Duduk Berasingan atau Dengan Parents?

Assalamualaikum. Ni bukan confession, ni cuma soalan yang nak ditanya. Tujuan tanya di sini sebab tak nak nama diketahui dan tak tahu nak tanya siapa.

Saya lelaki berumur 20-an, bujang dan sedang bekerja. Pernah hantar confession sekali tahun lepas kalau tak silap bertajuk ‘Sedih kerana iman tak kuat atau cinta terlalu kuat’.

Itu kisah lepas la, kisah struggle nak move on sebab putus cinta. Sekarang ni tujuan penulisan ni pula untuk bertanya soal masa hadapan. Walapun sekarang masih single, tapi insyaAllah satu hari nanti akan berkahwin.

Yang menjadi dilema, adakah nanti dah kahwin nak duduk dengan mak atau berasingan. Jangan beri pandangan dulu ye, sabar dan dengar situasinya dulu.

Saya tinggal dengan mak dan kakak bertiga di rumah. Adik beradik lain ada yang dah berkahwin dan duduk di luar, yang belum berkahwin juga duduk di luar kerana bekerja jauh.

Dulu angan2 saya, satu hari nanti bila dah kahwin, nak duduk rumah sendiri dengan isteri sebab selalu dengar ustaz- ustaz beri kuliah, tentang tanggungjawab suami kepada isteri.

1. Tempat tinggal (Rumah).

2. Makan dan minum 2 kali sehari.

3. Ubat ubatan.

4. Pakaian 2 set lengkap setahun.

5. Nafkah batin (jaga emosi dan mental isteri, means beri kasih sayang pada isteri)tak perlu perincikan lagi rasa semua tahu lah kan kemuncak kasih sayang tu ke mana.

Ini senarai tanggungjawab yang saya ingatlah, kalau ada tertinggal atau salah minta tegur di ruangan komen.

Dan yang paling crucial berkaitan tanggungjawab ni adalah, perlu beri kesemua tu kepada isteri dalam keadaan isteri merestui pemberian tu. Maksudnya kalau bagi rumah, rumah yang isteri restu, makan minum yang isteri restu.

Means kalau rumah flat asal berasingan dengan parents yang isteri nak, suami wajib tunaikan. Kalau tinggal rumah bungalow tapi serumah dengan mertua, isteri tak restu, maka suami wajib cari alternatif lain atau tak suami masih berdosa.

Kalau bagi makan nasi dengan telur isteri tak nak, dia nak pizza maka wajib suami beli atau buatkan pizza. Itu apa yang saya difahamkan.

Semua perkara yang diberi itu wajib diberi dengan restu isteri, baru lah dikira terangkat kewajiban yang perlu ditunaikan.

Jadi dilema nya di sini, walaupun dulu angan-angan saya begitu, nampaknya sudah seperti tidak praktikal bila saya duduk bertiga dengan kakak dan ibu saya.

Tanpa sedikit pun rasa rungut atau tidak bersyukur, saya sangat bersyukur atas apa yang Allah beri dan ibu saya adalah ibu yang terbaik untuk saya.

Apa yang saya nak cerita ni bukan untuk merendahkan ibu saya, tetapi itulah hakikatnya dan saya sangat syukur mendapat ibu yang sebegitu. Ibu saya bukan seorang yang independent seperti ibu-ibu lain. Semua makan minum ibu saya perlu dijaga anaknya.

Dan sejujurnya, asbab mak saya begitulah, saya belajar masak. Kalau tak sampai ke sudah saya memang tak tahu memasak. Sebab kasihankan ibu saya, saya belajar masak. Hari saya bekerja, saya akan beli di luar sebab memang tak larat dan malas nak masak.

Itupun mak saya macam kurang selera sebab biasalah, tak semua orang suka makan di luar, suka makanan yang dimasak. Jadi hari cuti, saya masaklah untuk mak saya.

Setiap hari, saya kena ambil tahu, mak saya dah makan ke belum sebab mak saya jenis tak bagitahu kalau dia lapar, dia diam je. Jadi anaklah kena ambil berat dan masakkan atau beli bila dia lapar.

Saya terfikir adik beradik lain semua tinggal di luar, kalau lah saya pun kahwin dan tinggal di luar, macam mana lah mak aku ni. Malu lah kalau nak hantar mak ke rumah orang tua.

Masa kecil kami adik beradik ramai- ramai mak jagakan tanpa merungut dan berkira, takkan bila anak-anak dah besar, sebabkan dah ada keluarga sendiri, semua lepas tangan.

Oh lupa beritahu, ayah dah lama meninggal sejak saya kecil. So sekarang saya dilema, kalau saya kahwin, saya tak nak tinggalkan mak saya sebab tiada siapa yang akan jaga dia nanti.

Mak saya bukan macam mak-mak lain yang independent dan biasa hidup seorang diri. Mak saya dah biasa hidup dengan suasana ramai orang.

Tapi kalau saya kahwin, saya tak nak biar isteri duduk serumah dengan mertua dia, bagi saya kurang praktikal. Sebab yela, mana boleh ada dua pengurus dalam satu rumah. Tak boleh ada dua Queen dalam satu rumah.

Dah lali dengar kisah mertua dengan menantu bergaduh. Rumahtangga jadi tak harmoni. Bukan sebab mak tak baik atau menantu tak baik, tapi sebab dua-dua beza cara pemikirannya.

Macam mana nak jadi anak dan bakal suami yang bertanggungjawab untuk mak dan pasangan. Harap yang dah berkahwin boleh beri pandangan dan cadangan berdasarkan pengalaman masing-masing.

Dan minta tolong doakan sekali supaya saya diberi pengganti yang lebih baik. Masih terkesan dengan kisah lalu walaupun 5 tahun berlalu. Itu saja terima kasih.

– Safwan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *