Dugaan atau Petanda?

Assalammualaikum. Hai, aku Aisyah bukan nama sebenar, berusia 25 tahun. Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk meminta pendapat daripada kalian.

Baiklah aku explain siket pasal diri aku. Aku lepasan ijazah sarjana muda, rupa paras biasa-biasa je, berperwatakan muslimah, suka menjaga kecantikan dan penampilan.

Aku baru bertunang masa awal tahun dengan lelaki yang aku kenal di dating apps.

Proses taaruf kami adalah 6 bulan sebelum bertunang. Dia tua 6 tahun daripada aku. Lepasan sijil kemahiran sahaja. Sekarang bekerja sebagai juruteknik. Tinggal di negeri berlainan dengan aku.

Pertama sekali aku nak tekankan kat sini yang aku bukan nak rendahkan dia atau apapun ya.

Okay, baru-baru ni kami bercerita soal kewangan iaitu pendapatan bulanan. Gaji bulanan dia adalah sebanyak RM1300, tidak termasuk OT.

Kalau termasuk OT (shift), boleh la dapat dalam RM1700. Manakala gaji bulanan aku adalah RM1500 (Kerani). Selepas berkahwin nanti, aku terpaksa quit kerja sekarang untuk ikut tinggal di negeri dia.

So aku suruh dia list out komitmen bulanan dia (kereta, hibah, takaful insurans, bil celcom, astro, sewa rumah), jadi gaji dia tinggal dalam RM700 lebih. Dia hanya ada income melalui gaji bulanan sahaja.

Lepas daripada bincang ni aku tiba-tiba rasa tak yakin, risau dia tak mampu untuk tanggung aku selepas berkahwin nanti.

Dia bersetuju untuk izinkan aku bekerja selepas kahwin. Means aku kena share untuk beli barang rumah bulanan dengan dia la kan?

Tapi kalau macam tu baik aku tak payah kahwin, sama je mcm aku duduk serumah dengan housemates.

Aku akui dia seorang yang baik dan penyabar. Pengetahuan agama pun biasa-biasa je.

Dia juga seorang yang introvert, jadi kalau masa berjumpa dengan family aku, dia macam tak reti nak berborak membuatkan family aku agak awkward dengan dia. Tapi setakat ni family dia okay je dengan aku.

Sampai satu tahap aku rasa macam menyesal buat keputusan untuk bertunang terlalu awal. Rasa macam rushing sangat, sebab ikut keputusan dia dan family.

Aku dah buat istikharah, aku rasa yakin pada dia awalnya. Bila tahu pasal ni, aku terus jadi ragu-ragu. Tetapi aku masih teruskan istikharah.

Adakah ini petanda yang aku kena hentikan hubungan ni atau ini adalah dugaan untuk kami membina masjid?

Aku buntu sangat sebab perkahwinan ni adalah life commitment. Aku takut aku tak mampu untuk hidup dengan dia dalam keadaan kewangan macam ni.

Minta jasa baik kalian untuk bagi pendapat tentang keadaan aku ni.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *