Aku Dini. Umur 30 an. Pada usia ini aku dan kebanyakan rakan-rakan sekerja aku dah mula diberikan Allah satu bentuk ujian yang Allah beri kepada anak-anak bila ibu bapa lanjut usia. Ya, ujian itu ialah ujian menjaga orang tua yang uzur. Kalau baca kat atas tadi, aku dah cakap rakan-rakan sekerja aku pun ramai dalam situasi yang sama.
Aku menulis untuk berkongsi sebagai panduan atau persiapan kepada pembaca yang bakal diberikan ujian ini hasil daripada luahan dan sharing session aku bersama rakan sekerja. Pertama sekali korang kena ingat. Ujian ini ialah NORMAL bila korang masih ada ibu bapa tetapi ia akan jadi tak normal bila kita tak boleh mendepani ujian atau cabaran ni. Okey, ini antara cabarannya.
DEGIL
Isyh, tak baik kan cakap orang tua kita degil. No bukan aku nak kutuk ibu bapa kita tapi memang term yang sesuai ialah degil TETAPI janganlah kau cakap depan-depan atau marah ibu bapa korang macam budak-budak walaupun hakikatnya semakin ibu bapa korang lanjut usia mereka akan kembali berkelakuan macam masa kita kecil dulu.
Maka, tarik nafas dan sabarlah sahabat pembaca sekalian. Secara psikologinya memang begitu dan sentiasalah mengasihani mereka sepertimana mereka mengasihani kita sewaktu kecil. Kedegilan mereka selalunya memang buat kita hilang sabar, degil lain okey lagi tapi degil taknak makan ubat dan pergi hospital la yang boleh buat kita fade up tapi nak buat macammana.. Sabar, sabar dan sabarlah.
KURANG KERJASAMA
Bila menguruskan ibu bapa ni antara masalah yang boleh buat kita makan hati ialah kurang kerjasama siblings lain. Macam apa yang kebanyakan rakan sekerja aku hadapi ialah, kami lah yang kena menjaga yang lain buat tak tahu atau ambil mudah. Macam aku, ramai siblings lelaki. Bila part menjaga ni memang aku dan kakak aku la pilihan yang ada. Kadangkala aku nak juga time off.
Bukan aku tak ikhlas tapi aku pun juggle antara life work aku dan anak kecil aku tapi takde yang nak lend a hand. Tak pernah nak belajar cara dressing luka.. Bila balik tu sekadar jenguk muka tapi tak cuba nak ambil peluang ni menjaga juga. Okey, aku cakap banyak karang kata aku tak ikhlas tapi ya, ni lah cabaran menjaga ibu bapa yang sakit… Kurang kerjasama.
PASANGAN
Okey, yang ni pun masalah juga. Ada pasangan yang takde masalah untuk sama-sama menjaga mentua yang sakit, ada yang jenis pandai awak la,ada yang kalau kau merungut laju je dia nak suruh kau hand over pada siblings yang lain. Macam-macam jenis dan kau kena hadapi dengan penuh kesabaran. Kes aku, pasangan okey sahaja tapi aku tahu dia kesian kat isteri dia jadi dia redha.
Kalau pasangan kau macam takbagi kerjasama, kau kena bijaklah share ayat-ayat quran, video-video fasal ibu bapa ni ya supaya hati dia terbuka dan tak menghalang kau nak berbakti pada orang tua kau. The key is komunikasi. Ingat, kalau suami kau jenis cepat hangin janganlah cerita fasal siblings kau tak tolong kau. Tak payah. Kau cerita dengan kawan seangkatan sahaja.
MASA
Bila menjaga parents uzur ni memang kau perlu bagi masa kau pada mereka. Banyak appointment monthly, weekly even ada yang daily treatment kalau yang jenis ada diabetic wound ke, luka pembedahan. Memang tiring bila portion masa kau tu kau kena spend pulak untuk mereka instead of what you already dealing (kerja, anak, suami).
Aku cakap jujur, kau akan rasa hilang diri kau dalam proses/fasa ni sebab kau memang live your life for other people (tapi parents kita bukan other people ye it just perumpamaannya hidup ko untuk orang lain sampai kau takde nasa untuk diri kau… gitu lah)
DUIT
Duit ni pun satu isu. Macam aku duit ni takde isu sangat sebab aku ada kerjaya. Suami aku pun takde masalah tapi ada yang duit ni masalah sebab bukan semua kan kerja okey. Duit pun cukup makan aje tapi nak kena berulang ke hospital, beli ubat yang tak dibekalkan di hospital (tapi ni jarang berlaku).. Kena sediakan katil yang selesa (bed ridden patient).
Ada yang terpaksa give up their work untuk jaga ibu bapa yang sakit ni sebab asyik kena potong gaji bila cuti hantar ibu bapa appointment.Nasihat aku, kalau ibu bapa kita masih sihat dan ada income(pencen ke) jagalah amanah tu dengan simpankan untuk kegunaan benda macamni la… kos ke hospital, beli peralatan perubatan… Jangan korang pulak makan duit dia tu.
Itulah antara cabaran menjaga ibu bapa yang sakit. Nasihat aku kepada yang membaca, kalau korang siblings yang tak cakna, cuba belajar untuk cakna. Itulah orang yang sama lahirkan dan besarkan kita. Kenapa seorang dua sahaja/lepaskan tugas itu pada adik beradik perempuan sahaja.
Kalau korang ni rakan sekerja ke, bos ke, berilah sedikit kelonggaran atau ada sedikit empati supaya boleh kurangkan stress mereka yang perlu menjaga ibu bapa yang sakit ni. Kepada pasangan, letakkan kita sebagai orang tua yang akan sakit nanti dan ikhlaskanlah pasangan kita ni nak berbakti. Pinjamkan telinga kita sentiasa.
Kepada diri sendiri/yang menghadapi semoga kita sentiasa dikurniakan kesabaran menjaga ibu bapa kita.Mereka lelah menjaga kita sewaktu kecil, now its our time. Kuatkan semangat, kuncikan lisan daripada berbicara ikut emosi dan semoga Allah membantu urusan kita ini.
– Dini (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jaga orang tua banyak pahala, banyak juga dugaannya. Sabar je la kan….
Terima kasih,semua yg confessor cakap ni sy sedang lalui.Allah,satu perjalanan yg tak mudah,sy hilang diri sy yg dulu.nak2 bila tak boleh gilir.tapi itulah yg kena hadap.bukan & tak Ada niat langsung utk buang org tua.tapi nak hadap kedegilan mereka satu perkara yg cukup sukar.
Bila saya baca kisah di atas rasa mata masuk habuk pulak 🥺..Saya dan ahli keluarga sedang menjaga ibu saya yg kurang sihat sikit. Bukan sakit teruk tapi tak sihat macam dulu la…doakan kami sekeluarga ye supaya kuat hadapi ujian ini dan dapat menjaga ibu kami sebaik yang boleh.
Salam. Alhamdulillah jumpa article ni bila google search. Mmg sedang hadapi dilemma menjaga ibu yg berusia 85 yrs old. Dementia Dan degil yg amat. Kebersihan diri pun dah kelaut. Harus dimandikan. Alhamdulillah Tak bedridden cuma kudrat Tak seperti dulu. Suka buang2 tisu yg dah digunakan sembarangan dlm rumah. Suka selit2 tisu, makanan yg dibungkus dlm tisu celah mana2 sampai bila kemas rumah terjumpa sisa makanan or buah yg dah rotten. Haiz ..makan cerewet, memilih Dan nak yg sedap2 aje. Sifat bersyukur kurang. Nak buat macammana dialah ibu. Saya berhenti kerja utk menjaganya. Adik beradik ada 4. 3 pompuan 1 laki2. 1 pompuan dah cabut luar negeri blm kawin, lagi sorang kerja n ada komitmen bayar rumah etc, yg laki2 harapkan mulut je bnyk bunyi but bila suruh kongsi jaga mak haprak. Kerja dia pun bukan ikut office hours kerja flexible timing. Kdg2 hilang jugak sabar lebih lagi bila berpuasa. Yg Tak pernah jaga org tua mmg senang ckp sabar….yg jaga org tua yg Tak bnyk kerenah lain ya sebab saya pun pernah duduk n jaga Arwah ibu mertua. Lain sgt dgn ibu sendiri. Arwah ibu mertua sgt mudah dijaga, sentiasa berzikir n mkn seadanya. Semoga Allah mengurniakan kepada saya sifat ikhlas Dan sabar dlm menjaga ibu saya dgn penuh kasih syg tanpa mengharapkan Apa2 balasan dari manusia kecuali redha Allah. Amiin
saya paham awak sgt sgt. saya sedih sbb saya letih dan juga sakit pesakit chronic yg memang menggangu mental health saya . saya perempuan takde tenaga macam lelaki untuk buat segalanya. saya juga nak hidup dalam keadaan yang bersih dan tenang.
I feel you *hugs*. Semoga Allah kurniakan kita keikhlasan dan kesabaran dlm menjaga orang tua. Amin