Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada admin sekiranya confession aku disiarkan.
Nama aku Cikyah. Iye bukan nama sebenar. Serba sedikit tentang aku. Lepas spm dan rehat setahun sebelum buat keputusan sambung diploma di sebuah kolej di sebuah negeri di pantai timur.
Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pula di luar negara iaitu di sebuah negara timur tengah.
Sebenarnya dari zaman sekolah menengah lagi sudah pasang niat utk sambung ke negara tersebut dek kerana ustaz dan ustazah kat sekolah tu pon ramai lepasan dari sana.
Tapi begitulah, ibarat macam angin lalu je impian tu. Sampaikanlah saat ni, rasa macam “Ya Allah, inilah apa yang pernah aku terlintas dulu”. Bersyukur sangat..
Aku dulu pon seronak la dapat sambung sini macam kawan-kawan yang lain. Dapat pergi jalan-jalan sambil belajar.
Dulu tengok dalam tv atau dengar citer je. Sekarang aku dah sampai. Seronok weiii. Sekarang pon masih lagi bersyukur dan rasa betapa nikmatnya belajar kat sini.
Berbalik kepada tajuk diatas, ye tidak dinafikan bahwa semua orang memang seronok bila dapat sambung belajar ke luar negara. Aku pon begitu.
Sebelum aku buat keputusan ni, aku dah tnya pengalaman orang² tentang belajar dan kehidupan kat sana macam mana. Mereka banyak bagi yang manis² je.
Disaat aku menulis ni pun, belum setahun aku berada disini dan baru je habis exam. Nak balik, tiket mahal pulak. Hahhaha abaikan.
Okay citernya macam ni, Makin hari makin banyak dugaan yang datang. Kadang-kadang jauh dari sangkaan aku benda ni wujud dan berlaku.
Okay akan aku ceritakan satu persatu.
1) Kes rompakan.
Kat sini majoriti orang asing terdiri dari warganegara Malaysia, Indonesia, Thailand. Boleh kata serumpun la.
Yang lain ada je, Rusia, Uzbek, Itali, China dan orang yang “tan-tan” cuma minoriti. Kalau jalan-jalan kat mana-mana, akan jumpa 3 ni. Nak mntak tolong pon mudah.
Okay macam ni, dulu aku tak pernah dengar pon kes ni dari orang yang pernah aku tanya dulu, dan mereka pon tak pernah buka cerita. Tak pasti pula berlaku ke tak masa zaman diorang.
Kebiasaannya, orang tempatan sini suka rompak orang asing sebab mereka ingat kita kaya. Kaya yang macam mana? Duit dorang lebih murah dari duit kita.
Ada yang tu, orang kita kena tetak kat tangan dengan orang arab, sebab pertahanankam diri dari motor dicuri.
Yang satu pulak, pura-pura jadi polis lepastu seluk-seluk dalam beg. Tengok-tengok hilang wallet dan handphone.
Yang satu lagi, tunjuk cara² orang arab nak rompak kita macam mna, last-last kita kena rompak tanpa sedar.
Beberapa bulan lepas, berbiji-biji motosikal orang kita kena curi. Bukan motor yang macam cerita india polis pakai tu. Lebih kepada motor besar (Benneli).
Yang terbaru, ada orang kita bagi salam dekat orang arab tepi jalan. Lpastu Arab tu panggil, then bila dekat, ditunjuk pisau sekian-sekian. Nasib baik tak dicederakan sebab orang ramai kat situ.
2) Urusan.
Urusan di sini, memang menguji kesabaran. Bayangkan nak buat sesuatu urusan yang mudah pon, disuruh buat esok. Bila datang esok, disuruh pulak datang esok.
Ni tak termasuk dengan urusan visa. Ni pun satu masalah buat student kat sini. Hantar borang harini, bulan depan tangkap gambar, bulan seterusnya bayar, dan bulan seterusnya kad siap. Yang tak bernasib baik, bulan seterusnya tamat tempoh visa.
Bukan kami tak komplen,tapi macam angin lalu je. Kalau tanya kenapa, dijawab tanya arab la. Last sekali redha jela. Yang kaya sanggup bayar banyak kali. Last-last kena macam kami jugak.
3) Penculikan.
Ye kat Malaysia pon ada, tapi aku lagi takut bila berlaku kat sini. Saty kes tu، berlaku kat pelajar perempuan Indonesia kot (lupa plak negara mana).
Sorang² tengah tunggu uber (mesia grab la). Tiba kena tarik oleh arab naik tut-tut. Lepasty tak sedar dah. Sedar-sedar je dah dekat satu kawasan mana entah.
Then dia lari dan nampak satu pakcik arab ni. Pastu dia ceritalah. Pakcik tu kata, kat depan tu memang bahawa, kawasan tu adalah kawasan pembunuhan.
Rasanya dan panjang lebar cerita aku ni. Kalau korang nak tahu lagi, bolehlah komen. Nanti aku sambung. Panjang sangat nanti korang malas baca pulak.
– Cikyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit