Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pembaca iium confession nie.
Selamat berkenalan. Nama aku Ebi. Disebabkan aku tengah takde kerja sekarang ni dan kebetulan tengah bosan tak buat apa-apa selain menggemukkan diri, aku ter’throw back’ pula time aku nak ambil SPM tahun lepas. Perghhh.. Penuh dugaan dan cabaran bagi aku. Aceceh. Takde la big matter pun cuma aku saje je nak share. Biar la takde orang baca atau komen asalkan aku puas. Huhu. Dan aku harap siapa-siapa yang diberi hidayah oleh Allah untuk baca confession aku nie akan terimbau kembali zaman-zaman korang nak ambil SPM. Hoho. Okey let’s start. (Panjang pulak intro aku nie..)
Aku nie sekolah agama. Aku duduk kelas first. Ambil subjek killer addmath dan akaun. Perghh.. Bila student yang berani ambil 2 subjek nie dikira the center of attention la dalam satu sekolah. Padahal kitorang yang ambil subjek killer ni bodoh-bodoh jer. (Sorry guys, cakap korang bodohs. Haha) Ye la. Kelas lain takde pun gagal sepanjang zaman. Kelas kitorang gagal jer. Aku tak pernah pun lulus addmath. Bapak sedih weyhhh. Aku nie dikira pelajar cemerlang jugak la sepanjang tingkatan 1-5. Disebabkan result aku selalunya baik, aku jadi malas untuk belajar. Hinggalah membawa aku gagal sepanjang zaman dalam subjek addmath. Kalau aku rajin boleh je aku skor A+. (Ceh, cam nak tampar diri sendiri.)
Awal tahun tingkatan 5,aku dan kawan-kawan aku yang selalu masuk air main-main lagi. Lagho memanjang. Bak kata orang kelantan, ‘hero tok ggaduh’. Huhu. Sampai la masuk pertengahan tahun, time tu dah berdebar tapi still main-main. Habis tu bila yang study maut? Jawapannya lepas trial. Haha. Result aku okey jer. 8A 1C 1G. Hahahaha… (Ketawa semakin perlahan.)
Masa nie ya ampun stress gila nak mampus. Mana taknya, 2 subjek killer tu aku tak boleh nak overcome lagi. Huhuhu. Satu lagi yang buat aku stress sebab aku rasa overconfident. 8A dh cukup bagus kut masa tu aku fikir. Lagi stress bila kawan-kawan yang masuk air semua cam study maut. Masa ni jugak la jerawat-jerawat yang dulu malu-malu tiba-tiba nak say hai pulak. Stress aku!! Merah dan berparut-parut muka aku. Geram sangat. Tangan pulak tak boleh duk diam. Gigit kang! Aku sabar je pastu tiup-tiup kat diri sendiri ‘Toksah fikir ape orang nak cakap’.
Ni bukan major problem bila bak dekat exam. Major problem aku ialah Love a.k.a Chenta. Fuhhh, berpeluh aku bila ingat balik. Korang tahu tak ni ujian?? Aku ni dah la tak pernah bercinta. Bercakap dengan budak lelaki kelas lain pun tak. Apatah lagi nak senyum-senyum atau bermanis muka dengan lelaki. Tiba-tiba time nak exam jugak la rasa chenta tu datang. Haru betul aku. Dah la aku asyik terfikir pasal dia. Aku tak leh fokus kau tau tak sengal! Kenapa la aku terpandang kau masa kat kedai slurpy? Masa aku nak beli air slurpy perisa strawberry jugak la mata kita nak bertembung. Aku masa tu dah rasa something dah sebab kau tengok aku semacam. Cam nak minta kaki pun ada. Ish kau nie. Aku abaikan aje.
Ketika kat kedai slurpy yang hampir nak roboh tu la aku jumpa dengan hamba allah nie. First time aku nampak dia sepanjang duduk sekolah aku. Aku tahu dia ting. 5 sama dengan aku sebab aku nampak dia hang out dengan kawan-kawan lelaki kelas aku. Terbukti tak kat sini aku tak bergaul sangat dengan kelas-kelas lain. Lagi satu aku ni payah nak ingat nama dan muka. Lagi la parah nak kenal-kenal bagai.
Sampai la satu hari, kawan lelaki kelas aku, Megat wasap aku kata ada orang minta number aku. Aku cakap tak payah bagi. Aku cakap aku takde masa nak layan lelaki buaya. Megat gelak je dan jawab okey. Aku percaya Megat takkan khianati aku sebab Megat ni baik orangnya. Dalam banyak-banyak kawan lelaki dalam kelas aku, Megatlah yang aku paling rapat. Sebab sikap dia yang macam ‘pencinta wanita’ kut. Selalu ambil berat pasal orang lain. Sampai satu hari, time ni hari jadi aku. Aku tunggu jugak kawan-kawan aku wish tapi takde sorang pun. Huhu. Tiba-tiba sampai mesej daripada Megat. Dia wish birthday kat aku. Terharu kut weyhh. Aku cakap kat dia yang dia lah first wisher. Dia hantar emoji monyet tutup mata tu jer. High kick kang. Ni kalau aku tak kuat iman dah la aku jatuh cinta dengan Megat. Mujur aku kuat untuk tepis godaan Megat.
Malam hari jadi aku jugak la aku dapat mesej daripada nombor yang tak dikenali. Dia wish birthday aku. Siapa dia ni?? Mana dia tahu? Aku balas basi-basi je. Cakap thank you. Pastu bluetick bila dia tanya soalan nak pick up line. Aku terus serang Megat. Megat cakap dia tak bagi tahu pun number aku kat mysterious guy tu sebab dia dah janji dengan aku. Bila aku tanya sape dia tak nak bagitahu. Dia cakap mysterious guy tu kawan dia. Ish.. Brotherhood betul. (Aku cam boleh agak sape.. Muka dia je dalam kepala aku.. Hurmmm)
Selepas kejadian tu, aku selalu dapat mesej dan call daripada number-number yang tak dikenali. Yang aku tahu dorang nie saje nak perdajal aku. Macam biasa, aku kasi bluetick dan ignore call pedajal-pedajal tu sume. Aku rasa marah dan geram sangat. Mestilah geram ada orang nak main-mainkan kau kan? So, aku luahkan kat Megat. Semua geram-geram aku, aku curah atas Megat. Biar dia tenggelam tak timbul-timbul. Megat suruh aku rilek jer. Aku pulak hurmmm… Megat kan lelaki. Mesti nak back-up kawan-kawan dia.
Dan nak dijadikan cerita, datanglah sorang lelaki wasap aku, perkenalkan diri dia sebagai Saef (aku ada stalk insta dan fb lelaki yang aku jumpa kat kedai slurpy tu dan nama dia Saef! Omg!) Dia minta maaf dengan perangai kawan-kawan dia yang nak perdajalkan aku. Dia claim dia tak tahu mana dorang dapat nombor aku. Aku pun pelik jugak mana dia dapat nombor aku. Tapi aku tak tanya la. Haaa.. Dari situ la kami berkenalan. Permainan setan sangat hebat kan? (Senyum sinis dan cakap bongok untuk diri sendiri) Kenapa aku melayan sangat Si Saef ni? Selama ni aku tak bagi mana-mana ruang pun untuk lelaki masuk. Tapi aku kasi Saef ni chance. Sebab.. Aku ada hati jugak kat dia kuttt. (Emoji jari telunjuk kiri dan kanan) Kami tak mesej lebih-lebih pun cuma sembang benda-benda biasa. Tu pun sekejap je. Pastu sambung esok pulak. Begitu lah hari-hari seterusnya. Dari situ aku cam kenal dia, dia baik, memahami dan tak mencarut atau melucah. Saef sangat sayangkan mak dia. Dan semakin menjelang hari exam, aku semakin ingat kat dia. Aku tak tenang dengan keadaan nie. Aku benci sebab selalu ingat kat dia. Aku bagai hilang fokus. Kenapa masa nie jugak Allah hadirkan rasa ni? Kenapa masa nak exam jugak aku menggedik cam nie? Kenapa masa ni ada orang tunjuk minat kat aku? Kenapa masa aku berjerawat pulak tu? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Huhhh.. Kawan aku cakap Allah nak uji aku. Nak tahu sama ada aku mampu tak nak lawan ujian nie.
Aku tak nak couple. Memang aku dan dia, kitorang tak declare kitorang couple walaupun kitorang boleh agak masing-masing ada simpan perasaan walaupun sembang kitorang tak berbunga-bunga. Aku tak tenteram. Berat rasanya ujian Allah untuk aku nak duduki SPM. Sebabnya, couple bertentangan dengan prinsip aku. Aku tak nak disamakan dengan budak-budak couple yang lain. Aku ada harga diri. Aku dapat bezakan perasaan aku bila mesej dengan Megat dan Saef. Kedua-dua mereka, perasaannya berbeza. Megat kawan aku, Saef pulak.. Hurmm, terasa penuh dengan dosa dan noda. Alhamdulillah, walaupun mental aku koyak dengan masalah-masalah nie semua, aku dapat jawab SPM dengan baik. (Okeylah.. Hehe) Aku dan Saef lepas SPM still contact macam biasa. Aku pulak masih terawang-awangan dengan dia.
Sampai lah satu hari, aku muhasabah diri aku. Dengan pertolongan kawan baik aku, Hana, dia bantu aku untuk sedar dan kuat bahawa ni semua adalah salah. Aku kuatkan dia dan tekad untuk kata ‘Semua ni salah. Aku kena hentikan hubungan bodoh nie! ‘. Ya.. Aku takut couple. Aku takut lalai daripada mengingati Allah. Cukuplah sebelum ni aku asyik teringat je kat Saef. Aku kena stop. No, we need to stop, Saef! Tanpa penjelasan, aku jadi bad girl. Takde la bad girl sangat, aku just mesej dia cakap ‘Jaga diri. Bye.’ Saef tak faham dan perlukan penjelasan. Dia minta maaf jika dia terlukakan hati aku. Aku kasi bluetick je. Pedih hati aku buat cam nie. Mesti korang fikir kenapa tak cakap je hubungan kitorang ni salah? Ermm.. Entahlah. Aku tak kuat untuk bagitahu. (Ceh, ayat ‘tak kuat’ tu drama betul. Tapi tulah hakikatnya. Aku tak kuat.)
Selepas tu aku delete nombor dia dan mesej-mesej kitorang. Aku jadi tak semangat tiba-tiba dan kuat tidur. Macam orang patah hati padahal aku yang buat perangai dulu. Lama jugak aku jadi macam tu dan sekarang aku dah okey. Alhamdulillah..
Okey, tu je kut apa yang aku nak cerita. Jadi kesimpulannya, Allah akan hantar pelbagai cara untuk menguji kita dan kita kena kuat untuk lawan. Walaupun aku tak mampu lawan masa Spm tapi aku pasti mesti ada hikmah Allah buat semua tu. Oh ya, lepas SPM muka aku dah jadi lebih baik. Jerawat-jerawat dah mula surut. Dulu aku stress sangat kut nak duduki spm sampai naik segala mak nenek jerawat kat muka ni. Alhamdulillah lepas guna masker kunyit buatan sendiri jerawat tak naik dah(ada la seketul dua jugak naik). Sekarang tinggal parut-parut je tu pun dah nak pudar dah. Pencuci muka pun aku tak pakai sekarang (dulu masa spm aku pakai). Kat sini walaupun dah lari tajuk confession aku nak share jugak cara nak buat masker kunyit. Korang jugak boleh type kat youtube atau tanya pak cik gugel terus. Bahan-bahan dia senang jer. Serbuk kunyit, tepung beras, putih telur(sebiji je dah cukup) dan air sikit. Gaul semua bagi rata. Jangan cair sangat. Pastu tempek kat muka dalam 15-30 minit. Masa tempek tu jangan gosok kuat sangat. Gosok pelan-pelan jer. Pastu bilas dan lap dengan tuala atau tisu. Jadikan rutin seminggu 2-3 kali atau ikut suka asalkan jangan hari-hari sudah.
Okey nak stop dah ni. Kebas betul jari-jemari hamba menaip. Tabik la kat confesser yang tulis panjang-panjang. Akhir kalam, maaf sangat kalau confession aku nie merapu meraban sangat. Nak buat cam mana, tengok duk syok menaip, mak panggil makan nasi la, sambung pastu nak gi tandas pula. Macam-macam hal. Idea pulak kejap datang kejap pergi. Okey, aku chou dulu lah. Btw, thank you admin kalau publish confession nie. Wassalam.
– Ebi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit