Dugaan Study

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku perempuan yang bernama Kiha (nama samaran). Umur aku masih muda dan masih student. Aku ambil kos lelaki dan ofcourse berkawan dengan lelaki.

Mula-mula okay saja berkawan dengan dia orang. Keluar makan sekali dan guna transport aku. Betul la apa perempuan cakap best berkawan dengan lelaki. dia orang ni mengata depan-depan tapi senang nak minta tolong. Aku tak nafikan benda tu betul untuk sementara.

Sebaliknya, aku yang banyak tolong dia orang bab belajar dan kalau nak keluar mesti dengan aku. Aku ni baik hati sangat keluar la dengan dia orang maklum la dalam hati berharap sangat dia orang ni jenis yang baik dan tak lupa diri.

Tapi aku silap. Aku terlalu baik sampaikan dia orang pijak kepala aku. Kalau aku tak tolong dia orang, dia orang akan mengata dan perli aku. Dalam masa sehari tak terkira dengan jari dia orang perli. Dulu sekali dua takpe la sekarang ni selalu je.

Betul la ada sorang instafamous cakap, kalau kita rapat dengan seseorang mohon jauhkan diri jangan terlalu rapat. Dan aku ni bodoh rapat dengan dia orang tapi dia orang pergunakan aku hanya untuk enjoy saja untuk keluar jalan-jalan.

Sekarang ni, aku tengah susah. Aku tak boleh ke kelas atas sebab tertentu. Aku minta tolong dia orang dan boleh pula dia orang cakap aku ni menyusahkan. Aku rasa down sangat. Jangan cakap aku lemah sedangkan aku dah kuatkan diri aku ni dah 3 tahun hadap perangai dia orang.

Dia orang cari aku time perlu dan aku yang bodoh tolong dia orang dengan harapan dia orang dah tak buat aku macam ni lagi. Tapi still sama.

Silap aku juga sebab mula² masuk course lelaki ni, aku terlalu baik dan kaunseling pun cakap macam tu sampaikan sekarang dia orang dah pijak kepala aku.

Bayangkan aku sorang saja perempuan, aku hadap perangai toxic² mereka. Ada juga yang baik dan banyak membantu, terima kasih. Tapi aku sangat tak sangka kawan yang enjoy dengan aku, aku bawa keluar jalan sama-sama tapi dia orang tak jaga hati perasaan aku langsung.

dia orang tahu sebab aku tak boleh datang kelas, dia orang boleh perli aku macam². Masa dia orang susah, masa dia orang bosan aku yang ada dengan dia orang tapi ini balasan dia orang.

Hari tu keluar result sem lepas, dalam kelas pointer aku yang paling tinggi. dia orang cakap macam ni “orang tu tak buat apa² pun dapat markah tinggi”. dia orang tak tahu, pensyarah amanahkan untuk aku siapkan kerja² yang dia bagi then tunjuk ajar dekat kawan² yang lain.

Selama ni dia orang tiru hasil kerja aku boleh pula dia orang cakap aku tak buat apa-apa. Padahal orang yang suka perli ni la yang hanya goyang kaki dan tunggu orang suap.

Mungkin atau sememangnya orang akan ingat aku lemah, tapi aku dah kuatkan diri hadap perangai toxic dia orang dah 3 tahun lebih. Kena perli hari-hari kadang down juga. Nampak remeh kalau kena setiap masa balik rumah berair juga mata.

Untuk kawan-kawan yang tahu aku confess pasal korang, aku nak minta terima kasih sebab buat aku macam ni sebagai perempuan. Korang lelaki sepatutnya melindungi aku tetapi korang khianat dan aniaya aku.

Sekarang ni kaunseling kat tempat aku belajar nasihatkan aku untuk jaga kesihatan, emosi dan mental aku sahaja. Tapi tu dulu, aku seorang ceria sekarang pendiam. Kalau aku duk rumah sorang-sorang atau takde yang berbual dengan aku, fikiran aku akan jadi negatif. Faham tak?

Dalam fikiran ni akan datang benda yang negatif contohnya apa yang kawan-kawan buat kat aku endup air mata akan jatuh.

And now, aku sedang lawan benda-benda dalam fikiran dan sedang hadap perangai toxic dia orang secara face to face.

Doakan aku semoga jadi student dan anak yang berjaya. Aku nak time graduate nanti parents aku bangga. Aku nak tunjuk kat semua orang yang aku perempuan boleh berjaya dan boleh belajar walaupun dalam kelas semua lelaki.

Kepada pembaca, jangan fikir bukan-bukan. dia orang lelaki ni khianat aku dari segi lisan dan mental. Bukan dari segi perbuatan dan dia orang tak sentuh aku.

Aku minta maaf kalau ada yang terasa atau ada orang nak marah tentang confess aku ni.

Aku nak kata-kata semangat untuk teruskan hadap perangai toxic mereka hanya 1 tahun saja lagi. Kalau korang tak mampu nak bagi kata-kata semangat baik diam saja daripada komen yang menyakitkan hati aku lagi.

Pleaseee, I need a new motivate. Aku nak kata-kata semangat dan positif dari pembaca-pembaca supaya aku jadi wanita yang lebih kuat.

– Kiha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *