Dugaan Tanda Allah Sayang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dugaan-tanda-Allah-sayang/).

Assalamualaikum buat pembaca IIUM confession. First sekali nak ucap terima kasih sangat kat admin sebab dah approved kan confession Cik Purple yang pertama. Dugaan Tanda Allah Sayang. Confession kali ini adalah sambungan untuk confession yang pertama. Sebab ada komen suruh sambung. Aku sambunglah.

Bagaimana mungkin kita sudah sepenuhnya beriman, sedangkan kita belum lagi di uji. Bersyukurlah kamu sekirannya ujian yang datang itu mendekatkan kamu kepada Allah Ya Rabb. Setelah seminggu berhenti kerja dari boss yang gila tu, aku telah diterima bekerja di sebuah company kereta ternama sebagai admin assistant. Kalau sebut sahaja brand dan company kereta tersebut rasanya semua kenal kot.

Seperti biasa lah hari pertama bekerja sesi ice breaking. Sedikit latar belakang mengenai company ini. Kami mempunyai hampir 20 salesman yang terdiri daripada seorang Indian, 3 Malay dan selebihnya ialah Chinese. Seorang manager Mr Chong, Assitant Manager Mei Yi, seorang di Account department Miss Tan , Insurances Kak Farah dan Admin department Kak Liana selaku supervisor aku , Seorang student internship Sherry dan aku sendiri.

Memandangkan aku merupakan pekerja baru, semua tugas training diletakkan di bawah Sheery . Pada mulanya aku sedikit pelik kenapa Sherry yang perlu tunjuk ajar dan training aku sedangkan dia merupakan student practical sahaja. Tapi aku ikutkan sahaja kerana aku faham saat itu supervisor aku Kak Liana sangat sibuk menguruskan byk kes baru pembelian kereta memandangkan pada ketika itu GST telah dilupuskan. Maka harga kerata telah turun dan sales kerata naik dengan mendadaknya.

Setiap model kereta cara dan procedure nya sangat berbeza. Setiap bulan juga promotion untuk setiap kereta juga berbeza .Jadi sebagai seorang pekerja kami kenelah cepat dan alert dengan segala perubahan. Scope kerja aku bermula daripada pengambilan order booking kereta sehinggalah pemberian kunci kepada customer termasuklah booking kereta, urusan loan bank, urusan dengan pihak JPJ dan selebihnya. Setiap bulan ada target quantity kereta yang perlu kami daftar. Sebagai contoh sales target bulan ini 60 unit, dan memandangkan kami terdiri daripada 3 orang admin, aku masih berjaya mendaftar 20 buah unit kereta. Jadinya pencapaian aku masih lagi in line dengan Kak Liana n Sheery. Aku merasa sangat seronak dengan pekerjaan baru ini kerana adanya working challenging and everday im learn new things. Hubungan aku bersama pekerja lain dan salesman juga sgt baik. Sebulan pertama disitu berlalu dengan sangat baik.

Masuk sahaja bulan kedua hubungan aku bersama manager Mr.Chong juga semakin baik. Memandangkan Admin Department di tingkat 2 dan bilik Manager di Tingkat 1. Mr Chong sering intercom aku untuk turun ke biliknya. Perangai Mr Chong juga sudah nampak belangnya. Selesai sahaja meetings aku diminta untuk tunggu di biliknya dan macam biasa lah aku akan ditanya adalah aku selesa untuk bekerja di sini dan dengan selamber nya dia pegang tangan aku dan cakap dia suka kalau aku bekerja disini kerana aku seorang yang cepat belajar. Aku lantas sahaja menarik tangan aku dari genggaman nya. Hari berganti hari Mr chong sering sahaja minta aku untuk masuk ke biliknya bukan sahaja untuk hal berkaitan kerja tetapi sekadar untuk berbual dengannya. Pekerja lain pun perasan akan hal tersebut dan mula bercerita. Dari cerita mereka memaklumkan yang Mr Chong ini sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang sangat cantik dan 2 orang anak. Tapi malangnya sikap Mr Chong sangat gatal. Aku juga dimaklumkan dia berskandal dengan pekerja sebelum ini sampaikan meraba raba itu menjadi perkara biasa dan membuatkan Kak Farah dan Kak Liana naik menyampah dan mereka sangat bersyukur kerana pekerja lama itu telah berhenti kerja. Dorang jugak memaklumkan pada aku jangan jadi mangsa kedua dan jangan berskandal dengan Mr.Chong. Aku,Kak Farah dan Kak Liana juga menjadi rapat memandangkan kami 3 orang sahaja pekerja melayu di office itu. Semua cerita yang berlaku di office ini juga aku tahu melalui mereka. Mr.Chong merupakan seorang yang sangat kemas , handsome dan nampak berkaliber

Pada suatu hari Mr.Chong memanggil aku ke biliknya. Kami berbincang akan hal kerja dan secara tetiba Mr Chong juga memaklukan dia sanggup reject 15 orang yang datang interview dan memilih aku untuk jawatan ini kerana aku mempunyai confident yang tinggi dan seorang yang cantik. Dia berkata yang dia mula sukakan aku, dia suka melihat aku tersenyum, dia sanggup masuk Islam semata untuk berkahwin dengan aku dan dia cakap akulah perrempuan Melayu pertama yang sangat cantik yang dia pernah jumpa dan mmpunyai natural beauty. Aku lantas berkat “ Boss , I datang sini untuk kerja , untuk cari duit. I want u respect me as your employees dan aku lantas keluar dari biliknya. Ya Allah peristiwa bersama Boss gila kembali dalam memori aku dan aku tak nak peristiwa itu kembali lagi. Nasib baik lah kali Mr. Chong tidak menyentuh aku seperti Boss gila sebelum ini yang dah kene makan penampar dengan aku. Ujian apa lagi ni Ya Allah. Selepas kejadian itu Mr.Chong sudah jarang memanggil aku ke biliknya dan kami jarang berkomunikasi melainkan hal kerja dan lebih memilih untuk memanggil Sheery kebiliknya. Aku berasa sangat bersyukur sekurang kurangnya hal ini bgaikan angin yang akan berlalu pergi.

Mr.Chong memaklumkan performances aku sangat bagus dan mula mengambil saiz baju untuk uniform kerja aku memandangkan sudah 2 bulan aku bekerja. Sebelum ini aku hanya memakai baju kurung untuk bekerja. Aku mula berasa selesa dan seronak untuk bekerja disini dengan scope kerja and I feel the working challenging here.walaupun gajinya hanyalah gaji minimum pekerja di Malaysia. Aku reject semua offer dan interview dari company lain kerana aku sudah mula rasa sayang pada company ini. Dan yang paling menyeronokkan apabila Mr.Chong sudah berjaya lupakan perassannya terhadap aku dan aku sudah boleh focus untuk melakukan kerja aku sahaja.

Masuk sahaja 2 bulan aku disini, Aku perasan sikap Miss Tan orang Akaun department mula lain dengan aku. Di sering menyuruh aku untuk membuat kerja kerja akaun. Aku turutkan sahaja kerana aku faham mungkin Miss Tan banyak kerja dan tidak mampu untuk menyiapkan kerjanya seorang diri. Tetapi Kak Liana selaku supervisor aku menegah aku untuk membuat kerja –kerja akaun kerana position aku adalah di admin Department. Aku mula perasan Miss Tan sudah mula mengawal pergerakkan aku sampaikan kan punch card aku pun dia tolong punch. Dia mahu aku sharp keluar lunch pukul 1. Waktu lunch 1-2. Walaupun aku keluar lunch lambat aku akan tetap masuk pukul 2. Waktu solat aku pun dipertikaikan. Tapi berbeza dengan Sherry student intern itu dia langsung tak kisah jika Sheery mahu keluar pukul berapa. Sikap racist mula kelihatan. Memandangkan Sheery juga Chinese tiada sebarang teguran dan kawalan oleh Miss tan. Kalau ikutkan hari jumaat Sheery keluar lunch pukul 12.30 untuk lunch bersama dengan boyfriend nya. Tidak adalah pulak Miss Tan nak marah. Berbeza dengan aku sekiranya pukul 1.05 aku masih tidak keluar lunch . Miss Tan akan masuk ke admin department dan bising2 suruh aku keluar rehat dan tinggalkan semua kerja. Aku memaklumkan pada Miss Tan yang aku tidak suka bertanggung kerja dan suka siapkan kerja terus sebelum keluar lunch. Kalau aku keluar lunch lambat pun paling kurang 1.15 pm tu pun dia sudah bising2 tapi aku masih lagi masuk office sharp pukul 2. Memandangkan Akaun Departmen hanya berdepangan dengan Admin department jadi segala pergerakkan aku , Miss Tan akan nampak.

Berbeza dengan Sherry walaupun dia keluar lunch lambat Miss Tan tidak ada pulak nak bising .Aku memaklumkan pada Miss Tan adalah satu kesalahan dia tolong punch card untuk orang lain. Dia still lagi bising2 dan walaupun dia marah aku, kerja nya dia masih lagi suruh aku buat. Aku telah beritahu Mr.Chong akan hal ini dan dia beritahu perangai Miss Tan memang begitu dan biarkan sahaja dia. Sepanjang 2 bulan aku bekerja disini sudah 3 orang cleaner bertukar kerana tidak tahan dengan perangai complain Miss Tan. Aku naik rimas dengan Miss Tan sehingga kan aku pergi toilet lama pun dijadikan issues. Katanya aku pergi ke toilet untuk main phone. Dah kalau aku lama dekat toilet tu maknanya aku berak lah.. Adoi.Aku datang awal pun di jadikan issue. Memandangkan office kami buka pukul 8.30. Tapi aku selalu datang awal dalam pukul 8.05 atau 8.10 dan terus punch card. Dia terus memaklumkan pada aku jangan datang kerja awal., datang sahaja 8.30. Aduhaiii…..Dengan pekerja melayu Kak Liana dan Kak Farah semua orang dia mahu cari gaduh tetapi tidak pula dengan Sherry. Tapi Kak Liana selaku supervisor aku memaklumkan yang Miss Tan ingin mengambil kesempatan terhadap aku dan hanya mahu membuli aku. Sedangkan aku di bawah admin department bukannya akaun department dan dia memang tiada hak untuk mengawal aku. Hari berganti hari dah nak hampir genap 3 bulan aku bekerja di company kereta ini aku masih lagi dibawah kawalan Miss Tan dan masih lagi membuat kerja kerja nya.

Selesai sahaja meeting, aku memaklumkan pada Mr.Chong yang aku sudah genap 3 bulan disini. Aku mahu kan offer letter untuk permanent kan jawatan aku. Mr.Chong terkejut dan memaklumkan dia berasa 3 bulan bersama aku tempoh yang sangat sekejap. Mr.Chong inform mungkin akan ada kenaikan gaji selepas ini. Aku berasa sangat seronak dan berkenaan isu Mr Chong yang sukakan aku , dan Miss Tan yang control aku , aku anggap ini adalah lumrah pekerjaan. Kusangkaan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Keesokkan harinya Mr.Chong memanggil aku ke biliknya.

(A= AKu / B= Mr Chong)
A= Yes Boss.
B= OK Purple. U already 3 month here right. But im very sorry. Tempoh probation u telah tamat and we decide, yang company tak boleh sambung employment u dekat sini.
A= But why boss? Before this u cakap everything is ok, Uniform I pun dah tempah kan. Can I know the reason. ( ok time tu rasa macam geram giler + nak nangis )
B = Because of your performances .
A= What? My performances. Before this u always cakap my performances very ok and im a fast learner.
B= The other reason is very subjective. I cannot tell you. This Friday will become your last days. Thanks 4 your service 3 month here.
A = Thanks you boss.
B= U are degree holder purple. I wish the best for your future career.

Selepas berkata begitu aku terus keluar dari bilik Mr.Chong sambil air mata tak berhenti henti mengalir dan berlari naik ke tingkat atas ke Admin Department. Aku luahkan semuanya pada Kakliana, Sheery, Kak Farah . Dorang semua sangat terkejut dengan keputusan ini. Kak Liana selaku supervisor aku berasa sangat geram kerana dia supervisor aku dan aku kerja di bawah nya dan segala performances aku di evaluate olehnya tetapi dia tidak tahu menahu akan hal ini. KakLiana cakap dia akan pergi ke bilik manager dan merayu pada boss dan di sangat kesian pada aku. Tapi keputusan boss muktamat. Aku maklumkan pada Kak Liana tidak perlulah merayu kerana mungkin ini bukan rezeki aku

Perasaan aku ketika itu sangat down. Aku dah maklumkan pada family aku berkenaan pekerjaan aku dan merasa sgt seronak kerana aku boleh bekerja dekat dengan family. Tapi harapan aku musnah begitu sahaja tanpa tahu sebabnya kenapa aku di buang begitu sahaja. Aku tidak boleh mempertikaikan keputusan mereka kerana di dalam agreement yang telah aku sign di dalam tempoh probation company ada hak untuk memanjangkan tempoh probation, melantikkan sebagai pekerja tetap dan menghentikan kontrak. Aku juga dapat tahu Miss Tan sering mengadu pada Mr.Chong yang aku seorang pekerja yang bermasalah. Tidak sedarkah dia sedangkan aku selalu menolong dia buat kerja akaun, datang awal kerja dan tidak mempunyai masalah displin yang lain. AKu masih boleh mencapai target company setiap bulan.

Bila difikir balik Mr.Chong selalu cakap performances aku bagus tapi aku di buang kerana alasannya performances aku teruk dan alasan lain terlalu subjective dan tidak boleh diberitahu.Sampaikan aku terfikir di mana salahnya aku dalam melaksanakan tanggungjwab ini. Sumpah rasa sedih sangat bila harapan kau untuk bekerja tetap terhapus macam tu sahaja. Offer kerja dari company lain pun aku sanggup reject.Adil ke keputusan ini untuk aku. Yang peliknnya sehari selepas aku beritahu yang aku dah genap 3 bulan di situ pada Mr. Chong dan keesokkan harini aku dapat tahu employment aku tidak disambung. Kalau di ikutkan tidak sampai 24 hours keputusan itu dibuat.Yang bertambah peliknya Supervisor aku sendiri pun tidak tahu menahu. Aku rasa dah macam hilang arah time tu, ujian apa lagi ini yang Allah macam mana aku nak explain pada keluarga aku Ya Allah. Aku hilang kerja macam tu. Offer dari company lain aku telah reject semata mata nak abdi kan diri kat company ini. Akhirnya ini yang jadi . Tak berguna lagi untuk aku bertahan disini. Masih ingat lagi semua salesman yang sangat marah bila dapat tahu aku dibuang kerja, tangisan Kak Liana dan Kak Farah yang sedih sangat. Aku lagi lah banjir dah time tu sebab hubungan teamwork and bonding kami yang sangat baik dan aku mula menyayangi mereka yang aku anggap macam abg dan kakak-kakak aku sendiri . AKu keluar dari company itu. Hari jumaat yang sangat memilukan untuk aku.

Tapi aku redho dengan keputusan ini. Aku letakkan dalam hati ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG.
Di setiap hujan itu pasti ada pelangi kan. Pada hari ahad berikutnya aku dapat tahu ada satu jawatan kosong di sebuah pasaraya sebagai Account Assistant. Lantas hari isnin berikutnya aku pergi interview.Ada 4 orang peserta lain ketika itu. Interview session berjalan dengan lancar. Keesokkan akhirnya aku telah menerima panggilan telefon dari pasaraya tersebut dan dimaklumkan aku telah diterima bekerja.. Ya Allah bila kau telah tarik sesuatu dari aku, kau hadiahkan sesuatu yang lagi bermakna bagi ku .Kau tidak benarkan hamba mu ini bersedih lama-lama kan. Baiknya kamu Ya Allah.Dalam tempoh 4 hari sahaja aku keluar dari company kereta tersebut aku dah dapat kerja baru. Aku harap pekerjaan ketiga aku ini akan ok. Masih ingat lagi pekerjaan pertama aku bersama boss gila hanya bertahan 2 bulan , pekerjaan ke dua aku di company kereta hanya 3 bulan dan pekerjaan ketiga aku ini akan berjalan denga baik dan lancar.

Alhamdullillah sebagai Akaun Assitant di pasaraya ini scope kerja nya tidak terlalu susah. Dalam masa seminggu aku berjaya mengusai scope kerja aku dengan baik. Rakan sekerja di tempat baru ini juga menerima kehadiran aku dengan baik. Mereka sering menolong aku. Alhamdulliah dalam sedar tak sedar aku sudah 3 bulan bekerja di office ini dan aku telah diserap sebgai pekerja tetap. Terima kasih ya Allah ujian mencari pekerjaan aku telah selesai. Sujud syukur Ya Allah. Allah tidak bagi apa yang kau nak, tapi Allah bagi yang kau perlu.

Di sebalik ujian yang Allah hadirkan, aku yakin pasti akan ada hikmahnya. Aku belajar untuk mengenal manusia di alam pekerjaan ini. Kita hidup didunia dengan 2 jenis manusia . Pertama orang yang sayang kita. Yang kedua orang yang membenci kita. Ujian dalam pekerjaan ini menjadikan aku lebih kuat dan makin mendekatkan diri aku yang lalai ini kepada Allah S.W.T

Aku sangkakan awan mendung akan berlalu pergi tetapi Sejak akhir akhir ini aku merasakan perubahan dalam diri aku,

-Makan banyak tapi berat badan turun
-Bermimpi ngeri dan benda kotor (ular, najis dan darah).
-Bermimpi keguguran dan terima bayi yang sgt comel.
-Setiap kali solat Magrib ternampak tanda Salib.
-Kawan2 tegur cakap muka aku hitam dan menakutkan .
-Ternampak bayangan dan rasa diperhatikan dan banyak lagi.

Setelah dikaji dan aku mula berubat, rupanya aku adalah mangsa SIHIR dan PENERIMA SAKA. Ya Allah tidak putus ujian mu. Aku yakin dugaan yang Kau beri ini tanda kau sayang padaku. Buat semua pembaca doakan Purple kuat untuk lawan SIHIR dan SAKA ini pula. Inshaa Allah kalau ada kesempatan nanti aku cerita perjuangan untuk aku melawan semua ini.

Pengakhiran sesuatu perkara ialah kebaikan, sekirannya bukan kebaikan maksudnya ia belum berakhir.. Yakinlah dengan janji Allah.

– CIK PURPLE

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *