Dugaan

Assalammualaikum semua. Cukuplah kenal aku sebagai Wanita Besi.. nak tau kenapa, bacalah cerita aku sampai habis.

Aku kahwin umur 23, dapat anak pertama umur 24 dan anak bongsu aku lahir masa aku umur 33. Sekarang anak sulung aku 26 dan anak bongsu 17.

DUGAAN. Tajuk aku.

1. Masa aku kandung anak kedua, rumah aku (rumah setinggan) terbakar. Masa tu anak sulung aku belum setahun pun.

2. Masa anak kedua aku 5 tahun dia meninggal sebab kepala dia tersepit dekat tingkap power window kereta sebab ayah dia tinggalkan dia dan adik dia masa tu umur 2 tahun.

Dorang main loncat² dalam tu sampai siadik terpijak power window sampai abang dia tersepit. Ayah dia kat luar kereta tu je sebab bagi barang pada orang. Masa ni aku dah anak 3. No 1 2 lelaki dan no 3 perempuan.

3. Lepas rumah aku terbakar tu, aku dpt PPRT, tapi entah berapa kali kena kunci sebab tak bayar sewa, atau nak cakap tak mampu nak bayar sewa yang RM124 sebulan tu.  Aku tak tau apa yang silap. Laki aku berduit orangnya, kerja bagus, tapi kaki judi.

Gaji aku masa tu ciput je. Mana nak bayar duit pengasuh, mana nak bayar hutang kedai runcit kat tingkat bawah, mana tambang lagi nak pergi kerja, susu, pampers, baju anak² semua atas bahu aku.

Tapi aku bersyukur sebab semua tu cukup² tiap² bulan bagi aku walau nak makan aku berhutang lagi barang kat kedai runcit bawah tu.

4. Aku ni spesis yang sangat² subur. Aku makan pil perancang pun lekat, aku pergi cucuk pun lekat, sampai pancut luar pun lekat jugak. Ni kejadian masa anak ke6 si bongsu.

Bila aku bagitahu laki aku, dia kata aku main dengan jantan lain. Perghhhh.. macam aku ada masa nak skandal bila masa aku memang sepenuhnya dengan anak². Aku tak boleh lambat balik kerja sebab nanti ada cas tambahan. Aku jugak yang kena bayar.

5. Kami ada beli rumah, tapi malangnya kena lelong sebab macam biasalah, laki aku tak bayar. Kereta pun kena tarik sebab tak bayar. What a waste.

Aku tak tahu menahu langsung mcmana dia bayar atau dia memang tak bayar langsung ke. No idea. Sebab dalam otak aku hanya tekak anak² saja.

6. Laki aku start buat hal, main betina, hisap dadah. Ya Allah.. bila aku cerita pada abang² and kakak dia, semua kata aku buat cerita.

Sampai la abang dia yang sorang ni, seorang polis, siasat pasal adik dia ni. Baru semua percaya cakap aku. Masa ni aku dah mengandung anak ke 6.

Tapi laki aku tak berubah pun walau abang² dia kata akan perhatikan dia. Masa ni laki aku kena berhenti kerja sebab kes dadah la and aku yang report kat majikan dia.

7. Masa aku bersalinkan anak ke 6, aku mintak doctor ikat peranakan aku.

Bertekak² dengan doctor tu sebab katanya aku masih muda (masa tu aku 33) katanya lagi kalau aku bercerai and kahwin lain mesti suami aku nak anak dengan aku, tapi masa tu otak aku tak pikir pasal tu pun.

Yang aku tau aku kena ikat kalau tak 2 tahun lagi aku akan beranak lagi. Doctor akhirnya akur sebab kebetulan baby dah overdue 9 hari masa tu dan dia dah berak dalam kandungan, jadi aku kena czer.

Lepas tu aku nekad carik rumah kat negeri kelahiran mak abah aku sebab aku fikir kalau apa² jadi at least aku ada mak abah and abang² aku kat situ. Masa ni laki aku dapat kerja kat kuantan, kerja dengan abang ipar dia.

8. Dia buat hal lagi, main betina, guna duit company sebab company abang ipar dia kot. Dia suruh aku berhenti kerja sebab aku tak dapat transfer ke branch masa tu. Kononnya membazir duit sebab aku kena ulang alik KL.

Bukan guna duit dia pun. Bayangkan masa tu dia tak nak hantar aku pegi stesen bas pun, apa lagi hantar aku g KL sana padahal masa tu abg ipar dia dah tukarkan dia ke KL jugak sebab nak mudahkan aku pergi balik kerja ngan dia, tapi..?

End up duit tabung haji and duit asb aku habis sebab tambang ni, memang macam tak berbaloi. Aku cuba cari kerja kat tempat aku tinggal dan tempat yang aku dapat tu tak boleh bagi seperti gaji aku masa tu.

Masa tu aku pinjam 2 along yang berlesen. Kad bank aku dorang pegang..tapi masih tak selesaikan masalah. Again, rumah tak berbayar.. entah berapa kali surat bank datang. Berapa kali aku keluarkan EPF untuk settledkan semua.

9. I got fed up with him. Aku failkan cerai selepas sibongsu umur 13. Masa tu aku rasa anak² dah cukup dewasa.

Bayangkan masa yang sulung dapat masuk Universiti pun aku naik komuter hantar dia padahal ayah dia tak pergi mana pun. Aku tak reti bawak kereta and tak de lesen pun masa ni. Umur aku 45 baru aku dapat lesen and beli kereta.

10. Anak perempuan aku yang pertama mengandung anak luar nikah masa umur 18. Kau rasa..?

Tapi aku tak buang dia, aku jaga dia sampai dia bersalin, malah cucu aku tu menjadi kesayangan kami sekeluarga. Hebat ke aku? Aku tebalkan je muka bila orang cakap pasal anak perempuan aku.

Pada aku, dia jadi macam tu sebab aku bukan ibu yang baik. Jadi aku tebus kesalahan aku dengan menerima kesalahan dia sebagai kifarah.

10. Lepas aku bercerai aku kahwin lagi selepas 2 tahun menjanda. Aku jadi isteri kedua. Ini pilihan aku sendiri.

FYI aku kahwin di Malaysia berwalikan abang kedua aku sebab masa ni abah dah meninggal. Suami aku ni memohon di mahkamah untuk kahwin 2 dan selepas menyetujui beberapa syarat dari isteri pertama.

11. Tahun kedua jadi isteri, suami aku mula acuh tak acuh dengan aku. Aku stress. Banyak sangat pantang larang tok nenek dia yang aku kena ikut.

Aku jenis dah terbiasa buat semua sendiri, dan kadang² aku lupa nak minta kebenaran dia atau bagitau dia untuk ke sana sini.. dia tak suka.

Dia mula dingin dengan aku sampai kadang² aku rasa sentuhan dia pun tak ikhlas. Aku malas nak sakit otak untuk benda² yang boleh mendatangkan aku penyakit. Jadi aku sentiasa mengadu pada Yang Satu.

Aku ajar diri aku untuk sentiasa sedar diri yang aku ni hanya dihujung kuku dia je.. bila² dia boleh jentik buang aku. Kesedaran ni buat aku tenang sikit.

Tiap kali dia balik rumah aku, aku layan dia macam yang dia nak, sebolehnya aku elak dari bertengkar dan aku mengalah walaupun aku rasa dia yang salah..sebab aku sayang perhubungan ini dan aku sayang dia.

Walaupun aku macam bertepuk sebelah tangan, pada aku selagi dia masih bagi aku nafkah, dia tak naik tangan, aku okay je.

Yang penting pada aku adalah doa.. setan yang menyetan tu berdoa supaya panjang umur supaya boleh sesatkan anak Adam pun Allah makbulkan, apatah lagi doa kita yang solat ni kan.. in shaa Allah, pasti Allah akan kabulkan. Cepat atau lambat je.

12. Pada umur aku 50 aku dapat beli rumah harga setengah juta untuk kami sekeluarga. Aku bersyukur ya amat.

Aku yakin dengan kesabaran dan ketabahan aku lah yang membuat aku dapat tersenyum sekarang ni. Tapi tak bermakna tiada lagi dugaan untuk aku.

Jadi pada sesiapa yang diduga tu, teruskan bersabar sebab janji Allah itu benar. Akan ada kemanisan di hujung tiap kesabaran. Sebenarnya banyak lagi aku nak kongsikan, tapi aku takut korang bosan baca so aku stop kat sini.

Korang rasa sesuai tak gelaran Wanita Besi tu kat aku?

Ciaoo..

– Wanita Besi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *