tentera mengikuti mereka.

Talhah dan Zubayr tidak mahu membai’ah kepada Ali sebagai khalifah baru, mereka berkata, “kami akan berbai’ah kepadamu (wahai Ali) sekiranya kau menegakkan hukum Allah (qisas kepada pemb*n*h Uthman).

Ali yang sejak dari awal menyedari ini adalah mainan isya’ah/ hint/ rumor/ persepsi, maka beliau mahu naik menjadi khalifah sebelum menghukum pemb*n*h Uthman bukan kerana gila kuasa, tapi sedar bahawa mainan persepsi ini perlu dihentikan.

Darah khalifah Islam telah tumpah kerana mainan persepsi, berapa banyak darah (maruah) umat Islam lagi harus terkorban?

Aisyah yang pada ketika itu sedang berada di Mekah menunaikan umrah. Orang- orang datang pula kepada Aisyah mengadu,

“Wahai ibu (ummul mukminin), khalifah Islam telah dib*n*h, apa yang patut dilakukan?” Keluar pula bala tentera yang besar dari Mekah mengikuti Aisyah menuju ke Syam.

Sampai di Syam, tentera Aisyah bergabung dengan tentera Talhah dan Zubayr, menjadi ketumbukan yang sangat besar.

Ali menghantar bala tenteranya untuk berunding dengan Aisyah supaya pulang ke Madinah. Mereka berdamai. Sebelum subuh, khemah Aisyah telah diserang oleh puak pemberontak.

Aisyah bangun dan terkejut, seraya berkata, “Ali telah mengkhianati kita”. Kemudian khemah tentera Ali pula diserang. “Aisyah telah mengkhianati kita. Demikianlah peristiwa Perang Jamal.

Persepsi yang dibina oleh musuh- musuh Islam kononnya untuk tahqiq mencari bukti kebenaran, kononnya untuk mencari bukti pemb*n*h Uthman (Ali sudah tahu dari awal siapa pemb*n*h Uthman), akhirnya mengorbankan dua sahabat besar Nabi, Talhah dan Zubayr.

Aisyah setiap kali mengenangkan peristiwa Jamal, basah tudungnya menangisi ia dan mengatakan, “alangkah baiknya sekiranya aku mati sebelum peristiwa itu”.

Di sini, Sayidina Ali bin Abi Talib mengajar kita, bahawa tahqiq mencari bukti menegakkan keadilan mestilah dilakukan oleh wilayah ‘ammah (pemerintah Islam).

Kerana itu beliau mahu menjadi khalifah dahulu sebelum menghukum pemb*n*h Uthman. Walaupun Talhah dan Zubayr adalah sahabat besar Nabi sallallāhualaihiwasallam, fitnah akan berlaku jika tidak melalui saluran wilayah ‘ammah.

Kaedah syarak mana yang mengatakan menyebarkan hint/ rumor/ persepsi untuk menyiasat?

Okay, katakanlah kaedah hint adalah kaedah yang dibenarkan syarak.

Kalau “kaedah hint” adalah sebuah “kaedah fiqh yang dibenarkan syarak”, boleh dipakai oleh asatizah selebriti, atas alasan, bertujuan untuk membantu mangsa, ada aduan berstrategi, mangsa tidak keseorangan, yada yada,

Kenapa “kaedah hint” yang sama tidak boleh dipakai oleh orang bukan asatizah untuk tujuan jahat, membina persepsi, bersangka- sangka, memaki hamun dan sebagainya? Walau apa pun alasannya, sebab alasan boleh petik dari langit.

Adakah ada dwi standard dalam kaedah syariah? Apakah ada hukum berbeza untuk ulama’ bani Israel dan golongan biasa bani Israel? Bolehkah dalam satu “kaedah syarak” menatijahkan syurga dan neraka? Adakah ini maksud keadilan yang mahu dicapai syarak?

Kenapa bukan buat laporan polis dulu, serahkan bukti pada pihak berkuasa, biar pihak berkuasa (wilayah ‘ammah) yang lakukan siasatan.

Kemudian bila siasatan polis tak jalan macam kes #justiceforbella, barulah guna kuasa viral untuk tarik perhatian orang ramai. Ada bukti atau tiada bukti sebenarnya?

Sampai tulisan ini ditulis, 9 malam 27 Julai 2021, tiada laporan polis lagi dibuat berkenaan jenayah seksual pendakwah tersebut menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 26 Julai 6.52 pm.

Drama hint dah 3 4 hari berlegar di media sosial, tapi belum ada laporan polis?

Soalan 2. Oleh kerana hint terlalu jelas, sampai tersebar video menunjukkan muka pemangsa dan mangsa (?) oleh netizen, kerana provokasi hint/ persepsi dari influencer/ asatizah selebriti.

Sedangkan laporan polis belum ada, adakah kita nak suruh netizen menjadi hakim di media sosial? Kalau bukan menjadi hakim, apa tujuannya?

Sedangkan proses beban pembuktian di mahkamah belum tentu menatijahkan seseorang itu bersalah. Kerana kekurangan bahan bukti seperti cctv, dna, cap jari dsb.

Andai cukup dengan dakwaan sahaja, mudahlah sesiapa sahaja dituduh sebagai pencabul. Contoh X membayar Y sebanyak rm5000 kemudian Y kempen hint di media sosial dia, bahawa Z adalah pencabul. Tanpa beban pembuktian, karakter Z boleh dib*n*h begitu sahaja.

Adakah ini maksud keadilan yang syarak mahukan? Mahkamah yang dihakimi oleh para asatizah dan netizen?

Kita tidak perlukan lagi mahkamah syariah atau mahkamah sivil, kerana mahkamah media sosial sudah cukup instrumennya untuk mensabitkan seseorang sebagai penjenayah. (?)

Itu sahaja soalan saya. Semoga Allah selamatkan anak dan isteri kita dari segala maksiat dan jenayah. Bukan nak taksub tak tentu hala, tapi ada je kes kena tuduh jenayah r0g0l penjara 20 tahun di India sana nu, tapi tak betul pun.

Ada je kena tuduh jenayah memb*n*h 20 tahun di Korea sana nu, tapi last2 sekali pengadilan kata silap penjara.

Kisah Nabi Yusuf pun ada kan?

Bukanlah menolak bahawa jenayah itu wujud. Saya percaya watak Ustaz Hamadi itu real. Cuma saranan saya, pilihlah saluran terbaik menurut undang- undang dan hikmah kebijaksanaan syarak.

Ada kes, buat laporan polis. Biar polis jalankan siasatan. Cukup bukti, Timbalan Pendakwa Raya buat pendakwaan, hakim adili di mahkamah.

Kalau dah buat report polis, tapi tak jalan mcm kes #justiceforbella, barulah pertimbangkan kuasa viral.

Kami cintakan para asatizah, tetapi kebenaran lebih kami cintai.

– Abu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *