Dugaan Merisik

Alhamdulillah jika admin approved artikel ni, banyak kali juga aku berfikir untuk tulis artikel ini di IIUM Confession tapi baru hari ni aku ada mood untuk kongsikan DUGAAN BERTUNANG yang aku lalui.

Semoga menjadi kekuatan pada semua yang lalui kemanis dan kepahitan selepas bertunang.

Ini cerita kemanisan aku lalui bersama lelaki bernama Amir, 1000/10 pujiaan aku bagi kerana sentiasa bahagiakan aku dengan senyuman dan gelak-tawa.

Bertapa bahagianya aku dengan amir, aku rasa syurga dunia tu wujud bila bersama Amir. Dia seorang yang clingy, caring, sweet, apa-apa yang buat aku tersenyum dia akan usaha.

Walaupun perkenalan kami sangat singkat baru 2bulan Amir berhasrat untuk menghalalkan aku. Masatu hati aku rasa ‘Betul ke ni ya Allah?

Dia ke jodoh aku selamani yang aku tunggu, Adakah doa aku termakbul?’ jawapanya ‘Yes!’.

First sekali kami kenalkan pasangan dengan keluarga masing-masing, Alhamdulillah dapat layanan baik dari kedua keluarga.

Aku dengan usaha pikat hati bakal mentua mama Amir setiap hujung minggu akan call tanyakan khabar?, deliverykan kek atau roti, selaintu celebrate birthday mama Amir.

Boleh bayangkan bahagianya kami? Lagi Bahagia bila mama Amir suruh panggil ‘Mama’ tak perlu bermakcik. Berbunga-bunga lah hati ni.

Alhamdulillah semua smooth, mama amir ‘merisik’ aku di usia 5-6bulan perkenalan kami. Aku awalya memang tidak berminat untuk buat majlis bertunang, kira terus nikah nanti.

Boleh la jimat kos memandangkan Amir baru berkerja tapi bergantung kepada keadaan jadi terpaksa jugak buat majlis tunang dahulu. Tak sempat majlis tunang ujian merisik datang dengan kehadiran EX amir.

Iman Ex-gf Amir semasa belajar mereka berkawan dan bercinta 2tahun, hubungan percintaan mereka tidak berpanjangan tapi masih berkawan dari jarak jauh melalui whatsapp (kadang2 contact) sebelum hadirnya aku dalam hidup Amir.

Selepas hadirnya aku bagi menghormati perasaan aku air tidak contact lagi Iman. Tapi belum tentu iman menghormati Amir.

Ujian bermula Iman contact aku untuk memastikan apa hubungan aku dan Amir tapi kami rahsiakan sebab hanya keluarga dan kawan rapat sahaja tahu.

Iman mengaku dia tidak boleh tanpa Amir, Iman menceritakan keburukan Amir pada aku, susah untuk percaya tapi aku kuatkan hati untuk dengarkan apa Iman bagitahu.

Aku percaya Allah ada untuk orang disikiti. Alhamdulillah ujian demi ujian aku lalui, Aku dan Amir berkawin juga.

Walaupun kepahitan yang dikata oleh ‘Iman’ masih berbekas dihati hingga harini. Aku percaya Allah ada untuk orang teraniaya.

Untuk mereka dah bertunang, laluilah ujian dengan tenang, banyakan doa dan mintak la pada Allah sebab sebaik-baik perancangan adalah Allah.

Jangan bertindak melalui emosi bila ditimpa ujian, tidak salah jika menangis menjerit untuk hilangkan rasa keperitan hati. Semoga kita kuat harungi ujian akan datang.

Terima Kasih, luahkan hati aku.

– AALIA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *