Dugaan Perkahwinan

Terima kasih admin sebab approve.

Saya memang perlu sangat2 luahkan dan tanya pendapat. Sebab ini hal rumah tangga, jadi saya buntu nak cerita kat siapa, takut buka aib. Tapi saya rasa perlu sangat untuk luahkan dan minta pendapat.

Sedikit pengenalan mengenai saya dan suami. Kami berdua berusia awal 30-an, baru berkahwin 3 tahun, dan anak dah nak masuk 2 (saya sedang hamil 7 bulan).

Saya berkelulusan degree dan bekerja dalam bidang profesional dengan gaji 9k sebulan, manakala suami lepasan sijil dengan gaji 3k sebulan.

Rupa saya biasa2 saja, hitam manis, manis tu ada la, tapi waktu sekolah selalu juga dibuli sebab paras rupa. Suami pun biasa2 saja.

Sewaktu saya belajar sehinggalah grad takde sorang pun lelaki pernah memikat saya, mungkin atas faktor rupa.

Selepas bekerja 2 tahun, memandangkan usia saya dah agak lanjut, saya mencari jodoh melalui orang tengah. Kemudiannya saya diperkenalkan dengan suami.

Disebabkan saya tak pernah bercinta, segalanya manis ketika itu dan indah, dan saya mengenepikan segala-gala faktor harta pendidikan kerja gaji suami.

Bagi saya, memang saya hanya inginkan pasangan hidup dan belaian suami. Saya tak kisah pun tentang faktor2 lain.

Masalah timbul setelah 2 tahun kami berkahwin. Sedikit demi sedikit kesabaran saya mula teruji.

Saya penat sebenarnya. Penat nak kene fikir pasal nak beli rumah, nak kumpul deposit, nak kira bajet. Suami? Bila saya ajak survey rumah pun malas.

Saya tak minta dia bayar pun sebab saya tahu memang dia tak mampu. Duit gaji bulanan dia memang habis dengan sewa rumah, bil2, nafkah, susu pampers anak.

Jadi saya memang tak kisah kalau rumah saya yang kena beli, dan rumah tu memang bakal letak nama saya pun.

Cuma saya terkilan bila suami macam tak bersungguh bila saya ajak berbincang tentang rumah. Rasa macam saya je yang beriya.

Tambahan pula dengan keadaan saya yang mengandung anak ke2 sekarang ni dan anak pertama kami yang baru umur setahun dan sangat lasak.

Suami banyak membantu jaga anak dan uruskan anak, tapi pada masa yang sama saya selalu rasa yang dia lupa saya sedang mengandung.

Disuruhnya saya angkat anak yang beratnya 13kg, cuci toilet dan macam2 lagi. Dia juga sering merungut kenapa saya mengandung cepat sangat. Katanya macam manalah boleh mengandung ni.

Diulang2 ayat yang sama. Saya terasa sangat. Saya memang ambil perancang tapi sangkut juga.

Dan sebelum pregnant ni pun memang suami selalu bergurau dan mintak anak baru, terutama ketika sedang foreplay. Sekarang bila termengandung, nak merungut pulak?

Lagi satu suami saya ni pengemas orangnya tapi bab2 najis ni dia tak berapa nak jaga. Berak kadang bersepah kat toilet, kencing pun sama. Habis kuning2 tepi toilet bowl.

Awal2 kahwin saya boleh tahan dan bersihkan. Banyak kali saya tegur tapi sama je.

Minggu lepas saya stress sangat sehingga saya kata, “Nape berak bersepah ni.. ni kan najis.. nanti pijak pastu bawak keluar, habis merata najis dalam rumah. Tak sah solat nanti” “Kat sekolah dulu kan belajar bab najis.. tak belajar ke”.

Sebab saya geram sangat2. Saya mintak suami pakai selipar dalam tandas dia tak nak. Saya risau najis tersebar dalam rumah. Macam mana dengan solat etc.

Lagi satu suami saya ni hisap vape. Memang tegar sangat. Banyak kali saya tegur jangan hisap depan anak tapi dia hisap jugak. Banyak kali saya tegur jangan letak pod vape tu merata dia letak jugak.

Anak saya tengah fasa lasak dan nak belajar, jadi banyak kali saya nampak dia ambil pod yang diletak merata dan masuk mulut.

Ya Allah pening sangat kepala saya ni. Saya sayangkan suami saya dan rumahtangga ni. Tapi suami saya susah sangat nak terima teguran dan berubah.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *