Dugaan 2020

Assalamualaikum semua. Aku tak tahu nak mula macam mana, tapi biarlah aku gelar diri ini An. Pelajar master di sebuah universiti tempatan.

Aku ingat tahun ni akan jadi yang terbaik bagi aku, rupanya tidak. Aku diuji. Dengan keluarga aku sekali.

Mengikut diagnos awal aku (i have degree related to psychology) mak aku mungkin menghidap schizophernia. Pesakit yang aku selalu jumpa di hospital, kini dekat rumah pun ada. Yang aku risau bnyak.

1. Ayah aku, aku takut dia give up dengan dugaan hidup ini. Aku call tadi suara dia dah lemah sangat. Dengan mak aku yang mula menunjukkn episode seperti, halusinasi, bercakap bende yang sama berulang kali, menolak melakukan perkara rutin. Dan sebagainya.

Aku risau ayah aku tidak mampu bertahan lagi. Dia sudah cukup penat dengan urusan kerja. Ditambah lagi masalah yang ada sekarang

2. Adik2 aku. Mereka masih muda. Kesabaran pun kurang. Aku risau takut mental mereka pula terganggu. Dengan mak aku yang buat perangai tak nak tidur lah, tak nak berhenti bercakap. Sehari dua mungkin, tapi seminggu.. setahun. Belum tahu.

3. Aku. Aku sendiri sebenarnya kurang sihat. Aku tidak boleh terlalu stress. Tapi so far aku dapat handle. Cuma aku risau, dengan pengajian aku. Aku perlu balik untuk jaga mak aku, tetapi aku tidak boleh berhenti atau tangguh master aku kerana aku dibawah biasiswa.

Sekarang ni, dengan yuran belum bayar kerana aku perlu gunakan untuk hal lain.. aku jadi buntu jugak. Tidak boleh pura-pura tidak peduli dan lepas tangan. Hanya kerana aku sambung belajar. Aku bukan anak yang macam tu.

Sebelum mak aku jadi begitu. Dia menghantar satu mesej yang panjang. Minta maaf dengan aku. Mungkin dia terasa dengan post aku di media sosial. Berkenaan aku tak boleh tukar ibu bapa tapi aku boleh ubah diri aku.

Mungkin dia berfikir aku menyalahkan dia kerana membesarkan aku dalan hidup susah sehingga menghalang segala cita-citaku.

Tapi sebenarnya, aku langsung tak peduli. Apa yang aku nak adalah aku mampu beri kesenangan kepada semua orang di sekeliling aku. Aku tak peduli pun mak ayah aku kaya ke tak. Aku dah besar. Pandai la aku carik duit. Tapi rupanya itulah perkara yang mak aku risaukan. Sehingga dia jatuh sakit.

Disaat aku menulis ni, adik aku bagitahu yang mak aku masih tak mahu tidur dan tetap mengulang2 ayat yang sama bahawa dia bersalah. Dia bukan ibu yang baik. Itu sahaja ayat dia.

Aku bercadang untuk buat appoiment dengan pihak psikatrik tapi perlu tunggu hari isnin. Cuti CNY kan. Aku cakap dengan adik2 aku be cool dan jangan metion nama aku depan mak. Kerana aku rasa aku la salah satu punca dia trigered.

Tujuan aku confess di sini adalah sekadar meluahkan apa yang aku rasa sekarang. Aku belum decide bila aku nak balik. Yang pasti aku kene habiskan dulu master aku kerana tanggungjwab yang diamanah pihak univesiti di samping kengkangngan kewangan.

Aku bukan selfish. Aku ada tanggungjawab aku juga. Dan aku akan balik. Untuk jaga ibu aku. Kesian adik adik aku. Mereka tak patut korbankan masa muda mereka untuk perkara macam ni.

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga tuhan memberikan rahmat dan kebahgiaan buat kalian.

– An (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *