Dugaan dan Ujian Aku

Assalamualaikum, hi semua. Aku perempuan, baru genap 30 tahun dan masih single. Sejak 8 bulan ni hidup aku mula kucar kacir. Apa saja aku buat semuanya serba tak kena. Aku tak happy, kadang2 rasa tak bahagia, seolah-olah ada je benda yang tak kena.

Setiap petang lepas asar mesti akan ada perasaan sunyi dalam diri aku. Sunyi seolah-olah aku rindukan kehidupan aku waktu kecil, rindukan arwah ibu aku, rindukan saat2 aku tengah sekolah. Perasaan sunyi tu macam jauh ke dalam hati sampai rasa nak nangis pun ada. Aku seperti rindukan sesuatu tapi aku tak tahu apa yang aku rindu atau apa yang aku nak sebenarnya.

8 tahun lepas kehidupan aku agak smooth. Aku ada bisnes sendiri yang aku dah usahakan hampir 5 tahun. Bisnes aku taklah sebesar mana tapi mampu untuk tampung segalanya. Tapi semua tu mula huru hara, aku jadi takde mood dengan bisnes, aku jadi malas jadi bosan.

Apa yang aku rasa sekarang adalah nak duduk goyang kaki. Nak tidur dan makan, dan ulang benda yang sama. Kadang2 aku sendiri pelik dengan diri aku, kenapa aku jadi macam ni? Aku rasa taknak buat apa2 keja lagi dah. Aku muak dengan bisnes aku, aku muak nak layan client. Aku tak tahu apa sebenarnya aku nak.

Bila aku tengok orang lain yang berjaya, hari2 update pasal bisnes dorang, aku jadi sentap. Aku pun nak jadi macam dorang, dan aku pun ada bisnes jugak. Tapi kenapa aku tak mampu lagi nak fokus pada bisnes aku? Aku pelik. Apa aku nak ni?

Jujur cakap, aku mula solat semula lepas ibu aku meninggal, dan jujur jugak cakap yang aku tak reti solat. Aku belajar sendiri, beli buku solat, bukak youtube dan google.

Bukannya parents aku tak pernah bagi didikan agama, dulu masa kecik2 aku siap khatam Quran 5 kali tau, segala surah aku hafal, dan aku antara pelajar kesukaan ustaz sebab selalu cepat tangkap apa yang diajar.

Tiap2 malam ibu ajak aku solat sekali, lepas solat ajar mengaji pulak. Tapi tak perlu ajar teruk2 pun sebab aku mahir mengaji. Itu dulu, lepas tu aku seolah-olah lupa macam mana nak solat bila dah lama tinggal solat.

Lepas aku masuk sekolah berasrama, aku mula lost. Aku tak happy dengan sekolah tu. Dari seorang yang aktif sukan, terus tak minat sukan. Dari seorang yang aktif mengaji, terus aku tak minat mengaji. Aku solat pun main2. Dekat asrama aku selalu dipinggirkan. Aku takde kawan, terpaksa bodek orang untuk jadi kawan aku, tapi tak lama.

Dorang berkawan sekejap2 je dengan aku. Bila ada sorang dua yang bagi perhatian nak berkawan dengan aku, serius cakap aku memang happy sangat. Tapi last2 aku ni ibarat tempat persinggahan je.

Aku lost teruk, aku dah abai solat. Aku buat perangai dekat asrama, aku jadi pelajar yang sukar ditegur sebab hati aku jadi keras. Bila aku buat perangai, takde orang nak dekat dan berkawan dengan aku, aku tak kisah pun, bila buat perangai baik tetap dorang tak berkawan dengan aku, so untuk apa aku tunjuk perangai baik?

Untuk result spm yang tak seberapa tu, aku mampu sambung belajar buat diploma dekat ipta. Utk course pakai bedal je asalkan aku dapat sambung belajar. Dekat ipta aku makin teruk, aku belajar main2, tiap2 malam keluar lepak sana sini, bergaul tak kira jantina. Tapi aku takde la terjebak dengan aktiviti pelik2, aku masih tahu mana baik dan buruk.

End up pointer aku cukup2 makan. Waktu ni memang 100% aku tak solat. Puasa pun tak. Duduk pulak menyewa dengan kawan memang aku takde pantauan dari parents. Sekali lagi aku tekankan, aku tak terjejak dengan aktiviti pelik2 contohnya dadah, seks, arak, merokok atau seangkatan dengannya. Aku cuma jahat2 gitu je.

Lepas ibu meninggal, aku rasa nak solat, aku nak doakan ibu aku. Dan aku mula solat tapi on off. Walaupun aku nak sangat solat penuh 5 waktu tapi aku gagal. Sampai sekarang aku masih gagal nak dapat 5 waktu. Selalunya 2 dan paling banyak adalah 4, selalu aku tinggal solat subuh dan asar. Paling banyak adalah subuh.

Aku sedih, aku nak solat penuh, nak dapat keberkatan dalam apa jua yang aku buat, dan aku cuba nak solat sepenuhnya tapi tetap jugak aku gagal. Aku selalu berdoa, moga Allah kuatkan hati aku, kuatkan iman aku supaya aku dapat solat 5 waktu penuh. Tapi gagal, dan masih gagal.

Baru2 ni aku ada tengok drama lakonan amar asyraf dan amar bahrin, aku tak ingat apa tajuk drama tu, tapi kisah pasal redha. Ada ayat yang amar asyraf cakap pasal solat, aku tak ingat sangat ayat dia tu macam mana tapi lebih kurang maksudnya solat tu tiang segalanya, nak berjaya kena solat, nak bahagia kena solat, kiranya nak apa pun kena solat.

Aku tersentuh… Mungkin sebab tu hidup aku tak bahagia, tak berjaya, tak happy. Sebab aku tak solat, aku solat tak cukup. Solat subuh untuk murah rezeki pun aku tak buat, macam mana aku nak dapat rezeki? Sungguh2 aku sentap.

Bila ada artis yang berhijab tapi akhirnya bukak hijab, aku sedar, bukan mudah nak istiqamah, sedangkan aku sendiri yang berhijab tapi masih gagal nak sempurnakan solat 5 waktu. Ujian dan dugaan semua orang tak sama.

Aku tak tahu apa aku nak minta dari korang, cuma harap korang doakan aku agar aku dapat solat penuh 5 waktu dan moga aku berjaya jadi manusia yang berjaya dari segala segi. Terima kasih.

– Cik Tipah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *