Salam perkenalan kepada semua pembaca. Aku just nak berkongsi kisah perkahwinan aku dan cabaran aku lalui sepanjang perkahwinan aku.
Sebelum tu, sedikit intro aku dan suami.
Suami aku anak sulung
Adik pertama – Saiful, bekerja
Adik kedua – Sazlan, belajar
Mak suri rumah dan ayah mentua dah pencen
Aku anak kedua
Kakak – Lili, dah berkahwin
Adik pertama – Lia, belajar
Adik kedua – Lisa, belajar
Ayah dah meninggal, mak suri rumah
Ikutkan awal2 aku sepatutnya berkahwin dengan sepupu suami tapi dia sambung belajar di luar negara. Kemudian ada sedara mara dia yang merisik aku.
Aku jenis noob, fokus aku nak belajar, buat duit banyak2 dan bersara awal pastu cuti2 satu Malaysia. Aku tak terfikir nak berkahwin haha.
Aku bekerja di hospital swasta sebagai radiographer. Yang keje ambik X ray CT scan tulah.
Dipendekkan cerita, aku pun akhirnya berkahwin dengan suami tak sampai setahun dirisik. Cepat kan sebab umur suami dah 29, aku pulak 26.
Jujurnya, hati aku tak masa nak kahwin dengan suami tapi aku tak ada alasan nak reject bila mak aku soal aku.
Suami aku jenis homely, tak main sosial media, ada rumah, kereta, pendidikan, jadi mak aku suruh aku terima jea kahwin. Yang penting, dia tak merokok weyh.
Suami aku jenis pendiam tapi dia terus ajak berjumpa selepas merisik. Dia explain pasal kerja dia. Dia selalu kena outstation sebab dia bekerja di sektor pertanian dan perladangan jadi dia memang tak beli rumah lagi sebab dah 2 kali kena tukar negeri.
Dia bajet selepas berkahwin baru nak beli rumah. Dia boleh provide semua cuma dia nak isteri yang independent.
Sebagai anak sulung, dia kena tengokkan keluarga dia jugak so dia harap aku boleh terima. Tapi, dia cakap memang sebolehnya dia tak nak susahkan aku.
Dia bayarkan semua masa keluar dating beberapa kali dan tak pernah sesekali pun cuba sentuh aku. Dia ada siap ajak mak dan adik2 aku keluar sama2.
So, kami pun berkahwin. Rumah suami beli atas nama dia, aku ada keluarkan duit sekali untuk beli perabot. Aku ada kereta sendiri. Duit kerja aku mostly aku simpan kecuali untuk keperluan sendiri, bayar kereta dan PTPTN.
Aku jenis ok jea keluarkan duit untuk hal rumah kitorang. Memang semua suami tanggung siap beri duit untuk mak aku sekali bulan2.
Aku tak pernah masuk campur hal duit yang suami beri untuk keluarga dia. Suami akan inform dan aku izinkan. Aku faham sebagai anak sulung, dia ada tanggungjawab dia jugak.
Btw, rumah suami berdekatan dengan rumah mak dia dan agak jauh sikit dari rumah keluarga aku.
Tapi kami semua duduk di Selangor.
Semuanya indah2 semasa awal2 perkahwinan. Tapi lama2 mulalah aku diuji dengan satu2 isu. Aku buat point2 isu2 yang aku kena hadap sepanjang berkahwin.
1. Tipikal suami jenis Alzheimer
Baju kotor memang susah nak masuk bakul. Tuala tak gantung balik elok2. Ambik barang tak letak balik tempat dia. Barang macam kunci, dompet dan cermin mata selalu hilang.
Suami akan gotong royong dengan aku sebulan sekali ke dua kali camtu untuk bersihkan rumah. Hari2 memang aku yang kemas. Sebab aku jenis kemas dan teratur. Aku pening tengok rumah bersepah2. Aku dah puas tegur tapi tak jalan gak.
Aku start letak label2 kat rumah. Contoh ‘Please drop your socks here’. Siap buat anak panah besar2.
Awal2 suami aku ignore, aku pun buat hal tak basuh baju stoking yang tak masuk bakul. Bergaduh teruk kitorang pasal benda tu. Dia cakap benda kecik tapi bagi aku kalau hari2 ulang penat weyh.
Aku cakap aku tak larat so aku merajuk. Aku cakap aku tak nak anak kalau dia camni. Takut anak aku pun lahir ikut perangai dia. Tak larat aku nak jaga. Bergaduh lagi kitorang.
Bila dia ada mood nak ehem2 bersama aku akan seduce dia slow2 bisik2 bagi masuk otak dia. Masa nie otak dia berfungsi, ermmm.
Dia mula totally berubah semasa aku mengandung. Aku mengandung tahun kedua perkahwinan. Aku memang sakit2 dengan alahan masa nie jadi aku kutip2 baju stoking dia sambil menangis2 basuh baju lipat.
Suami mula rasa bersalah tengok aku menangis lagi2 tengah mengandung akhirnya dia mengalah. Dia mula ikut label2 yang aku buat. Aku pasang CCTV so bila2 barang dia hilang, kitorang tengok CCTV duk rewind2 haha.
2. Pengurusan anak2
Semasa anak sulung baru berusia beberapa bulan, suami aku kena transfer ke Kedah. Jadi, bermulalah kami PJJ. Suami akan cuba balik setiap hujung minggu.
Aku dapat anak kedua, perempuan masa anak sulung berumur setahun lebih. Suami memang akan uruskan anak2 kalau dia ada kat rumah.
Suami aku balik rumah terus bawak anak2 gi jalan2 beli semua yang anak2 nak. Tak pernah marah atau pukul anak2. Bila anak2 dah mula membesar, jadilah isu. Suami aku PJJ 3 tahun jea selepas tu dapat transfer balik Selangor.
Bila aku cakap semua anak2 buat dek jea sebab diorang tahu bapak diorang akan back up. Bila aku pukul, nanti diorang mengadu kat suami bila dia balik dan2 aku kena marah. Lama2 aku makan hati.
Ada sekali tu anak sulung tak nak makan. Bila aku nak paksa, dia tolak aku jadi aku terjatuh. Sup panas kena kat tangan aku melecur dan mangkuk pecah habis tercucuk tangan aku.
Aku diam jea bersihkan semua dengan tangan aku berdarah2. Aku sapu ubat biasa tak ke klinik. Aku cakap dengan anak sulung tak payah makan.
Dia dah takut tengok darah jadi dia terus call suami aku. Suami aku cuak nak cakap dengan aku. Aku just bagitau dia tak apa aku dah biasa.
Kan ini hasil didikan abang dengan anak2. Esok lusa jadi kat adik perempuan dia ke anak orang, nanti abang tanggunglah. Suami aku outstation, dia paksa2 aku ke klinik tapi aku ignore.
Bila suami balik, dia terus paksa aku ke klinik. First time aku tengok suami aku marah dan pukul anak sulung. Dia panggil dua2 anak dan ceramah diorang.
Sejak kejadian tu, aku buat silent treatment dengan anak2 dan suami sampai berminggu2. Hati aku terlalu sakit, aku rasa macam hopeless sangat. Suami pujuk2 tapi aku masih diam.
In the end, suami aku paksa aku pergi bercuti masa weekend. Anak2 dia tinggalkan dengan mak aku. Masa nie, suami aku minta maaf sebab sakitkan aku secara tak sengaja. Parut kat tangan aku dah jadi parut kekal.
Dia cakap dia dari kecik tak pernah dapat kasih sayang mak ayah sebab diorang selalu bergaduh2, jadi dia dan adik2 terabai. Dia tak sampai hati nak pukul anak2.
Tapi tak sangka anak2 dah sampai jadi degil dan manja melampau. Dia berjanji yang dia akan didik anak2 elok2. Tak bagi aku kena buli lagi.
Selepas kejadian tu, suami aku ada berjumpa dengan kaunselor dan doktor. Anak sulung kena gi terapi sebab dia memang terlebih lasak dan aktif. Lama2 dia dah mula ok.
Dia dah pandai ucap terima kasih dekat aku, minta maaf kalau buat salah dan malam2 cium aku cakap good night thanks for being my mom.
Menangis aku tengok perubahan dia. Adik2 dia pun auto ikut dia.
Aku dapat anak ketiga, perempuan jugak semasa anak sulung berumur 7 tahun. Selepas dapat anak ketiga, suami suruh aku berhenti kerja.
Anak ketiga ada masalah paru2 dan penghadaman jadi dia perlukan extra care. Suami cakap dia boleh tanggung semua. Aku dah tak ada apa2 hutang jadi aku ok jea jadi surirumah.
3. Mak mertua penambah rencah
Awal2 perkahwinan, mak mertua ok. Lama2, mulalah aku dicop menantu derhaka. Kisahnya, mak dan ayah mertua memang selalu gaduh2.
Bila ayah mertua dah pencen, dia pun tak tahan duduk rumah jadi ayah mertua akan keluar sana sini. Suami cakap mak dia memang suka berleter dan sentiasa nak menang.
Mak mertua jenis manjakan anak2 dia. Nasib suami aku berubah selepas berkahwin. Mak mertua macam tak boleh nak lepaskan suami bila dia dah berkahwin.
Dia kalau boleh nak control semua. Selalu datang rumah dan tegur cara masak, gosok baju, hal kemas rumah even berus gigi suami pun dia tegur cakap pakai brand salah.
Suami aku jenis tak kisah aku beli apa masak apa kemas rumah cara apa asalkan ada semua serba cukup.
Aku cuba husnuzon awal2 sebab aku faham suami anak sulung kesayangan dia tapi lama2 mak mertua makin melampau terutamanya selepas suami kena PJJ.
Dia tak puas hati anak dia sorang2 kat Kedah. Company ada sediakan rumah semua untuk suami cuma makan minum jea suami kena adjust.
Bila anak sulung lahir pun dia excited nak aku jaga anak ikut style dia. Aku ada cakap elok2 dengan dia dan2 gaduh jugak. Merajuk masam muka mengadu dengan sedara mara. Tipikal lah.
Suami aku jenis mendengar jea mak dia membebel2. Cuma dia beritahu mak dia ok nanti dia akan tegur aku tapi dia tak marah pun aku. Dia cakap mak dia memang jenis macam tu.
Even ayah dia pun lari dari mak dia sebab tak tahan. So sebagai anak, dia terpaksa dengar mak dia membebel2 tapi sebagai suami, dia support aku.
Suami memang tak bagi mak dia ke atau siapa2 tegur ke marah aku. Apa2 hal, dia suruh direct dengan dia. Dia cakap hanya dia jea ada hak nak tegur aku. Masa awal2 aku banyak kali stress sampai menangis merajuk nak cerai lah apa.
Tapi lama2, aku dah dapat hadam semua nie. Mak mertua aku memang jenis camtu so biarlah dia nak cakap apa ke buat, asalkan suami aku support aku dan tak pernah nak marah teruk2 ke pukul aku.
Banyak lagi isu mak mertua buat tapi aku belajar untuk jarakkan diri dengan keluarga mertua dan cakap benda2 penting sahaja.
Tak perlu nak involve sangat sebab in the end aku tetap menantu, bukan darah daging dia. Orang camni jenis payah nak berubah so better kita yang keep the distance.
Sumpah apa yang aku imagine sebelum berkahwin beza sangat2 selepas aku berkahwin. Aku cuak awal2 sebab yelah bila ada isu aku tak tahu nak refer dengan siapa. Kang aku kena dicop buka aib suami lah, isteri derhaka.
Aku tak pernah inform siapa2 pasal isu rumahtangga aku. Aku minta nasihat dari mak, kakak dan kawan baik yang boleh dipercayai tapi aku tapis cerita.
Mostly aku try cari sendiri info ke tips dan rajinkan diri membaca. Sebab aku tahu setiap rumahtangga tak sama dan ujian masing2 berlainan.
Aku juga diuji dengan kehadiran orang ketiga, isu kewangan dan masalah adik2 ipar. Bila dah taip2 baru aku tersedar dah panjang benar.
Aku stop kat sini dulu. Nanti aku share kalau ada kesempatan.
Sorry kalau panjang. Terima kasih kalau korang baca kisah aku dan kalau sudi share lah tips rumahtangga yang bermanfaat. InshaAllah jadi pedoman untuk yang lain.
– Lizie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit