Untuk part I, (https://iiumc.com/duduk-dengan-ibu-bapa/).
Salam admin. Terima kasih sebab siar confession aku yang lepas. Banyak aku belajar dari komen-komen pembaca semua.
Nak bagitau, mak ayah aku dah selamat balik rumah diorang. Tu pun ayah aku macam merajuk. Sebab aku bagitau aku ada program tak balik tido rumah. Pagi-pagi lagi mak aku dah kemas barang happy nak balik rumah dia. Ya mak aku pun dah rindu rumah dia sebenarnya. Ayah aku tu, nanti pandai la aku pujuk bila aku balik rumah diorang. Haha.
Alhamdulillah. Tsummalhamdulillah. Aku bersyukur sangat-sangat sebab sampai harini mak ayah aku masih hidup, walaupun dah start ada sakit-sakit, tapi masih lagi dikira sihat.
Aku sebenarnya malas nak cerita details sebab aku takut family dan kawan-kawan boleh cam aku. Sebab ada antara reader setia iium adalah kawan-kawan dan family aku.
Terus terang ya, macam yang sesetengah orang assume, aku jenis anak yang ada sindrome kecik-kecik dah kena duduk jauh besar-besar takda perasaan bila berjauhan. Okey aku tak tau nak ringkaskan macam mana, ya aku memang macam tu. Aku suka balik rumah mak ayah aku. Tapi kalau jauh aku tak rindu mana pun. Cuma aku ada satu rasa tanggungjawab sebagai seorang anak, kena balik jenguk mak ayah tiap-tiap bulan.
Macam aku bagitau, adik beradik aku ramai hampir 10 orang. Ya aku tau adik beradik kau 20 orang. Tapi aku consider adik beradik aku dah ramai la tu. Tapi sorang pun tak lekat kat rumah. Samada belajar jauh atau kerja dan kahwin dengan orang jauh.
Ayah aku masa aku kecik-kecik jarang ada kat rumah. Ayah aku bukan kerja offshore atau outstation. Tapi dia kerja siang dan malam. Subuh keluar, tengah malam balik.
Kalau buat ujian adik beradik. Aku confirm, aku la paling banyak menangis sebab kenang jasa ayah aku nak bagi anak-anak makan dan belajar. Masa baca buku boleh menitik air mata kenang ayah aku kerja siang malam nak bayar yuran aku. Aku tak pernah lupa walau satu detik pun jasa mak ayah aku. Sampai aku dilabel anak manja dan lain dari yang lain dalam family, paling rapat dengan parent.
Cuma macam aku cakap. Naik tingkatan satu aku dah duduk jauh beratus km dari family. Jadi family aku adalah cikgu-cikgu dan kawan-kawan aku. Mak ayah aku tak pernah sekali pun jenguk aku kat asrama melainkan cuti akhir tahun nak ambil barang asrama dan awal tahun nak angkut barang ke asrama. Memang aku banyak balik rumah kawan-kawan dan sedara mara berbanding balik rumah sendiri sebab jauh.
Benda ni faktor utama aku kurang rasa rindu kat mak ayah kot. Even masa belajar kat universiti, aku duduk jauh beratus ribu batu, aku jarang balik malaysia sebab ayah aku kata tak payah, aku pun takda duit. Mungkin jugak sebab adik beradik aku ramai, jadi bila aku jauh mak ayah aku pun tak kisah sangat? Entah tu aku tak pasti. Ayah aku sibuk kerja, mak aku sibuk jaga adik yang lain.
Aku pun kadang-kadang rasa pelik sebab ada kawan-kawan aku yang setiap pagi kalau bukan dia, mak atau ayah dia call. Hari-hari. Aku yang sebulan sekali call pun cakap kejap je. Sudahnya kau tenung aku, aku tenung kau kat skype tu. Aku tak rasa aku kurang kasih kepada mak ayah aku. Cuma mungkin aku jenis yang realistik. Ada depan mata, kau jalankan tanggungjawab, ada jauh, doa dan bertanya khabar sekali sekala je.
Menjawab persoalan kenapa aku makan luar sedangkan mak aku masak hari-hari. Secara tepatnya, mak aku bukan masak lauk grand-grand macam mak-mak korang yang bila anak-anak balik sekali sekala masak special istimewa kegemaran anak. Bukan ya. Ayah aku ni makan berpantang. Pedas tak boleh. Masin tak boleh. Manis tak boleh. Tapi lauk kedai semua boleh. Haha.
Mak aku akan masak nasi goreng tawar untuk ayah dan adik aku. Selebihnya dia panaskan lauk-lauk yang aku beli dan masak nasi. Aku pulak dah biasa makan lauk asrama dan kedai. So lidah aku tak kena dengan masakan mak aku.
Tapi aku tak pernah salahkan mak aku. Sebab aku ada adik istimewa yang mak aku kena layan 24/7. Ha nanti jangan kata aku tak tolong mak aku pulak. Aku yang berat 40kg ni patah pinggang tau mandikan adik aku yang 25kg tu. Kalau mak aku tak tau la. Orang tengok memang sedap je mengata. Pantang aku lari kejap je nak buat hal sendiri, adik aku menyepah terus orang label aku tak jaga adik. Haila. Rezeki la dapat adik istimewa jaga dia je. Umur 40 nanti tak kawen pun adahal?
Adik istimewa aku memang tak boleh duduk rumah orang lama-lama. Dia suka menyepah. Dia akan kutip segala benda buat koleksi dia dan akan campak segala benda yang dia tak suka. Rumah aku yang kecik tu memang dah tak rupa rumah. Mak aku tak larat nak punggah dah barang-barang sorok dari pandangan dia. Sehari dua boleh la nak perati. Kalau seminggu dua memang tak buat kerja lain la layan dia je. Sebab tu mak aku happy nak balik rumah dia. Cuma ayah aku je tak puas duduk kampung dia.
Kalau korang kata mak ayah aku duduk dengan aku sebab rindu, silap besar la. Haha. Aku duduk kampung mak ayah aku. Daerah ni pilihan ayah aku, ayah aku suruh kerja kat sini. Supaya dia senang nak stay kat kampung. Dia rindu kampung halaman dia, bukan aku. Aku setuju dulu pun demi jaga hati dia, dan sebab aku rasa takda la selalu pun diorang balik. Aku okey je la. Asalkan aku boleh duduk sendiri, buat peraturan sendiri.
Tentang OCD. Silap ye tuan-tuan dan puan-puan cik adik cik abang manis. Aku takda masalah tu. Aku cuma ada masalah perfectionist sikit. Baju-baju aku bukan sentiasa susun ikut warna. Rumah aku bukan bersih kemas berkilat setiap masa. Cuma aku ni anak dara yang tak suka memasak tapi suka mengemas. Sekali aku kemas aku make sure everything on point, dan kalau dah bersih jangan sepahkan sebab aku tak karat nak kemas hari-hari. Tenaga aku limited, kalau dah penat kerja aku tak larat dah nak ngemas. Selalu buat hujung minggu je.
Ya aku tau kalau ada anak dah kahwin tak boleh macam tu. Aku lebih faham sebab macam aku bagitau, adik aku istimewa. Rumah parent aku sepah. Semua barang mak aku terpaksa susun kat dapur. Sebab tu ruang larangan untuk adik aku. Ruang tamu memang kosong penuh dengan mainan dia je. Tapi aku okey je. Ada hari aku kemas, ada hari aku biar je la. Rumah parent aku kalau tengok, memang layak masuk bersama mu la senang kata, bantal tilam sentiasa kat ruang tamu. Tapi nak kata susah, rumah banglo. Haha.
Aku suka tau baca komen korang. Yang faham perasaan aku, aku berterima kasih sangat. Yes i need my own space sometimes. Yang suka mak ayah duduk rumah dia tu, ya aku ada family yang parent dia duduk dengan dia. Either menantu dia meroyan duduk dengan mertua atau mertua dia beneficial dah macam orang gaji mengasuh anak-anak dia. Malu sikit weyh.
Yang bujang ajak mak ayah tinggal sekali aku tabik spring. Aku pun sebenarnya suka duduk dengan parent. Tapi aku cuma harap duduk dirumah yang lebih sesuai. Rumah sekarang sesuai untuk singgah jadi tetamu je. Kecik serius. Boleh lemas ramai-ramai duduk lama-lama. Doakan one day aku dapat duduk rumah yang lebih selesa dengan mak ayah aku. Mampu beli apa saja yang parent aku nak. Kalau rumah besar, diorang nak sepah pun lantak la. Masih ada ruang lain aku boleh larikan pandangan mata aku. Haha.
Dan yang takda mak ayah tu, aku doakan korang dapat mak ayah mertua baik-baik. Bagi aku mak ayah sendiri dengan mertua is the same. Kedua-dunya tetap mak ayah walaupun diorang tak kandung korang. Jangan berat sebelah. Kita sayang mak ayah kelangit junjung, mak ayah mertua korang campak jauh lepas amik anak diorang.
Aku kat sini bukan nak cerita buruk mak ayah aku. Korang tak kenal pun siapa diaorang dan aku. Aku cuma nak meluah sebab aku buntu beberapa hari lepas. Aku dah ada program yang dah rancang hampir dua bulan. Tiba-tiba ayah aku pertikai kata tak berfaedah, suruh aku pergi masjid. Haha. Aku jadi bingung sekejap. Dah la nak tinggalkan diorang kat rumah aku. Aku mampu doa je la dan meluah kat sini. Tak nak diorang berkecil hati takut rasa kena halau. Yang lain-lain tu selingan je sebab dah terbuku tak terluah. Kah!
Akhir kata, allahummaghfirlana zunu bana, waliwalidaina, warhamhuma, kama rabbayani saghira. Thanks admin and korang yang sudi baca dan menasihati.
Eh-eh ada lagi. Yang dah kawen ada anak kecik tu, kalau korang rasa perangai aku yang sikit macam ni tak semenggah, didik la anak-anak korang dari awal. Kalau kasih kat anak, tunjuk, kalau sayang kat anak tegas, kalau cinta kat anak ajar. Aku kerja deal dengan orang sekecil bayi sampai setua PM. Aku dah dengar banyak kisah dan dah tengok banyak ragam budak2 sekarang. Alhamdulillah mak aku tak selam aku masa kecil-kecil dulu, aku belum halau mak ayah aku, tapi aku rasa nak selam je budak-budak sekarang yang baru tadika sekolah rendah dah pandai menjawab ngan mak ayah. Hahaha. Ok bai.
– Cikti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit