Duduk Berasingan

Assalamualaikum. Saya Ayu dari selangor. Sudah berkahwin 7 tahun. Suami berasal dari Perak. Suami anak nombor dua dan anak lelaki yang sulung dari 5 beradik. Kami sudah membeli rumah berdekatan rumah keluarga suami iaitu di Perak.

Masalah mula timbul apabila suami berkehendakkan ibunya tinggal sekali atas alasan ibu suami sudah uzur. Saya faham tanggungjawab beliau dan akhirnya bersetuju. Tiada masalah awalnya, tetapi lama kelamaan hati saya jadi tak ikhlas.

Berdosakah saya sebagai isteri? Sebagai menantu? Saya sentiasa positifkan diri tapi lama-lama tak dapat menipu diri sendiri saya tak sesuai tinggal bersesama dengan mentua sendiri.  Maaf disini saya berterus terang mungkin nanti akan dikecam tapi itulah hakikatnya.

Sebagai seorang yang dah terbiasa berdikari, sehinggalah saya kemudiannya berkahwin. Suami juga memberi kebebasan pada saya dalam membuat keputusan asalkan tidak mencabar hak beliau sebagai suami dan membelakangkan keluarga. Datang mertua saya, dia boleh sesuka hati menegur begitu begini sehinggakan apa yang saya nak masak untuk menjamu keluarga juga akan di berikan pandangan mengikut pemikiran beliau.

Pernah bulan puasa saya berkejar dari office ke pasaraya berniat untuk memasak menu mee goreng basah, sampai2 dirumah dan kedapur menyinsing lengan baju tiba tiba datang mertua tanya saya hendak masak apa saya maklumkan hendak goreng mee, terus diceramah maklumkan makanan di dalam peti sejuk banyak saja lagi kenapa suka membazir dibulan puasa ni. Saya buka peti sejuk dan lihat cuma ada setengah bekas nasi ayam semalam yang dia sendiri makan tak habis dan tiada makanan lain.

Entah kenapa sebab terlalu marah syaitan dah cucuk saya tinggalkan dapur dan terus kebilik tinggalkan barang barang yang saya beli sampai waktu buka suami tanya mana mee goreng saya hanya cakap mak cakap makanan banyak jangan membazir.

Saya tahu saya sepatutnya jelaskan kepada mertua makanan untuk buka tiada dan teruskan memasak tetapi sebab dan tak tahan asyik dikritik saya pilih berkelakuan demikian. Saya juga tidak boleh suka suka hati nak mc dari kerja atau cuti atau apa apalah kerana jika dia lihat saja saya ada dirumah mesti dengan riak muka risau dia akan mengajukan soalan, kenapa tak kerja ni?

Apa jadi? bos tak marah ke? boleh ke suka suka hati mc? aduhai ya Allah kerja saya tahulah saya uruskan sendiri nak cuti ke nak mc ke nak berhenti ke? Again saya tahu saya yang terlebih emosi, tapi pembaca sekalian fikir kalau sekali dua faham, kalau banyak kali sampai setiap kali cuti.. mc sepanjang mertua duduk bertahun tahun tak ke stress saya dibuatnya.

Memandangkan mertua duduk dengan saya jadi boleh bayangkan adik beradik suami yang lain akan selalu menziarahi ibu mereka. Sehinggakan suami saya membuat kunci pendua rumah saya dan diberikan kepada adik beradik yang lain atas alasan menyenangkan adik beradik suami datang ke rumah pada bila bila masa. Masalahnya disini apabila kemudiannya saya sudah tiada kebebasan pada rumah sendiri.

Bayangkan kalau dirumah sendiri tanpa adanya lelaki bukan muhrim lain sah sah kita akan memakai pakaian ikut kesesuaian dan keselesaan sendiri kan, jadi bayangkan kalau saya yang didapur sedang buat kerja tiba tiba datang adik beradik lelaki yang sedia ada kunci main masuk ke dalam rumah dengan saya yang tak menutup aurat sepenuhnya? lintang pukang saya masuk ke dalam bilik bila keadaan begitu berlaku yang mana hampir setiap hari (family suami semua duduk berdekatan).

Saya lama lama stress dan akhirnya saya banyak habiskan masa didalam bilik sahaja jika keadaan begitu berlaku. Terus terang saya tiada kebebasan dirumah sendiri dan kadang kadang rasa nak lari sahaja dari rumah tapi memandangkan itu rumah saya sendiri jadi nak lari ke mana pula.

Itulah sahaja serba sedikit luahan saya, saya tahu saya akan dikecam kerana masalah saya bukan berat sangat dan perlu bertolak ansur dengan keluarga suami. Saya faham suami kena jaga maknya itu tanggungjawab dia tapi mungkin perlu letak sempadan antara hidup saya dan mertua. Saya tak kisah jika suami jaga ibunya 24jam tanpa kami iaitu saya dan ibunya perlu hidup sebumbung.

Saya juga boleh saja jaga mertua.. masakkan untuk dia.. basuhkan baju dia setiap hari sehingga habis nyawa tapi itulah saya tak boleh tinggal bersama dalam tempoh yang lama sebab saya betul betul tak boleh.

Dia dan adik beradik dia perlu berbincang bersesama bagaimana hendak menjaga ibu mereka bersama2 bergilir gilir atau letakkan seorang pembantu rumah di rumah mak mereka yang kini kosong sebab mertua tinggal dengan saya sekarang. Rumah kami ditaman yang sama cuma dijalan yang berlainan. Adik beradik yang lain saya lihat tak ada bersuara pula ingin jaga ibu mereka walaupun mereka juga tinggal berdekatan.

Sudahnya semua bertunggu bertangga dirumah saya sebab ibu mereka tinggal disitu. Pembaca yang budiman mungkin kata saya sejahat menantu tapi saya terpaksa berterus terang saya tak boleh hidup begini yang mana privasi saya sudah langsung tiada. Saya sanggup berulang alik kerumah mertua setiap hari pagi petang siang malam berbakti pada dia asalkan saya masih ada sedikit privasi dirumah sendiri.

Moga Allah swt ampunkan saya hambanya yang amat lemah dan pendosa ini.

– Ayunadira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *