Dugaan Tuhan

Dulu aku bekerja selama 10 tahun, sekarang dah 3 tahun menganggur. Kontrak tak disambung, selepas itu aku memang non stop cari kerja. Even kerja biasa-biasa pun aku apply. Sebab aku nak sangat bekerja.

Aku tak boleh duduk rumah, aku rasa hidup aku useless dan aku tak ada tujuan hidup. Tapi satu pun tak dapat sebab overqualified. So sekarang aku suri rumah.

Selama aku hidup, aku memang nak bekerja, jadi bila terpaksa jadi suri rumah, aku memang down. Dalam masa 3 tahun ni, aku rasa tak bahagia langsung.

Aku tertekan, aku tak ada kawan. Hidup aku hanya pada keluarga aku sahaja.

Tahun lepas aku dapat tahu yang bongsu ada tanda autism. Tahun ni aku mula rasa yang sulung ada tanda autism jugak. Aku rasa sebab ni lah aku tak bekerja lagi. Tuhan nak aku jaga anak aku.

Tapi aku tak mampu. Kenapa Tuhan duga aku macam ni? Aku tak suka jaga orang sakit, aku tak suka pandangan mata sekeliling pada aku bila anak aku tantrum dekat public.

In law aku cakap, mak ayah pandai, tapi anak-anak semua oku. Family aku pulak, terlalu overprotective sampai aku rimas.

Husband aku? Dia in denial. Dia cakap anak-anak dia normal je. Anak-anak jadi macam ni sebab aku. Aku terlalu manjakan anak-anak, sebab tu anak-anak jadi macam ni.

Husband aku salahkan aku sebab terlalu jaga pemakanan anak, sebab tu anak picky eater. Aku terlalu manjakan anak, ikut kemahuan anak, sebab tu anak tantrum. Semua salah aku.

Jadi, tolong ajar aku macam mana nak redha. Aku perlu redha dan lepaskan cita-cita aku.

Aku kena redha anak-anak aku macam ni, dan aku kena terima sekarang ni hidup aku hanya pada anak-anak aku. Tolong ajar aku. Sebab sekarang, hari-hari aku menangis menyesal berkahwin.

Kalau aku tak kahwin, aku tak akan dapat anak-anak aku. Kesian anak-anak aku dapat ibu macam aku. Sebab aku tahu, aku tak mampu jadi ibu yang baik untuk anak-anak aku sekarang.

Aku tak kuat. Tolong aku…

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *