Dugaan Menyambut Orang Baru

Dugaan menyambut orang baru.

Assalamualaikum… Terima kasih admin sebab siarkan. Cukup la semua kenal saya dengan SFMN

Alhamdulillah, tanggal 27/07/2017 jam 4.24 petang saya selamat melahirkan anak pertama saya, juga anak ke 3 bagi suami. Rasa syukur kerana dapat melahirkan, secara normal, sedangkan saya ada masalah tulang belakang. Sakit contraction jangan cakap la, sampai nurse risau tengok saya macam nak berguling atas katil labor room. Hihihi… Sebenarnya sakit tulang belakang yang lebih masa tu. Di tambah dengan sakit contraction. Mau la bertahan 3jam dalam labor room tunggu bukaan 10cm. Bila baby keluar je, lega terus. Doc jahit pon tak rasa sangat sebab rasanya sakit contraction dengan sakit dekat tulang belakang lagi teruk.

Saya duduk wad 1malam lepas tu, esok petang dah boleh balik. Masa ni masih tak rasa pon sakit Kat tempat jahit tu atau rasa penat uruskan baby. Baby saya masa tu “well behave” kot. Tapi bila dah dekat rumah, Allah! Macam nak runtuh rumah nenek dia, sebab asyik menangis. Tak boleh kena tinggal sorang2 langsung. Asal dia rasa tak ade orang dekat dengan dia, habis la menangis sampai saya yang ke tandas pon kalangkabut nak terkucil. Dah la tak boleh nak jalan laju2, rumah mak saya pulak besar sebab rumah kampung Huhuhu.. Bertabah jela. Walaupun duduk pantang dekat rumah emak sendiri, saya uruskan anak sendiri. Kebetulan adik ada, jadi makan & air mandian semua dia yang tolong uruskan. Mak saya cuma tolong tengok2kn anak saya kalau saya tertido atau pergi tandas. Yelah, mak saya pon dah tua, xsihat lagi, jadi saya tak harap ape2. Alhamdulillah suami saya akan balik rumah mak untuk ambil pakaian kotor & hantar pakaian bersih. Jadi tak lah mengharap adik je yang buat semua. Suami duduk rumah kami dengan anak2 tiri atas sebab sekolah, & tak ada yang boleh hantar.

Bagi saya masa tu semua macam terkawal. Cuma 1yang membuatkan saya agak tertekan. Gaji suami kena potong lebih kurang 400 bulan tu. Alasan boss dia sebab lama cuti masa saya besalin. Suami cuti seminggu je, tapi boss dia tak tolak pon cuti tahunan. Katanya kerja pengawal keselamatan mana ada cuti tahun! Atas ihsan, dia bagi lebih RM 60. Sedih! Mana taknya, masa saya dekat hospital, suami bagi tau, sekolah minta yuran tertunggak, 300.. Dengan duit api yang memang kami bayar semasa je tiap bulan, tiba2 dapat surat pemotongan api. Dan masa tu total yang perlu di bayar hampir RM700, secepat yang mungkin! Anak tiri saya pulak nak exam, jadi cikgu minta bayar sebelum exam mula. Aduhhh!! Bill api tertunggak sebab itu bill api bekas isteri suami, dulu dia duduk rumah suami, tapi bill2 semua dia tak bayar. Lepastu lari tinggalkan rumah kosong tak ada satu barang pon milik suami. Itu sebelum suami ambil balik rumah tu. Jadi kami memang boleh bayar sikit2jelah segala bill tertunggak. Dan masa tu, bill api & yuran tertunggak suami kena selesaikan dalam bulan ogos! Tolak semua duit rumah & van anak sekolah, baki ada RM120 sahaja. Macam mana nak survive sebulan? Saya korbankan tabung syiling saya, & minta suami tukarkan untuk tambah duit belanja.

Duit yang saya asingkan untuk belanja bersalin adalah RM 500. Tolak duit hospital & blanja kat hospita RM 100, baki 400. Saya dah tempah bidan untuk mengurut. Sepatutnya, minta 5 hari, tapi bila macam ni, saya minta 3 hari je. Sehari RM50, jadi semua RM150. Bakinya RM 250 saya bagi suami untuk selesaikan bill api. Orang akan tanya takkan tak Ada tabung emergency? Kami memang tak dapat nak menyimpan. Sebab kami tengah selesaikan hutang rumah tertunggak yang hampir di lelong bank ( yg ni kami bayar guna duit simpanan sbb kami nak duduk rumah tu, tinggal tunggakan 1bulan yang saya tak tau bila boleh bayar) dengan tunggakkan cukai dkt majlis perbandaran hampir RM2K, yang dah berapa kali dapat notis untuk sita rumah ( yang ni baru habis bayar lepas saya habis pantang, sebab kami bayar ansuran), dengan bill indah water yang tak pernah berbayar yang dah mencecah RM300 (tak berbayar lagi), cukai tanah pon tak bayar lagi, duit guaman tukar nama tanah RM2K++ (pon masih tak bayar). Jumlah kasar cash yang kami perlu langsaikan hampir RM4K! Mana nak cari duit banyak tu? Sedangkan suami saya gajinya hanya RM1500 sebulan! Saya pulak tak bekerja makan gaji sebab sakit tulang belakang kesan patah akibat kemalangan. Jadi, saya buat kuih frozen dari rumah sambil uruskan ank2.

Bila saya bersalin, mati kutu suami bila duit blanja tak cukup! Saya pon pening sebab tak dapat nak bagi duit belanja dekat mak masa dalam pantang. Mujur mak saya faham. Dia kata selesaikan lah hutang tu dulu, belanja makan minum saya, mak saya selesaikan. Masa tu, adk bagi pinjam RM 200 untuk topup baya bill api & belanja sikit. Saya memang rasa bersalah dekat baby, sebab duit yang org sedekah kat baby, saya gunakan untuk tampung belanja makan & duit minyak suami. Tak banyak pun orang sedekah, tapi bila tak ada duit, jumlah tu banyak bagi saya. Mujurlah kami cuma ada motor je. Tak lah banyak belanja minyak.

Tapi, dalam banyak hal, yuran anak masih bertunggak! Mujur guru kelasnya bagi kelonggaran bila dapat tahu saya bersalin. Lega sikit, tapi masih tak lega. Dengan saya yang tak boleh buat kuih, lagi patah sumber pendapatan keluarga. Saya tertekan! Tiap malam menangis sorang2 sebab tak tau mana nak cari duit untuk selesaikan semua ni. Mengadu pada Allah , minta selesaikan masalah sy. Bila habis pantang, saya perlahan2 mula buat kuih balik. Tapi badan masih sakit2. Tak berurut pon lagi lepas 3kali urut mula2 besalin. Jangan kan kata urut, segala jenis supliment, atau jamu yang murah2pon saya tak mampu nak beli! Sabar lagi dan lagi. Habis pantang tu, gagahkan jugak badan nak buat. Kuatkan hati, cakap kat diri aku boleh. Nasib saya baik, suami bantu buat kuih. Jadi ringan lah sikit kerja. Tak lah terkejar2 dengan baby.

Sampai harini, hutang masih tak selesai bayar. Baby pulak tolak susu badan & terpaksa bagi susu FM, kalau susu FM habis, saya bagi jugak susu badan. Tapi kesian sebab dia akan muntahkan balik susu tu. Bekorban kami laki bini ikat perut untuk bagi mkn & belanja anak sekolah, serta susu & pampers untuk baby. Sedangkan harini, duit kami suami isteri tinggal RM 30, harap dapat bertahan sampai minggu depan. Saya tak tau sampai bila semua ni. Tapi saya Yakin Allah ada & akan bantu selesaikan masalah kami.

Walaupun perit sekarang, saya Yakin Allah takkan biarkan kami terus2an begini. Mungkin inilah dugaan saya. Allah nak uji sejauh mana tawakal serta usaha kami. Dan beruntungnya saya, mendapat suami yang masih mementingkan kebajikan anak2 serta tak putus asa berusaha. Alhamdulillah. Doakan kami semoga dapat selesaikan masalah ini. InsyaAllah saya takkan berputus asa dengan amanah & dugaan yang Allah hantar dalam hidup saya…

Insan biasa,
SFMN

– SFMN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit