Dugaan Belajar Oversea II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dugaan-belajar-oversea/).

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan confession aku yang dulu. Jadi memandang ada yang suruh aku sambung cerita, akan aku sambung.

Ni point aku yang ke-4 ye. Ada yang komen kata, baru dua point, dah habis dah. Mungkin dia terlepas tengok nombor kot. Tu yang jadi ada 2 point. Padahal ada 3 point semuanya.

Dugaan seterusnya..

4) Bahasa.

Bahasa ni penting sebab kita akan guna dalam harian kita. Bila duk negara Arab, kenalah pandai Bahasa Arab. Tapi aku tak fasih lagi nak berbahasa.

Walaupun aku dah terdedah dengan kitab-kitab arab masa diploma dulu, tapi masih tak kuasai sepenuhnya.

Dugaannya bila mana, kat sini tak guna Bahasa Arab Fusha( bahasa arab buku). Tapi lebih kepada dialek tempatan.

Aku okay je berbahasa bila pergi mana-mana tempat dan cakap dalam dialek diorang. Yang aku tak boleh ialah bila diorang tanya balik. Aku tak boleh tangkap dengan jelas perkataan diorang.

Pernah je kena marah dengan diorang sebab aku tak faham diorang cakap apa. Yang asyik berulang-ulang adalah ayat,

“Kau sudah masuk tahun 3, tapi kenapa tak boleh berbahasa lagi? Ye memang aku dah tahun 3, tapi kalau ikut sistem, aku adalah pelajar tahun satu kat negara ni. Pelajar baru” .

Cara paling selamat, aku elak pegi mana-mana tanpa orang pro. Kalau dekat, aku tunjuk tangan je nak apa. Kalau order, aku banyak tulis.

Paling mudah sekali, kalau aku tak faham, aku cakap tak faham ataupun aku terus geleng kepala dan pergi. Haha.

Ada masa, aku akan tanya senior perkataan yang aku dengar. Kadang-kadang buka buku lahjah. Belajar sikit-sikit.

Pernah dalam kelas, aku tanya muka surat je dekat arab sebelah. Lepastu mulalah sesi perkenalan. Haha.

Arab yang ni bagus. Dia tak marah pun aku kalau aku tak faham dia cakap. Malah, dia akan ulang balik percakapannya sampailah aku faham. Sikit pun tak mengeluh.

5) Gangguan seksual.

Senior-senior pesan, kalau naik pengangkutan awam, elakkan duduk tepi laki tempatan.

Jika ada laki melayu (tak kisah dari rumpun mana), duduk je tepi diorang buat muka tak malu. Sebab kita akan rasa selamat dengan orang kita sendiri.

Pernah terjadi dalam bas, sorang pelajar perempuan duduk. Bas penuh, ada yang berdiri. Dekat dia ada laki tempatan. Balik rumah ada cecair putih melekat kat baju perempuan tadi. Menangis dia.

Pengalaman aku sendiri, naik bas ramai-ramai, bas hampir penuh, intai-intai, ada sorang laki ni orang Malaysia bangun bagi seat kat aku.

Seat ni yang jenis satu kerusi. Dia bangun aku duduk. Berdiri di seat depan aku. Sampai pertengahan jalan, naik satu gerombolan laki tempatan. Lepastu, aku perasan satu laki ni borak dengan member dia kuat gila.

Berdiri pulak betul² tepi seat aku. Pastu lebih kepada nak tarik perhatian suruh aku tengok dia. Ketika tu memang dekat sgt antara aku duduk dan dia berdiri. Aku duk ulang² zikir apa semua.

Beg aku peluk kuat². Mata aku tengok luar tingkap. Masa ni terdetik jugak nak tarik beg laki Malaysia kat depan tu, suruh berdiri tepi aku.

Sebab takut sangat². Last sekali, aku diamkan diri sampailah sampai. Alhamdulillah selamat.

Cerita kawan aku pulak. Kami dalam 6 orang nak pulang rumah dari minum jus. Jalan pulak dua orang, dua orang. Aku jalan belakang sekali. Yang kenanya, kawan aku yang depan sekali.

Alkisahnya, ada satu kereta ni parking tepi jalan buka tingkap. Pakcik tu panggil dari dalam. Dah orang tegur, kawan aku pun jawab la..

Lepas siap berborak tu, kawan aku pun jalan tiba-tiba berhenti kejap.

Dia macam tersentak. Dia terpikir “eh, aku rasa macam ada benda tak kena je dengan pakcik tadi. Dan masa ni lah baru dia perasan tangan pakcik tu tengah o****i.

Member aku yang lain pun jerit kat kami dua orang kat belakang, jangan pandang kereta tu. Kami blur la sebab kenapa pulak tak boleh pandang.

Aku pulak pergi tengok pakcik dalam kereta tu. Tengok mata ke mata je. Jauh berlalu, barulah tahu cerita sebenar. Nasib baik aku fokus mata ke mata je. Kalau tak hilang hafalan.

Ada kes yang lain, lelaki serumpun diganggu oleh dua wanita tempatan yang bertubuh kasar. Sehinggakan lelaki tu hilang ke**ciannya. Lalu pulang ke negara asal sebab trauma.

Kena ganggu masa tengah ulangkaji dekat taman pun ada. Ditunjuknya benda tu, haishhh. Trauma habis orang dibuatnya.

6) Penipuan.

Biasa kalau pelajar baru, orang tempatan akan mudah cam. Jadi mudahlah dia nak tipu kita. Biasa urusan jual beli.

Cerita dia macam ni, aku pergi beli buah. Siap timbang dan nak bayar, aku bagi not 50. Buah aku dlm belas² ringgit gitu. Dia baki baki not 10. Masa aku tengok tu, aku tak berganjak dari meja kaunter.

Aku perhati duit aku kat tangan (dalam seminit dua). Kenapa baki aku sikit? (terdetik dalam hati). Aku tengok Pakcik tu pergi borak dengan member dia.

Dan baru aku tersedar, baki tak cukup. Terus aku mintak. Aku panggil dia. Muka tak bersalah pulak pakcik ni. Haha. Alhamdulillah dapat balik baki.

Kalau naik teksi atau mana² pengangkutan pulak, pastikan korang sahkan tempat dan bayaran. Sebab bila dah sampai, bayaran lagi mahal.

Dia ingat kita lupa. Dengan duit manusia mana boleh lupa. Ada yang sengaja pusing bagi jauh sebab nak caj mahal. Padahal kita dah selalu guna jalan tu..

Okeylah. Aku rasa setakat ni sahaja dulu luahan tentang dugaan yang aku dapat dan perasan sepanjang belum cukup setahun aku kat sini.

Komen-komen korang pun aku dah baca semua. Yang ni aku akan reply dalam confession seterusnya.

Agak-agak korang nak aku sambung luahan tentang dugaan lagi ataupun benda yang best-best kat negara ni? Ye la kot-kot korang bosan ke.

Hihi. Bye..

– Cikyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *