Dugaan

Assalamualaikum and hai.Thank you admin jika dapat siarkan conffesion saya ini.

Firstly,saya nak cakap ,semua manusia inginkan syurga,.Tapi siapakah kita?Kita cuma hamba yang rapuh dan penuh dengan dosa.Dan manusia takkan terlepas untuk diuji dengan Sang Pencipta yang telah menetapkan qadak dan qadar sejak azali lagi.Kadangkala mindset manusia tidak terlintas mengapa diuji sebegini rupa dan manusia sesekali tidak akan pernah hendak diuji.Tapi kita cuma hamba,hamba Allah yang hidup penuh dugaan demi mencari Syurga kerna Syurga itu mahal .Allah nak tengok sejauh manakah kita bergantung harap pada-Nya.Jangan tambah tanda soal di mana Allah dah letak titik noktah.Saya cuba ikhlaskan dugaan yang Allah berikan.Inilah berdasarkan cerita dan dugaan saya ,sebenarnya saya masih melalui alam persekolahan menengah pada waktu ini dan tahun depan akan menghadapi peperiksaan SPM.Diberi kesempatan ini,saya turut ingin meluahkan apa yang saya rasa pada waktu ini apabila melalui dugaan yang sungguh berat untuk saya dan keluarga .Saya mempunyai 4 adik beradik,Abang dah kerja,Kakak pula sedang menuntut di ipta,saya dan adik masih di bangku sekolah.Saya juga mempunyai ibu dan ayah yang cukup baik dan telah menjaga kami dengan sempurna.Tanpa mereka,siapalah kami.Ayah dengan ibulah yang selalu berkorban untuk kami semua demi melihat anak anaknya berjaya.Hidup kami sekeluarga sangat bahagia sebelum ini.Tapi malangnya ,hidup tidak selalunya indah ,langit tak selalu cerah.Allah telah menurunkan dugaan yang begitu berat untuk kami semua terutamanya saya dan adik serta ibu dan ayah saya.

Pada mulanya ceritanya seperti ini,Saya dan adik bersekolah di sekolah yang sama iaitu sekolah harian biasa,Adik saya belum mengambil pt3 mahupun spm lagi.Sejak sekolah rendah lagi,adik saya berhasrat untuk memasuki aliran KAA iaitu aliran agama di sekolah lain.Tetapi bukan rezekinya kerana petempatan rumah kami antara sekolah itu tidak sama dan telah ditetapkan oleh urusan sekolah rendahnya.Ya adik saya memang cita citanya ingin menjadi ustazah.Jika adik memohon sekolah agama dan arab yang jauh dari sini,Ibu pasti tidak sampai hati untuk tinggalkan dia di asrama.Ibu pun dah cakap untuk lepaskan kami biarlah kami telah menamatkan zaman persekolahan .Maksud saya di sini,ibu dan ayah nak sangat tengok kami membesar di depan mata mereka apabila kami bersekolah.Okeyh back the story,adik saya ni tak adalah terlalu liar sangat dan boleh dikawal,Di mana ibu berada di situlah adik saya,Yaa bilaa ibuu pergi mana mana je mesti adik ikut sebab ibu sayang sangat dekat dia antara salah satunya dia adalah anak bongsu.Dan ibu dengan ayah juga tak benarkan dia keluar pegi mana mana seperti lepak ngan lelaki,Keluar pn dekat halaman rumah jumpa kawan kawan sekolahnya untuk buat kerja sekolah.Dan pada tahun ini dia bersekolah sama dengan saya.Sekolah kami dalam satu sesi sahaja iaitu cuma sesi pagi.Yes semua orang dekat sekolah kenal siapa kami berdua .Kami adalah adik beradik sama seperti kawan kawan saya yang mempunyai adik beradik yang satu sekolah dengan mereka.Pada mulanya,saya amat janggal dan tak rasa sedap hati untuk bersekolah dalam sekolah yang sama dengan adik.Ouh lupaa nak cakap tentang perwatakkan kami berdua.Perwatakkan kami berdua sungguh berbeza kerana saya seorang yang pendiam dan agak skema dan adik saya pula ialah seorang yang periang dan sangat peramah.Pakaian sekolah kami juga agak labuh sebab itu pilihan kami dan saya start pakai pakaian seperti itu semasa saya form 1 lagi.Adik saya ni suka dan kerap masuk aktiviti koko kt sekolah.Saya pula?Huh jarang sekali.Saya libatkan diri jugak tapi tidak kerap mcm adik saya.Ya kami berdua memang berbeza.Saya juga telah menjadi pelajar cemerlang PT3 pada tahun lepas.Bersyukur sangat dekat Allah sebab dapat merasa peluang nie.Pada masa ni,indah sangat kehidupan kami dekat sekolah situ.Tetapi Allah telah turunkan dugaan yang berat ,ya sangat berat untuk kami berdua,family pun ikut sama,apatah lagi ibu yang melahirkan kami berdua.

Dugaan pertama kami berdua di sekolah situ ialah saya mendapat tahu yang bahawa adik saya ni kaki player,Yes playgirl.Suka melayan lelaki.Story ni pun saya dapat tahu dari kawan saya.Dalam hati saya,terasa malu n marah apabila orang lain menceritakkan keburukkan ahli keluarga saya. Kawan saya tuh berkawan dengan kawan lelaki adik saya,Pada mulanya,saya tak percaya,Serius tak percaya gila,Balik rumah saya terus tanya adik saya betul ke apa yang dikatakan oleh kawan saya itu.Time tuh saya tengking dan keluar amarah saya dekat adik.Dalam soal ini,saya cukup pantang,ye sebab kami adik beradik dan satu sekolah.Saya tak sanggup apabila adik saya sendiri menconteng arang dekat muka saya sebagai seorang kakak.Apa yang adik saya cakap pula? Adik saya seakan tidak menafikan perkara itu .Dia kata kawan lelaki itu cuma budak kelas bawahan dan masih sekolah rendah dan life diorang seperti tidak terurus.Dalam hati,saya mempercayainya tetapi terasa sesuatu dekat adik sebab dia seolah olah menyimpan sesuatu dari saya.Dan apabila saya check handphonenya senyap senyap,Ye ! Tekaan saya tepat! Banyak gila chat dia ngan budak lelaki yang merepek dan yang saya pun tak tahu asal dari mana,Yes masatuh saya terkejut dan rasa down sangat,Sanggup dia buat saya dan keluarga macam ni.Saya tak tahu nak cakap macam mana,Sebelum sebelum ni dia ok je,tapi da naik SMK da macam kejutan budaya.Hampa sangat.Saya hanya mampu berdoa.Start peristiwa dari situ,saya mulaa jaga adik saya,yes saya konkong diaa sampai rasa dia menyampah,saya taknak adik saya terjerumus lagi dalam chat ramai lelaki.Bila ibu saya tahu,apa lagi ibu terus marah n tegur dia .Yelaa ofcoz semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia even anak dia buat silap besar macam mana pun.So kesimpulan dugaan ni,saya rasa berat sangat macam kene hempap dengan batu.Ada sebab saya kata dugaan ini berat sebab ia melibatkan maruah ahli keluarga saya,Saya sayang mereka.Saya nak masuk syurga bersama mereka.

Seterusnya pula,sayaa adaa seorang kawan lelaki,ye dulu memang rapat,tapi pada tahun ni,tak terlalu rapat sangat,Ramaii kawan saya cakap dia pun kaki perempuan,suka ganti perempuan selepas couple.Tapi dalam fikiran saya,dia juga baik dan pandai,Saya tak pasti kenapa perangai dia yg playboy tuh,mungkin dia ada alasan mengapa dia seperti itu.Sampai satu masa tuh,saya dapat tahu yang kawan lelaki saya ni nak kacau adik saya ,ye nak mintak no fhone bagai.Tapi kawan lelaki sayaa nii tak tahu perangai sebenar adik sayaa macam mana sebab yelaa adik saya baru masuk SMK dan kawan lelaki saya pula sebaya dengan saya.Apa lagii,sayaa teruss marah kawan lelaki saya tuh ngn adik saya,Saya marah bersebab ,saya KENAL adik saya macam mana dan saya TAHU perangai kawan lelaki saya mcmna.Saya bergaduh dengan kawan lelaki saya ni demi adik saya,Sayaa stress sebab masalah adik saya yang ramai chat ngn lelaki pun belum selesai,apatah lagi nak gaduh ngn kawan lelaki saya ni.Ye sayaa memang nak jaga adik saya sampai gaduh teruk ngn kawan lelaki saya ni.Demi adik,saya sanggup buat apa apa je.Saya stress sangat masatuh.Saya tak tahu mcm mana nak hadap.Saya ada jugak cuba tenangkan diri dan anggap masalah tuh cuma kecil dan boleh diselesaikan,Alhamdullilah,akhirnya kawan laki saya yg dulu minta maaf kt saya sbb kacau adik saya.Saya pun maafkan,dan masalah ni dah selesai secara kami berdamai dengan baik.Kawan lelaki saya ada cakap jugak saya ni seorang kakak yang baik sebab sanggup buat mcmni demi jaga adik saya.Sebab apa pulak saya buat mcm ni?marah marah dekat kawan laki saya ni,sebabnya ialahh sayaa takut adikk saya melayan kawan lelaki saya ,memandangkan perangai mereka berdua sama.Saya dah janji dalam diri saya,saya akan jaga adik sayaa dekat sekolah situh.Makin lama hari persekolahan,makin berat yang saya harus pikul.

Beberapa bulan kemudian,ujian yang lagi berat datang timpa saya,adik saya dan juga family.Ya Allah begituu berat sekali ujian mu Ya Allah.Ye sekali lagi adik saya buat perangai.Saya tak boleh bagitahu apa yg dia buat,apa yang saya boleh kata adalah ini bukan masalah kecil tapi masalah yang besar sangat sehinggakan adik saya kene pindah sekolah dan tak boleh tetap di sekolah yang sama dengan saya.Masalah yang adik saya buat ni viral satu sekolah.Ye cikgu dan rakan rakan saya semua tahu.Ya Allah beratnya dugaan.Dugaan kali ini telah membuka aib adik saya seterusnya keluarga sayaa,Saya yang satu sekolah dengan adik saya lagi malu,yela sebab semua orang kenal yang saya kakak dia.Ya Allah,tapii saya tak boleh pentingkan diri sebab saya pun faham apa perasaan ibu dengan ayah sayaa.Terutamanya ibu saya,sayaa kesian sangatt dekat ibu saya sebab menahan maluu nak keluar rumah.Saya dan keluarga tak sangka kenapa adik boleh sanggup buat macam ni ,buat masalah sampaikan aib kami sekeluarga terjajah sana sini.Iyaa semua orang sekarang berceritakan buruk tentang kami.Ya Allah,sayaa stress sangat,Sehinggakan dah tak boleh keluar air mataa sebab sayaa nakk sorok perasaan sedih,malu depan semua orang,terutamanya depan kawan kawan dan cikgu.Saya dapat rasakan,yang kawan kawan saya jugaa adaa bercakap pasal saya tetapi semasa tiada keadaan saya.Saya malu sangat.Ada kawan saya yang tak percaya kenapa adik saya buat macamtuh,sebab selama nii saya dekat sekolah situ langsung sekali tak timbulkan masalah yang kecil apatah lagi masalah yang berat macam ni.Soal cikgu cikgu pulakk,ada yang bagitahu dekat kelas masing masing jangan buat masalah berat mcm adik saya sampai langgar undang undang dekat sekolah.Termasuk di dalam kelas saya,tapi cikgu tuh tak tahu yang saya ni kakak kepada budak yang bermasalah itu.

Cikgu tuh memberi amaran seakan adik saya ni buat dosa yang terlalu berat sangatt ,ya saya mengaku yang adik saya memang buat dosa besar tapi tidaklah sampai ke arah zina,Alhamdullilah,Allah masih jaga adik saya daripada buat perkara larangan itu.Cikgu tuh terlalu menghukum adik sayaa macamlah adik saya ni jahat sangat,dan macamlah cikgu tuh baik sangat macam malaikat.Ye di dalam kelas saya,dia menghukum adik sayaa,bayangkan apa perasaan saya masatuh?Dahlah di sekeliling semua kawan saya,Ya Allah ,terpukul hati saya masatuh.Rasa macam nak keluar je dari kelas.Saya akan tetap terima dengan redha cemuhan dan tomahan atas apa yang adik saya buat.Dan saya cuba untuk sorok perasaan ni depan kawan kawan saya.Bukan dalam bilik darjah je,nak datang sekolah pun saya rasa malas dan tak nak jejak dekat sekolah situh lagi.Yes akibat apa yang adik saya buat.Bila saya datang je kat sekolah,semua orang memerhati yelaa sebab diorg kenal siapa saya.Mereka sudah memandang buruk apatah lagi hina sehinanya dekat saya sebagai seorang kakak.Sayaa seakan tak ada perasaan masatuh sehingga sekarang.Sayaa ada juga berhasrat nak pindah sekolah lain jugakk,Saya rasa saya nak pergi jauh dari sini daripada hati saya tersiksa.Sayaa malu dan serbah salah sangat dekat kawan lelaki yg saya marah harituh.Semestinya dia pun tahu apa yg adik saya buat.Saya buat semua ni semua terpaksa.Ya saya memang tak ada perasaan.Saya nak pindah dari sini!Daripada ujian yang berat ni,saya langsung tak salahkan ibu ngn ayah saya,sebab mereka dah jaga sepenuh perhatian kepada kami semua.Saya tak sangka apa yg adik saya buat sekarang ni.Dan saya mohon sangat,jangan salahkan parents saya ,ibubapa sudah jalankan tanggungjawab,mungkin anak anak yang memang salah.Buktinya,ibu dengan ayah dah besarkan abang saya belajar seterusnya bekerja dan kakak saya pula berjaya belajar di ipta sekarang.Saya juga berjaya mendapat keputusan yang baik semasa peperiksaan dan sekarang menduduki kelas science stream.Saya tak tahu kenapa adik saya macamtuh,Saya percaya ini semua dugaan ,Allah akan uji seseorang dengan berbeza dugaan.Sampai satu saat ni,saya tertekan ,stress sangat,kalau malam pun saya tak akan tidur .Saya terus menerus fikir masalah ni sampai badan saya susut,tak kisah makan ke tak.Hal pembelajaran pun saya malas nak amek tahu,sebab saya malas nak pikir,saya stress sesangat,Bilaa saya nak belajar je,mula lah ingat perkara itu.

Dan membuatkan diri saya ni stress sampai masatuh saya tak percaya qadak dan qadar ,saya ada perasaan yg saya marahkan Allah kenapa turunkan ujian berat mcm ni kat saya lagi lagi kene berhadapan dengan sekolah situh lagi.Saya tertanya tanya kenapalah saya yang kene satu sekolah ngn adik saya,kenapa bukan abang saya?kakak saya ke?Kenapa harus saya yg satu sekolah dengan adik saya sampai kehidupan saya tak terurus macam ni.Ya sayaa taknak datang sekolah sampai saya nangis nangis dan gaduh ngn ibu.Ibu kata pergi je sekolah,buat macam biasa ,kalau ada orang mengata zikir dalam hati.Tapi hati kecil saya memberontak menangis sorang sorang.Dalam masa yg sama,melihat keadaan ibu ngn ayah yg kne tanggung life adik saya tuh,saya pun kesian jugak dekat mereka.Saya paksakan diri jugak pergi ke sekolah.Kadang kadang saya memberontak depan ibu,Saya pentingkan diri sangat ke?Saya pun ada perasaan pentingkan diri jugak yelaa sebab kene berhadapan dengan orang kat sekolah situ lagi ,Ya Allah.Saya cuba control sikap selfish ni,saya juga kesian tengok parents saya.Saya pun kesian tengok adik saya dicaci oleh orang ramai atas apa yg dia buat.Semua orang pernah lakukan kesalahan ,takda siapa yang sempurna dekat dunia ni.Semua orang berhak menghukum tapi setidak tidaknya janganlah menghukum sesuka hati sampai rasa anggap diri tuh suci sangat.Selagi Allah tak buka aib kau,selagi tuh kau boleh menghukum orang,Sebab apa?Sebab Allah tutup aib kau,of course semua orang pandang sempurna dekat kau,cuba kalau Allah buka aib kau?Saya rasa dah tak berani nak menghukum sesiapa lagi,kecuali Allah yang berhak.Iye saya cuba untuk mempositifkan diri saya.Kadangkala,satu masa ni saya benci sangat dengan adik saya ,siapa yang tak marahkan bila adik sendiri buat malu then saya pun terikut kesan sekali.Dan kadang kala juga saya simpati dengan adik,kenapalah adik saya yang terpilih untuk buat semua nih.Ya Allah.Daripada ujian ni,saya dapat belajar apa yang Allah nak tegur supaya saya jadi kuat dan matang pada masa hadapan.Adik saya pula menyesal dan kembali pada Allah.Saya yakin adik saya boleh berubah.Saya anggap Allah sayangkan dia sebab Allah berikan peluang dugaan yang berat ini untuk dia.Saya percaya semua ni ada hikmah.Saya akan cuba kawal emosi saya supaya perkara yang buruk tidak akan datang.Sometimes,saya tak kuat,Demi Allah,saya memang tak kuat.Sometimes saya kene kuat berhadapan semua demi parents saya.Begitu berat ujian

Ya Allah.Sampai bilaa saya nak kene macam ni?Sampai bila saya nak berhadapan dengan orang dekat sekolah situh?Sampai bila ?Saya terlalu memikir sampai nak buat benda lain pun malas.Saya dah bercadang dengan ibu saya,yang saya nak pindah sekolah.But ibu saya cakap cuba fikirkan balik,betul ke nak pindah sekolah,Apa yang ibu saya cakap,ada benarnya juga,sebab next year dah tahun terakhir bagi saya ,markah koko pun nanti ada masalahnya juga bila pindah sekolah baru sebab dekat sekolah sini saya dah pegang beberapa jawatan tinggi.Sayaa buntu sangat,Apa yang harus saya buat?Hati saya sungguh memberontak nak sangat pindah tapi dalam masa yang sama bila saya fikir balik tak semudah itu.Saya tahu markah koko itu penting.Apa yang saya perlu buat?Ke saya kene stay jugak dekat sekolah ni dengan hidup tak ada perasaan?Please bagi saya cadangan,Saya tahu ni maruah keluarga saya,tapi dengan cara saliran ni lah saya cuba ungkapkan perasaan yang luluh ni.Tiada siapa siapa sebelum ni yang saya berkongsi perasaan saya kecuali Allah.Saya cuba untuk bangun semula tapi kekadang saya tak kuat,down habis.Apa yang adik saya buat ni membuatkan saya takut untuk kenal dengan orang lain,apatah lagi nak jatuh hati pada seseorang bila tepat pada masanya.Yaa peristiwa ni amat fobia untuk sayaa.Thanks sebab sudi baca luahan saya yang pahit ni.Doakkan saya supaya terus kuat untuk menempuhi dugaan ini dan yang mendatang.Saya akan cuba ikhlas kan diri saya.In Sya Allah.

– yaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit