Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya luahan aku disiarkan. Terima kasih juga pada semua yang sudi baca confession aku ni.
Aku Hani berumur 26 tahun dan mempunyai sepasang cahaya mata. Anak pertama lelaki, berumur setahun 10 bulan dan kedua perempuan baru je masuk 8 bulan. Sebagai tambahan, aku seorang ibu yang bekerja.
Aku nak cerita tentang anak sulung aku. Sejak dia umur setahun, dia kerap sangat sakit. Aku ingat first time dia kena masatu beberapa hari selepas dia genap umur setahun. Mula2 dia batuk dalam beberapa hari. Tiba2 pagi tu aku nampak nafas dia laju sangat. Dia pun kelihatan lemah.
Aku pulak masa tu tengah sarat mengandung anak kedua. So aku memang dah target nak pergi 1 klinik yang popular dekat media sosial untuk sedut kahak. And aku pun ajak suami aku untuk bawa anak aku kesitu. So pagi sepatutnya aku kerja tu terpaksa minta EL.
Kami pun pergi ke klinik tu tapi selepas rawatan doktor check oxygen dalam badan anak aku dibawah paras yang normal. So doktor buat surat untuk aku rujuk ke hospital. Aku pun pergi lah ke hospital besar daerah aku.
So dipendekkan cerita anak aku warded dalam 3 hari kot tak silap. Ward kanak2 masatu penuh sangat. Ibaratnya selagi boleh masuk katil, diaorg masuk je. Bila tanya katil sebelah2 mesti sakit yang lebih kurang anak aku. Jangkitan kuman dan bermula dari batuk/demam je sebenarnya.
Dan aku ingat selama anak aku warded hanya maklong aku sorang je datang melawat. Sedangkan kalau ahli keluarga lain yang biasa warded di hospital swasta laju je saudara lain datang. Kadang sekali ramai datang. Tapi takpela, aku ni sape je pun orang nak datang melawat kan.
So selama anak aku warded kebanyakan masa aku yang jaga, tukar dengan suami hanya klau aku nak balik sekejap untuk mandi atau ambil barang. Masatu pulak anak aku belum tau jalan, dan time tu dia tengah nak meneroka. So faham2 la macam mana sabarnya jaga anak kecil mcm tu.
Kali kedua anak aku sakit masa hujung bulan 5. Anak aku menunjukkan simpton yang sama iaitu batuk n nafas dia laju dan berbunyi. Dan dalam waktu yang sama aku pun dah start rasa sakit contraction. Sebab kalau ikut lagi 2 hari je due aku. Aku masa tu risau sangat fikir sape nak jaga anak aku.
Untuk pengetahuan anak aku dijaga oleh ibu aku sewaktu aku kerja. Jadi malam tu ibu aku offer nak ikut pergi hospital. Dimana ibu akan jaga anak aku dan suami akan urus pendaftaran untuk kami berdua.
Mula2 aku fikir nak ikut anak aku sebab aku tau sakit aku belum sakit yang kuat. Tapi aku risau nanti tiba2 apa2 jadi susah sebab wad bersalin dan wad kecemasan jauh. So aku pergi lah ke bangunan untuk ibu bersalin. Dalam masa yang sama aku pesan kat suami cakap dekat doktor klau boleh jangan tahan anak. Last2 aku kena marah balik sebab katanya doktor marah dia sebab cakap macamtu.
Aku bukan apa, first aku fikir sape nk jaga dia. Aku tak nak susahkan ibu aku, dan aku tau suami aku tak sesabar aku dlm layan kerenah anak kecil tu. So anak aku pun kena masuk wad, aku pula selamat melahirkan anak kedua petang esoknya. Dan ibu aku bergilir jaga anak aku dengan suamiku.
Aku dibenarkan keluar wad pada pagi hari sehari lepas melahirkan. Ptgnya pula suami minta pelepasan dari doktor untuk anakku tapi selepas doktor puas hati dengan tahap kesihatan anak aku.
Selepas itu jadi lagi. Aku tak ingat exactly bulan berapa tapi aku rasa waktu tu aku masih berpantang anak kedua ku. Masa tu dah pagi selepas pukul 12am. Aku nmpak anak aku nafas laju n terus minta suami bawa pergi hospital. Dia ambil gas dalam 2 kali dan lepastu terus doktor bagi balik.
Beberapa bulan kena lagi. Masatu aku ingat suami takde kat rumah. Hanya aku bertiga dengan anak2. Biasa sebelum anak aku kena mesti aku dapat rasakan. So waktu tu pun dah pagi selepas 12am, waktu tido dia asyik merengek. Sekali aku tengok nafas laju, terus aku tnggalkan anak kedua dengan ibuku n bawa anak ke hospital. Tapi bila dah dalam kereta nampak dia ok je. Aku dah parking di hospital, aku rileks kejap tgk keadaan dia. Sebab dalam fikiran aku ni takut kena tahan wad.
Bukan aku sengaja tak nak tapi aku fikir anak kedua ku dan waktu tu suami takde, outstation. Dalam sejam aku tengok dia ok, aku pun balik. Lngsung tak turun kereta. Tapi esoknya jadi lagi, dan masatu aku ada duit lebih so aku bawa anak ke klinik pakar kanak2. Tapi kat situ dia hanya bagi gas n dia pesan sentiasa pantau. Sekiranya jadi lagi terus bawa ke hospital. Dan alhamdulillah lepas tu dah ok.
Seterusnya awal bulan 11. Nampak nafas laju, aku ke klinik 1 malaysia. Jumpa doktor n doktor suruh ambil gas. Selepas itu aku pun balik. Lepastu tengah hari jadi balik, aku ke klinik 1malaysia balik. Doktor bising kenapa tak pergi ke hospital terus. So dia suruh ambil gas lagi sekali. Lepastu dia periksa anak aku n dia cakap kena hantar anak aku ke hospital dengan ambulans. Aku cakap aku nak pergi sendiri, dia tak benarkan. So aku pun akur dan tunggu ambulans smpai.
Sampai je di hospital ke ruangan athma da MA suruh duduk. Aku smpai pukul 1.45pm. Tunggu punya tunggu smpai 2 jam nama tak dipanggil langsung. Bukan minta apa, atleast doktor datang check pun dah ok. Ni yang aku tengok orang masuk je doktor terus check n suruh ambil neb la apa. Tapi anak aku apa pun takde selama 2 jam tu.
Dah jam ke 3 aku tanya seorang MA, nama anak saya dari tadi panggil. Dia tanya nama apa n aku cakap datang dengan ambulans. Terus dia cari n rupanya kertas yang doktor bagi tu kat luar. Geram je rasa. Dah la anak aku aktif sangat masa tu. Semua benda nak diusik. Sampai ada orang tanya “siapa yang sakit?” Bila aku tnjuk anak aku dia cakap “macam tak sakit je. Haha.
Tak lama lepastu doktor check n suruh aku ambil neb, lepas ambil neb doktor cakap kena tahan wad. Then dia suruh daftar kemasukan wad. Tapi doktor pesan awal2 yang wad penuh sekarang ni. Kalau pukul 12malam ni tak dapat katil, bermakna esok pagi la pula. Aku dalam hati dah bengang je. So sepanjang tunggu tu ada la dengar sorang abang ni dia pegang anak dia lingkungan 8-10 bulan yang asyik merengek ke. Kesian tengok, sakit agaknya.
Dan abang tu tanya doktor status dia sebab dia tunggu wad dari pagi, n dia cakap dah 2 waktu solat saya tinggal dah ni. Then ade borak2 dengan patient lain pun ramai yang tunggu wad. Lepas maghrib aku dah tak tahan sangat. Ruang tu smpai takde tempat duduk. Dengan anak yang tak nak duduk diam macam orang sihat je. Lari sana sini, ambil barang yang entah apa2.
So aku call ibu aku sebab kebetulan family aku nak keluar untuk makan malam sempena birthday ibu aku. Tak lama tu ibu ayah aku ambil aku di hospital. Lega sangat aku rasa dari kesibukan di hospital tu. Dlm pukul 11 lebih ade pihak hospital telefon, aku just cakap keluar makan. Dia bising kata sepatut tak boleh keluar. Aku cakap nanti aku datang balik, tapi sebenarnya aku tak nak pun datang.
So malam tu bincang punya bincang dengan suami kami buat keputusan untuk pergi ke hospital slim river berdekatan dengan kampung suami. Sebab anak sulung ku dilahirkan disitu. Dan aku juga suka dengan suasana disana sebab tenang, beza sangat dengan hospital tempat aku. Sebab masa tu hari jumaat malam, so bagi aku takde masalah lah sebab aku tak perlu minta cuti.
Jadi malam tu kami terus bersiap n drive terus ke kampung suami. Sampai je, suami tinggalkan aku dan anak kedua dengan dirumah mertua dan dia bawa anak sulung ke hospital. Sebelum 7 pagi suami dah sampai rumah dengan anak yang aktif macam biasa. Alhamdulillah lega. Pihak hospital ada call tapi aku tak angkat.
Tapi selepas itu nurse di klinik desa tempat aku biasa checkup anak aku ada call. Dia tanya kenapa lari hospital, dan aku pun jawab yang aku dah bawa anak ke hospital lain dan anak aku dah ok. Seterusnya awal bulan 12 pun anak aku sakit lagi dengan simptom yang sama. Tapi aku hanya pantau dengan ubat n alhamdulillah tak perlu ke hospital or klinik. Tapi awal tahun 2/1/2020, sekali lagi anak aku sakit.
Jadi pagi tu pun aku cakap dengan ofis aku EL, rasa segan sangat sebab baru je awal tahun dah kena cuti. So aku terus ke hospital dengan barang2 keperluan sekiranya masuk wad. Siap aku singgah eco untuk beli mainan n makanan sebab aku yakin akan kena tahan wad. Dan kalau boleh tak nak la buat hal lari sebelum dapat wad mcm sebelum ni. Sampai disana sebelum 12 tengah hari. Parking pun jauh tapi aku redha.
Doktor periksa anak aku n bagi neb pertama. Selepas itu doktor periksa lagi n doktor kata kesihatan anak aku tak memuaskan, jadi kena tahan wad. Aku akur. Dalam pukul 3pm aku tanya MA, lambat lagi ke? Kalau pergi surau kejap boleh? The dia cakap boleh tapi jangan lama sangat. So aku bawa anak aku ke surau. Aku sempat pam susu untuk anak kedua aku. Sebab memang aku plan lepas masuk wad aku akan tukar dengan suami. Lepastu dah pukul 5 masih takde apa progress.
Orang pulak dah bertambah ramai sampai takde tempat duduk. Dan ramai yang perhati anak aku sebab tak nampak macam sakit. Ade je akal dia. Masa dah nak maghrib aku dengar ade 1 parents ni tanya doktor pasal anak dia bila boleh balik. Then doktor cakap tunggu pakar kanak2 masuk. Aku pun tanya doktor, aku cakap anak aku mcaam dah ok, boleh bagi keluar tak. Dia cakap dia takde kebenaran nak discharge patient. Kena tunggu pakar kanak2 datang baru boleh decide.
Aku pun tunggu. Tapi bila tanya MA lain dia jawab lain, nama anak aku memang kena tahan wad. Tapi aku terangkan la tadi doktor tu cakap kalau nak discharged kena tunggu paed datang. Paed akan datang atau tak. Dia cakap ye cuma tak pasti pukul berapa sebab pakar kanak2 tu tengah oncall.
Aku tunggu smpai pukul 9 lebih je. Aku dah tak tahan terus blah. Aku terpaksa ulang balik kejadian sebelum ni. Lepas tu macam biasalah nurse klinik desa call sampai datang rumah nak check keadaan anak. Siap dia cakap kalau tak boleh tunggu lama suruh la suami bawa ke hospital swasta.
Dan last kejadian is lepas cuti CNY haritu. 28/1/2020 anak aku lagi sekali kena simpton yang sama. So aku kali ni aku bawa dia ke klinik kesihatan pulak. Bukan apa, sebab dah malu dengan hospital kerajaan sebab dah buat hal 2 kali. Sampai klinik kesihatan dalam kul 8.40, dengan parking jauh. Sampai je nak tunggu giliran nama dipanggil untuk daftar dalam setengah jam. Kaunter saringan tu pun setengah jam.
Sampai nak tnggu doktor panggil tu aku dah tak tahan sangat sebab anak aku merengek je n dia kelihatan lemah sangat smpai dah dua kali muntah. So aku pergi bilik untuk ambil neb tu aku cakap dengan nurse boleh tak bagi anak saya neb. Aku memang tak fikir ape sebab aku tengok anak aku dah lemah sangat.
Ade MA tu tanya “kalau nak cepat kenape tak pergi hospital je?” Aku hanya diam. Anak aku merengek, MA tu nak check oxygen pun payah. Aku dah rasa nak nagis je, dalam hati “kenapa semuanya payah untuk aku?” Then MA bawa jumpa doktor, doktor tanya2 sejarah dan sebagainya dan dia suruh ambil neb. Lega aku, sebab memang aku perlukan itu je.
So aku ke bilik ambil neb, tapi MA suruh masuk ubat bontot dulu sebab anak aku ada demam. Tapi anak aku berak, aku dah la tengah cemas sebab anak lemah n merengek macam tu. Fikir nak ke parking jauh lagi. Sampai aku cakap dekat MA tu “takpela, saya pergi hospital jela” dan aku blah. Dalam perjalanan aku ke kereta tu aku tak dapat tahan sangat tangisan aku. Masuk je kereta, aku lepaskan smuanya. Sambil cuci berak anak aku, aku nangis semahu2nya.
Aku tnya “kenapa kau uji aku sebegini Ya Allah. Kenapa anak aku? Kenapa kami?” Lepas dah puas aku nangis n cuci berak anak aku, aku masuk semula kedalam. Masuk ubat bontot n ambil neb. Selepas 10 minit jumpa doktor n doktor kata nmpak dah ok sikit, paru2 pn clear. Cuma nafas dia masih laju. So doktor suruh rehat kejap dalam sejam lepastu ambil neb lagi sekali.
Aku pun bawa anak makan kejap, lepastu ambil neb n jumpa doktor. Masa ni anak aku memang aktif macam biasa. Doktor pun pening kepala, tapi doktor india ni baik sangat. Dia seolah faham anak yang aktif macam ni, bukan nya macam setengah orang suruh jaga jangan bagi anak buat apa2. Doktor ni siap cakap takpe, bagi je dia pegang apa2 (ambil apa2 atas meja doktor). Dia puas hati dengan kesihatan anak aku n dia suruh pantau. Kalau jadi lagi terus ke hospital.
Jujur cakap aku fobia sangat bawa anak ke hospital sebab first aku fikir kena cuti. Second sebab anak kedua aku masih menyusu n serba salah bagi ibu aku jaga. Sebab2 lain yang buat aku serabut is ada suami macam takde. Dia kat rumah kalau cuti tau tido makan, main fon isap rokok. Hal anak bini langsung tak ambil tau. Belum cerita nak kerja ke nak berhenti suka hati dia.
Sebab apa aku pentingkan kerja? Sebab boleh kata selama ni aku lebih banyak menanggung keluarga daripada dia. Smpai pernah buat loan sebab nak bayar rumah sewa n cukupkan keperluan aku dan anak2. Sebabtu kalau korang perasan cerita aku kat atas jarang ada suami. Pasal suami pun teringin nak buat confession tapi mesti ada yang kata macam krt la apa tu aku malas.
Kadang penat sangat bila fikir ujian dan nasib aku sebegini. Penat ada anak kerap sakit macam ni. Bila fikir balik hampir setiap bulan mesti anak aku sakit, tak awal bulan mesti hujung bulan. Tapi aku istighfar balik n fikir ramai lagi orang kat luar yang diuji anak sakit lebih teruk, ade orang diuji takde anak.
Aku bersyukur la Allah bagi rezeki anak awal. Sampai kadang terfikir kenapa asyik anak aku sakit je? Anak orang lain elok je sihat. N jeles tengok orang lain yang selambe je kalau anak sakit bawa ke klinik swasta.
Jujur aku cakap aku memang tak mampu untuk ke klinik swasta sebab kadang terfikir yang anak aku perlukan neb je, dia tak perlu tahan wad pun. Tapi dah prosedure hospital macam tu kan.. Bila aku up status pasal anak sakit n pasal hospital kerajaan yang lambat, ramai kenalan yang suggest ambil insurans.
Yes, memang aku nak sangat ambil. Tapi nak buat macam mana, gaji aku ngam2 untuk bayar hutang piutang n belanja. Kadang baru 2mnggu gaji dah habis duit. Terpaksa la meminjam atau memang kena ikat perut. Gaji suami? Beberapa bulan sekali baru dapat merasa, tapi baru bagi sebulan beberapa ratus dah rasa macam banyak sangat. Hurmm.
Sampai sini jela kot. Terima kasih semua yang baca luahan aku, maaf andai ayat berterabur. Doakan aku kuat hadapi dugaan hidup aku ya.
– Hani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit