Assalamualaikum semua. Lama sangat teringin nk confess cerita dekat sini. I just want to get some feedback from all of you.
Apa yang saya nak cerita nk mungkin akan menjadi kecaman, dan mungkin akan menjadi pujian. Tapi itu bukanlah motif utama cerita saya. Saya nak tahu pendapat dari semua orang.
Saya adalah tunangan orang. Kami bertunang tahun lepas. It was really nice to get engaged dengan orang yang dah lama tunggu hg. Boleh meletop jantung bila tau dia da tunggu hg lama gila.. Hidup aku macam drama waktu tu. Rasa macam aku ni cinderella yang turun dari lagit. Fairy tale sangat.
Tapi, kebahagiaan tu tak semestinya sentiasa… Everybody, try hard in their own relationship. Tunang aku tu penjawat awam. Dan aku cuma orang biasa yang berangan menjadi cinderella.
Walaupun dah lama jugak kenal dengan tunang aku ni.. tapi aku masih belum betul-betul kenal dia. Lepas tunang aku baru tau yang dia ni seorang yang panas baran. Ok yang ni aku boleh adapt lagi.
So, kami buatlah peraturan so everybody wins in this relationship.
1. Kalau ada benda tak kena, or tak suka SILA CAKAP. Kita akan bincang.
2. Tak ada rahsia antara kita.
3. Explain everything walaupun susah nak telan
4. Bantu antara satu sama lain untuk improve diri masing -masing.
Itu antara janji yang kami buat sebelum dia mula bertugas. Cabaran aku makin hebat lepas aku dah bertunang dengan dia.
1. Dia “selesa” dengan orang lain.
Aku pun tak faham part ni.. can guys explain. what is the meaning of selesa berkawan dengan perempuan lain, bila kau dah decide untuk bertunang dengan orang lain?
Ini first benda besar yang buat aku gaduh dgn dia. Hang pikir weiyh. Perempuan mana yang suka tengok tunang dia “berkawan” dan “selesa” dengan rakan sekerja dia?
Jenis aku, aku tak tau la Allah bagi aku instinct yang aku bolhe bau org tipu aku. So aku tanya, dah kata tak de rahsia kan.. so jenuh jugak la tanya baru dia jawab.
Sumpah aku Kecewa.. tapi, bila dia dah janji tak mau buat lagi.. aku pun teruskan lagi.. hahaha.. bukan sebab janji tu sebenarnya, tapi sebab dah sayang.
2. Perangai Pelik.
Lepas kejadian yang dia kantoi ‘selesa’ tu. aku cuba perhatikan dia dengan lebih lagi.. hahaha perempuan, bila dia da tau ada tak kena.. dia makin jad tak kena.. ada ja benda dia nak carik tau.. ada ja benda dia nampak lain.
Apa yang pelik? Dia kalau nak bangun dari meja, atau nak pi tandas ka.. Tak boleh langsung berenggang dengan fon dia. sampaikan kalau nak suruh aku bukak maps paki fon dia pun.. sangat secure…. Ada satu hari tu aku mintak bukak jugak… dia kasi… tapi hati aku da cakap dah.. dia da delete.. sebab tu dia berani.. tapi, memang tak da pa pun.. macam biasa jugak telefon dia tu…
So aku hilangkan syak aku kat dia.. aku teruskan percaya dengan dia..
3. Gaduh.
Kita orang jarang sangat gaduh. Sebakan prinsip kena berbincang tu.. Jadi mostly kami berbincang. Ada tak kena luahkan.
So, first time gaduh, adalah masa dia tak berterus trg pasal kawan perempuan tu. Dan kali kedua, baru ja jadi, gaduh sebab dia marah pasal ubat yang aku beli untuk dia.
Aku tak tahu kenapa tapi kali kedua gaduh ni, aku tak tahu motif sebenar yang menimbulkan kemarahan dia. Sebenarnya sikap dia berubah dah seminggu dah. Tapi aku tak layankan apa yang aku rasa, mgkin aku ja rasa sikap dia berubah.
Ada sekali time kami tengah makan malam tu, beberapa sikap dia buat aku rasa, aku ni mcm hina sgt, ada satu part tu aku nampak dia tgk awek lain, ada lagi aku nampak dia tak selesa keluar dengan aku… macam aku ni memalukan sangat. tapi sebabkan itu semua perasaan aku, jadi au tolak tepi, masih lagi nak fikir positif….
Tapi perempuan, nak sorok macam mana pun perasaan dia, akhirnya akan keluar juga dengan reaksi sikap dia… so dia marah, sbb sikap aku nampak lain sangat dengan dia.. Sumpah aku tak pernah main kayu tiga dengan dia, or tak menentu msg orang tanpa urusan kerja.
Aku rasa ini semua salah datang dari diri aku… aku masih tetap rasa ada benda yang aku salah…
Hari ni, pertama kali, dia marah dengan aku, sampi dia block aku. Kami kalau gaduh macam mana pun tak pernah sampai dia block aku, dan tak pernah lebih dari 2 jam.. tapi apa yang berlaku skrg ni.. semua tu dah tak macam dulu dah… Dia ada cakap dengan aku semalam, sikap dia lps ni akan jadi lain, sbb faktor kerja.. tapi aku masih tak faham lagi, apa kaitan kerja dia dengan hubungan kami?
4. Facebook Chat.
Pernah beberapa kali terkantoi, dia cakap dia dah tdo, dia nak tdo.. tapi dai online dekat fb.. aku pun tak tahu dengan siapa yang dia online tu.. Kadang-kadang aku nakal.. aku saje chat dia kt fb tu.. “online??” nanti ttbe offline.. and esok kalau aku tanya, smlm nampak awak online.. tau dak apa dia cakap, kawan pinjam fon.. dia dah tdo awai dah… hahahahaha….. aku mampi gelak and sekali lagi.. still put trust on him.
So sekarang ni aku nak tanya hangpa semua… apa yang aku perlu buat?
Dan benarkah salah itu dari aku?
So sekarang ni.. aku cuma nampak satu je solution, aku minta time off.. hahahaha ada ke orang tunang mintak time off?? hahahaha tak pa bulih try dulu kan… mana tau bole jumpa balik keserasian tu…
Aku mohon pendapat dr kalian semua… silalah bantu untuk komen.. jadi aku dapat idea dari kebuntuan aku..
Thank You in Advance.
– Lavender Ungu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit