Dugaan Seorang Perempuan Kecil

Assalamualaikum wbt. Terima kasih la min kalau approve. Saya nak share ape saya rasa dan fikir sekaligus nak minta pandangan pembaca2.

Camni, saya perempuan. Dah 30 tahun. Habis je degree saya diberi rezeki untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Masa ni rasa syukur sangat sebab walaupun belum grad saya diterima bekerja gunakan STPM. Lepas 3 tahun saya dinaikkan pangkat sesuai dengan kelayakan. Inilah detik paling menyeksakan saya. Bertukar jabatan dan diarah mengetuai beberapa orang staf bawahan yang dah kerja berbelas tahun, mostly lelaki dan saya hanya perempuan kecil berumur 27 tahun. Arahan saya biasanya akan dilawan walaupun saya ikut SOP. Dengan tugasan yang sangat berbeza, saya anggap ni cabaran. saya tak mengalah. Senyum je nampak lesung pipit. Akhirnya semua jadi smooth juga. Sampai boleh lepak semeja dekat luar. Kemudian ditakdirkan ibu saya jatuh sakit, (abah dah takda), saya anak bongsu dan kakak dua orang dah kahwin ada tanggungjawab masing2.

Saya terima komitmen yang ini, saya berhenti kerja dan jaga syurga saya. Balik kampung. Ya ramai yang cakap, sayangla berhenti. Bukan senang dapat kerja etc tp saya percaya rezeki Allah ada di mana2. Beberapa bulan kemudian, ibu sihat semula dan izinkan saya untuk kembali bekerja. Tak lama sehari dua selepas saya hantar resume, saya dipanggil interview dan diterima bekerja. Alhamdulillah. Tetapi, saya ditawarkan jawatan yang tinggi. Sebagai Ketua Jabatan di usia 28 tahun. Tanggungjawab yang berat bagi saya, perihal staf bawahan yang menguji kredibiliti saya mampu tangani. Dan berkat kesabaran, kami satu jabatan akhirnya serumpun juga. Walaupun banyak dugaan saya di sini. Saya jadikan cabaran untuk saya mengenali kemampuan diri saya sendiri. Sungguh, jika tidak kuat, saya dah mengalah.

Sampai satu masa, tenaga saya digunakan untuk kerja yang bukan tugas hakiki saya. Boss sangat senang dengan kerja2 saya, selalu dipuji sehingga menimbulkan perasaan kurang senang bagi yang lain. Tetapi saya seolah dipergunakan juga. Cuti pun diarahkan mengikuti keluarga boss ke sana sini, sehingga tahap diarahkan untuk menemani beberapa vvvip undangan boss, untuk makan. Wayang. Berlibur. Demi mendapatkan dana untuk pejabat. Menjaga hati kata boss, bagus untuk kepentingan pejabat. Berfikir tentang maruah diri dan demi menjaga diri sendiri dari diganggu vvip, saya berhenti. Ya. Walau gajinya sangat lumayan. Menangis saya kali ini.

Menangis semahunya. Saya juga ada buat master (pjj), dah satu semester, tapi saya terpaksa hold dulu. Sedih tapi terpaksa kerana kekurangan duit. Ituoun saya bayar yuran gunakan kwsp. Saya kembali ke kampung. Ibu terima dengan hati terbuka, katanya rezeki saya masih ada, perlu doa dan usaha lagi. Sekarang saya hanya bekerja di kedai runcit dengan pendapatan yang kecil. Jauh bezanya dengan gaji sebelum. Saya buat kerja2 yang saya tak pernah buat dan tahu. Terkial2 saya. Tetapi saya bahagia. Rezeki Allah beri untuk saya adalah, menatap wajah syurga saya setiap hari. Menjaganya. Tidur bersamanya. Ketawa bersamanya. Membelainya. Ibu saya. Namun saya tidak menolak jika masih rezeki saya untuk bekerja dengan gaji yang sedikit besar. Demi ibu saya masih akan mencuba mencari kerja. Oh ya, saya dah join macam2 group pencarian kerja, update resume, SPA, dan macam2 usaha juga. Terfikir tentang dropship. Perlukan modal ke?

P/S : saya baru je belajar parut kelapa guna mesin tu. Berdebar!

Doakan saya ya. Terima kasih.

– Diana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *