Untuk part I, (https://iiumc.com/dugaan-w4nita-selepas-berkahwin/).
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession aku yang pertama.
Aku akui semasa awal2 berkahwin, aku stress sebab baru nak menyesuaikan diri sebagai isteri dan ibu. Lama kelamaan, aku tak kisah berkorban demi suami dan anak2 asalkan keluarga aku bahagia.
Tapi apa yang aku dapat sebagai balasan? Aku akan sambung kisah aku mengenai kehadiran orang ketiga dan isu adik ipar biras.
Isu nie agak complicated sebab berkait dengan beberapa orang dan banyak insiden berlaku pada masa yang sama. Jadi aku cuba untuk ringkaskan supaya pembaca boleh follow.
Semasa anak ketiga nak berumur 2 tahun, suami aku sekali lagi kena PJJ tapi kali ini di Johor. Aku nak ikut suami tapi dia tak izinkan sebab fikirkan anak2. Susah nak tukar2 sekolah lagipun anak ketiga sakit2.
Ingat lagi mengenai sepupu suami yang patut berkahwin dengan aku? Aku namakan dia sebagai Shah. Aku terputus hubungan dengan dia selepas aku berkahwin tapi kami mula berkenalan semula kerana anak ketiga.
Selepas suami ke Johor, anak ketiga baru melepasi umur 2 tahun jadi doktor refer aku kepada Shah untuk diet anak ketiga. Shah merupakan pakar nutrisi kanak2.
Since aku dah memang kenal dia, jadi aku fikirkan senanglah kalau aku berurusan terus dengan Shah. Aku memang sentiasa call dan update suami pasal hal anak2. Shah memang bagus dan alhamdulillah anak ketiga makin sihat. Suami diam jea tak cakap apa2 bila aku sebut nama Shah.
Mak mertua pula akan datang ke rumah sebab nak tengok cucu2 dia sambil2 tu cari pasal dengan aku. Adik pertama suami, Saiful pun dah berkahwin. Dia ada satu anak sama umur dengan anak ketiga. Isteri Saiful, Sarah akan ikut juga mak mertua datang rumah aku.
Dia pun sama annoying dengan mak mertua. Sindir2 dan cuba nak advise aku pasal anak padahal dia kerja jual beauty produk online. Dia sakit hati sebab aku tak pernah beli produk dia. Aku memang pangkah habis produk sampah camni.
Sarah akan menambah rencah bagi mak mertua makin benci aku. Tak cukup dengan tu, Saiful pun akan mengadu dekat suami konon2 aku tak respect isteri dia lah aku kurang ajar lah sombong.
Bila suami call, aku terus cakap dengan suami minta dia nasihatkan mak dia untuk tak datang rumah. Kalau suami ada baru mak mertua boleh datang. Suami aku cakap nanti dia akan slow talk dengan mak dan adik dia.
Berbalik kepada Shah, mak aku memang suka Shah jadi mak aku selalu ajak dia datang rumah mak. Keluarga Shah semua di kampung.
Mak aku sekarang nak jodoh kan Shah dengan adik perempuan aku, Lia. Lia pun sama dengan aku fokus kerja langsung tak fikir part kahwin. Dia bekerja kat makmal dalam hospital tapi tak sama dengan Shah.
Aku tengok Shah dengan Lia ada chemistry. Tapi dorang masih di peringkat mengenal hati budi. Nothing serious yet. Perkara ini hanya keluarga aku yang tahu even kat suami pun aku tak bagitau.
Aku tak tahu yang mak mertua dan Sarah rupanya perhatikan aku konon2 rapat dengan Shah dan mula menabur fitnah. Mak mertua selalu call suami dan cakap macam2 benda tak elok pasal aku dengan Shah.
Patutlah aku rasa something off bila aku update suami pasal anak ketiga dan kekadang mention nama Shah. Dia diam jea tapi naluri aku boleh rasa something wrong.
Mak mertua aku bila datang rumah tiba2 suka cakap pasal Rossa. Aku dah macam siapa pula Rossa nie? Rossa merupakan calon pertama yang mak mertua merisik nak bagi kahwin dengan suami. Keluarga Rossa memang kaya so request dorang macam2.
Suami pun baru awal2 bekerja ketika itu jadi dia tersepit. Dia cuba minta masa nak kumpul duit sebab dia pun suka Rossa tapi Rossa akhirnya kahwin dengan mamat lain. Keluarga Rossa memang jenis memilih sangat2 dan kalau boleh nak cari menantu yang setaraf.
Rossa berkahwin tak sampai setahun pastu cerai sebab suami dia baran kaki pukul. Memang terkejut aku bila mak mertua cerita sebab aku langsung tak tahu pasal Rossa. Suami pun tak pernah sesekali bercerita pasal Rossa dengan aku.
Mak mertua provoke aku cakap kesian Rossa sekarang nie masih tak berkahwin. Cantik kaya tapi masih tak berpunya. Mungkin jodoh dia dengan orang lain.
Aku malas nak layan tapi hati aku dah mula fikir macam2. Aku serba salah nak tanya suami. Aku solat doa banyak2 supaya Allah SWT pelihara perkahwinan aku.
Tapi sangkaan aku sungguh meleset. Naluri isteri memang selalunya betul. Aku cuba selidik2 pasal Rossa. Aku ajak Sarah datang rumah aku.
Aku cakap baik2, masak makanan yang dia suka dan slowly aku try pry info dari dia. Sarah nie jenis sengal2 ubi.
Info yang aku dapat, Rossa nie memang kaya. Keluarga dia ada business sana sini cukup tujuh keturunan makan. Aku tak pasti Rossa kerja apa tapi yang aku pasti mak mertua aku dalangnya. Dia masih berbaik dengan Rossa dan selalu bagitau suami aku kesian PJJ sorang2.
Adik kedua suami, Sazlan dapat kerja dengan company ayah Rossa. Bila mak Rossa mengadu anak dia still trauma nak kahwin, maka mak mertua aku mula cucuk jarum. Sarah pun berbaik dengan Rossa sambil jual produk sampah dia.
Suami aku tak main sosial media jadi aku cuba korek2 sendiri. Terpaksalah aku add Sarah kat IG pura2 nak beli produk sampah dia. Sarah kawan dengan Rossa dan profil dia public.
Hancur hati aku bila nampak Rossa ada update dekat IG gambar dia dengan suami tengah makan dengan caption meeting old friend makes heart flutter. Rasanya apa maksud dia?
Aku kumpul semua bukti. Ada beberapa gambar yang Rossa update. Sakit hati aku bila aku tengok Sarah nie pun ada like gambar2 tu.
Aku hanya luahkan perasaan dekat kakak aku, Lili sebab aku tak tahan sangat. Lili dah berkahwin jadi dia faham perasaan aku. Lili suruh aku bersabar dan bincang elok2 bila suami pulang.
Aku tunggu suami balik minggu tu. Bila dia balik esoknya dia kata dia kata dia nak ke rumah mak dia. Aku macam ok fine. Suami gi rumah mak dia dengan anak2.
Masa nie, anak sulung call aku guna phone suami. Dia call sebab tanya pasal mainan dia dekat rumah. Aku macam pelik kenapa dia tanya tiba2.
Tup tap anak sulung bagitau yang dorang makan2 sekali dia sebut nama aunty Rossa. Anak sulung cakap aunty Rossa baik sebab nak belikan mainan.
Allahuakbar, tergamam aku dengar. Aku terus drive ke rumah mak mertua. Jarak tak sampai 15 minit pun. Rupanya mak mertua sengaja buat makan2 jemput suami sahaja sebab awal2 dia dah cakap tak nak aku datang. Mak mertua ada jemput Rossa sekali.
Seronok sakan tengok dorang tengah makan2. Rossa tengah pangku anak ketiga sambil suap2 dia makan. Suami aku? Well dia kat sebelah Rossa. Such a happy family.
Bila nampak aku, masing2 terkedu. Aku terus tanya suami aku perempuan nie siapa? Suami aku terus bangun dan cuba nak pegang tangan aku.
Aku tepis tangan dia suruh dia jawab. Aku ada print gambar2 dia dengan Rossa so aku campak kat muka dia. Aku tanya dia lagi perempuan nie isteri kedua ke atau perempuan simpanan dia.
Suami aku terkejut tengok gambar2 dan terdiam. Dia boleh marah aku sebab tuduh Rossa macam2. Ayah mertua aku bawa anak2 masuk bilik. Mak mertua aku sumpah aku tak tahu hati dia diperbuat dari apa sebab dia terus mencelah dan bagitau kenapa aku nak sibuk?
Ini antara suami dan Rossa. Aku memang isteri tak guna sebab bagi suami PJJ sorang2. Aku pun bukan betul sangat sebab melayan Shah.
Mak mertua cakap dia ada bukti semua sambil pandang Sarah. Sarah pun suka angguk2 kepala. Mak mertua cakap suami aku tahu pasal benda nie.
Masa nie aku dah hampir nak pitam. Aku pandang muka suami dan nampak dia serba salah. Menangis histeria aku dekat sana. Aku tanya dia percaya ke apa mak dia cakap? Kenapa dia tak pernah tanya aku apa2? Aku tanya dia bertubi2 apa hubungan dia dengan Rossa.
Suami aku cakap Rossa has go through a tough marriage and still traumatized so dia just nak support. Aku tanya balik support as what?
Suami diam lagi. Mak mertua aku tak habis2 memekak2 senaraikan semua buruk aku.
Aku tenung Rossa dan dia boleh suruh aku tolong faham dia. Dia bagitau with my husband, she feels stronger and they complete each other.
Suami aku lagi tenang dengan dia. Semuanya teratur, cantik dan indah. Even suami aku terkejut bila Rossa cakap macam tu.
Aku gelak2 walaupun air mata masih bercucuran. Aku dah hampir nak pitam balik. Suami aku nak datang kat aku tapi aku jerit kat dia. Jijik betul aku tengok muka dia. Sazlan, adik kedua suami tolong support aku sebab lutut aku dah menggigil2.
Aku tarik nafas dan cakap kau kan Rossa kau jumpa balik suami aku nie selepas bertahun2. Kau jumpa suami bila hidup dia dah stabil. Kau nampak dia dah naik pangkat, gaji masyuk, dia kemas smart, matang dan sedap mata memandang.
Tapi kau tahu tak macam mana suami aku boleh sampai ke tahap nie. Aku jea kenal macam mana suami aku masa awal2 berkahwin dulu.
Aku jaga dia elok2, layan zahir batin dia, lahirkan anak2 dia, jaga rumah jaga anak2 semua ikut cara dia nak.
Aku berkorban berhenti kerja uruskan anak2 dan rumah. Dia selalu outstation, PJJ dan aku tak pernah sekalipun mengeluh. Aku jadi independent macam dia nak so dia boleh tenang kerja tak perlu serabut.
Ramai kawan sekerja dia ada isu dengan keluarga bila PJJ sebab isteri tak boleh nak handle. Suami aku rilek jea sebab aku mampu. Penat sakit aku semua aku tolak tepi demi suami dan anak2.
Shah someone yang aku respect sebab ilmu dia. Jodoh aku bukan dengan dia dan aku redha berkahwin dengan suami. Demi Allah, aku tak pernah curang. Mak mertua cakap aku curang dalam rumah aku tarikh sekian2, boleh check CCTV kalau nak.
Shah tak pernah datang rumah aku. Dia hanya ke rumah mak aku dan dia sebenarnya ada hati dengan adik aku. Dorang dalam proses nak bertunang dah pun. Isu aku dan Shah dah lepas. Kitorang masing2 dah letak fullstop and move on.
This time, aku dah duduk kat lantai sebab tak mampu nak berdiri. Suami dah datang nak pegang aku tapi aku memang tolak2 dia. Mungkin aku ada terpukul dia ke apa ntahlah aku tengah emosi time tu.
Sampai hati dia. Aku cakap tak apa, buatlah apa dia nak dengan Rossa. Anak2 pun aku bagi semua kat dia since aku kan isteri tak guna.
Otak aku dah tak mampu nak berfikir dengan jelas. Aku nampak pisau garfu atas meja makan dan rasa nak tikam2 suami aku nie.
Aku minta Sazlan hantar aku balik. Sazlan nie tak macam Saiful, dia memang baik dengan aku dan anak2. Dia masih study lagi. Dia sorang jea support aku dan siap menangis sekali.
Aku balik rumah dan terus pack barang aku. Aku suruh Sazlan sampaikan pesan kat suami aku yang aku nak bersendirian buat masa nie.
Aku tak nak dia atau siapa2 kacau aku. Aku drive ke rumah Lili. Lili duduk jauh dari kitorang tapi masih di Selangor.
Aku asyik terbayang benda bukan2 jadi aku takut nak jumpa suami ke anak2 atau siapa2.
Suami Lili izinkan aku tumpang rumah dia sampai aku betul2 ok. Abang ipar aku memang baik. Lili tak bagitau dengan mak aku pasal benda nie. Dia nak aku betul2 bertenang, I really need time and space for now.
Bila aku taip, bercucuran balik air mata aku. Banyak kali aku stop dan taip tapi dah panjang kan dah sampai limit. Minta maaf yea aku sambung part ketiga nanti.
Aku baca komen untuk confession pertama ramai yang menyuruh aku bersyukur dapat suami mithali, aku kena belajar give and take dan macam2. Ntahlah bila benda camni berlaku still salah aku lagi ke? Memang isteri2 kena hadapi dugaan camni ke bila berkahwin?
– Lizie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit