Dugaan Lelaki G4y

Tuhan besar sungguh dugaan mu. Ini kisah aku, seorang lelaki g4y.

Aku seorang lelaki normal. Aku tak feminin dan aku bukanlah kaki gossip seperti steorotaip lelaki g4y. Bab penampilan? Tak berapa aku peduli. Tapi aku g4y dan aku mohon doa kalian untuk aku berubah.

Cerita aku begini. Aku dari keluarga berpendapatan sederhana dan mempunyai ramai adik beradik. Aku membesar dengan nilai-nilai agama dan sangat taat kepada ibu bapa aku.

Pencapaian akademik aku menjadi kebanggaan mereka. Dalam keluarga, aku sangat rapat dengan ibu dan kakak aku.

Sejak umur 13 tahun, aku bersekolah asrama di selatan tanah air. Sekolah itu semua lelaki.

Tapi tidak pulak wujud keinginan aku terhadap lelaki ketika itu walaupun mandi bersama kawan-kawan, kadang-kadang hanya memakai seluar dalam.

Selepas tamat SPM, aku meneruskan pengajian di sebuah universiti termuka tanahair.

Disini hidupku berubah. Aku bersahabat dengan Ahmad. Dia berasal dari timur tengah. Dia menuntut kursus yang sama dengan aku. Kemana saja kami bersama.

Sebelum aku dapat biasiswa, Ahmad selalu tolong bab kewangan. Aku kerja part time untuk bayar loan motor dan kadang-kadang aku tak mampu. Ahmad lah yang bantu aku dan bagi semangat.

Aku selalu tolong Ahmad bab pelajaran. Bersusah senang kami sama-sama harung.

Kalau aku tertinggal kelas, Ahmad akan catat nota dan sebaliknya. Waktu aku sakit demam, aku memang harapkan Ahmad sebab aku taknak risaukan keluarga aku.

Ahmad pernah melawat keluarga aku dan waktu tu aku rasa sangat bahagia. Ahmad ni memang sahabat aku dunia akhirat.

Selepas tamat universiti, Alhamdulillah, Ahmad dapat kerja di KL. Aku pun dapat kerja di KL, di sebuah syarikat ternama. Jadi kami menyewa bersama.

Kami selalu memasak bersama sebab aku memang cuba kurangkan kos untuk bantu keluarga aku di kampung.

Boleh kata setahun yang lepas merupakan tahun yang bahagia untuk aku.

Aku mempunyai rumah sewa yang elok, rutin harian yang baik, kami solat berjemaah selalu, dapat bantu keluarga, semuanya sempurna.

Sehinggalah pada satu malam ketika kami menonton movie di bilik, Ahmad memandang aku dan menc**m dahi aku. Aku terkejut.

Awalnya, aku ingatkan ini budaya negara dia. Dalam masa yang sama aku rasa berdebar, tapi happy? Aku pun pelik. Dan malam itu dia peluk aku dan dia c**m aku di dahi lagi.

Dia luahkan perasaan kepada aku. Dia cakap dia sukakan aku. Aku confuse sangat. Kami dua-dua menangis.

Aku jujur dan aku ceritakan kepada dia yang aku tak tahu apa yang aku rasa. Yang aku tahu, aku sangat selesa dengan dia.

Keesokan harinya, Ahmad masak untuk aku, layan aku, buatkan aku rasa special. Aku layankan sahaja sebab tak nak hancurkan persahabatan kami. Lama-lama kami hanyut.

Keadaan bertambah teruk, tapi kami tak pernah tinggalkan solat jemaah bersama, memohon keampunan.

Aku tak tahu apa yang terjadi dalam hidup aku. Ya makin lama, aku makin sayang dia. Dia ajak aku untuk ikut dia, menetap dekat negara dia, ambil anak angkat, bina keluarga. Tapi aku tolak.

Adakah persahabatan ini istidraj untuk aku ya allah. Ya kami g4y, tapi kami tak pernah melupakan kau ya Allah.

Kami tak pernah bertukar pasangan, ke kelab malam, minum ar4k. Tak pernah ya Allah. Janganlah kau berpaling dari aku Allah. Besarnya dugaan ini. Aku tak dapat lawan perasaan sayang aku.

Aku tak tahu apa punca aku menjadi g4y. Aku bukan lelaki feminin, aku tak pernah dic4bul sampaikan aku jadi begini, aku tak pernah ada kawan lembut. Aku hanya lelaki biasa yang sayangkan lelaki itu seorang.

Tiap-tiap hari aku rasa berbolak-balik, serba salah. Aku tak tahu apa penyelesaian.

Rasa sayang dan bahagia ni memang susah untuk aku buang dan tinggal. Tapi aku juga takut neraka Allah. Mohon kawan-kawan bantu aku. Doakan aku.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *