Dua Syurga

Hi semua. Saya betul-betul nak meluah rasa ni. Hajat hati nak tulis guna bahasa persuratan tapi saya dah malas nak fikir kerja mengarang.

Ni pasal suami dan ibu saya. Dua manusia yang saya sayang sangat. Dua-dua pun syurga saya walaupun keutamaan taat adalah pada suami sendiri.

Umi saya ibu tunggal. Saya anak bungsu dari dua beradik. Kami semua tinggal di tanah warisan yang sama so kiranya rumah kitaorang ni jaraknya cuma sepelaung saja. Rumah umi diapit oleh rumah saya dan kakak.

Literally Umi tinggal sorang so cucu-cucu Umi samada dari anak saya atau anak kakak akan tinggal bergilir untuk jaga Umi. Makanan pun kami hantarkan. Umi tak perlu susah-susah masak.

Kitaorang adik-beradik ni anak yang baik tau. Kami tak pernah berkira dengan Umi. Rumah kami adalah rumah Umi juga. Umi bebas keluar masuk bila-bila masa dan Umi boleh ambil apa benda yang Umi nak dari rumah kami.

Kami juga selalu pastikan apa saja benda kami ada contohnya baju, perabot, barang letrik atau emas yang kami beli, Umi pun mesti ada juga dengan value yang lebih.

Tapi Umi ni perangainya pelik sikit. Dia macam tak pandai puas dan suka berprasangka yang bukan-bukan. Contoh macam saya belikan gelang yang sama untuk dia, dia akan fikir yang gelang saya jauh lebih mahal dari dia.

Dia akan ajak tukar atau bawa kedua-dua gelang dan timbang dekat kedai. Kalau didapati sama, maka dia akan mencipta prasangkaa lain yang kononnya saya ada beli gelang lebih untuk saya tapi saya sembunyikan.

Umi ni juga jenis kuat merungut dan berleter. Setiap hari ada saja alasannya nak berleter. Dia akan ke rumah kami dan akan berleter pada anak-anak saya pasal apa saja.

Kadang dia sengaja cari salah kami termasuklah cara anak saya sidai kain yang tak sekata pun boleh jadi isu.

Kalau dia tak merungut atau berleter, dia akan merengek kesakitan. Umi memang ada diabetes jadi kakinya selalu sakit. So dia akan ke rumah kami dan mengadu-ngadu sakitnya diselangi dengan leteran.

Umi ni dia ada obses dengan hospital. Jadi dia akan cari apa saja alasan untuk pergi hospital. Kalau kami bawa bercuti di luar negara mana sekali pun, dia tetap akan cari alasan nak merasa hospital di tempat tu.

Tapi itu bukan masalah saya sebab saya dah terbiasa melayan karenah pelik Umi sejak kecil lagi. Dulu masa arwah abah ada, lagi pelik perangai dia.

Yang jadi masalah sekarang ialah suami saya. Mula-mula dulu suami saya ambil masa juga nak faham umi saya tu. Kami selalu bertengkar pasal umi.

Tapi sekarang ni, suami saya dah jadi macam perangai umi saya! Paling menyakitkan ialah dia orang dua ni macam ada battle pula nak perhatian dari saya dan saling membatu api.

Ok saya bagi contoh,

Saya pulang kerja jam 5.30. Belum pun sempat tutup pintu kereta, Umi saya akan mengadu pada saya yang suami saya pulang lambat (dia cikgu kerja setengah hari) dan mula menghasut saya tentang cerita suami orang yang curang.

Bila saya masuk rumah, suami saya pula akan mengadu yang umi tadi ada ambil rempah kari atau umpat saya pasal saya selalu balik lambat dari ofis.

Selalunya dua2 cerita ni saya tak layan. Tapi malangnya, bila saya tak layan, dua-dua makin menjadi pula batu apinya.

Saya dah cuba slow talk dengan dua-dua tapi finally saya pula dipersalahkan. Umi tuduh saya lebihkan suami. Suami pula tuduh saya lebihkan Umi.

Memang saya tahu dalam Islam perlu diutamakan suami tapi nampaknya hukum itu tidak masuk dalam kamus hidup umi.

Umi akan buat benda-benda yang tak munasabah termasuk menyiksa dirinya sendiri untuk membuktikan dia lebih layak diutamakan. Contohnya dia akan mogok makan sampai gastrik, atau sengaja lukakan kakinya.

Hal yang sama berlaku juga pada kakak. Cuma bezanya, kakak ni pelawan sikit. Husband dia pula terang-terang dah tunjukkan sikap bermusuh dengan Umi.

Beza dengan suami saya, dia tak tunjukkan sikap permusuhan terang-terangan. Tapi dia copy habis semua perangai Umi sebagai tanda memberontak.

Menghadap dia orang berdua ni, saya rasa macam nak merajuk, pergi jauh saja dari sini. Atau biarlah saya mati saja. Kalau boleh dibelah badan, kan bagus. Sebelah tinggal di rumah, sebelah lagi tinggal di rumah Umi.

Paling saya stress bila anak dan suami saya sakit, Umi pun buat hal juga tiba-tiba sakit. Lepas tu, dia tak mahu dibawa ke klinik yang sama. Kalau saya pula yang sakit, masing masinglah pula tunjukkan ilmu penjagaan yang paling betul.

Dalam ertikata lain, selama 24 tahun ini, keduanya bersaing siapa yamg lebih baik. Untuk apa? Saya penatlah hadap.

Umi pula makin hari makin teruk perangainya. Setiap kali saya ulang tahun, dia akan menuntut hadiah yang sama yang suami saya bagi untuk saya, termasuklah kek. Alasannya, saya ada kerna dia.

Jadi kalau bajet hadiah suami dua ribu, kena bagi dua, seribu untuk Umi, seribu untuk saya. Itu ok lagilah. Yang saya benci tu bila dia suruh anak siasat betul ke itu je hadiah saya dapat. Atau ada yang lain lagi.

Saya pun tak tahu nak buat apa supaya semuanya dapat hidup harmoni dan bersatu. Dah macam silent war mentua vs menantu pun ada. Kalau tinggal serumah, bolehlah pindah.

Saya rasa saya dah cukup bersabar dengan perangai dia orang dua ni. Mungkin sebab saya sabarlah Allah bagi saya macam-macam rezeki dan kenaikan pangkat. Itu pun jadi isu juga akhirnya.

Umi claim sebab doa dia dan suami saya pula claim itu sebab dia redha pada saya. Pasal itupun dia orang boleh berbalah. Sama juga halnya kalau saya ditimpa musibah. Masing-masing claim sebab saya banyak dosa sakitkan hati dia orang.

Eh dahlah. Mengarutlah semua ni. Sakit kepala saya. Maaf kalau korang tak faham situasi saya. Memanglah ramai lagi menderita dari saya.

Allah bagi ujian ni dekat saya mungkin sebab ini je ujian yang saya boleh hadap. Dia tak uji saya dengan kemiskinan, suami curang atau pengabaian ibubapa.

Saya tak tau mana lagi yang lebih sakit sebab saya hanya bercakap dan melihat atas kapasiti ujian untuk saya.

Terima kasih yang sudi baca. Feel better now walaupun bila baca balik, macam tak sampai apa yang saya nak sampaikan.

Selamat berpuasa semua.

– Zurin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *