Dugaan Hutang

Hai saya Sarah. Saya seorang surirumah dan mempunyai seorang anak kecil. Masalah utama yang saya hadapi sekarang adalah kewangan.

Gaji suami saya 6k sebulan. Kerja bidang oil & gas. Tapi gaji tak cukup tampung perbelanjaan: Lately tiap2 bulan mesti akan pinjam dari mak ayah saya yang ada epf & duit pencen.

Saya dah tak sanggup nak menyusahkan mak ayah saya. Saya pernah juga bekerja tetapi berhenti selepas saya melahirkan anak.

Saya dan suami PJJ. Dia di Terengganu. Saya di selatan. Suatu hari saya rasa penat sangat nak hadap semua ni, sedih kenapa kena hidup macamni kena pinjam mak ayah saya.

Saya call suami marah-marah dan menangis. Lepastu suami saya breakdown & depressed sangat dan cakap yang dia suami tak berguna dan dia gagal menjadi suami & ayah. Salah saya sebab terlepas emosi kat dia. Lepas dari hari tu dia depressed sangat.

Suami saya anak sulung dan mempunyai dua adik lelaki. Keluarga mereka miskin bandar.

Mereka menyewa rumah di kuala lumpur tetapi kerana ayah mertua tidak bekerja, dan mereka sering kesempitan wang, Ibu mertua saya kerja dari rumah dan pendapatannya taklah banyak.

Jadi suami saya harus membantu keluarga dia. Namun itu bukan punca utama masalah kewangan kami.

Kisah bermula selepas saya bersalin anak pertama. Mak mertua saya ni seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak nya.

Suatu hari salah seorang anaknya ditawarkan belajar ke luar negara. Tetapi sudah jelas bahawa mereka tidak mampu untuk membiayai kos persiapan.

Adik ipar saya dapat bantuan biasiswa, tapi duit itu prosesnya lambat untuk dapat jadi mereka perlukan duit yang banyak untuk persiapan ke sana.

Saya pun kurang jelas lah apa persiapannya tapi kesilapan suami saya adalah dia tidak berbincang dengan saya tentang niat kedua orang tua dia yang nak suami saya membuat pinjaman ( loan bank) sebanyak 20k,

Ianya untuk menampung perbelanjaan adik yang nak sambung belajar ke luar negara, dan kerana dia sulung, dia ikhlas membantu adiknya dia pun ambil la loan tu.

Kesilapan suami saya juga dia ambil tempoh bayaran semula loan yang singkat. Jadi bulanan kami sesak kerana nak membayar hutang sahaja. Lebih dari separuh gaji sahaja bayar hutang & komitmen lain. Lepas tu kena bagi lagi duit sewa rumah & bil api air parent suami.

Saya tak kisah pun sebab dia anak sulung dan dia wajib tolong mak ayah yang susah.

Baru baru ini sahaja mak mertua baru tau hidup kami ni, yang suami saya gaji 6k tu sekarang sedang kesempitan dan kesannya juga pada saya dan anak kami.

Selepas dapat tahu perkara tu, dia cakap rezeki kami sempit sebab suami saya kurang ibadah, tak jujur dengan saya.

Dia rasa yang suami saya ada sorok sesuatu dari semua yang membuatkan dia serabut & down. Sedangkan setiap bulan kami sentiasa catat jumlah komitmen hutang dan lain-lain.

Dia bersungguh-sungguh hendak mengiyakan yang suami saya ni dah berbuat curang dengan saya sebab tu rezeki kami sempit.

Padahal suami saya serabut cuma sebab hutang-hutang yang dia kena bayar bulan2 daripada loan yang dia buat sampaikan dia ikat perut dekat tempat kerja nak bagi saya dan anak cukup.

Pernah suami saya terdesak sangat sebab nak isi minyak motor nak pergi kerja, tak ada duit, time tu saya pun dah kosong dalam bank,

Kawan2 dia pulak dia dah selalu mintak, dia segan jadi dia minta RM20 dari adik dia yang belajar dalam negara (yang seorang lagi ) dapat duit pelajaran bulan-bulan untuk isi minyak moto dan simpanan hingga gaji.

Tapi lepas mak mertua dapat tau dia marah-marah dan tak boleh nak terima kenapa abang gaji ribu2 mintak duit dekat adik yang bulan-bulan dapat ratus2 je?

Sedangkan itu sekali je dia mintak sebab dah terdesak.

Apa yang menyedihkan, mak mertua seolah olah hilang sifat empati pada anaknya sendiri.

Perkara tu lebih teruk sehingga dia pernah block suami saya di whatsapp gara-gara suami saya tak dapat nak fikirkan masalah kewangan keluarga mereka kerana kami juga tersepit dengan kesempitan wang.

Dan perkara ini terjadi selepas saya, suami, anak2 dan ibu bapa saya pergi hantar adik saya ke tempat belajar dan sambil berjalan makan angin.

Dia seolah olah merasakan bahawa suami saya melebihkan ibu bapa saya sedangkan dia tak tau bahwa ibu bapa saya lah dari dulu yang banyak tolong kami dari segi kewangan dan moral support,

Sebab tu suami saya tolong hantarkan adik saya ke tempat belajar nya sebab kedua ibu bapa saya yang meminta tolong.

Dan duit belanja ke sana pun dari parent saya, suami saya cuma tolong bawa kereta je.

Apa yang membuatkan kami sedih adalah bila suami saya susah, famili dia yang suami sentiasa tolong macam2 masalah famili dari zaman dia belajar dulu pun berkira-kira nak tolong siap pakej bersangka buruk lagi.

Allahuakbar. Toksiknya perangai keluarga dia ni.

Mereka ni bukan lah jahat. Mereka baik je tapi masalah utama adalah menguruskan wang dan expectation pada suami saya terlalu tinggi.

Suami saya akui dia bersalah kerana mengambil loan tersebut tapi dia kata siapa lagi nak tolong pada masa tu. Saya berkeras yang sepatutnya kalau tak mampu, sambung ajelah di dalam negara. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Tak mampu buat cara tak mampu.

Bila keadaan makin parah campur pulak lepas pkp dah habis moratorium hutang jadi tertunggak dan perbelanjaan kami dah lari dan menyusahkan banyak orang.

Cuma dari awal aku dah perasan yang keluarga mertua memang sangat teruk dalam menguruskan wang. Aku teringat masa berkawan sebelum kahwin dahulu suami saya pernah call katanya rumah mereka nak kena sita sebab hutang bank yang tertunggak.

Dan pada masa belajar pun saya selalu pinjamkan dia wang sebab famili dia susah jadi wang pelajaran dia akan bagi pada keluarga dia.

Dan dia tak cukup nak survive. Sampaikan saya pulak kena mintak topup sikit dari parent sebab bulan2 saya tak cukup sebab saya bagi kat dia.

Dah banyak red flags kan, tapi entah kenapa lah aku fikir nak kahwin juga masa tu.. Mungkin masa tu aku fikir kesian takkan dia tak layak nak kecapi bahagia untuk diri dia sedangkan kesilapan financial famili dia parent dia yang pilih jalan tu.

Terutama ayah dia yang tidak bertanggungjawab sehingga mak dia harus membanting tulang mencari rezeki. Dan dia pun terjebak bermula dengan perancangan kedua ibu bapa dia yang minta tolong dia ambilkan loan untuk adik dia sambung belajar.

Dan maybe aku simpati pada dia yang sentiasa mengeluh tentang keadaan famili dia. Aku faham trauma dan kepenatan mak mertua aku tapi didiklah adik2 suami aku tu untuk ukur baju di badan sendiri.

Aku perasan diorang ni satu family memang suka barang mahal, sentiasa berkinginan benda2 dan perkara yang mereka tak mampu. Bila nak jugak, memaksa perkara tu sampai minta ehsan dari orang atau meminjam.

Korang rasa patut ke macamtu? Mungkin dulu mereka pernah senang tapi sekarang tidak lagi. Jadi berdiri la di bumi yang nyata.

Berbalik kisah utama, yang buat aku marah adalah, kenapa mak mertua bersungguh-sungguh nak fitnah suami aku ada buat benda tak elok?

Sedangkan dia keluar gelap balik gelap dan dan kadang kami video call anak pun sampai dia tertidur keletihan. Saya kenal suami saya.

Suami saya menangis-nangis sampai rasa nak bunuh diri sebab dia sedih bila saya stress tentang financial kami dan dia kena ignore dengan mak sendiri when he is at his worst.

Dia boleh tuduh suami saya ada buat benda tak elok? Makin hari suami saya makan hati dengan sikap keluarga toksik dia sendiri. Adik-adik dia sorang pun tak call tanya keadaan dia masa dia depressed dan down sebab masalah kewangan tu.

Kami tak perlukan pun korang tolong dari segi duit but at least simpati pada suami saya bukan tuduh dengan tuduhan tak masuk akal.

Dulu masa kami rajin balik, kalau balik je ade je la kisah harian suka judge orang, kutuk, mengumpat pasal semua orang, sepupu sedara.

Nak bernanah telinga nak kena sembang pasal buruk orang lain. Tak cukup tu, riak pulak tentang semua kebaikan korang buat. Kita ni siapa la nak judge hidup orang, hidup kita pun tunggang langgang.

Aku suatu hari nanti lah kalau bercerai pun bukan sebab suami aku. Tapi sebab keluarga toksik dia. Benda tu akan effect mental aku sekali dengan anak sekali.

Dorang buat suami aku depressed dan makan hati sangat2. Suami aku takdela sempurna, dia ada kurang dia tapi at least dia bertanggungjawab, dia sanggup tak makan sebab aku dan anak2, even sebelum kahwin dia banyak susah sebab duit dia bagi dekat parent dia yang susah.

Family mertua aku ni ade perangai yang suka beli barang mahal2 je. Korang bayangkan dulu kami ni tak cukup duit tau, dorang mintak jugak, suami aku bagi jugak, tau2 balik je rumah dorang beli itu beli ini benda2 yang kemahuan, benda2 mahal. Korang faham tak perasaan tu?

Kita bagi dia duit sebab dia cakap tak cukup bayar sewa, tapi balik2 rumah mertua tengok dorang shopping barang2 bukan keperluan. Famili saya yang tak kaya ni pun tau ukur baju di badan sendiri. Berjimat dan ada simpanan. Tak pernah nk beli barang mahal2.

Lepas semua perkara ni terjadi, dorang langsung takde contact suami aku tanya khabar dia. Last suami aku balik pun sebab nak bagi kereta dia untuk kegunaan parent dia sebab mak mertua bising kereta kt rumah diorang asyik rosak dan takde duit nak repair.

Jadi suami saya bagilah satu2 nya kereta proton yang dia ada untuk tolong parent dia. Dia di tempat kerja di terengganu naik moto je berhujan panas. Pastu aku yang dekat selatan ni pulak pinjam kereta parent aku kalau nak kemana-mana.

Parent aku ade dua kereta. Kami bertiga hidup ni pun atas ehsan ibu bapa aku.

Selepas semua ni terjadi, suami aku yang dulu nya paling backup family dia bila perkara macam ni terjadi tapi sekarang dia dah makan hati sangat2. Dia selalu ingatkan aku sebab apa mak dia jadi macamtu sebab dia pun penat cari duit sorang untuk tanggung famili.

Dan dia pun anak sulung jadi harapan keluarga. Cuma jangan la rasa diri tu paling betul, paling sempurna dan shift blaming semua atas bahu suami aku. Dia tersepit di antara nk bahagiakan semua orang.

Masa dorang susah, dia ikat perut susah sama2. Now dia susah korang tinggalkan dia. Bertanya pun tak. Sekarang dia sorang2 bayar loan yang bukan guna untuk dia pun.

Dia anak sulung, dia juga seorang anak yang perlukan perhatian dari mak dia. Kalau tak boleh tolong takpe tapi jangan la tuduh dia bukan2.

Kecil sangat hati dia lepas diperlakukan sebegitu oleh keluarga sendiri.

Kadang2 aku rasa nak lari dari semua ni tapi fikir anak2 je aku bertahan.. kami hidup ni pun atas ihsan ibu bapa saya yang bersederhana dalam semua benda.

Cuma cuba sekali je mak mertua cek diri sendiri, cek hati tu dah cukup bersih ke bersangka2 pada anak sendiri yang tak tahu menahu dia dituduh sebegitu? Yang dia tau dia kerja kerja kerja nak bagi semua cukup.

Sekarang suami saya dah redha apa yang mak dia nak rasa. Tak nak berkat kan hidup dia ke. Tak nak tanya khabar ke. Dia dah penat dah banyak sangat makan hati.

Semua pengorbanan dia seolah2 langsung tak dihargai. Seolah2 kahwin ni adalah benda salah yang dia tak patut buat. Kalau dia tak kahwin. Mungkin dia boleh bagi lebih kat parent dia.

Satu je nak pesan, anak2 buka retirement plan.

Sekian dari saya,

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *