Dugaan Breastfeed Anak

Aku perempuan umur 30. Ada seorang anak. Aku penjawat awam, suami aku bekerja syif. Iaitu selang sehari akan tinggal hanya aku dan anak aku pada waktu malam. Ok cukup untuk pengenalan.

Anak aku umur 2 tahun lebih dah. Setakat ini memang fully breastfeed. Anak sihat, badan tembam, dah boleh bercakap, belajar mengira, kenal warna.

Alhamdulillah, setakat ni stok susu tak pernah putus, jadual pam susu di tempat kerja tiada masalah (sekarang aku tak pam dah), pengasuh pun bekerjasama untuk bagi susu pada anak aku.

Tapi aku ada nak meluah perasaan, anak yang menyusu badan ini, Allah sajalah yang tau penatnya macam mana.

Bila kau balik kerja penat, dia selamba selak baju. Tidaklah dipeduli kau lapar ke tak, dah mandi ke atau asa kerja lain nak buat, memang anak aku meraung2 nak menyusu.

Dah lah tu menyusu bukan sikit2, punyalah lama. Sampai kalau kau dah kenyang pon, boleh lapar balik. Nasib baik suami aku sangat memahami, kadang2 dia yang take over memasak, mengemas serba serbi semua.

Cuma aku je yang rasa gagal as a wife , because i couldnt provide the best for my husband. Kadang2 dah plan nak masak macam2, nak buat kek sedap2, balik je dari beli barang, terus anak serbu.

Memang lepas tu tak jadi apa lah. Masa tu akan da fikir2, kenapa la aku tak ajar anak aku minum susu formula je, boleh la aku rest sekejap, atau boleh la orang lain tolong feed dia.

(Biasanya dia akan reject botol bila nampak aku. Nak direct feed sahaja).

Susu formula? Aku pernah try, masa dia setahun lebih, dia jamah je, lepastu tak nak langsung.

Oh ya anak aku juga tidak akan tidur selagi tak dapat menyusu. Lepas tu kalau dia terjaga sikit pon, terus cari susu. Again masa ni aku terfikir lagi, kalau lah dari awal aku ajar susu formula, mesti lagi mudah.

Aku sekarang ada masalah kesihatan.. Aku perlu menjalani rawatan, dan rawatan ini menyebabkan aku tidak lagi boleh menyusu anak. Aku tengah fasa yang sangat struggle untuk wean off anak.

Aku dah masukkan dia dalam buai, tp tengah malam dia akan berjaga juga cari susu. Bagi air tak nak, bagi botol tak nak. Memang nangis saja lah selagi tak dapat.

Aku juga dah cuba letak pewarna merah di puting, buat dia takut, tapi tak ada apa2 kesan. Aku juga dah explain pada dia baik2, awak dah besar, tak boleh menyusu ibu, lagi dia meraung.

Teknik mengira juga aku dah apply, contoh dia hanya boleh menyusu hanya dalam kiraan 20. Siap je 20, dia menangis.

Tolong lah kawan2, apa patut aku buat. Disebabkan ini, aku takut kalau apa2 jadi kat aku, atau kena outstation, atau warded, he just couldnt sleep without me.

Disebabkan proses wean off ni sangat perit bagi aku, aku macam ada satu perasaan, nanti anak kedua aku tak nak breastfeed. Rasa macam tak sanggup nak ulang cycle yang sama.

Sleepless night, sakit pinggang, nipple crack, u name it. Semua aku dah rasa. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa macam kejam, tak adil pulak kalau tak susukan adiknya nanti.

Disebabkan itu juga, aku jadi takut untuk pregnant lagi. Aku dilemma. Umur makin lanjut, aku tak nak la mengandung tua2, banyak masalah nanti. Aku tau aku tak larat.

So how do we know that we are mentally n phsyically ready for second baby?

Aku terbayang aku pregnant, dengan tak selesa tidur, menyusu lagi si abang. Membayangkan sahaja dah buat aku tertekan sangat.

Tapi aku nak baby, sepatutnya aku dah boleh pregnant lagi, tapi aku takut. Pasal breastfeed, pasal mampukah nak jaga anak dua, esp bila husband night syif. Allah rasa serabut.

Tolong aku kawan2, mintak cadangan dan tips 2 perkara.

1. How to wean off? Im desperate.

2. How to know u are ready for second baby.

Thanks semua.

– Puan Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *