Dugaan Ku

Saya berkerja sebagai anggota JPJ di Selangor. Sekarang sudah berumur 40an, tapi di umur sekarang hidup macam baru nak mula sepertimana mereka yang umur 25 tahun.

Mula mohon pertukaran tempat kerja dari tahun 2016 sehinggalah sekarang tahun 2022 tapi masih tak dapat sokongan dari jabatan.

Di permulaan masih bertahan walaupun dah usaha untuk pertukaran namun sampai saat ini, rasa macam tak mampu nak teruskan lagi. Tak tahu apa masalah jabatan susah nak bagi kakitangan seronok berkerja.

Hidup memang selalu tak sefahaman dengan isteri di ketika sebagai suami isteri, tapi sekarang telah berpisah. Lebih-lebih lagi bila tiba bab jadual kerja.

Memang selalu merancang tapi jadi huru hara kerana masing-masing berkerja tak tentu masa. Sehinggalah sampai tahap berpisah akhirnya. Namun tak juga selesai masalah. Lagi bertambah rumit makin ada.

Berbalik kepada mohon pertukaran, terpaksa juga mohon kerana saat sekarang nak pergi berkerja pun tiada duit, terpaksa korek mana ada, jual apa ada,

Walaupun nak dikira gaji pun dah RM4500 sebulan tapi setiap bulan telah habis untuk hidup sendiri dan untuk anak-anak yang banyak tinggal bersama bekas isteri.

Keadaan bertambah pedih apabila bekas isteri menuntut tambahan wang perbelanjaan anak-anak, sedangkan setelah di campur tolak pelbagai urusan, kewangan memang takkan mampu untuk diberi kepada bekas isteri.

Sebelum ini setiap bulan saya telah keluarkan RM1000 untuk perbelanjaan anak-anak, sekarang perlu ditambah lagi. Pening juga memikirkan keadaan tersebut.

Atas apa segala yang berlaku, dari mohon pertukaran dari 2016 adalah untuk urusan ibu di Pahang yang telah berusia sehinggalah pada tahap ini, ibu telah mengalami stroke,

Dan keadaan bertambah rumit dengan masalah kewangan serta juga di ketika ini saya telah menjalani rawatan berkala di Klinik psikiatri dan rawatan mental Hospital Kajang. Selalu juga terfikir andai 2016 dapat pertukaran, adakah semua ini akan jadi begini?

Pun begitu dengan keadaan sebagai salah seorang pesakit psikiatri, juga sebagai seorang anggota penguatkuasa, dan juga sebagai seorang ayah yang sentiasa perlu tunaikan amanah penjagaan anak-anak,

Serta sebagai seorang anak yang perlu jalankan tanggungjawab seorang anak kepada ibunya, saya tak tahu sampai tahap mana lagi mampu teruskan keadaan begini.

Saya telah lama tak hadir bertugas, tak mampu nak fokus kepada kerja. Sebenarnya dengan keadaan yang berlaku perkerja bukanlah perkerja bermasalah tetapi hanyalah perkerja yang ada masalah.

Ubat yang diberi sudah lama tak disentuh, tambahan luahan perasaan tak siapa peduli, memang keadaannya seperti bersendirian sampai habis nyawa.

Di usia 40an memang mula hidup dengan keadaan yang berat untuk diteruskan.Tak tahu apa kesudahan keadaan ini, memang dah tak nampak jalannya.

– AIRUAR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *