Terima kasih admin andai confession aku ini disiarkan.
Aku kerja part time sebagai tutor.part time aku ni Selalunya pada waktu malam atau lepas aku balik kerja.Aku suka mengajar ni lagi – lagi dgn student yg bersungguh datang tuisyen nak belajar.maklum sajalah kadang ada yg kena paksa.Tapi alhamdulillah selama 4 tahun aku jadi tutor ni pelajar masalah tu aku boleh handle lagi dengan sabar sbb mereka takdelah extrem sgt.Lagipun aku semangat nak mengajar.seronok walaupun penat balik kerja.
Namun langit tak selalu cerah.
Awal tahun ini aku dapat offer tutor bawah rancangan tuisyen di sebuah taman.kiranya ajk taman buat program Tuisyen yg mampu bayar.Tak mahal macam pusat Tuisyen lain. Aku ok sajalah sebab suka mengajar.
Hari pertama datang mengajar,bising sebab pelajar ni dah saling mengenali duduk pun dekat taman yg sama.sekolah sama.di hari pertama aku tegur juga beberapa pelajar yg sibuk berbual dan yang lelaki muka nak tak nak datang kena paksa rasanya.Aku sebenarnya tak suka nak tinggi suara tapi aku perlu tegas.Permulaan yg kurang baik.respond pun kurang.maksudnya bila ditanya krik krik.Tapi aku positifkan diri.cuba hari lain nanti buat penambahbaikkan.
Hari seterusnya penambahan pelajar sampai cecah puluhan orang.berlaku juga pengurangan dengan pelajar lelaki ponteng,pura pura datang tapi tak masuk kelas.pelajar perempuan pula dah mula curi tengok handphone.padahal aku dah warning pada hari pertama.Tapi aku teruskan juga pembelajaran walau hati dah rasa tak seronoknya situasi ni.sedangkan tempat tuisyen lain aku tak perlu tinggi suara dan ajar dalam suasana ceria walaupun pelajarnya lemah atau pandai.Ini bukan takat lemah tapi bodoh sombong.
Esoknya tiba-tiba aku dapat wassup daripada pihak pengurusan taman.Panjang berjela.katanya aku tak boleh tegas perlu layan budak2 ni macam kawan.Bahasa aku perlu jaga sebab apa yg aku kata budak2 akan ambil dan bagitau ibu bapa mereka.Agak panjang jugalah dan semua point macam nak cakap aku buat salah besar.Aku takdelah melenting cuma aku rewind balik apa benda yg aku buat sampai dapat amaran peringatan sebegini.Sumpah aku tak tahu apa aku buat.Aku decide nak jumpa pihak pengurusan tanya perkara sebenar.
Minggu depan,masa tuisyen time pelajar diberi waktu utk solat aku jumpa Mak cik T yg handle tuisyen dan yg bagi aku wassup panjang2 tu.
Kisahnya ada pelajar lelaki,S (aku baru jumpa budak ni sekali sebab dia budak baru,baru masuk minggu lepas)dia adu kat bapak dia ayat aku kasar.aku cakap “ini yg budak lelaki tak datang ni ponteng lagi ke?tak insaf2!”- ayat ni ditujukan pada pelajar lelaki yg tak dtg.tiada kena mengena dengan budak S ni.S ni aku siap puji dia datang.S cakap aku garang.HA HA HA.aku pelik sebab masa S ada kami satu kelas siap gelak2 dan tukar pendapat. aku ada bukti.Dan S tambah perisa lagi,aku ajar tak menarik langsung tak best macam cikgu lain Dan aku tak peramah.cikgu lain tu pula rupanya guru sekolah S.Mak cik T tu bagitau.Guru sekolah budak2 ni.kira aku sorang jelah tenaga pengajar luar.Patutlah aku tertengok att class subjek lain full.aku punya ad je tak kena dan mak cik T mcm nak blame aku tanpa soal siasat.Aku senang jelah,bulan ni jelah last ngajar sebab aku pun dah rasa tak seronok.bila tak seronok tak berkat.Lagi satu kebetulan esoknya lepas aku balik kerja aku terserempak dgn S sekeluarga tapi jelas dan nyata S pura pura tak nampak aku.Buat S aku takkan halalkan ilmu yang aku bagi kat kau walaupun sikit je ilmu tu sbb kau pun datang sehari dan dalam sehari macam cerita fitnah kau sebarkan padahal aku menanti kau datang sbb aku rasa kau pelajar yg baik.pihak pengurusan pun perlu lebih professional bukan salahkn sebelah pihak,soal siasat dulu.yg kelakarnya lepas si S ngadu tu mak cik tu tanya satu kelas pasal aku.aku bermasalah ke?
Kelas 2 jam.pelajar berpuluh aku tak pernah duduk sepanjang kelas sbb nak pantau sorang2.kecuali nak minum.aku Tanya sorang2 fham ke tak?Aku tegur budak sorok tengok handphone.sergah dia sampai terpelanting handphone tu.salah ke?aku tegur yg sibuk borak time aku terangkan.dorang ponteng salah aku juga ke.mentang aku bukan guru sekolah kau.kau fitnah aku.yg pelik budak yg aku puji tulah yg tabur pasir kt periuk nasi aku.
Aku percaya rezeki itu ada.Alhamdulillah pelajar hometutor aku bertambah dan tmpt tuisyen lain pun pelajar bg respond n peningkatan positif.Dulu tak lulus tp skrg dah lulus.Aku doakan pelajar yg nak belajar betul2.terima kasih jd pendorong utk aku semangat nk ajar.
Nasihat aku untuk adik2 kat luar lagi exam besar.sekarang tuhan bayar cash.sila hormat sesiapa yg memberi ilmu sebab keberkatan ilmu penting.macam mana pandai pun kau.jangan riak takabur rasa diri bagus.sebab si S ni katanya kelas budak pandai.Pandai tak bawa ke mana pun dik kalau perangai ke laut.mak ayah pun jgn percaya anak bulat2..siasat..banyak aku nampak budak2 skrg depan mak ayah pijak semut tak mati.belakang mak ayah dialah setan sebenar.yg nak exam besar tp 24 jam handphone.nanti mati jgn lupa bawa sekali handphone tu sebab bnde tu kut yg tolong korang jawab dgn malaikat nanti kan…
– Kiki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit