Dugaan Bertunang Ke Ini?

Salam semua, aku Ina dan semestinya bukan nama sebenar, pertengahan 20an dan seorang penjawat awam.

Aku sedang menghadapi satu situasi yang tak pernah aku alami sebelum ini dan ianya amat mengganggu emosi.

Jadi tujuan confession ini hanyalah untuk meminta pandangan/ nasihat atau perkongsian pengalaman dari kakak2 dan abang2 semua. Maaf jika bahasa dan penulisan berterabur. Aku cuba ringkaskan

So seperti dalam tajuk, aku tengah ada krisis dengan ikatan pertunangan aku.

Aku kenal kan dulu serba sedikit latar belakang tunang aku. Aku gelarkan dia Edy, hujung 20an dan seorang penjawat awam.

Tak merokok, takde background sekolah agama tapi sangat menjaga solat, tak terlalu baik dan tak juga terlalu jahat, kadang kalau rajin pergi berjemaah subuh isyak kat surau, cuma main game candy crush, pandai bergaul dengan orang tua dan sangat cermat orang nya.

Menepati semua kriteria seorang suami yang aku cari, ceywahh. Kami berkenalan di tempat belajar, 1 batch lain kelas. Mula rapat semasa di tahun akhir.

Aku mula kenalkan dia dengan family aku masa tahun akhir juga. Mak abah bukan main berkenan, pandai ambil hati katanya.

Abah selalu pesan masa bercinta jangan letak harapan terlalu tinggi, nanti kalau jatuh terus hancur susah nak bangun. Jadi aku biasa2 saja, cuma follow the flow. Tak letak harapan setinggi gunung, cuma paras2 pusat saja.

Tamat saja belajar, kami terus kerja sementara nak tunggu posting. Aku kerja berdekatan rumah, dia nun jauh di kota raya. Bila duit dia dah banyak sikit, dia tiba2 ajak tunangg. Takut kehilangan aku katanya.

Aku dah warning awal. Aku tak nak tunang lama-lama. Aku risau juga sebenarnya nak tunang awal.

Kan orang cakap dugaan bertunang ni lain maciamm. Aku cuba nasihat kan dia untuk tunggu kami posting dan dapat kerja tetap. Wow tak menyabar sangat dia.

Masa tu aku baru beli kereta pertama aku. Semua saving habis untuk beli kereta. Aku cakap aku takda duit nak buat majlis. Dia kata dia sanggup support majlis tu.

Tengok kesungguhan dia aku pun setuju untuk bertunang. Dia bagi tahu nak tunang isnin, sabtu tu family dia nak datang meminang.

Bayangkan lah bertapa rushing nya preparation. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Ringkas tapi meriah. Dan pada bulan July kami selamat bertunang.

Masa ni aku dah tinggikan sikit harapan aku ke paras dada. Yela, dah kene ikat kan. Semua nya berjalan lancar, takde masalah dengan hubungan kami.

Kami rancang untuk buat majlis pada bulan Mac. Dan Alhamdulillah pada bulan November kami di panggil posting.

Aku ditempatkan jauh dari kampung dan rezeki dia dapat posting dekat dengan rumahh. Then bermula january kes covid melonjak naik.

Kami sebagai Frontliner sangat2 lah sibukk. Bekerja 7 hari seminggu. Takda masa untuk memikirkan pasal majlis.

Berlarutan sehingga bulan mac dan kami terpaksa tangguhkan majlis atas kekangan kerja. Lagipun masa tu masih tak boleh rentas negeri.

Jadi leceh. So kami postpone ke bulan July.

Hubungan kami takda masalah. Agak matang bagi aku. Tiada pergaduhan disebabkan benda2 remeh.

Dia tak cemburu buta dan aku pun open minded. Aku hormat privacy dia. Password socmed dia aku tak ambil tahu, dia pun sama.. Masa jumpa takda geledah phone masing2.

Takde pergaduhan disebabkan online tapi tak wasap atau nangis2 tak bagi pergi hiking. Kalau gaduh pun sebab aku tengah PMS dan saja mintak attention.

Orang2 yang cuba ngorat aku pun aku reject dengan baik. Dah set dalam otak dah jadi tunang orang tak boleh nak berkawan dengan laki sebarangan.

Dan tiba2 boom mco 2.0. Kami super dooperr busyy. Ada juga selit2 tanya progress. Dah ambil borang ke apa. Dia kata pejabat agama tutup.

Yela masa tu banyak agensi work from home. Dia pun busy berkhidmat untuk negara. Aku pun takpa lah terus kan hidupp sebagai tunangan orang yang setia gittew.

Pejam celik pejam celik kes pun makin reda, kami pun tak busy sangat. Aku pun mula bagi hint share gambar baju nikah bagai. Gelak2 tanya bila nak kawen. Dia macam tak ambil serius sangat. Aku pun takpa lah, take ur time. Malas nak desak.

So bila pkp dah ke fasa pemulihan, musim orang kawin pun tiba. Ada juga selit kat birthday card dia “cepat halalkan saya” hahaha. Nampak desperate kan? Tak lah, laki ni kadang bukan faham pun kalau bagi hint2 ni. Kene terus terang.

Dah terus terang pun dia buat rilek saja Aku chill2 saja la tak fikir sangat pasal kawin sebab tengok dia cam takde pun nak kearah tu. Aku pun teruskan scroll shopee sambil fikir nak bagi hadiah apa dekat kawan2 aku yang nak kawin tu.

Bila dah ramai sangat orang kawin. Aku mula dihujani soalan2. Bila nak kawin? Bila majlis? Office mate dah perli- perli 2 kali postpone majlis.

Hairan aku, apalah nak dikisahkan sangat aku kawin ke tak, bukan diaorang nak sponsor pun aku kawin. Lepas kawin kene masuk kerja jugak.

Aku chill saja maleh layan. Tapi bila family aku dah start tanya. Aku dah start ghisau. Taktau nak bagi alasan apa. Setiap kali balik kampung mesti abah tanya bila nak lansung, aku buat alasan tak puas lagi nak manja dengan mak abah.

Malas nak kawin. Abah cakap abah bukan apa, abah nak lepaskan tanggungjawab abah saja. Abah pun dah tuaa. Ok terdiam.

So haritu aku berjaya psiko dia. Aku cuba korek apa perancangan dia untuk hubungan kami. Tahu jawapan dia??

“Sorry, saya tak ready”

Wowww. Aku speechless deknon. Dah setahun bertunang tetiba tak ready, mimpi apa kah ini. Aku cuba chill and slow talk, tanya apa yang buatkan dia tak ready. Saving dia mmg dah lama cukup. Ada orang lain ke? Perangai aku tak elok ke? Semua dia nafikan.

Korang jangan salah faham tau, aku bukan desak dia ajak kawin cepat-cepat. Aku just tanya perancangan dia. And dia tak boleh nak bagitahu apa perancangan dia. Dia cuma cakap dia tak ready.

Aku terkilan. Dah jatuh nombor berapa aku dalam hidup dia sampai perancangan untuk halalkan aku pun takda.

Aku cuba faham dia. Cuba slow talk lagi. And dia cuma cakap dia “takut”. Takut sebab apa dia tak boleh nak explain. Aku tanya takut aku pilihan yang salah ke? Dia deny.

Aku tanya ada buat istikarah tak? Dia kata takda. Padahal solat sunat yang lain dia ada saja buat. Tak nampak langsung effort dia kearah tu.

Lelaki ni susah sikit nak expresi kan apa yang dia rasa. So aku rasa macam tak puas hati dia tak boleh nak explain betul2 kenapa dia tak ready. Aku rasa dipermainkann. Aku kecewa.

Padahal aku dah bagitahu sebelum bertunang dulu. Fikir dulu betul2, eh dia yakin kan aku yang dia dah betul2 ready. Tak nak tunggu lama2.

Eh sekarang uturn pulakk.

Aku bukan lah tak boleh nak tunggu dia ready. Aku cuma takut tunggu punya tunggu punya tunggu..

“Maaf, awak terlalu baik untuk saya” .

Haa. Letihh ah cam tuu. Sekarang harapan dah paras2 hidung tau. Kalau jatuh bedebuk susah lah nak bangun balik. Nakk kene start semula balik. Umur dah berapa masa tu. Nanti umur dah nak pencen anak baru darjah 6.

Memang la baru setahun lebih usia pertunangan kan. Tapi buat apa tunang lama2. Buang masa saja rindu-rinduan pada yang tak halal.

So kakak2 abang2 pernah tak alami benda ni. Macam mana nak hadapi. Wajar ke saya sedih sebab dia takda perancangan untuk halalkan saya.

Atau kesedihan saya ni adalah sesuatu yang tak wajar dan biarkan dia ambil waktu untuk ready buat perancangan walaupun masa tu virus covid-19 dah lenyap dari muka bumi ni?

Any advice abang kakak. Sorry panjang sangat confession nya. Takde tempat nak meluah. Nak cerita kat mak abah takut mak abah risau anak dia tengah sedih. Sekiaaan. Please jangan kecam. Saya tengah sedih…

– Ina, Tunangan orang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *