Assalamualaikum semua. Saya Cempaka (bukan nama sebenar) dan ini merupakan penulisan kali pertama saya buat.
Saya merupakan seorang yang happy go lucky, peramah, periang tetapi saya tidak suka bercerita tentang masalah percintaan saya kepada sesiapa termasuk rakan karib atau pun family.
Justeru itu, saya menulis penulisan ini untuk meminta pendapat, nasihat, cadangan daripada kalian semua untuk bantu saya.. kerana sekarang saya buntu, sedih, kecewa. Semua perasaan ini saya hanya pendam sendiri sahaja sebab taknak orang tahu saya sedih.
Nak dijadikan cerita, saya dah lama in relationship dengan seorang lelaki ni, saya bagi gelaran dia Z dan saya sangat sayangkan dia.
Family kami pun dah kenal antara satu sama lain dan kami memang bercadang untuk berkahwin setelah kami berdua tamat belajar, soon. InsyaAllah. Doakan kami supaya cepat-cepat dapat halalkan hubungan ni.
Z merupakan seorang yang sangat aktif, di kenali ramai dan sangat good looking (ofcourse la kan, dah pasangan sendiri haha).
Tidak dinafikan, dia seorang yang saaangat baik. Suka membantu ramai orang. Dalam hubungan kami pun, dia sangat sangat romantis. Dia punya love language is act of service.
Jadi, kalau kami berdua keluar makan, saya hanya duduk sahaja dan dia yang akan tolong orderkan kerana dia tahu semua makanan kegemaran yang saya suka.
Kalau saya ingin membeli sesuatu, dia yang akan belikan dah menyuruh saya untuk tunggu sahaja di dalam kereta kerana taknak saya bersusah payah keluar dan pergi beli sendiri.
Rezeki Z saangat luas (alhamdulillah). Z di offer jadi emcee, jadi DJ, jadi wakil itu ini dan sebagainya.
Saya pada mulanya turut happy dengan semua rezeki dan peluang yang dia dapat, atleast dia boleh jadikan itu sebagai pengalaman dan langkah permulaan untuk dia mengembangkan bakat nya.
Mana tahu rezeki dia berada kat situ dan itu merupakan salah satu punca pendapatannya satu hari nanti. Aamiin..
Selepas banyak peluang yang datang, dan tiba-tiba dia terpilih menjadi wakil untuk keluar negara selama 1 minggu mewakili kolej nya. Dia tersangat-sangatlah happy dan saya juga turut menumpang kebahagiaannya.
Hubungan kami juga seperti hubungan orang lain, kadang2 kami bergaduh, kadang2 kami happy, berbaik semula. Itu adalah normal.
Tetapiiii, setiba nya dia di luar negara tersebut, kami hanya call waktu malam sahaja.
Chat seperti biasa, kalau dia tidak busy, dia akan reply. Saya juga turut memahami perkara itu. Dia kadang2 terlupa untuk menghantar video atau gambar as an update tetapi itu tidak menjadi masalah buat saya, as long as Z selamat.
Pada waktu itu, saya mempunyai baanyak masa lapang, jadi saya pun pergi stalk kawan2 Z yang juga menjadi wakil kepada kolej mereka.
Alangkah sedihnya saya apabila saya melihat video kawan2nya disana didalam media sosial, ada beberapa orang perempuan tergedik2 dengan Z. Saya sebagai perempuan yang normal, mestilah ada perasaan jeles!
Saya pun pergi melaporkan perkara tersebut dekat Z, dan Z kata, perempuan2 tu yang tergedik2 dekat dia. Dia tak layan. Saya pun okay kan sahaja, kerana saya tahu dia bukan jenis yang melayan perempuan2 begitu.
Ohh yaa, lupa nak cerita. Dalam jangka masa 3 tahun hubungan kami, Z pernah kantoi menyembunyikan sesuatu dari saya. Saya tidak suka lelaki yang merokok/vape, jadi saya memang melarang Z untuk berbuat demikian.
Tapi tiba2 saya terjumpa vape didalam kereta Z, dan dia kata itu bukan dia yang punya, dia menafikan perkara tersebut. Tapi last2 sekali, kantoi yang vape tu memang dia yang punya. Dan dia vape bila lepak dengan kawan2.
Tetapi bila dengan saya, dia tak vape pun. Just that, saya terkilan kerana, bila saya suruh dia mengaku, dia taknak mengaku. Dia sepatutnya bagitahu saya perkara itu. Takkan la kawan dia tahu, tapi saya ni, dia punya pasangan, dia tak bagitahu. Huhu.
Apala salahnya, bagitahu je. Saya bukannya marah sangat pun. Jadi semenjak itu, saya susah sikit percaya apa yang dia katakan.
Okayy continue cerita tadi pulak. Jadi, selama seminggu dia di sana, saya memang sangat2 cemburu. Tiap2 hari perempuan tu post, mestila saya cemburu. Jadi hubungan kami pun agak dingin. Lebih banyak gaduh daripada bahagia. Lebih banyak duka daripada suka.
Z balik je semula ke kolej nya, hubungan kami pun macam biasa balik. Z macam biasa, busy dengan tugas2 yang telah diamanahkan.
Tiba tiba satu hari, kami bergaduh balik. Tapi bagi saya, benda tu kecik je. Bukannya besar sangat. Dan waktu tu, Z mengambil keputusan untuk take a long break of each other.
Bukannya break tau. Maksudnyaa, kami berhenti sekejap, jadi macam kawan balik, but we know, we love each other. Z cakap, we need some space for our own mental health. Dia cakap macam tu.
Saya tak tahu apa motif nya. Saya saangat sangat sedih. Mula2 saya tidak setuju, tetapiii bila dia keluar malam pergi lepak (katanya) sampai pukul 2/3 pagi macam tu dan saya tak pasti Z lepak tu kat mana, saya jadi turn off..
sebab saya tak suka lelaki lepak sampai tengah malam, lebih2 lagi pergi bar/kelab. Saya pun cakap, yeap, you were right. We need to take a long break. Then dia pun setuju.
Dan begitu la hubungan kami sekarang. Masih lagi take a break. Harini hari ke 3 dah. Dia masih tanya saya buat apa, dah makan ke, tapi sehari dalam sekali atau dua je kami chat. Tak sekerap dulu.
Dan saya sangat sangat sedih, kecewa, terkesan. Kerana dulu kami memang 24 jam chat. Setiap masa update each other. Tapi sekarang, saya rasa kosong. Saya tiada tempat bersembang, meluah. Saya sedih.
Saya dah ajak dia break yang betul2 break kerana hubungan macam tu susah, macam tergantung. Tapi Z tak nak. Z cakap dia masih sayangkan saya. Dia cakap, kami selalu gaduh. Jadi sebab itula kami perlu masa, space.
Sepanjang kami take a break ni, saya dapat tengok dia seolah2 bahagia. Dia pergi sana sini, main golf, happy2. Lelaki kan, biasala.. tapi tak tahu dalam hati Z macam mana. Saya juga musykil dengan Z, kerana dia selalu online.
Tapi bila ditanya, dia hanya menjawab bahawa dia tengah tengok status. Kadang2 saya chat, dia lambat reply padahal online. Hmm. Dan saya pulak di sebaliknya. Saya sedih, kecewa, apa semua yang di belajar pun tidak masuk kedalam fikiran.
Fikiran saya kosong. Saya tidak dapat fokus didalam kelas. Dengan orang lain, saya layan seperti biasa, kerana taknak mereka terkena tempias. Luaran saya happy, dalaman saya hancur retak seribu. Bagi saya communication itu penting.
Saya sedih. Saya perlukan someone untuk teman chat/ call/ bercakap/ meluah. Tapi saya seorang yang setia, untuk saya cari peneman dikala bosan tu jauh sekali.
Saya memang tak nak curang sebab saya tahu bagimana kecewa nya perasaan dicurangi. Tapi saya juga perlu someone untuk bercerita. Saya buntu. Saya sedih.
Apa yang saya perlu buat? Patutkah saya biar sahaja perasaan ini dan biarkan masa yang menentu nya? Ataupun saya busy kan diri ke macam mana.
Adakah dia sebenarnya sudah tawar hati dekat saya, tetapi dia nak lepaskan saya secara perlahan2 kerana bimbang saya tak kuat terima semua ni. Hmm. Saya sangat sangat perlukan bantuan. Terima kasih semua.
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit