Dugaan 3 Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum semua. Aku terpanggil untuk luahkan kat sini juga lepas terbaca artikel tajuk Aku Yang Sudah Berkahwin, (https://iiumc.com/aku-yang-sudah-berkahwin/).

Selama ni aku pendam saja apa yang aku rasa. Aku just cari bahan bacaan yang boleh naikkan semangat aku semula then feel like oh I’m ok. Tapi sebenarnya benda ni keep repeat sepanjang perkahwinan aku ni.

Jadi untuk jaga inner peace aku kena luahkan juga. So artikel Aku Yang Sudah Berkahwin buat aku rasa macam lebih kurang dengan jalan cerita aku. Sama, sudah berkahwin juga hampir 3 tahun. Tiada anak lagi.

Aku rasa luahan tu dari side suami dan apa yang aku nak luahkan ni dari side isteri pulak. Tapi jalan cerita aku ada lain sikit. Minta maaf kalau ada yang ayat yang terabur, tercampur BM, BI. Dah lama tak tulis panjang-panjang ni.

Ok. Aku dan suami kitorang tak bercinta. Dikenalkan oleh bos kitorang, berkenalan bulan 7, tunang bulan 12 setahun 3 bulan kemudian berkahwin.

Niat masa tu memang nak bercinta lepas kahwin. Masa tunang tu lagi dah banyak dugaan jugak which is bukan sebab orang ketiga tapi lebih kepada sikap dia.

Paling ketara kalau ada benda yang dia tak suka, dia susah nak bawak bincang tapi dia diamkan aku berbulan lamanya.

Aku dapat tahu dia ada sikap panas baran tapi dia cakap dengan aku dia dah kurangkan. Masa tu aku boleh sabar lagi lepas all the explanation and kitorang pon berkahwin.

Ditakdirkan lepas 2 minggu berkahwin berlaku kemalangan di tempat kerja pada suami aku. Ibu jarinya hampir putus, Alhamdulillah dapat diselamatkan. Dah la tak sempat honeymoon tapi dapat terus kat hospital saja 5 hari. haha. Itu aku tak kesah sangat.

Tapi semua tu jadi turning point untuk segala plan dan keinginan aku duduk rumah sendiri lepas kahwin. So kitaorang balik la ke tempat asal kami ( kami tinggal di daerah sama) dan tinggal di rumah mertua aku hingga ke hari ni.

Orang kata tahun pertama perkahwinan tu semuanya indah. Kentut pon bau wangi lagi. Boleh dating berjalan sana sini. Tapi untuk aku memang struggle sangat.

Sebab kau bayangkan, dah la baru nak berkenalan dengan suami, kena duduk pulak kat rumah mertua. Plus aku tak bekerja dan suami tak dapat nak kerja lepas kemalangan tu.

Waktu tu struggle macamana nak jaga suami aku. Aku tak tahu apa yang dia suka, tak suka. Dia pulak bukan nak cerita. Bila sakit, mood tak ok saja selalu. Ada saja yang tak kena.

So, selalu jugak gaduh dingin. Diam seminggu. Tidur asing. Masa tu down sangat kenapa dia buat aku macam ni. Baru kahwin kot.

Sampai aku rasa baik tak payah kahwin kalau nak buat aku macam ni( pernah rasa nak cerai tapi aku diamkan saja sebab tahu tu bisikan syaitan) Masa tu mak aku tolong cool down kan aku.

Untuk info, mak mertua aku kurang sihat. Ada masa dia sihat, ada masa kurang sihat. Dalam pada tu mulut dia pon boleh tahan jugak. Mengata belakang aku. Tukang tambah ipar aku. Lagi buat aku down.

Aku macam tak diterima di rumah ni. Tapi aku sabarkan saja. Nak luah kat suami aku, dia pon sama kadang2 ngata aku, tak ada nak back up aku pon.

So aku decide nak kerja. Kerja pon buat aku down. Suami aku ada motor saja. Aku pon ada motor sendiri. Hujan panas itulah kenderaannya.

Entah kenapa ada sekali tu suami aku cakap ‘menyusahkan betul’ kat aku bila aku mintak tolong dia hantar aku gi kerja. Masa tu sedih sangat. Oh by the time, suami aku pon recovered sikit2.

Tahun ke 2 perkahwinan ada 2 dugaan besar berlaku pada aku buat aku makin mengenali family mertua aku dan suami aku ni macam mana.

Pertama awal tahun aku accident. Luka habis muka, tangan, lutut. Masa tu suami aku tak react apa2 pon. Tak risau pon. Dia sampai hospital lepas aku dah settle check ngan Dr. Dan dia order saja Grab untuk hantar aku balik.

Bila sampai rumah, tak ada orang risaukan aku. Semua buat biasa saja. Itu buat aku sedih. Lagi sedih bila mak mertua aku cakap,

”Mak sendiri pon nak urus diri sendiri pon tak daya kadang, lagi nak urus orang sakit mana larat” Kecewa aku masa dengar tu tapi aku buat tak tahu saja.

Esoknya kakak aku ambik duduk rumah mak aku. Duduk rumah mertua aurat nak kena jaga. Masa tu ada adik ipar lelaki yang belum kahwin duduk sekali. Jadi rasa tak selesa sebab luka tu kat lutut nak pakai kain rasa sakit.

Masa aku duduk rumah mak aku 4 hari, suami aku tak datang tengok, tak tanya khabar pon. Sedih kan. Ada suami macam tak ada suami.

Aku sabarkan mungkin sibuk sebab nak buat persiapan adik ipar lelaki aku tu nak kahwin lagi 2 minggu masa tu. Lepas tu aku pon berhenti kerja 2 minggu sebelum PKP 1.0

Kemudian, raya tahun ke 2 tu mak aku meninggal dunia. Rasa sedih sangat sebab aku dah tak ada tempat mengadu dah dan tak ada orang nak tenangkan aku time aku down.

Dalam masa yang sama aku rasa lega sebab aku dapat jaga mak aku time sakit tu dan mak aku meninggal depan mata aku.

Masa mak aku meninggal tu baru aku ingat aku pernah doa sebelum mak aku meninggal, aku nak ada orang yang ganti tempat mak aku (suami) untuk aku bermanja. Aku sedih masa tu. Doa aku makbul tapi aku terpaksa kehilangan mak aku. Takdir Allah semoga ada hikmahnya.

Masa Aku balik semula rumah mertua, tak ada sape tumpang sedih dengan aku. Selepas tu kebetulan ada buat makan2 kat rumah tu pon mak n pak mertua aku tak buatkan sekali pon majlis tahlil untuk arwah mak aku.

Aku kecewa tapi aku sabarkan saja. Selepas tu suami aku dapat kerja. Walaupon kerja biasa, sekurangnya dapat menampung hidup kami. Untuk hilangkan rasa sedih, aku pon bekerja semula.

Tahun ke 3 perkahwinan. Ekonomi kewangan suami semakin baik. Bila kami dah bekerja, dapat la guna pay slip untuk beli kereta (down payment duit suami, kereta atas nama aku)

Jadi kami tak bergantung dengan sesiapa kalau nak pergi mana2, tak risau kalau hujan. Hubungan suami isteri makin baik then before.

Rezeki bertambah. Kemudian bermula la dugaan bila ipar aku dah ada anak, aku yang kahwin dulu ni tak ada anak lagi.

Mertua aku sendiri yang berbunyi ‘tak ada isi lagi ke’ ‘bila nak ada baby?’ Dia ingat buat anak macam buat kuih agaknya. Allah. Lepas tu sekarang ni kalau nak tegur, sound direct saja.

Tak fikir perasaan orang. Bila cakap tu rasa macam orang luar aku ni. Yela. Menantu dan anak sendiri takkan sama. Lain sungguh dengan arwah mak aku.

Walaupon aku cerita macam2 time aku tengah down tu, sikit pon dia tak menangkan aku sebab pada dia kalau dia marah anak dia still cari dia, anak orang lain tak sama. Kita tak boleh nak ubah dia ikut cara kita. Entah la.

Atas sebab tertentu, suami aku suruh aku berhenti kerja. Mak mertua aku cakap takkan nak biarkan anak dia bayar semua sendiri. Which mean dia nak aku kerja semula.

Tapi suami aku dia tak kesah. Dia nak aku teman dia kerja. Sebagai upah, dia sendiri sudi bayarkan semua komitmen bulanan aku.

Tapi sekarang ni dia tengah bad mood. Berpunca dari aku terlupa nak buatkan dia air minum dan bawakkan dia bekal makanan sebelum dia pergi kerja hari tu.

Dah berapa hari tak nak bercakap dengan aku, tak layan aku bercakap. Dengan mak dia, kawan dia elok pulak. Dengan aku acuh tak acuh saja.

Part ni yang aku rasa macam confession Aku Yang Susah Berkahwin tu. Aku memang jarang masak (selera mak n pak mertua aku lain, asyik complent saja kalau aku masak)

Mungkinkah suami aku fikir yang sama macam confession tu? Semua benda dia yang bayarkan. Aku mintak saja. Benda ni buat aku down semula.

Aku dah la tak ada kawan, parents pon dah tak ada, dengan siapa lagi aku nak bercerita. Kadang aku fikir semula, dia terpaksa ke kahwin dengan aku? Kenapa dia buat aku macam ni?

Sekarang ni aku tengah fikir, patut ke aku kerja semula dan kurangkan komitmen dia so dia boleh simpan lebih?

Aku pon boleh simpan n beli apa yang aku nak. Plus tak payah tahan telinga dengar orang kat rumah ni mengata aku saja. Penat tahan hati ni.

Lepas ni aku tak tahu dugaan apa yang Allah nak bagi sepanjang perkahwinan ni. Orang kata 5 tahun pertama ni dugaannya lebih. Aku harap Allah takdirkan yang terbaik yang mampu aku lalui. Aamiinn.

Semoga yang sedang lalui macam aku pon terus diberi kekuatan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

– Nabila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *