Dugaan Semasa Umrah

Assalamualaikum, ni 1st time sy buat confession kat sini..
Saya tulis confession ni just nak sharing pengalaman umrah sy baru2 ni. 1st time buat umrah la kan excitednya terlebih. hehe
Saya bukan nak cerita ke’excited’an tu tp dugaan kami disana. Saya cerita ni bukan nk burukkan sesiapa tp nak semua ambil ikhtibar dari cerita ni.

Trip umrah ni ada seorang makcik berumur 74 thn yg berjalan pakai tongkat, yang berjalan pun xkuat. tp xditemani oleh ahli keluarga langsung ke sana.Kebetulan makcik kami sekeluarga kenal.sbb anak sulong dia jiran kami dulu. So cucu2 dia ni kwn sepermainan la. Cuma makcik ni je ktorg xknl sgt. Masa anak2 makcik ni hntr kat airport diorg tegur mak & boleh ckp mcmni. bgus la ada akak boleh tlg tgk mak sy. aku yg dgr sakit telinga la kan. Mak aku kesana nk beribadah bukan nak jaga mak korg (igt tgk biasa2 je)

Beg2 makcik ni mmg ktorg la yg bwk smpai naik flight & smpai ke bilik sbb kesian dia nak layan tongkat dgn jalan yg xkuat.. (ok ni xkisah lg.apa la sgtkan sbb masa ni pk pahala je) & makcik ni pendengaran pun xjelas.

Nama ktorg (saya & mak) naik sebilik dgn makcik ni (sebilik 4 orang). Mak py bengang nama kena sebilik dgn makcik ni.Mak bukan marah sbb apa. Mak marah bila anak lepas kan tanggungjawab kat mak utk jaga mak dia (pdhl ktorg bukan rapat sgt dgn diorg ni) & ktorg datang sana bukan nak jaga mak org. haha

Sampai je kat hotel kat madinah. Buat ktorg tergamam bila tgk kaki makcik tu bukan sikit2 py sakit bengkak… dr tapak kaki hampir ke lutut hitam!.. (berdarah & bernanah & berbau yg xmenyenangkan). Kesian tgk keadaan dia. Bila ktorg blk dr masjid makcik ni ngerang kesakitan smpai meleleh2 air mata dia.. kesian giler!… Ktorg gelabah cr ubat dia dlm beg dia yg penuh barang & berkunci.. dlm cari ubat tu ktorg terjumpa pampers. Makcik ni pakai pampers ke? tgk quantity pampers hanya 4 keping je. nak survive 10 hari?
Ktorg ty “makcik pakai pampers ke?” Dia jawab “aah”. SPEECHLESSS..Nsb baik pampers yg sarung dia boleh pakai sendiri.
perghh anak makcik ni mmg xde hati langsug boleh lepaskan mak dia keadaan mcmni survive sorg2 selama 12 hari. Makan minum makcik ni mmg ktorg yg bawa smpai kebilik sbb kesian nk berjalan kan.Ktorg pun bawa la dia pergi masjid tu pun sekali sebab dtg jauh2 xtengok masjid nabawi kan rugi. Kalau ikutkan pengiring jemaah cakap xyah bawa je.

Sepanjang ktorg kat Madinah ktorg berdoa supaya Allah lembutkan hati utk layan makcik ni & permudahkan segala urusan ktorg kat sana. Alhamdulillah semua OK je masa kat madinah.Masa kat madinah aku pun OK je nk lyn makcik ni.

Tapi sampai ke kat Mekah makcik ni memang dah tunjukkan diri sebenar yg buat aku mmg dah xlayan berckp dgn dia. Makan minum dia still ktorg bw ke bilik.
Bayangkan ikhlas ktorg mcm hilang bila mulut, kecemburuan & xreti bersyukur makcik ni.Kalau cemburu xg masjid aku boleh terima.. Ni cemburu psl pergi shopping siap marah & bebel kat mak aku xbwk dia gi shopping.
Pdhl mak xpergi shopping lg kat mekah, bengang la mak sbb mak kat mekah masa tu belum shopping pun sbb umrah pun bru sekali je buat..tawaf sunat pun xde lg time tu. so mak mmg malas nk shopping2 kat mekah.sbb kebykan shopping kat madinah je. Rupernya makcik ni cemburu dr kat madinah ktorg sebilik shopping je lps blk solat.

So lps beberapa hari lepas tu ktorg bawak dia turun g shopping bagai..Makcik ni sepanjang kat sana ktorg sebilik jaga makan minum dia, dia boleh ckp susah la anak dia xde. Mak aku dah smpai limitsabar dgn dia. sound makcik ni..
“kenapa makcik xbwk anak makcik kesini jaga makcik?”
dia jwb “anak nak pergi tahun depan lepas dapat pencen”.
Makcik ni spjg kat Mekah fikir nak shopping je cuma dia xboleh bergerak je. kalau boleh gerak sndr mmg havoc la agaknya.

Start dr tu ktorg mmg dah slow dgn makcik ni sebab byk masa ktorg kat masjid & tido bila blk hotel.sbb bila duduk kat hotel menyakitkan hati.. haha Tapi manusia kan xsuka mcmna pun kesian tetap ada.

Sampai Malaysia.. Anak dia xde terima kasih langsung..

Aku anggap makcik ni mmg ujian Allah untuk kami sebilik & bahagian kami sepanjang kat sana…
Dari ikhlas smpai hilang ikhlas..sbb ktorg ni manusia biasa bukan malaikat.
Sebenarnya banyak lagi makcik ni buat perangai cuma xperlu diceritakan.

Moral of the story

i) Sesiapa ada parent yg plan nk g umrah yg dah xmampu berjalan sendiri @ urus diri sendiri.Please jgn biarkan diorg pergi sendiri
Sebab mcmni menyusahkan jemaah lain utk buat ibadah.. Sbb confirm jemaah mcmni jd topic perbualan. dr pengiring smpai ke
jemaah lain.

ii) Utk agent2 yg uruskan jemaah2 umrah. Please laaaa check dulu condition jemaah2 mcmni. & minta waris utk ikut. kalau waris xnk
ikut jgn lepas tangan kat jemaah lain utk handle jemaah xmampu urus diri sendiri. Jgn fikir untung je sampai menyusahkan jemaah
lain.Sbb mostly yg pergi ni org berumur.Org berumur nak jaga org mcmni.Xkesian ke?

iii)Sesiapa ada parent yg ada penyakit kritikal pleaseee inform doctor masa buat checkup jgn diam je. Sbb aku syak makcik ni xinform
psl sakit dia kat doctor masa checkup. Sbb sure doctor xkan lepas dia pergi dgn keadaan dia mcm tu.

*Kongsi cerita ni bukan untuk dikecam tapi nak ambil ikhtibar yang selagi kita ada orang tua jaga la diorg baik2.

– Cik A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit