Assalamualaikum & salam sejahtera
Alhamdulillah, ‘confession’ aku kali ni berjaya di’publish’kan. Aku ni tidak pandai berkata-kata, jadi ‘confession’ aku ni mungkin pendek sahaja dan membosankan.
Pertama sekali, aku akan terangkan perangai aku dahulu. Aku ni anak perempuan sulung dalam adik – beradik dan berusia lewat 20’an. Masih lagi bergelar pelajar di universiti tempatan. ‘Okey’, aku ni jenis yang pendiam yang lebih ke arah mendengar daripada berkata-kata. ‘So’, bila ‘nature’ aku macam tu, aku lagi ‘prefer’ memendam dari meluahkan. Bahaya kan? Hehe. Satu lagi perangai aku ni, aku jenis yang terlalu memikirkan apa yang orang lain akan fikirkan tentang aku.
Ada lagi perangai aku yang paling kawan-kawan aku tak suka dengan aku, jenis yang lagi suka ber ‘wassap’ daripada aku membuat panggilan telefon. Ada satu kejadian tu, aku tengah tunggu tunang aku di rumah untuk pergi ke ‘airport’, korang faham-faham je la bila dengar je ‘airport’, mesti la kita nak sampai awal kat ‘airport’ tu, takde la kelam-kabut pulak nanti. Aku ni pulak memang jenis yang ‘anxious’ bila berkaitan dengan masa. Contoh la kan, ‘flight’ aku berlepas pukul 3 petang dan semestinya aku kena masuk ‘departure hall’ 1 jam lebih awal kan? So, sepatutnya aku sampai di ‘airport’ paling lambat pun dalam pukul 2 petang. Jarak antara rumah aku dengan ‘airport’ tu dalam 30 minit. Tunang aku tu sampai rumah aku pukul 2 petang tau! Korang boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku masa tu? Memang ‘anxious’ tahap ke berapa entah. Tapi dalam- dalam aku ‘anxious’ pun, aku ‘still’ memilih untuk ber ‘wassap’ daripada panggilan telefon sebab aku pun tak pasti apa yang ada dalam diri aku ni. Aku jadi takut nak bercakap melalui panggilan telefon dengan lelaki. So, memang tak pernah la aku bergayut bercakap dengan tunang aku tu. Kalau ada pun, masa sebelum bertunang dulu, selalu bercakap melalui panggilan telefon dengan dia tentang majlis pertunangan yang bakal berlangsung sahaja.
Sekarang aku akan ceritakan, serba sedikit tentang kisah aku dengan tunang aku ni. Aku dengan tunang aku ni satu sekolah tapi dia ‘senior’ aku la dan sudah bekerja. Sebelum kitaorang bertunang, memang tak pernah bercinta, sekadar berbalas ‘wassap’ tentang perihal diri masing-masing. Pada suatu hari, setelah selama 6 bulan berbalas ‘wassap’. (Tapi bukan hari-hari tau, dalam sebulan tu ada la sekali kami berbalas ‘wassap’). Dia melamar aku untuk berkahwin, mula-mula tu memang aku tolak la kan sebab memang aku tak pernah terlintas pun nak menjalinkan hubungan yang sah dengan dia. Tapi beberapa bulan selepas itu dia ‘call’ mak aku dan meminta izin untuk berkawan dengan aku. Selepas bertunang barulah aku tahu yang dia ambil nombor telefon mak aku dari kawan baik aku. ‘So’, setelah peristiwa dia ‘call’ mak aku nak minta izin berkawan tu, satu ‘family’ besar aku berkenan dengan dia. ‘Of course’ la kan, zaman sekarang ni jarang kita dengar lelaki minta izin nak berkawan dengan ‘parents’ perempuan sebelum menjalinkan apa-apa hubungan.
Dipendekkan cerita, aku terima lamaran dia selepas 3 bulan peristiwa ‘call’ mak aku tu. Sekarang aku dah bertunang selama 4 bulan. Selama tempoh pertunangan tu, kami lebih kerap berbalas ‘wassap’. Dalam seminggu tu ada la sekali. Dan kebiasaannya, aku yang ‘start’ dulu. Sebelum bertunang dia yang akan ‘start’ dulu.haha
Apa yang menjadi persoalan aku sekarang, selepas bertunang mesti la kita dengan pasangan masing-masing akan berbincang tentang majlis perkahwinan yang akan dijalankan. Betul tak? . Dulu, ‘family’ aku tidak benarkan melangsungkan perkahwinan terlalu awal selepas majlis pertunangan kami. Tunang aku pulak memang ‘prefer’ perkahwinan kami diawalkan. Sekarang, keluarga aku benarkan kami berkahwin 8 bulan dari sekarang. ‘So’, aku pun ‘excited’ la nak bagitahu tunang aku tentang keputusan keluarga aku ni.
Aku pun ‘wassap’ la dia, tapi dia hanya ‘reply’, ” oh iye ke? “. Aku pun mengiyakan la. Selepas itu, dia dah tak ‘reply’ dah. Aku pun berfikiran positif la, ‘maybe’ dia sibuk masa aku ‘wassap’ dia tu.
Seminggu selepas tu, aku ‘wassap’ lagi dia. Sebagai pembuka bicara, semestinya aku akan bertanyakan dia tengah buat apa?, dah makan ke? . Tapi yang tu pun dia ‘reply’ lambat, dalam 5 jam selepas itu baru dia balas. Takde pulak dia minta maaf cakap dia ada hal ke apa ke. Aku ‘still’ berfikiran positif tentang ni. “Dia sibuk kot”, “dia tak tengok fon kot”.
2 minggu selepas ‘wassap’ kedua aku tu. Aku ‘wassap’ lagi dia untuk membincangkan tentang majlis perkahwinan kami. Kali ni ‘wassap’ aku tu, ‘double tick’ selama seminggu kau! Kebiasaannya ‘wassap’ yang aku hantar kat dia memang akan ‘blue tick’. Kali ni takde, aku dah ‘start’ fikir macam-macam dah.
Kerap juga ‘wassap’ aku tidak berbalas, dan selepas kami bertunang tak pernah sekali pun dia ‘wassap’ aku dulu.
” Dia dah mula berubah hati ke?” , ” Dia tak serious dengan aku ke?” , “Keputusan aku untuk terima dia ni terlalu terburu-buru ?”. “Ke dia tak nak kahwin dengan aku”.
Aku dah fikir macam-macam, sebabnya dalam masa 8 bulan ni, sepatutnya kami dah banyak membuat persiapan untuk perkahwinan kami. Bukan senang nak tempah dewan la, pelamin la, baju kahwin la, tok kadi lagi. Lebih- lebih lagi majlis perkahwinan kami dijangka akan berlangsung ketika cuti umum. Lagi la susah nak tempah dewan, pelamin dan sebagainya. Betul tak?.
Aku sekarang dilema, kadang-kadang rasa macam nak putuskan pertunangan pun ada jugak. Tapi aku masih lagi waras, aku fikir ini kemungkinan dugaan ketika bertunang. Mungkin.
Apa kata korang semua? . Korang rasa dia dah tak suka aku ke?. Kaum lelaki boleh tak tolong aku jawab persoalan aku ni?. Aku ni buta sikit tentang perihal sifat-sifat lelaki dan hubungan antara lelaki dan perempuan ni. Untuk kaum wanita, adakah aku ni ‘overthinking’ ?
Diakhir kata, aku minta maaf sangat-sangat sekiranya ‘confession’ aku ni tidak menarik dan membosankan. Aku hanya ingin meluahkan perasaan aku dan bertanyakan pendapat korang semua tentang perihal yang aku kurang mahir. Terima kasih semua!
Wassalam
– Perempuan buntu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit