Dugaan Hidup II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dugaan-hidup-3/).

Salam dan hai warga IIUM confession. Bismillahirrahmanirrahim.. untuk confession yang pertama saya nak ucapkan terima kasih kepada admin IIUM confession sebab approved confession saya.

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada para pembaca, ye awak saya baca semua komen awak satu persatu tau. Rasa macam kita betul-betul dekat, walau kita tak kenal tak pernah jumpa sekali pun sebelum ni tapi hati saya rasa terharu sangat sebab tak sangka masih ada yang caring dengan saya..

Ada yang menyuruh saya supaya buat benda yang saya suka, which is baca buku, baking, masak untuk kurangkan stress saya. Ada yang menasihati saya dengan penuh hikmah dan cuba yakinkan saya bahawa semua ni ada hikmah yang besar.

Selain itu, ada yang share dengan saya amalkan surah Al-Fiil (alam tarakai) InshaaAllah saya cuba amalkan. Dan yang betul-betul buat saya terharu tu ada yang seolah-olah merasai apa yang saya rasa, ye awak komen mcm kita kenal kenal antara satu sama lain siap ada *hugs* lagi kat hujung komen awak..

Awak tau tak, nak je saya DM awak semua kat Messeger sebab nak ucap terima kasih tapi heheh saya cuba untuk tidak buat mcm tu, risau nanti menganggu pula hehe..

Sungguh sebak saya rasa bila baca komen-komen awak semua walau tak banyak tapi cukup buat saya kuat dan tabah untuk lebih meneruskan sisa-sisa hidup saya ni. Tiada ucapan yang berharga selain ucapkan, terima kasih yang tak terhingga kepada awak semua…

Seperti yang saya janjikan saya bakal sambung cerita ni andai confession saya sebelumnya disiarkan..

Sebelum tu macam biasa saya ganti nama ‘saya’ kepada ‘aku’ agar lebih selesa. Dan saya akan cuba guna ayat-ayat yang mudah difaham kerana adik saya cakap penyampaian pada confession lepas baik cuma terdapat ada beberapa ayat yang berterabur. Okey baiklah saya ingin sambung cerita saya..

Imbas kembali (2018). Ini menjadi mukadimah cerita rakan sebelah kelas sebelah membenci aku..

Dalam diam aku menyimpan perasaan suka terhadap seorang rakan sekelas ku namun perasaan ini ku simpan dengan rapi kerana malu andai diketahui oleh rakan-rakanku yang lain.

Disini aku nyatakan namanya Z (bukan nama sebenar), pada pandangan ku sebagai rakan sekelasnya, dia seorang baik yang mana setiap tutur bicaranya sopan sahaja, dia juga begitu menghormati guru-guru kami.

Selain itu, dia begitu menjaga baik solat fardhunya, malah dia hebat dalam pelajaran (Keputusan Sem 1 dia merupakan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang). Bagi aku, rupa parasnya biasa-biasa saja, cukup sedap mata memandang.. Itulah ciri-ciri yang dapat aku simpulkan tentang Z yang merupakan Crush aku. Hehe.

Pada pendapat aku, mana mungkin Z menyimpan perasaan dengan aku sedangkan dia sedia maklum aku mempunyai penyakit. Ya dengan matanya sendiri aku pengsan dikelas jika penyakit ku satu tu datang.

Lagipun, aku turut sedia maklum yang Z dikelilingi oleh rakan-rakan perempuan sekelasnya dari zaman perdana hingga sambung ke Prau/Tingkatan6, yela kot mana satu ada yang dia berkenan ke.

Jadi oleh itu, aku memang tiada niat ingin meluahkan perasaan aku lagi-lagi aku memang struggle hendak sihat jadi soal hati dan perasaan ni aku tolak tepi time tu.

Sebelum aku melanjutkan kisah aku dengan Z, aku ingin memperkenalkan satu watak yang agak agresif, yang mana watak ini ialah seorang perempuan yang dah lama crush dengan Z selama 7 tahun katanyerr hehe. Namanya S (bukan nama sebenar) kelasnya hanya bersebelah dengan kelas aku dan Z.

Apa yang aku faham dengan cerita rakan-rakan aku, dia tersangatlah obsess bagai nak rak dengan Z ni kebetulan pula Z ni jenis yang jarang couple jadi ini menjadi sebab yang kukuh untuk dia sentiasa rasa yang dia selalu ada ruang dan peluang dihati Z.

Sedangkan dia sendiri tau yang Z tidak menyimpan perasaan yang sama dengan dia, hanya menggangap dia tak lebih dari seorang kawan. Namun ada saja sebab untuk dia ingin dekatkan dirinya dengan Z.. Dan disini aku ingin turut nyatakan ada 2 orang watak lagi agar pembaca tidak keliru nanti.

Aku mempunyai seorang kawan dari sekolah lama aku, let’s call H(bukan nama sebenar) H ni bercinta dengan kawan satu sekolah aku dengan Z ni cuma beza kelas saja, aku namakan dia sebagai L. Jadi H (kawan kat sekolah lama aku) ni bercinta sekarang dengan L (kawan satu sekolah aku dengan Z).

Dipendekkan cerita, selepas aku selesai menjalani pembedahan dimana ketika itu kita sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri disitulah Z mula chat aku. Cuma tidak selalu kami berbalas chat kerana kadang aku balas kadang tidak.

Sebenarnya pasal ni tanpa pengetahuan aku, H dan L ni yang kenan-kenan aku dengan Z. yela dah kitaorg malu nak confess sudahnya diaorang lah yang jadi orang tengah.

Sebab aku ada cakap dengan H yang aku minat Z dan aku pun tak sangka dalam masa yang sama Z pun cakap benda yang sama dengan L ketika itu.

Lagipun sebelum ni walau aku dan Z sekelas namun kami tak pernah bertegur, masing-masing malu agaknya kalau bertegur pun hanya pasal kerja kumpulan tu pun hanya sekali saja. Kalau bertegur pun kat kelas hanya sekali dua saja tu pun macam aku cakap hanya tentang sekolah saja.

Sampailah satu masa tu, kami dah boleh cakap depan-depan contohnya Z ajak aku ke library nak belajar sama-sama katanya aku pula on je tapi kena bawak sahabat dunia akhirat aku iaitu E (bukan nama sebenar) dia ni temankan kitaorang.

Okey time ni, memang aku tak nafikan yang perasaan suka aku tu makin hidup dalam hati ni tapi tula aku masih ego taknak mengaku sedangkan Z dah meluah tentang perasaannya. Bukan apa ketika itu dalam fikiran aku mungkin Z hanya mainkan perasaan aku sama seperti rakan Z dan rakan ku juga.

Okey, serba sedikit pasal makhluk Allah yang satu ni, aku panggil G (bukan nama sebenar) dia mempunyai perwatakan yang agak gila-gila dan yes dia suka aku namun aku anggap dia tak lebih dari seorang kawan.

G ni agak agresif juga walau aku tak pernah cakap yang aku terima dia tapi dia anggap aku ni mcm kekasih dia pulak dah, habis nama aku dijajahnya kat blok praU dengan aspura (G suka lepak kat aspura walaupun dia duduk dengan family) kononnya aku dan dia bercinta tapi last-last aku tinggalkan dia.. Frust menonggeng la katakan dia tu kononnya.

Dia jajah cerita ni ketika kami sem1 dimana ketika ini aku diberi cuti dek kerana aku dijangkiti TIBI. So aku tak boleh clearkan nama aku time tu. Kesudahannya, G berhenti sekolah awal sem2 dan time ni aku perasan yang rakan-rakan sekelas aku memandang aku lain.

Yelaa diaorang fikir gara-gara aku G berhenti sekolah sebab aku permainkan cinta G demi kepentingan aku sendiri. Tapi aku jenis yang tak kesah sgt time tu diaorg pula tak pernah tanya aku depan-depan. Jadi bagi aku benda ni akan berlalu mcm tu saja.

Sampailah satu tahap tu, tiba-tiba hubungan aku dengan Z menjadi isu semasa yang sangat-sangat hot time tu walhal kami hanya kawan rapat. Huh, maka disinilah bermulanya adengan drama tv3 di blok PraU ku hehe.. lagi-lagi ketika ini sedang hot pula drama Jangan Benci Cintaku.

Okey part ni kelakar sebab diaorang gelar aku ‘Husna’ sebab aku rampas Z dari S (ingat tak crush dengan Z tu) Hehehe dia dengan Geng Jemaah dia gelar aku mcm tu. Maka S dengan geng dia pun memfitnah aku macam-macam ke rakan sekelas aku dan sampailah hal ni sampai ke telinga aku.

Time tu aku buntu mcm mana nak jelaskan hal sebenar dengan rakan sekelas aku mana tidaknya mereka terus pulaukan aku..

Jadi hal ini Z lah yang menjelaskan dengan rakan-rakannya namun apa yang Z katakan adalah tidak sama dengan apa yang aku inginkan. Aku plan bahawa aku dan Z takde apa-apa hanya kawan biasa.. itulah jalan singkat yang aku fikir time tu agar persepsi mereka terhadap aku berubah.

Namun lain pula dengan apa yang Z katakana kepada mereka, dia mengatakan bahawa aku dan dia mempunyai perasaan yang sama dan sekarang sedang bercinta, katanya dia taknak sembunyikan apa-apa lagi dari rakan-rakan kami.

Dan sekali lagi adengan drama tv3 berlaku.. semua rakan-rakan Z ni (kawan perempuan sekelas Z) protes, masing-masing post kat status whataspp yang kononnya diaorang taknak benda yang sama terjadi dengan G terjadi dengan Z pula. Pastu diaorang cakap kat status tu, diaorang tak suka jika ada orang ketiga yang runtuhkan persahabatan diaorang..

Aku yang baca macam terfikir panjang pula.. ye lama aku fikir dan macam-macam yang aku fikir.. Rupanya diaorang kaitkan aku hubungan aku dengan Z dengan kisah G yang kononnya G tu teruk aku buat sampai berhenti sekolah hanya kerana aku permainkan perasaannya.

So diaorang taknaklah pisang berbuah dua kali. Wehh macam drama kan, Hehehe. Tapi pasal ni aku tak salahkan kawan-kawan Z sebab diaorang tak tau hal yang sebenar pun.

Klimaks cerita aku bila S dan geng jemaahnya menjajah cerita tersebut kepada guru-guru kami. Dan dalam ramai-ramai tu, guru kelas diaorang la yang naik angin, let’s call Cgu K. Jap.. Sedih kalau ingat pasal ni.. tapi takpe aku tau cgu hanya dengar dari sebelah pihak dan terus menghukum aku tanpa mendengar cerita dari aku pula..

Maafkan saya cikgu, ya maafkan saya.. Jadi Cgu K ni agak aktif dengan segala jenis program Ting6 sampailah kami Suktem (Sukan Tingkatan6) time tu, disinilah terbongkar segalanya Cgu K sangat bencikan aku ketika itu kerana aku merampas Z dari S.

mana tidaknya berdasarkan cerita kawan S ni yang aku dengar pula dari kawan aku. S kecewa sgt time tu, sampai tak makan berhari-hari. Apa kena mengena dengan Cgu K? sebab sebelum ni, Cgu K pernah bertunang dan tunang dia dirampas dengan orang perempuan lain.

Jadi difahamkan melalui cerita ni, sejak dari situ Cgu K sangat benci perempuan bahagia yang atas airmata orang lain ni. Dan ini menjadi sebab yang kukuh Cgu K begitu membenci aku.

Sampai aku sendiri dengar Cgu K cakap aku perempuan tak sedar diri, aku b*d*h aku mempunyai penyakit, yang lain teruk nyaris Cgu K melanggar aku dengan kereta yang sedang dipandunya itu nasib aku cepat mengelak, bukan sekali tapi dua kali juga dia buat mcm tu.

Darimana aku yakin tu Cgu K sebab aku ingat kereta jenis apa, warna dan no kereta dia. Sedih sangat aku rasa, bilamana seorang guru yang aku hormati melakukan hal ni dan mencampuri hal anak-anak didiknya.. Tapi mcm aku cakap, aku tak salahkan Cgu K sebab dia tak tau hal yang sebenar..

Dan Ending cerita aku, bilamana kedua orang tua aku mengarahkan aku pindah ke Johor kerana aku bakal menjalani perubatan (tradisional dan Darul Syifa).

Pada mulanya, aku hanya ingin menumpang belajar dimana-mana sekolah namun disini agak susah sikit urusannya lagi pula keadaan aku agak teruk oleh itu aku bersetuju sekali lg dengan kata-kata mak aku untuk berhenti sekolah dan fokus akan diriku..

Jadi aku meninggalkan sekolah aku dengan begitu sedih sekali. Sebelum aku bertolak ke Johor, aku meminta maaf dengan smua guru-guru lagi2 Cgu K, aku menyalam tangannya dan meminta maaf..

Aku juga mengambil keputusan untuk block semua no mereka dan unfriend akaun fb/ig ketika aku berhenti sekolah time tu. Tapi sebelum tu, aku ada post di status whataspp yang aku meminta maaf dengan mereka semua..

P/s : Maaf andai cerita saya ni agak panjang.. maaf juga jika cerita ku ni agak menyakitkan hati mana-mana pihak.. Takpe, saya bersedia dikecam jika ada ingin mengecam saya..

Andai cerita ni sampai kepada Cgu K, maafkan saya cikgu, maafkan sayaa.. sepatutnya saya jumpa cikgu dan beritahu akan hal yang sebenar, namun saya seakan-akan tidak punya kekuatan bilamana cikgu dan anak-anak murid bertindak sedemikian terhadap saya. Tapi takpe, saya ikhlaskan semua saya dah lama lupakan, saya juga berharap Cgu K maafkan saya..

Untuk S dan rakan-rakan dan untuk rakan-rakan juga maafkan aku, belajar rajin-rajin ye (diaorang sekarang sambung degree) semoga berjaya dalam apa juga bidang yang kamu ceburi.. Aamiin yaa rabb..

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *