Assalamualaikum semua. Aku berumur 35 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Suami aku kerja supervisor di sebuah kilang, dan aku suri rumah yang ada buat bisnes kecilan.
Ditakdirkan aku untuk duduk dengan ibu ayah aku dari aku habis belajar (master) hingga sekarang, sebab aku anak bongsu, aku paling last habis belajar.
Masa aku last sem, ayah aku sakit kuat, terlantar, adik beradik lain semua dah berkahwin dan kerja di luar negeri. Jadi aku yang masih single dan belum bekerja masa tu, aku lah yang duduk rumah, teman ibu dan tolong ibu jaga ayah.
Ibu pon dah tua tak berani nak drive sendiri, jadi semua urusan ke hospital, ke kedai aku yang buat.
Aku tiada peluang kerja atas faktor, aku duduk dikawasan kampung yang takde peluang pekerjaan, dan aku perlu tolong jaga ayah, jadi memang tak boleh kerja jauh, jadi aku redha la tak bekerja bagus selepas master.
Walaupun banyak mulut2 mengata, belajar tinggi2 tapi tak kerja, mulut jiran2 biasa la. Takpela janji aku tak mengemis..
Lepas 1 tahun grad master, aku kerja sambilan di pusat komputer dikampung, tempat kerja aku depan rumah je, senang dan kemudian aku bertemu jodoh dengan suami ku.
Suami aku belajar sampai diploma dan kerja supervisor, memula ayah aku macam tak setuju sebab tak sama taraf dengan pendidikan aku, tapi dah jodoh kan..
Aku pon bukan kerja hebat2 pon, jadi sekufu sangat dengan suami aku, kami pon kahwin. Lepas kahwin aku behenti kerja selepas dapat anak ke 2.
Duduk dengan parents selepas kahwin ni memang banyak sangat dugaan, apa sahaja perkara suami aku buat tak kene dimata ibu aku, ada je ibu aku komplen, hampir setiap hari, dan aku mesti akan bergaduh dengan suami.
Kalau adik beradik balik ibu akan mengadu itu ini tentang suami aku. Ada adik beradik yang nasihat ibu, jangan la komplen bersyukur la aku teman ibu kat rumah, kalau suami aku tiba2 ajak pindah rumah lain kan ibu aku jugak susah, nak uruskan ayah lagi.
Aku cuma rasa ibu aku ni tak suka suami aku sebab suami aku kerja biasa2, tak macam menantu yang lain.
Lepas tu siapa yang duduk dengan parents ni memang akan alami penatnya bila semua adik beradik balik.
Kalau semua adik beradik balik, ibu aku ni umpama anggap aku ni orang gaji, dan anak2 lain tu tetamu terhormat, aku kena layan adik beradik, kene masak sedap2, kemas bilik untuk mereka, belikan cucu2 jajan2,
Cucu mak aku ade 21 orang, ade yang besar ada yang kecik2 tapi sorang pon tak boleh harap membantu. Bila balik rumah masing2 segala sampah, kotoran, semua tinggal macam tu je, aku dengan suami yang hadap, bilik tak berkemas, dapur berkecah,
Ada la satu dua adik beradik aku yang bantu, tapi yang lain macam tak ada sense. Kadang2 seharian aku mengemas tak siap2 dengan nak uruskan anak sendiri lagi.
Bila aku tegur kat group family, cakap kalau balik tolong la kemas, bla bla bla, bukan mereka suka, siap akak2 ipar aku perli2, biasa la budak sepah2, macam la anak aku tak buat sepah. Macam aku pulak yang salah bila tegur.
Tahun ni masuk tahun ke 14 aku duduk rumah dan menghadap segala situasi, adik beradik tak ada kat tempat aku, diaorang rasa aku ni lebih2, aku ni belagak macam tuan rumah pulak, padahal menumpang duduk rumah ayah ibu.
Kadang2 ibu pon backup anak lain, ibu cakap bukan diaorg balik setiap minggu pon, tu pon sampai nak tegur kat group wasap.
Semua macam tak nampak pergorbanan aku duduk kat rumah. Memang aku beruntung, duduk rumah tak perlu bayar sewa, ayah dan ibu ada pencen, jadi memang tak mintak duit aku suami isteri. Tapi tak boleh ke hargai aku sikit.
Aku duduk rumah pon bukan ibu ayah tanggung aku anak beranak makan, jadi jangan la layan macam aku ni useless.
Banyak lagi aku nak luah tapi takpela, korang doakan la aku bersabar dengan dugaan aku ni. Doakan aku jadi anak dan isteri yang solehah.
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
suruh adik beradik yg lain try ddk pla kt rmh mak ayah sis….tgk meroyan ke x bila d org kena mcm tue…biasa org yg x ddk skli nie…ddk jauh2,blk skli skla d layan bagai nk rakkk…yg ddk dlm rmh skli nie la yg d pndg sepi…mmg x nmpk da…ddk asing la sis…bg pla d org rsa mcmne sis rsa…
Bincang dengan suami cari rumah lain/rumah sewa. Bg alasan nk duduk sendiri dan mudahkn keluarga suami bertandang. Jd bila afik beradik balik awak boleh balik ke rumah sendiri/rumah sewa biar adik beradik pula ambil alih bersama mak pak. Suami kena tegas walaupun ibu akan tentang, gunakn kuasa seorg suami. Cari rumah yg awak boleh jengah dan uruskn mereka pd wkt2 trtentu. Kalau tunggu sampai bila tiada rumah sendiri dan harta sendiri.
awk pindah lah dkt2 dgn rumah parent awk..
dan suruh adik beradik yg balik rotate jaga parent pulak..
Betul. Diorg tak de sense. So lepas ni kalau diorg nak balik berkumpul… mintak duit siap2. Bagitau ni duit nak panggil cleaner lepas korang balik. Buat kayu je la dgn ipar2 tu nak perli pun. Yg nak mengemas tu kau bukan diorg. So kau laser je lah.
Kalau mak nak backup diorg.. kau biar je rumah tu mcm tongkang. Biar mak tengok sendiri guna mata dia before and after anak kesayangan dia balik. Kau nak guna dapur baru kau kemas. Kau nak guna bilik air baru kau sental.
Tak pun hari diorg nak balik tu.. kau boleh je pesan dekat anak2 buah tu.. Bilik dah kemas ke? Cadar towel dah kutip masuk bakul? Elok jgk kau tegur depan2 parents diorg. Ingt hotel ke check in check out gitu je.
Besar pahalanya awk mnjaga mk n ayah tu.. doakn agar mrk faham dgn keadaan awk, begitu jugak adik beradik awk, cba tanya mrk, klaw awk nk cari kerja d luar negara atau jauh dari mk ayah, mau ke diorang gantikn tempat awk..? Bersyukur la, ada org nk jaga mk ayah awk semua.. sperkara lg, klaw mk ayah nk awk jaga mreka, bincang utk diorang ‘hibahkan’ rumah tu ke atas nma awk, sbb nt klaw mereka mninggal, awk mngkin kna ‘pindah’ klau mreka nk bhagikan harta ikut fara’id.., bkn krana tamak, tp setidak2nya itu lah ‘reward’ awk mnjaga mreka.., klaw ibu ayah x stuju, atau adk bradik lain membantah.., ajaklah suami berbincang utk beli or at least sewa rumah lain, sbb nt awk akn kna fikir juga psal perkara ni bla msenya tiba.., xpe lah klaw amk rumah murah or yg sederhana, janji awk bhagia, klaw ada rezeki lbh nt bole cari yg lbh elok.. manusia skrg mmg ramai yg ‘pentingkn diri’ dan hanya lihat dari segi material.., scara x sedar, harta itu lbh utama dan hubungan kluarga n ksh sayang spt tiada makna.., itulah dunia materialistik, ttp akhirat juga yg kekal.., semoga awk jd ank yg baik dan menjadi asbab utk msuk Syurga.. insha Allah..