Assalamualaikum. Aku nak luahkan masalah aku kat sini sebab aku tak berani nak share kat sesiapa depan-depan. Sebab aku takut orang judge aku.
Selalu kan orang cerita pengalaman dia duduk dengan keluarga mertua la ipar duai la, maksud aku pengalaman tak manis la. Aku pulak tak suka duduk dengan parent. Bukan tak suka terus, cuma tak berapa suka.
Umur aku dah 27, tak lama lagi dah nak masuk 28. Aku bujang. Adik beradik aku ramai. Tapi yang duduk dengan parent aku sorang je, adik kecik aku.
Aku ni jenis yang membesar di asrama. Orang yang biasa ada adik beradik ramai, duduk asrama, biasanya jenis yang suka berkongsi. Okey aku tak nak pukul sama rata. Aku la yang suka berkongsi tu. Satu lagi bila dah biasa duduk asrama, semua kemudahan dah biasa disediakan.
Orang hidup sendiri macam aku ni dah biasa berdikari. Bukan berdikari yang tak bergantung pada orang lain tu. Lebih kepada dah terbiasa buat kerja-kerja sendiri. Basuh baju sendiri, kemas bilik atau katil tempat tido sendiri. Tapi sentuh barang sendiri je, kau punya nak sepah hal kau.
Jadi sama la perangai aku masa duduk rumah sewa zaman belajar dulu. Walaupun aku berkongsi barang-barang rumah dengan housemate, tapi sebab menjadi hak aku jugak, aku akan jaga macam aku punya. Alhamdulillah kawan-kawan aku pun jenis macam tu. Pendek kata, masing-masing tak biarkan barang peribadi masing-masing bersepah seluruh rumah. Barang-barang share dijaga macam barang-barang sendiri. Kira guna dengan cermat la. Kitorang pakai konsep aku punya kau punya jugak.
Aku ni sebenarnya suka duduk dengan orang ramai-ramai satu rumah. Sebab dah biasa asrama duduk ramai-ramai, meriah. Malah aku takut kalau duduk sorang-sorang kat rumah.
Okey dah habis muqaddimah aku. Ni part kehidupan aku dengan keluarga aku. Macam aku bagitau, adik beradik aku ramai. Tapi ramai lelaki. Silapnya sebab semua jenis duduk asrama, mak aku tak latih untuk buat kerja-kerja rumah. Termasuk la aku.
Kami cuma tau basuh baju sendiri, basuh pinggan sendiri dan kemas bilik masing-masing. Kalau jenis penyepah tu lantak kau la bilik kau. Tapi aku ni jenis berbulu mata bila keluar bilik, tengok ruang tamu sepah, dapur sepah, tandas kotor.
Rumah parent aku besar. Tak la besar gila. Tapi besar untuk aku sorang perempuan nak kemas dari satu ruang ke satu ruang. Tandas rumah aku dah la banyak. Patah pinggang aku nak sental dari satu tandas ke satu tandas. Akhirnya aku buat keputusan untuk kemas bilik aku je dan tandas yang aku guna je.
Adik beradik aku yang lain jarang ada kat rumah. Kalau ada paling lama pun sebulan dua. Pastu balik asrama dan rumah masing-masing. Jadi aku yang kerja dekat rumah yang kena kemas semua.
Akhirnya beberapa bulan lepas aku buat keputusan untuk duduk rumah sewa sendiri. Satu lagi alasan untuk aku keluar dari rumah parent aku, sebab ayah aku agak mengongkong. Aku balik lewat kerja dia dah tanya-tanya, aku nak pergi event yang tempat kerja buat dia dah reluctant nak bagi pergi. Kenduri-kenduri kawan sedara mara jauh semua dia paksa aku ikut. Bila aku dapat tawaran kerja tetap kat luar daerah, aku terus terima.
Aku agak happy sebab aku dapat rumah sewa yang lengkap dengan barang-barang perabot semua, sewa dia memang berbaloi. Aku duduk sorang je. Mula-mula aku takut sebab aku tak boleh kalau takda orang. Aku cepat bosan. Tapi lama-lama aku jadi selesa duduk sorang.
Aku rasa bebas nak buat apa dalam rumah. Aku tak perlu risau nak berpakaian macam mana sebab takda orang tengok. Aku boleh guna semua kemudahan bila-bila aku suka. Bila aku free aku basuh baju tak perlu tunggu giliran. Ampaian milik aku sorang nak basuh baju macam dobi pun takpa. Dapur aku punya, aku selalu pastikan bersih.
Okey sebenarnya aku malas masak sebab tu bersih. Bilik air sentiasa wangi. Almari aku semua aku hanger baju tersusun ikut warna. Tv aku boleh tengok bila-bila masa, balik kerja, atau terjaga tengah malam takda sapa kesah bising ke apa. Paling best aku boleh lepak keluar makan bila-bila je dengan member-member kerja aku dan boleh join apa-apa je aktiviti yang aku nak tanpa dilarang siapa-siapa.
Tapi apa yang buat aku confess malam ni, sebab aku dah mula rasa nikmat sementara aku ni ditarik. Sebab parent aku datang duduk rumah aku dah lebih seminggu.
Mula-mula aku happy. Yela anak mana tak seronok rai mak ayah dengan gaji seciput. Belanja makan, kongsi serba sedikit kesenangan aku. Aku seronok la bila mak ayah aku seronok.
Tapi bila dah terlalu lama aku jadi agak stress la. Sebab yela, rumah aku walaupun lengkap tapi lengkap rumah orang bujang mana sama dengan rumah orang yang dah kahwin. Rumah orang yang dah kahwin pun belum tentu lengkap macam rumah aku ni. Tambahan rumah aku ni kecik je, sesuai untuk bujang atau baru kahwin. Untuk ramai-ramai keluarga duduk tak sesuai.
Ayah aku dah start demand macam-macam, suruh aku beli itu ini. Mak aku pulak. Lahai, aku tak tau nak luah macam mana. Tapi rumah aku dah tak on top macam selalu aku balik kerja. Baju-baju bersidai di mana-mana. Dapur aku dah bersepah, mak aku memasak hari-hari. Aku balik kerja penat-penat aku tengok rumah sepah, aku boleh angin satu badan. Agaknya ni sindrom suami-suami bekerja tak? Haha. Diam je aku tengok rumah berkecah.
Satu lagi, aku tak makan masakan mak aku, sebab aku pergi kerja awal pagi, tengah hari aku tak balik, malam selalu aku dah makan dengan member. Kadang-kadang aku beli apa-apa untuk parent aku. Sebab takkan aku makan sedap kat luar parent aku makan biasa-biasa kat rumah. Barang dapur aku pun dah mula mengering sepertimana duit dalam akaun aku. Haha.
Weekend ni aku ada program dua hari kat luar. Aku dah tak senang hati. Ayah aku mesti start q&a dia bila aku nak pergi nanti. Parent aku pun tak menunjukkan tanda-tanda nak balik rumah diorang. Mati kutu aku. Aku gi kerja pun dah lemau. Staff-staff tanya aku ni dah macam orang ada anak, letih buat apa tah. Hanya tuhan je tau. Harini aku kemas esok dah tongkang pecah.
Ouh lupa, sepah-sepah tu semua kerja adik kecik aku yang sorang tinggal dengan parent aku. Dia datang pakej dengan parent aku, dia la punca rumah parent aku tak pernah kemas. Nak tegur takleh dia istimewa.
Aku masih berdoa supaya parent aku nak balik minggu ni. Balik sekejap pun takpa la, aku nak tarik nafas dalam-dalam kejap je. Tak dosa kan aku doa macam ni? Rasa anak derhaka pun ada ni, macam tenggang halau mak dia pulak. Lahai. Pening nak fikir.
– Cikti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit