Hai Assalammualaikum. Setiap pagi seperti biasa saya melayan karenah anak. Anak saya yang berusia 6 bulan.
Setiap pagi, subuh lagi anak saya dah bangun. Saya solat subuh dulu dan buat apa yang patut dalam rumah barulah saya melayan dan saya akan mandi kan anak dulu.
Suami? Dia selalu nya tak tidur malam kerana sibuk dengan PC dan game nya di ruang tamu. Lepas sahaja saya mandikan anak pakaikan baju, saya bawak anak saya ke ruang tamu untuk makan dan bermain bersama.
Untuk pengetahuan semua pembaca, saya dan suami tinggal bersama orang tua suami iaitu mak ayah mertua saya.
Dan untuk pengetahuan semua pembaca juga, saya sebenarnya tak setuju untuk tinggal bersama mertua. Iyelah kita bila dah berkahwin, teringin jugak nak tinggal asing dan hidup dengan pasangan dan anak dekat rumah sendiri kan.
Perempuan nie dia akan ada keinginan nak ada dapur sendiri deco rumah bagai. Tapi bila saya sebut nak duduk asing suami tak setuju sampai kan satu tahap kami bergaduh.
Dan sejak saya melahirkan, suami tak pernah jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah. Mandikan,tukar pampers, basuh berak, susu, tidurkan anak etc. Tidak pernah sama sekali.
Dulu masa dalam pantang, saya la sendiri yang terkebil mata tahan mengantuk sambil dodoikan anak tiap malam. Suami?
Duduk sebelah main handphone. Dia setakat tengokkan anak dalam kurang 15 minit. Selebihnya tak nak.
Kadang kalau suami tak main game di ruang tamu, dia akan duduk dalam bilik. Saya yang tengah masak, berlari ulang alik dari dapur ke ruang tamu untuk melihat anak saya yang bermain sorang diri.
Suami kerja persendirian. Dia banyak buat kerja diluar dan jumpa client di luar. Dia kerap tinggalkan saya dan anak.
Walaupon saya kata nak ikut, dia tetap tak bagi dan bagi macam alasan. Ada je pernah saya ikut tapi setakat ke penang sahaja. Itu pon boleh kira dengan jari. Selebihnya dia pergi sendiri. 2,3hari baru balik.
Penang KL pahang melaka dll. Bila dia tak ada job, dia kerap keluar melepak ke ipoh katanya. Kadang tak balik. Bila balik dia akan balik jam 12pm ke atas. Kadang 2 3 pagi. Waktu saya dan anak dah nyenyak tidur.
Hari jumaat. Rutin macam biasa saya lakukan tiap hari. Suami masih sama tak tidur malam. Dalam 10.30am suami kata nak masuk bilik untuk tidur. Saya pergi ke PC suami untuk buka kartun kegemaran anak saya untuk bagi anak tonton.
Allah jawab doa saya, bila saya tengok dekat skrin PC suami, dia terlupa nak tutup telegram yang dia connect dari handphone. Mesej dari seorang perempuan.
Saya cuba kuatkan diri untuk scroll semua mesej. Saya hanya mengucap bila tengok ada gambar-gambar yang tak senonoh. Luluh hati saya.
Apatah lagi gambar-gambar suami dan perempuan tu beraksi diranjang seperti pasangan suami isteri. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu.
Rupanya selama ni dia tak bagi saya ikut dia outstation sebab ini. Dan sebab ini juga dia kerap lepak ke ipoh. Bila saya siasat selepas tu,perempuan tu pon dari ipoh.
Masa saya scroll melihat mesej-mesej dan gambar-gambar dalam telegram suami dengan perempuan tu, saya rasa bagai nak pitam. Tapi saya cuba cari kekuatan.
Saya cium anak saya. Saya usap kepala anak saya. Ketika itu suami berada dalam bilik melayan telegram dari perempuan tu.
Saya bangun pergi panggil mak mertua. Supaya dia melihat kegiatan anaknya selama ini. Dan saya suruh mertua menjaga sebentar anak saya. Lepas mertua bawa anak saya masuk bilik mertua, saya kuatkan diri untuk menghadap suami didalam bilik.
Saya cuba kawal perasaan sebak saya dan bertanya dengan nada yang baik apa yang dia tengah sembunyikan dari saya selama ini. Dia cuma buat-buat tak tahu dan tanyakan balik kepada saya.
Saya tarik tangan suami ke ruang tamu dan tunjuk apa yang saya dah lihat di PC dia. Reaksi dia sangat menghancurkan hati saya. Saya memang tak boleh menahan sebak. Saya menangis bagaikan orang gila.
Baru la suami angkat saya masuk bilik peluk saya dan minta maaf. Dia kata dia tak ada niat nak sakitkan hati saya. Lepas saya berhenti menangis, dia bersuara dan apa yang mengejutkan, dia salahkan saya.
Dia kata saya lah punca sebab dia buat semua ini. Dia salahkan saya tak taat cakap dia. Tak dengar cakap dia. Asyik lebihkan anak dari dia. Tak layan nafsu dia.
Suami pernah kata dekat saya, dia nak saya layan dia macam king. Baru la dia pulak layan saya macam queen. Sebelum ada anak lain, dah ada anak lain.
15 minit kami bercakap dalam bilik, mertua ketuk pintu hantar anak saya sebab anak saya menangis nak kan saya dan mengantuk. Saya ambil anak dan tidurkan dia. Sekali saya tidur bersama. Bangun je dari tidur saya tengok kat ruang taku suami saya dah tak ada.
Saya tanya mertua, mertua kata dia keluar. Maghrib baru dia balik. 8pm saya dah tidurkan anak saya. Lepas je anak tidur dan solat, dia panggil saya ke ruang tamu untuk berbincang. Dan kami bergaduh.
Keesokkanya, saya tetap buat rutin macam biasa. Saya tetap layan dia macam biasa, bancuhkan air. Tapi saya kurang bercakap.
Saya tak boleh nak tengok muka suami, saya sebak dan terus menangis. Sambil hulurkan air pon saya menangis. Bagi anak makan saya menangis. Setiap masa saya menangis.
Hinggakan saya seharian sakit kepala dan tak lalu makan. Lepas saya tidurkan anak jam 9am, saya tidur sekali bersama anak.
Selalu nya saya akan sarapan atau menyapu rumah atau buat kerja rumah lain. Suami datang tanya saya kenapa? Dan bawakan saya panadol. Petang, saya cuba kuat semangat untuk cari media sosial perempuan tu.
Tak sampai 5 minit saya jumpa instagram dia. Saya DM instagram dia. Saya ok kalau perempuan tu tak tahu tapi rupanya perempuan tu dah tahu pon suami saya tu suami orang dan dah ada anak.
Itu yang lagi saya sakit hati. Sampai hati seorang perempuan menganiaya sesama kaum dia. Mesej-mesej dari perempuan tu agak biadap. Dan saya memang tak akan maafkan perempuan tu.
Saya tanya suami, sayang ke kat perempuan tu? Suami kata sayang. Remuk lagi hati saya. Saya bukanlah sejenis isteri yang suka spotcheck handphone suami.
Sebelum ni saya percaya dia 100%. Sampaikan satu tahap Allah bagi hint kat saya. Satu persatu. Hati seorang isteri ni dia boleh baca dari gerak geri suami.
Suami kelihatan lain bila ada masa-masa tertentu. Memang jelas, saya cuma la berdiam dan masih positif. Macam2 Allah tunjuk kat saya.
Salah 1 saya jumpa sehelai rambut yang sederhana panjang dan berwarna perang dalam kereta suami. Saya tunjuk dan tanya rambut siapa sambil bergurau, dia just geleng-geleng kepala.
Tapi dalam hati memang dah rasa sesuatu. Saya memakai tudung bila keluar. Kalu rambut gugur pon mustahil rambut saya sebab rambut saya tersangat panjang dan warna hitam. Tiada siapa lagi yang naik kereta suami selain saya dan mertua. Suami tiada adik beradik perempuan.
Pernah suami tersasul memanggil saya baby. Padahal suami panggil saya gelaran sayang. Pon saya masih positif. Saya memang berdoa kat Allah tunjuk kan lah segala rahsia kalu suami saya ada sembunyi. Ye, akhirnya Allah dah tunjuk.
Sekarang saya tersangat la buntu dan stress. Saya sedih. Dan macam-macam lagi yang saya rasa. Niat hati memang nak je saya berpisah, tapi dalam hati memang sayang. Tapi bila fikir, kalu saya teruskan saya takut saya akan kecewa untuk kali kedua.
Dan saya akui, kepercayaan saya terhadap suami dah luntur. Untuk pengetahuan para pembaca, saya seorang surirumah sepenuh masa. Saya dan suami baru mendirikan rumah tangga dalam setahun lebih. Dan punya seorang anak. Saya dah tak ada mak dan ayah.
– Maisara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit