Dugaan atau PetunjukMu Ya Allah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin andai confession kali ini disiarkan. Dan andainya disiarkan saya memerlukan pandangan dan pendapat dari pembaca semua.

Okay mari saya mulakan…

Aku dilahirkan dari broken home. Keluarga yang berantakan, dari segi parent dan jugak adik beradik. Tapi mak ayah dah lama divorce and aku tak kesah pun sbenarnya tapi aku dapat rasa aku ni jadi paranoid dengan history keluarga aku.

Ayah aku kaki pukul. Panas baran. And the worst thing is dia kaki perempuan. Terlalu ramai perempuan sebelum berpisah dengan mak aku.

Dan dari situ lah aku jadi seorang yang sangat berhati-hati untuk kenal dengan lelaki. Aku terlalu berhati-hati sebab aku taknak terima nasib yang sama macam mak aku.

Dipendekkan cerita aku berkenalan dengan seorang lelaki ni yang aku namakan dia Hairul dan setelah setahun lebih kenal akhirnya kitaorang mengikat tali pertunangan walaupun ada perang dunia yang entah ke berapa sebelum ini.

Perang-perang tu terjadi adalah disebabkan sikap paranoid aku mungkin selepas ape yang jadi dan Hairul ni dah create satu kejadian berdarah yang aku takkan lupa sampai aku mati.

Dalam tempoh aku berkawan dengan dia tu, aku dapat chat dari sorang perempuan ni. Aku cam sebab Hairul pernah cerita yang dia ada kawan kat sana (sorang perempuan indon yang study kat sini tapi dah lama dorang lost contact ).

Fyi, aku dan Hairul pjj, kami jarang berjumpa just contact maya je. Okay berbalik citer tadi. Perempuan tu tanya ape hubungan aku dengan Hairul? Whatt?? Dia boleh tanya macam tu.

Aku macam tergamam sebab aku memang tak sangka sebab Hairul bagitau yang dorang just kawan dan dah lama lost contact.

Long story short, perempuan tu mintak aku jauhkan diri dari Hairul sebab dia cakap Hairul berubah lepas kenal aku. Aku sedih tapi akur. Aku putus sekejap dengan Hairul tapi dia still pujuk aku dan dia cakap perempuan tu menipu.

Dan aku bodoh terima Hairul balik tapi kejadian sama berulang tapi kalini sebab aku selalu provoke perempuan tu tanya Hairul ada cari dia lagi ke ape..

And yes. Diorang masih berhubung, kata perempuan tu lah. Tapi pihak Hairul lain. Dan aku macam orang bodoh in the middle of this situation. Tak tahu nak percaya mana.

Kemuncaknya hubungan kami putus. Lama. Dan tiba² aku dapat chat dari perempuan tu. Dia pujuk aku untuk berbaik balik dengan si Hairul.

Atas pujuk rayu dia dan kata hati aku sendiri, aku terima balik. Tapi maaf.. Kali ni otak aku dah rosak. Aku dah tak percayakan dia lansung. Tapi aku tak tahu kenapa aku masih terima dia lagi.

Aku jadi macam orang meroyan tiap² hari duk syak dia dengan perempuan tu lagi. Aku macam depressed. Dia angkat call lambat aku dah meroyan. Banyak lagi la yang betul2 jadikan aku ni macam orang yang tak betul.

Aku provoke lagi perempuan tu dan akhirnya dia dah block aku sampai sekarang. Perempuan tu dah ada boy friend actually.

Dan akhirnya.. Aku disahkan ada anxiety and depression. Sebabkan aku dah tak tahan dengan rasa dalam diri ni, aku beranikan diri berjumpa doc buat ujian dass. Dan result memang teruk.

Long story short, kami bertunang jugak dan dia cakap boleh terima aku dengan keadaan aku macam ni aku ingatkan lepas bertunang kami akan makin okay.

Tapi keadaan sama je. Tak berubah. Kitorang rancang kahwin bulan 6 tahun ni. Tapi sekarang Hairul diagnosed ada gastrik. Kesihatan dia macam on off gitu..

Aku setia je bagi support moral kat dia even dalam masa sama aku rabak dah kat dalam sebab time ni dia macam tak hirau mane perasaan aku. Entah.. Aku macam tertekan sangat. Ayat dia yang paling buat aku down..

Dia cakap tak pasti lagi bila majlis kitorang boleh dibuat antara bulan 6 atau bulan 8 jugak.. Atas faktor dia macam tu.

Aku ‘whatt’?? Gastrik je kot bukan kanser sebab sebelum ni dia yang bersungguh nak percepatkan majlis. Aku rasa macam dia slowly dah tak bersungguh nak halalkan hubungan ni.

Gambar² tunang kitorang dalam laman social dia dah padam sebab mak dia cakap tak elok letak takut ada yang dengki since dia sakit macam ni.

Dia gastrik tapi bukan sakit di perut. Tapi sakit di tekak dan satu badan jadi meremang. Aku pun tak faham sebenarnya..

Btw, aku pernah mimpi ular warna coklat nude gitu belit kat katil aku. Dan aku banyak kali mimpi yang dia ada perempuan lain lepas kitorang kawin.

Aku tertekan. Itu adakah ujian pertunangan atau petunjuk dari Allah? Aku buntu.. Banyak kali aku rasa nak putuskan pertunangan sebab aku sangat2 takut yang dia sama macam ayah aku dulu.

Maaf penulisan aku agak berterabur sebab perasaan aku tengah serabut sekarang.. Doakan aku dapat jodoh terbaik, aku nak bina keluarga yang bahagia dunia dan akhirat..

– Cik kenangan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *