Dugaan dan Depresi

Assalamualaikum reader semua. Aku TJ berumur 23 tahun. Anak sulung dan bakal graduan universiti terkemuka tanah air. Kenapa bakal? Sebab aku pun taktahu sama ada aku grad ke tak tahun ni sebab aku kene resit paper. Huhuhu. Actually masa aku menulis ni aku tengah on the way nak balik universiti nak resit paper. Taktau la boleh lulus ke tak sebab ni kali kedua aku fail paper ni.

Kisahnya bila aku menyambung pelajaran di universiti ni, banyak benda yang jadi. Aku taktahu la ni bala ke dugaan ke atau aku yang terlalu fikirkan sangat masalah. Bermula dengan bff aku tinggalkan aku, aku jadi total lost. Yelah, selama ni dia lah yang dengar masalah dia lah yang selalu ajak lepak dia lah yang itu ini segalanya. Tapi entahlah dia blah pun macam tu je siap kata aku attention seeker on socmed.

Lepas pada tu aku move on. Ada kawan baru sama fakulti. Asalnya aku ni loner la tapi aku tak kisah pun sbb aku boleh buat semua bende sendiri. So aku kawan dengan budak ni tapi tak sangka pulak dia tikam belakang aku. Tak cukup tu dia fitnah aku sampai semua orang pulau aku aku ni cakap je tak kisah padahal makan dalam. Masalah semua simpan sendiri. Masalah ni berlarutan sampai la semeter akhir.

Disebabkan beberapa perkara buruk berlaku dalam life aku aku jadi taknak berkawan. Tanak bergaul. Taknak berkomunikasi. Dan paling teruk aku taknak pergi class semata-mata taknak jumpa sesiapa. Kau faham tak bila kau buat benda yang kau suka pun kau dah tak rasa happy? Feeling dia macamtu la. Rasa useless. Pointer aku dari aku semester 2 sampai semester 8 terus drop dan drop. Aku taktau la aku ni bodoh sangat ke apa. Padahal masa aku matrik aku perform sampai dapat masuk universiti ni.

Terkadang aku rasa aku ni macam menyusahkan mak bapak aku. Bila tengok adik sendiri perform padahal waktu sekolah dia lah paling malas paling fail. Aku terasa bodoh gila. Dengan aku jobless sekarang (still job hunting) mak ayah aku dah bising kata aku ni menyusahkan taknak kerja. Aku bukan taknak tapi dah banyak kene reject. Entah la aku taktau la ape kena dengan hidup aku ni. Sekarang ni datang balik penyakit taknak cakap taknak bergaul tu lagi. Sebab aku terlalu risau.

Aku tak pernah cerita masalah aku kat mak bapak aku. Tak pernah sekali pun aku bgtau yang ptptn aku 2 kali suspended. Aku kerja aku bayar yuran semua sendiri. Aku rasa banyak betul beban kat bahu aku. Mak ayah nak kita jadi contoh yang baik untuk adik adik belajar tinggi2 (tapi kalau grad 2.0 pun tak guna) tapi aku pulak yang jadi macam ni. They expect too much but im the one who hurt the most :( bcs i cant fulfill what they want. Sedih sakit perit. Takkan ada siapa yang faham.

Doakan aku jumpa kebahagian aku. Doakan aku dapat kejayaan yang aku cari. Doakan aku semoga Allah mudahkan perjalanan hidup aku. Terima kasih.

– TJ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *