Aku seorang manusia yang ada gastrik teruk. Memang dari tadika lagi disahkan gastrik.
Makin meningkat dewasa, gastrik makin teruk. Zaman sekolah menengah sangat la memenatkan.
Masa tingkatan 1 duduk di asrama, taktau apa punca, dulu taktau apa jadi kat diri sendiri. Sakit. Sakit sampai jadi meraban. Jadi tak tentu hala.
Orang ingat aku kena gangguan jin, cikgu aku ingat aku kena r*g*l sebab aku macam orang tak betul.
Datang sekolah dalam keadaan murung, tetiba menangis, bila tanya taktau apa punca. Aku sendiri tak faham apa jadi. Yela, masih mentah, berhingus lagi masa tu.
Bawak kepada tingkatan seterusnya pun begitu. Cycle yang sama jadi. Masa zaman PT3, hampir berapa bulan tah tak datang sekolah. Sebab apa?
Sebab sakit. Sakit yang tahap aku tak boleh nak jumpa orang. Aku takut. Aku risau melampau. Aku jadi macam orang bodoh! Nampak orang je rasa nak nangis.
Aku rasa macam dorang judge aku, kata benda buruk kat aku. Aku rasa buruk! Aku rasa tak guna. Aku rasa macam nak mati!
Tapi sampai satu tahap, pergi klinik, pergi berubat sana sini. Alhamdulillah elok. Eh pastu jadi lagi benda sama!
Masa tingkatan 5 pulak! Sampaikan mak aku turun naik pejabat sekolah sebab masalah aku! Rasa menyusahkan! Aku masih taktau apa jadi!
Yang aku tau, yang aku perasan, tiap kali gastrik, aku jadi macam ni!
Jadinya aku berhenti tingkatan 5. Ambik semula pada tahun depannya pulak! Jadi aku ambik semasa aku umur 18!
Penat. Tapi alhamdulillah result SPM aku gempak! Aku dapat 7A. Aku bangga setelah apa yang aku lalui. Berbaloi!
Fast forward, aku dapat asasi di Uitm. Korang mesti boleh teka kan apa jadi? Haha. Ye. Benda sama jadi jugak. Aku postpone semester.
Ulang semula semester yang sama. Masa ni aku dah bijak sikit.
Aku kaji, aku baca, aku dengar, aku rujuk, apa sebenarnya yang menyebabkan aku jadi macam ni. Bila sihat aku boleh hidup macam orang biasa. Aku sukakan tempat bising!
Aku suka berjalan, aku boleh hadap orang baru, aku suka berkawan. Aku seorang ambivert! Tapi bila sakit macam ni. Aku jadi orang dungu!
Lepas dah berehat lama, alhamdulillah aku okay.
Hah. Sekarang degree pulak. Teka ah apa jadi? Ye benda sama HAHAHA. Tapi syukur 3 sem kami online class sebab PKP masa covid haritu.
Eh bila di suruh balik untuk kelas fizikal untuk sem 4, aku kecundang! Sekali lagi! Aku hold 1 sem. Naik sem aku start sem 5, alhamdulillah sihat.
Sampai hujung sem aku bertahan. Nak jadikan cerita, bila aku nak ulang semula sem 4 yang lalu, dengan classmates baru iaitu junior, JADI LAGI?
Allahu, berat sungguh ujian kalini. Aku penat, aku buntu. Taktau sama ada nak hold lagi, drop subjects tertentu atau part time je.
Aku masih tak sihat sekarang ni. Allah je tahu perasaan macam mana rasa nak give up! Rasa nak berhenti tapi sayang dah sejauh ni. Aku kuat aku tau, tapi aku penat. Penat sangat.
Sakit fizikal, sakit jugak mental. Aku bersyukur dikelilingi support sistem yang baik. Aku bertahan kerana mereka jugak. Semoga ada sinar untuk aku. Aamiin.
P/s: Setelah berulang ke klinik, hospital aku disahkan gastrik yang teruk. Ada inflammation dalam perut yang menyebabkan kesakitan yang teruk.
Perangai aku yang pelik terjadi bila sakit ni pulak disebabkan anxiety teruk. Yang mana takkan terjadi kalau aku sihat. Semakin aku kawal sebab menjadi jadi.
Jadinya, aku kena sihatkan balik perut aku. Yang mana mengambil masa yang lama. Dugaan pulak sebab tengah belajar. Baru je start sem baru dah menggila :’)
– Munah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit