Dugaan Buat Insan Yang Lemah

Assalamualaikum.

Mula sekali maafkan aku kerana menulis mengenai rumahtangga di page ini. Aku tak mampu nak hadapi kecaman makcik bawang di page krt. Bukan niat aku mengaibkan suami aku. Aku cuma memerlukan nasihat yang aku kira dari orang bukan membawang. Aku cukup terkesan dengan apa yang terjadi pada hari ini. Sudah lama aku simpan, disebabkan tak mampu menyimpan, aku menaip di 4.47am. Sudah 2 jam aku terjaga dari tidur. Masih belum boleh lelap lagi.

Begini, aku baru 2 tahun berkahwin. Aku bekerja. Suami aku hanya buat sales. Jadi pendapatan kami sekeluarga tidak tetap. Yang tetap hanya gaji aku. Memang selalunya aku yang menambah kekurangan kewangan suami aku. Nafkah zahir suami hanya beri dari segi makanan, susu anak, pampers. Tengah bulan kadang2 aku yang hulurkan duit beli keperluan anak. Baju anak, keperluan anak yang bakal lahir nanti, semua aku yang beli sendiri. Barang keperluan basic diri aku, semua aku beli sendiri. Kereta atas nama aku, jadi aku bayar tanpa skip every month. Aku stay dengan in law, jadi jimat dari segi sewa. Bil api air selalunya suami akan bayat kalau dia ada duit lebih. Selebihnya kami umpama tinggal free.

Apa yang buat aku terkilan, dah sebulan suami aku tak ada sale. Dan hari2 suami berada di rumah. Tanpa keluar bekerja. Seperti yang anda semua tahu, kerja sales, kalau ada usaha ada la income. Anak kami baru sorang, akan datang lagi sorang menunggu waktu di tahun depan. Ni bukan kali pertama suami aku buat begini. Sepanjang setahun 2017 ni, dah beberapa kali suami aku tak bergaji kerana sales kurang, bila sales kurang terus putus asa tak nak keluar cari customer. Bila semangat datang balik baru dia keluar bekerja. Harapkan gaji aku saja? Memang tak cukup. Berapa sangat gaji aku. Dengan hutang ptptn lagi. Setiap bulan aku istiqamah menyimpan 500, tapi simpanan aku tak pernah lebih 2000. Hujung bulan mesti kena korek balik simpanan. Anak aku dah 2 tahun, simpanan untuk masa depan anak pun tak ada.

Bila aku cuba cakap mengenai wang dengan suami, mesti dia akan stress, lepastu mengadu aakit dada, letih, penat, sakit itu sakit ini mula la mendatang. Bagi aku alasan, tapi siapa tahu, mungkin betul? .. bila aku bincang mengenai kerja, suami aku mesti akan moody tapi tidaklah sampai marah2 atau pukul aku. Cuma mood dia akan kelaut. Lepas tu dia akan berjanji bekerja keras demi aku dan anak2. Masalahnya dah setahun masih begini. Aku suruh apply kerja tetap. Ada jugak dia apply, bila dapat interview, dia xdatang. Alasan company mcm x ok. Bila aku applykan kerja, dah dapat panggilan interview, dia xnak pergi.

Harini, keluarga suami aku makan ramai2, nasa nak bayar adik beradik suami semua ke kaunter. Suami saja masih di meja. Aku malu, kalau aku tahu “makan free” aku tak datang. Masa suami ajak ikut makan bersama keluarga dia, aku ingat dorang dah discuss pasal bayaran, rupanya, abang ipar call suami berkali2 nak ajak combine bayaran, tapi suami tak angkat. Sedangkan kalau hari biasa, abang atau kakak suami missed call suami, dia mesti akan call balik. Tapi harini dia xangkat dan x return call balik. Aku kenal suami aku, nak mengelak dan guna alasan mak bapak dia ajak datang since kami tinggal bersama parent suami. Kebetulan pulak aku memang tak ada cash di tangan. Ada RM50 je dalam purse aku siang tadi tu pun dah ada pada suami kerana beli ubat anak. Kalau aku ada memang aku hulur duit berapa yang ada.. tak elok la makan happy2 sedap2 ramai2 tapi masa bayar duduk diam je kat meja.

Aku tegur suami pasal ni tadi. Suami terus cakap pada anak kami dia bapak xguna, jangan jadi macam dia. Aku tak boleh tegur sikit mesti dia akan stress. Aku tahu.. banyak benda dia nak kena pikir. Tapi usaha untuk keluar dari kepompong ni tak ada. Aku dah usaha buat bisnes, aku keluarkan modal tapi dapat modal balik, suami guna untuk keperluan keluarga kami. Macam mana aku nak rolling modal tambah stock.. skrg ni aku dah stop buat bisnes. Aku ingat nak try dropship cuma aku tak berani. Sebab pengeposan bukan dari kita.

Suami aku dari segi lain, sangat ringan tulang. Bantu aku buat kerja rumah, jaga anak. Dan aku tau dia sayang aku. Aku pun sayang suami aku. Tapi dari segi kerja, dia macam tak berapa nak boleh uruskan diri. Macam mana kami nak move on bina hidup sendiri kalau dia tak buktikan pada parent dia yang dia boleh hidup berdikari dengan keluarga kecil dia?

Aku buntu apa harus aku buat.. aku yang tak guna ke sebab tak mampu bantu suami? Aku stress sgt2. Dah pukul 5 masih aku xdapat lelap. Esok kerja. Tolong bagi nasihat pada aku kawan2.. aku dah tak mampu nak pikir solution.

– Aku yang memerlukan nasihat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit