Dugaan Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM confession. This is my first time nak confess dekat sini. Jika admin approved terima kasih banyak2. Maaf jika penulisan aku sukar untuk difahami. Sedikit latar belakang mengenai diri aku. Seorang gadis dan berusia 23 tahun. Lepasan ijazah sebuah universiti awam. Gelaran aku Cik Purple kerana aku sgt meminati warna tersebut. Aku Cuma nak bercerita mengenai liku liku kehidupan dan dugaan aku mencari pekerjaan.

Selepas tamat sahaja pengajian di peringkat Ijazah pada bulan Januari lepas , aku memulakan visi job hunting. Sudah aku nekadkan dalam hati yang aku memang nak kerja dekat2 sahaja untuk setahun dua ni. Bukan tidak mahu berjauhan dari family tetapi sejak habis SPM lagi aku menyambung pelajaran di negeri yang jauh nya hampir 6 jam dari rumah aku.

Selepas hampir 3 minggu menamatkan pengajian, aku telah di interview oleh Kak Nita dan diterima untuk bekerja di sebuah Kedai Elektrik dan barangan serbaneka di Bandar kecil ini dan hanya memakan masa 30 minit dari rumah aku. Tetapi aku memilih untuk menyewa sahaja di bandar dan hanya perlu jalan kaki sahaja ke tempat kerja. Jawatan aku sebagai supervisor jualan. Ini merupakan pekerjaaan pertama aku. Sepanjang 23 tahun aku hidup inilah pertama kali aku berkerja. Aku menjadi seorang yang sangat bersemangat untuk memulakan hidup baru ini

Pada hari kedua bekerja aku telah diperkenalkan oleh Kak Nita boss yang sebenar. Rupanya kak Nita merupakan isteri kepada boss besar. Boss besar aku bukanlah warganegara Malaysia. Setelah boss besar tahu aku mempunyai degree dia maklumkan akan naikan gaji ke RM 1500 selepas 3 bulan bekerja. Skop kerja aku tidaklah susah. Hari berganti hari aku perasan ada perkara pelik antara boss aku dengan isteri nya dan aku mula tidak selesa untuk bekerja. Bayangkan dorang bergaduh dalam kedai sampai boss besar campak dan sepak semua barang dlm kedai hinggakan hampir bergegar shop lot ni dengan suara mereka memaki hamun dengan bahasa yang sangat kasar.

Selepas 2 jam perang dunia tu, aku pekerja2 lain lah yang akan kemas kedai balik. Dah gaya kene tsunami kedai. Aku tau tu masalah rumah tangga diorang tapi tak boleh ke bersifat professional dekat tempat kerja. Hampir setiap minggu dorang akan bergaduh dekat kedai dan keadaan seperti berulang kembali habis semua barang dicampak nya keluar kedai dan aku dan pekerja2 lain lah yang akan kutip balik semua barang tu. Sometimes aku sendiri naik malu dengan jiran2 kedai sebelah.

Aku hormat Kak Nita dan boss besar sebagai seorang majikan. Tapi rasa hormat aku hilang kepada mereka setelah hampir 2 minggu aku bekerja di situ . Boss selalu bercakap perihal Islam, seolah olah dia sangat terror bab agama dan kami tak bole membalas hujah2 nya.Tapi yang memusykilkan aku pandangan dan prinsip Islam nya sgt berbeza dengan aku. Aku pernah bertanya kepada boss,

( A=Aku / B=Boss)
A: Boss kenapa tak pergi solat jumaat ?
B: Sebab saya masih lagi nak buat jahat. Kalau saya dah mula solat saya tak boleh dah nak buat kerja jahat2 tu.
A: tapikan boss sebab tulah kita kene solat. Sebab kita ni pendosa tanpa noktah.
B: Alah awak tak payah bising lah, Solat tu kan hindarkan diri dari perkara jahat. Tapi saya tengok awak ni solat tapi awak masih lagi buat dosa kan.. Solat awak tu Allah terima ke?
A : Boss, saya solat ni bukanlah nak tunjuk diri saya baik. Kita solat sebab kita ni hamba dan sebab saya tahu saya ni banyak dosa.
B : Awak jangan risau lah.. Nanti tahun 2020 saya pergi umrah dan saya kan start solat dan tak akan buat dah perkara2 jahat tu.. Baru lah saya rasa sempurna solat saya. Ini solat tapi masih buat jahat macam tak berguna je solat awak tu kan.
A : Terpulang lah pada boss nak cakap apa. Buat nya boss mati sebelum tahun 2020 macam mana ?

Selepas perbualan di atas tu aku memang kurang bercakap dengan boss melainkan hal kerja sahaja. Tapi boss masih lagi dengan perangai dia. Boss besar sering cerita pada aku tentang keburukan isterinya sehingga hal tidur pun dia cerita pada aku. Rection aku hanyalah dengar dan no comment. Kejadian perang dunia di kedai masih lagi berlaku hingga melibat aku dan pekerja yang lain.. Aku dan pekerja yg lain dituduh buat sesuatu perkara yang kami tak buat. Boss sering cakap pada pekerja2 dia yang dia sudah ceraikan KakNita. Dan ku tahu sejak dia berkata begitu talak telah jatuh pada KakNita. Sikap panas baran boss aku ibarat tiada penghujung.Tapi diorang tidak pula ke pejabat agama untuk report penceraian mereka. Kenapa dibuat main nya hukum Allah. Boss aku nampak bijak berhujah pasal agama. Tapi tanpa dia sedar dia sudah memusing dan memanipulasikan semula hukum2 Allah . Sayu hati aku dan juga pekerja2 lain di saat dia menghina agama Allah. Aku masih lagi ingat pada pesan arwah ayah “ Jangan Islam hanya pada nama”. Saat itu aku dah decide yang aku tak akan kerja lama kat sini.

Menurut boss aku dia cakap dia seorang pembersih,. Di rumah hari2 dia bersihkan toilet, kemas rumah, sapu sampah bagai. Kaknita hanya duduk dan goyang kaki sahaja. Tapi apa yg dia cerita tu sgtlah bercanggah dengan perangainya, kerana di office dan kedai dia sangat pengotor. Bayangkan dah siap makan hanya lap tangan tanpa basuh, makan bersepah habis keluar2 dari pinggan. Anak saudara aku yang 3 tahun pun makan lagi elok, dengan kuku hitam , sisa nasi dibiarkan tinggal atas meja office sampai berulat dengan habuk rokok penuh di office. Akulah yg menjadi mangsanya yang akan kemas semua kekotoran yang dia buat tu. Macam tu pembersih. Ohh noooo…

Pada bulan puasa pulak, boleh nya dia suruh pekerja lain beli nasi tengahari untuk dia. Dengan selamber badak dia makan dlm ofis dan siap boleh lagi ajak kawan kawan nya yang lain. Ya Allah mana pergi Islam kau. Bila ditanya kenapa boss tak puasa dan jawapan nya hanyalah ‘saya penat lah nak puasa’. Ditempat kami siapa yang dijumpai tidak berpuasa akn diangkut dengan van jenazah, ikutkan hati nak je aku report kegiatan dia tu.Aku sebenarnya tak kisahlahh dia nak puasa ke tak ke tapi satu je tolonglah hormat bulan ramdhan yg mulia tu n please jangan makan depan orang. Aku pun jadi geram dengan pekerja lain, bila boss suruh mereke beli makanan ibarat lembu dicucuk hidung mereka turutkan sahaja. Boss tak pernah lagi suruh aku beli makanan untuknya kerana dia tau mulut aku yang lantang sahaja bersuara bila tidak puas hati.

Berbalik pula kepada isteri boss KakNita dia memaklumkan bahawa dia sudah terkena sihir oleh bekas boyfriend nya yang tidak berpuas hati dia sudah berkahwin. Menurut KakNita sihir itu lah yang akan merosakkan perniagaan nya , membuatkan dia tidak mengandung dan sihir itu jugakah yang membuatkan rumah tangganya dan boss sering berantakan. Selepas KaknIta menceritakan hal itu aku seolah baru tersedar banyak kejadian yang pelik berlaku di kedai. Antara kejadiannya ialah sewaktu pagi apabila aku buka kedai banyak beras2 yang berwarna kuning ditabur di depan kedai , kedai kami banyak sangat cicak, di dalam toilet ada ulat2 yang sangat besar warna hitam dan putih.

Aku masih ingat lagi pada waktu malam selepas sahaja aku tutup kedai jam 10 malam. Aku berjalan kaki pulang ke rumah sewa. Memandangkan kawasan di situ agak gelap aku mempercepatkan langkah ku . Tetiba aku terpandang seorang pakcik membawa basikal tua sambil memandang kepada aku. Lalu aku pun tegur “Ye Pak Cik” lalu Pakcik itu senyum dengan senyuman yang sangat menyeramkan. Dan aku meneruskan langkah aku. Bila aku toleh ke belakang Pakcik itu dah hilang. Ketika itu aku terus berlari pulang ke bilik sewa sambil di dalam hati berdetik “yang aku nampak tadi manusia ke apa woi’’ Keesokkan hari nya badan aku penuh kesan lebam biru dan aku demam selama 3 hari.

Sekembalinya aku ke tempat kerja, pekerja lain memaklumkan yang mereka sering berasa seram sejuk ketika berada di kedai dan banyak kejadian aneh yang berlaku bila barang2 di kedai jatuh dengan sendirinya . Selepas disusun tak sampai setengah jam barang2 itu akan jatuh kembali, bau busuk di kedai, customer memaklumkan selalu nampak kedai kami tutup, padahal kedai kami tak pernah tutup walaupun sabtu ahad dan banyak lagi. Jualan kedai pula semakin merosot. Nak dapatkan sales RM20 sehari pun sakit . Tapi boss tak habis2 menyalahkan kami yang kami tidak pandai untuk tarik customer sehingga menyebabkan kerugian kepadanya .Aku mula memasangkan ayat al quran dan menyambung nya ke speaker. Aku memaklumkan pada KakNita semua kejadian aneh itu, dan KakNita telah pergi berubat di macam2 tempat. Aku dan pekerja-pekerja lain juga sering membaca yasin di dalam kedai agar semua ganguan ini dapat dihentikan. Kami juga memaklumkan pada Boss, tetapi bos sedikit pun tidak bercaya akan hal ini dan menganggap kami hanya mereka cerita.

Tapi sikap boss aku yang makin berani berkata lucah dengan aku buat aku hilang sabar. Suatu hari dia ada belikan alat untuk mengurut like massage machine. Bila kita onn alat tu akan vibrate dan bole lah diletakkan di tempat yg sakit . Dia maklumkan pada aku yg dia menggunakan alat untuk memuaskan nafsu seks nya.Saat dia berkata begitu aku terus keluar dari office .Aku perasan perangai boss yang setiap kali berjalan dia akan selalu langgar2 bahu aku dan mula bercakap berbaur lucah dengan pekerja2 yang lain . Sampaikan KakNita menuduh aku ada affair dengan boss. Aku cuba menjelaskan perkara yang sebenar pada Kaknita, tetapi silapnya dia kerana terlalu mempercayai suaminya. Ya Allah tolonglah aku tak hadap lah suami kau tu, bukannya handsome pun. Aku masih lagi akan pilih lelaki melayu sebagai suami aku lah.

Pada suatu hari aku baru sahaja selesai menunaikan solat zohor dan selepas memberi salam aku terkejut bukan kepalng dia ada kat belakang aku dan bsyukur sangat waktu itu aku masih lagi tidak caput telekung.Untuk maklumat yang kami solat di bucu kedai sahaja dan menutupnya dengan kain tirai kecik sahaja.

Dan aku bertanya pada boss apa yang dia buat kat surau perempuan ni and dia cakap dia saja tengok aku. Dengan muka pervert dia buat jantung aku nak meletop time tu . Dia cakap yang dia sukakan aku, nak kahwin ngan aku dan mahu masuk meminang aku. Mungkin aku mampu mengubahnya. Dan reaction aku ‘apa yang Boss mengarut ni” lalu aku terus ambik tudung dan berlalu keluar. Korang bayangkan korang baru siap solat tetiba kene terjah macam tu siapa tak terkejut. Aku cuba huznuzon boss aku mabuk ni. Hari berganti hari aku masih lagi bersabar dan masih lagi gigih mencari peluang kerja lain. Aku masih lagi bersabar kerana jika aku berhenti mendadak gaji aku tidak akan dibayar. Jadi aku sudah niatkan dalam hati yang hujung bulan selepas dapat gaji aku akan berhenti. Bukanlah aku bersabar untuk duit memandangkan simpanan aku pun sudah habis tapi aku memang perlukan duit untuk membayar sewa bilik, bil-bil lain dan aku pula telah berjanji akan membeli baju raya untuk anak2 buah aku.

Keesokkan harinya barang-barang dari supplier sampai. Aku dan pekerja2 yang lain sibuk mengemas barang2 ke dalam stor. Selesai sahaja kemas barang aku berdiri di hadapan aircond memandangkandengan cuaca yang sangat panas dan berpuasa nya buat aku berpeluh. Sambil memejam mata aku cuba nikmati angin dari air cond itu. Tetiba aku rasakan satu tangan kasar menjalar di belakang aku dan aku terus membuka mata, alangkan terkejut nya aku .. Boss??? Tak fikir apa dah aku terus menamparnya dekat sekuat hati dan dia hanya senyum sahaja.

A- Apa yang boss buat ni? Jangan berani sentuh saya.
B- Baju awak basah awak berpeluh ni.
A- Ha memang aku berpeluh tapi apa hak kau nak sentuh aku?
B- Alah awak relex lah , kita kan kerja sekali ibarat family dah kita ni. Pekerja lama pun saya selalu lah buat macam ni. Saya pun siap main lagi dengan mereka. Tapi tak apa saya tak akan paksa awak.
A- Kepala hotak kau family. Aku bukan perempuan murahan lah yang ko nak pegang sesuka hati.

Hanya perasan marah sahaja ketika itu lalu aku mencapai handbag dan pulang ke bilik sewa bersama deraian air mata. Ya Allah betapa berat nya dugaan aku mencari kerja. Aku sering mempersoalkan kenapa aku harus berjumpa dengan orang begini.

Keesokkan hari nya aku datang ke office bersama surat perletakkan jawatan. Walaupun aku tidak mengikut kontrak bahawa sekiranya ingin berhenti notis 2 minggu hendaklah diberikan. Aku dah tak pedulikan kontrak apa yang penting aku dah tak nak pandang manusia jijik itu. Sebaik sahaja sampai di office aku terkejut kerana lagi 3 orang pekerja pun ingin berhenti kerja. Jadi dipendekkan cerita kami berempat berhenti serentak dengan notis tak sampai 24 jam sahaja. Boss merayu rayu agar kembali bekerja untuknya dan akan naikkan gaji kami. Kami tetap dengan pendirian kami untuk berhenti. Sebelum keluar dari biliknya sempat lagi aku berpesan pada boss ‘Hidup ini ada kifarahnya, kalau kau ingat duit boleh beli segala galanya, kau salah’’.

Selepas berkata begitu aku hempas pintu office sekuat hati. Aku berasa sangat lega. Aku harap boss aku akan berubah dan kembali ke pangkal jalan. Bila dihitung tak sampai 2 bulan pun aku kerja disitu. Itulah pekerjaan pertama aku. Tetapi pengalaman buruk dan hitam yang lagi banyak dari pengalaman manis sepanjang di situ.Dengan gangguan mistiknya, perangai boss yang dah gaya orang gilanya.Dan sampai sekarang aku masih lagi trauma. Bila ada sahaja tangan orang letak atas belakang ataupun bahu aku , aku akan terus teringat peristiwa itu dan menepisnya dengan sekuat hati walaupun kekadang orang itu hanyalah mama aku, kakak aku ataupun anak buah aku. Aku mengalami depression sehinggakan aku tidak boleh tidur malam, dan sering bermimpi akan mereka.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa dan perkara yang aku tidak aku ceritakan. JIka aku cerita kan semua confession ini kan jadi sangat panjang. Ya Allah berat sungguh dugaan aku untuk mencari pekerjaan, tetapi aku sering berpesan pada hati sewaktu aku belajar dulu urusan belajar aku sangat mudah, aku juga selalu dekan untuk beberapa semester, markah yang tinggi untuk test and quiz walaupun aku tidaklah serajin mana. Jadi ini adalah ujian Allah pada aku sewaktu mencari pekerjaan .Allah uji sebab di sayang. Ujian ini mematangkan aku untuk menjadi lebih baik. Allah tidak akan uji hambanya jika hambanya tidak mampu. Mungkin ada hikmah nya aku bertemu dengan Boss dan Kak Nita. Doakan aku agar dapat lupakan pengalaman hitam ini. Maaf jika penulisan aku panjang dan sukar difahami.

Selepas seminggu berada dirumah, aku telah dipanggil interview di sebuah company kereta ternama. Selepas seminggu aku telah dipanggil untuk bekerja. Aku mula rasakan cahaya baru dalam hidupku. Tetapi ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Di company baru ini dugaan kerjanya tidak kurang hebatnya.

– CIK PURPLE

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *