Assalamualaikum, saya Zara. Saya sudah berkahwin selama 2 tahun dengan duda anak 1. Anak tiri berumur 9 tahun dan memang sepenuhnya dijaga oleh suami.
Suami bercerai semasa umur anak 4 tahun dan sejak bercerai memang ex suami tak pernah jenguk dan ambil tahu tentang anak.
Saya pun memang sedia maklum yang anak memang saya dan suami perlu jaga sepenuhnya. Saya tidak ada masalah bab tu.
Saya sendiri pun tak pernah suruh anak tiri lupakan mak kandung dia. Walaupun suami memang kalau boleh tak nak anak ingatkan mak dia sebab mak dia yang tinggalkan suami dan anak sebab ikut lelaki lain.
Masa belum bercerai pun suami yang jaga anak sebab mak kandung sering tinggalkan suami dan anak.
Memang suami terlalu manja kan anak sebab anak kurang kasih sayang mak jadi apa saja kehendak anak suami akan penuhi.
Suami cakap tak nak dia rasa kurang walaupun tanpa seorang mak. Sebab dibesarkan oleh seorang ayah memang segalanya suami buat dan memang anak tak di ajar untuk lakukan sendiri.
Sampaikan masa saya baru kahwin dulu pakaikan baju, mandi, basuh berak, pakaikan kasut, stokin semua suami buat. Makan pun bersuap. Nak ape² tak kan ambil sendiri semua suruh suami ambil kan.
Bila balik kg ayah mertua pun akan layan macam tu. Tapi bila saya dah kahwin dengan suami saya ajarkan suruh dia buat sendiri sebab masa tu dah berumur 8 tahun. Sesuai dengan umur yang saya rasa boleh ajar untuk buat sendiri.
Suami pun ikut apa yang saya ajarkan cuma makan tu masih bersuap. Pergi mana² pun tetap bersuap. Tapi bila balik kg anak akan mintak ayah mertua buatkan semua.
Ayah mertua pun memang manja kan cucu dan akan ikutkan segala apa yang cucu suruh buat. Cuma saya tengok ada sikit peningkatan anak banyak dah boleh buat sendiri bila dirumah.
Tapi bila balik kg dia akan menyuruh ayah mertua buatan sampai kan umur dah 9 tahun masih suruh ayah mertua suapkan.
Kalau pergi bercuti memang anak akan buat perangai kalau kecil lagi saya paham tapi dah 9 tahun tetap buat perangai tengah² makan boleh buat perangai menangis depan orang ramai.
Pergi mana² pun akan buat perangai menangis. Kadang memang akan spoil mood nak berjalan.
Ada masa birthday dia saya ajak suami sambut dekat luar nak bagi dia happy. Sebab mulanya suami nak potong kek dekat rumah je. Tapi akhirnya dia buat perangai menangis masa sambut birthday tu. Masa tu dah umur 9 tahun ye.
Okla saya sabar ikutkan je perangai dia sebab suami kata dah perangai dia macam tu nak buat macam mane kan. Masa mula kahwin memang banyak gaduh dengan suami sebab dia.
Tapi lama² suami sedar saya banyak makan hati sebab perangai anak dia jadi suami tak salahkan saya. Cuma sejak akhir² nie anak selalu cakap teringat mak kandung dia. Saya cakap kesian dia rindu mak dia kot.
Tapi suami kata macam mana nak bagi jumpa mak dia pun tak de nak jumpa dia. Dulu pernah tersempak suami kata mak dia lari. Saya tahu dia ingat mak dia.
Tapi yang buat saya makan hati bila dia ingat mak dia, dia akan burukkan saya dekat mak dan ayah mertua saya.
Bila cakap telefon dia cakap saya tak layan dia. Bila balik kg dia cakap saya suka marah dia, suka minta tolong dia buat kerja. Dia cakap semua dia kena buat sendiri.
Salah ke saya ajar dia buat sendiri saya rasa mak orang lain pun ajar anak macam tu. Bukan saya suruh dia buat apa pun.
Minta tolong dia angkat baju dia sendiri yang saya dah lipat. Kadang saya cakap kalau dah tak nak tengok tv tutup. keluar toilet tutup lampu.
Takkan semua tu saya kena buat. Padahal saya ikot je kehendak dia. Nak makan ape semua yang cuba masak.
Tapi last² dia cerita kat mertua mama masak tak sedap. Balik kg nak buka kipas suruh saya buka.
Bila saya suruh buka sendiri dia akan buat perangai menangis dia cakap mak orang lain tak de pun macam mama. Padahal kipas tu sebelah dia je.
Masuk kereta pintu biar camtu je suruh saya tutupkan. Cuma saya bernasib baik mertua saya bukan jenis terus menghukum bila anak burukkan saya.
Saya pun tak paham kenapa dia selalu burukkan saya kat orang. Kalau depan sedara mara suami pun dia suka malukan saya.
Pernah masa kenduri mak sedara suami dia tengking saya depan orang. Malu sangat saya. Punca sebab dia tanya saya tak dgr sebab tengok sembang dengan biras saya.
Saya tahu saya hanya ibu tiri. Tapi sekurangnya saya jalankan tanggungjawab hantar ambil dia sekolah. Siapkan sarapan. Ajar buat homework.
Saya pun bukan nak burukkan anak tiri. Saya pun mungkin tak sebaik ibu² yang lain. Tapi saya terlalu tertekan dengan situasi toksik macam nie.
Saya tak de tempat nak meluah kalau luah kat family sendiri macam tak sesuai nanti suami saya kena tempias. Saya bertahan sebab suami saya baik sangat.
Saya dah dua kali gugur memang suami yang jaga saya. Kalau tak fikirkan suami saya rasa saya dah angkat kaki sebab penat hidup dalam keadaan macam ni.
– Zara Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit