Dugaan Yang Melanda

Setiap dugaan yang dihadapi bukanlah kemahuan diri kita. Namun ia adalah 1 cabaran di mana ia akan memberi kita banyak pengajaran di dalam kehidupan dimana kita takkan pernah menyedari bahawa cabaran itulah yang membentuk diri kita menjadi lebih baik,

Kerana tiada kejayaan yang mampu dicapai jika tiada usaha untuk menghadapi segala cabaran di kehidupan kita.

Terkadang diri ini sering mengeluh dikala menghadapi cabaran walhal dugaan itulah yang membuat kita bertindak secara dewasa tanpa kita sedar.

Dugaan ini ia sentiasa ada dalam kehidupan setiap orang tidak mengira remaja atau dewasa sesetengah orang harus menghadapi dugaan yang datang walau tika itu dia masih kecil dan tidak tahu menahu soal kehidupan dan tanpa sedar dia harus menjadi dewasa dengan keadaan.

Bermacam jenis ujian yang tuhan beri kepada kita sesetengah diuji dengan kehidupan yang susah, sesetengah pula diuji dengan kehilangan sosok ibu dan bapa. Bagaimanapun kita haruslah kuat menjalani setiap cabaran.

Disini ingin aku ceritakan cabaran dan dugaan kehidupan aku sekadar untuk bercerita pengalaman hidup aku dalam menghadapi segala dugaan yang aku mungkin selalu mengeluh,

Namun caturan Allah itu lebih baik setiap keperitan yang diberikan olehnya pasti ada kemanisannya asal kita selagi mempunyai kudrat kita berusaha untuk mengubah takdir hidup kita.

Jika kisah ini disiarkan semoga dapat memberitahu semua pembaca atau pendengar yang setiap manusia di dunia ini berlainan ujian.

Mungkin kita rasa dugaan kita teruk tetapi kita tidak tahu ada lagi yang lebih teruk dari kita.

Aku Ina (bukan nama sebenar) aku dilahirkan di dalam keluarga yang begitu sederhana.

Pada awalnya hidupku begitu mewah, namun pada 1 hari Allah swt menarik nikmat kemewahan itu. Bisnes ayah aku telah muflis kerana tidak dapat melunaskan hutang bank.

Sejak daripada itu bermulalah kisah suka dan duka keluargaku. Pada masa itu aku baru berumur 8 tahun.

Apalah sangat yang aku fahami ketika itu selain mahu berseronok kan. Dulu aku tinggal di bandar iaitu di Kuala Lumpur.

Masih segar di ingatan aku ketika ayahku mengambil aku di sekolah. Pada waktu itu tidak sampai sejam aku dihantar ke sekolah.

Tiba-tiba ayahku kembali mengambil aku dan adikku. Di dalam fikiranku ketika itu pelik tapi dalam masa yang sama seronok kerana tanggapan aku ayahku mengambil aku untuk pergi jalan-jalan.

Setelah sampai dirumah ayah menyuruh kami untuk mengemas baju. Aku apa lagi mestilah seronok.

Tetapi tidak pernah aku sangkakan itulah hari terakhir kami di rumah itu dan juga hari terakhir aku berada di Kuala lumpur. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung hatiku hanya seronok kerana tidak perlu pergi ke sekolah.

Tapi siapa sangkakan aturan Allah. Kami terpaksa terus menetap di Kedah.

Di sinilah bermula lah segala susah payah keluarga aku dan akulah saksi bagaimana teruknya kehidupan kami pada masa itu. Bermula episod di mana kami hidup berpindah randah dari tempat ke tempat.

Hidup dihina dicaci dimaki dan dipandang rendah oleh semua orang. Masih segar lagi difikiranku aku dan ayahku berjalan kaki sepanjang 5km hanya untuk pergi ke kedai membeli barang makan.

Kereta ayahku rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi kerana kesempitan wang. Dan pada masa itu 2 bulan aku tidak pergi ke sekolah.

Hidup berpindah randah dihalau dengan kejam oleh tuan rumah sikit tiada belas kasihan untuk keluarga kami. Pada waktu itu hanya Allah swt sahaja yang tahu peritnya hidup kami.

Selalu tidak hadir ke sekolah hanya kerana tiada kenderaan sehingga cikgu datang ke rumah kami untuk bertanya. Tahun demi tahun kami hadapi perkara yang sama sehingga aku sudah lali dengan ujian yang kami harus lalui.

Pada waktu ini juga ibu aku mengandungkan adik bongsuku kehadiran kandungan yang kami tidak pernah inginkan.

Pada waktu itu kami hidup sangat susah dan pada akhirnya ayah membuat keputusan untuk memberi adikku itu kepada keluarga jauh ku hanya saja kerana kami tidak mampu. Kami berat hati namun terpaksa merelakannya.

Pada tika ini ayahku hanyalah seorang tukang kebun namun tidak lama dia dipecat hanya kerana meminta gaji lebih awal untuk kelangsungan hidup. Masih juga segar di ingatan ku hidup di rumah sewa dalam keadaan air sudah dipotong.

Pada masa itu kami mengambil air dari baldi ke baldi daripada surau untuk kegunaan harian kami seperti memasak dan sebagainya. Rumah kami tika itu berhadapan dengan surau.

Kami membuang rasa malu kami ulang alik mengambil air surau itu selama setahun. Tidak salahkan kami mengambil air daripada surau?

Kami pun tidaklah menggunakan dengan banyak sehari sekali sahaja kami ambil. Tetapi hati manusia ada juga yang tidak puas hati aku tidak tahu dimana salahnya kami tetapi kami mengambil air kami bayar pada ajk surau setiap minggu walaupun tidak banyak.

Aku tidak tahulah begitu hinanya keluarga aku pada masa itu sehingga jiran-jiran tidak berpuas hati lalu melaporkan kami pada tuan rumah untuk menghalau kami dengan segera.

Aku masih ingat mereka membawa polis dan gengster untuk mengugut kami supaya cepat keluar dari situ, nasiblah polis itu kenalan ayahku jadi dia tidak mengganggu kami.

Segala gengster yang pada awalnya mahu serang kami berundur kerana ayahku adalah seorang yang berpengaruh siapa identiti ayahku biarlah rahsia dan pada akhirnya mereka berbincang dengan baik lalu tuan rumah memberi kami masa 3 hari untuk berpindah.

Pada waktu itu, aku sedang menduduki peperiksaan upsr. Sakit sangat hati ini jika diingat kembali.

Selepas pada itu kami duduk di pondok kecil di tepi jalan dengan sewa sebulan seratus.

Hidup kami mula tenang sejak tinggal di situ kerana berjauhan dengan jiran meskipun hanya rumah kecil yang terletak di tepi jalan dan belakangnya hutan kami bahagia walaupun sederhana.

Tidak lah ku tulis secara terperinci kisah ini kisah ini hanya ditulis sekadar sebagai luahan yang dipendam selama bertahun. Ok sambung…

Selepas habis peperiksaan aku tidak ke sekolah lagi. pada waktu pengambilan keputusan juga aku tidak hadir dan ambil pada seminggu sebelum masuk ke sekolah menengah.

Aku masuk lewat sebulan ke sekolah kerana tidak mempunyai baju sekolah menengah. Pada masa itu aku menipu kawan-kawan aku yang aku berpindah sekolah hakikatnya aku tak masuk sekolah lagipun.

Dan waktu pun berlalu sehinggalah Allah swt memberi dugaan yang lebih berat dari yang ditulis di atas.

Cerita dugaan ini lah yang banyak memberi aku kesabaran dan kekuatan juga menjadikan diriku seseorang yang bertanggungjawab hari ni.

Aku pada ketika itu berumur 13 tahun. Adikku pula berumur 12 tahun dan yang paling kecil 5 tahun.

Bagiku inilah dugaan paling terberat sekali dalam hidupku iaitu kami sekeluarga ditakdirkan untuk hidup berjauhan dengan ibuku antara 2 negara iaitu antara malaysia dan indonesia.

Pada ketika itu kami hanya mampu berserah kepada Allah swt dan redha walaupun ia sangat perit untuk dihadapi.

Mampukah kami melalui kehidupan ini yang harus terbiasa tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayahku yang harus terbiasa hidupnya berjuang bersendirian menjaga kami adik beradik secara berseorangan tanpa sosok seorang isteri mendampingi dirinya.

Cerita ini bermula ketika pada masa itu ibuku mahu pulang ke kampung nya di indonesia, pada mulanya kami bercadang untuk balik bersama namun terjadi sedikit permasalahan yang perlu menghantar ibuku dahulu untuk pulang.

Sejak ayahku telah muflis ibu aku tidak dapat membuat visa passportnya kerana kesempitan wang ayahku dan ibuku akui ini salah mereka.

Setelah itu kami membayar denda dan mereka menyuruh ibuku pulang dahulu selama 2 minggu selepas itu barulah kami dibenarkan mengikutinya dan kami sangat berharap tidak ada lagi permasalahan berlaku.

Tibalah hari dimana kami semua menghantar ibu ke stesen bas untuk ke terminal feri di johor. Kami tidak dapat menghantar ibu terus ke terminal kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sebaknya hati ini dikala sedang menunggu bas.

Aku sedaya upaya untuk menahan air mata tambahan pula ketika melihat adik kecilku seronok kerana memikirkan ibu akan membawanya menaiki bas sekali kerana dia ingin sekali menaiki bas.

Sungguh aku dan ayahku ketika itu berusaha untuk menenangkan diri kami supaya adikku juga tenang, namun setelah ibuku menaiki bas dan kami sedang dalam perjalanan pulang ke rumah tangisanku pecah jua.

Aku tidak lagi mampu untuk menahan diri untuk menangis ketika melihat adikku meraung untuk pergi ke ibunya. Hancur hati ini bila terpaksa berjauhan dengan ibu kandungku sendiri.

Hanya Allah swt yang tahu perasaan kami pada waktu itu. Sedih memang sedih namun harus terima dengan hati yang terbuka siapa sangka disaat aku berumur 13 tahun dan adikku yang masih 5 tahun harus berjauhan dengan ibu.

Malam pun berlalu pagi hari pun tiba. aku, ayah dan adik adikku masih belum terima kenyataan masing-masing pagi itu tidak mahu sarapan pagi kerana masih bersedih.

Bayangkan waktu ini kami tidak mempunyai telefon pintar hanya ibuku yang mempunyai telefon pintar.

Ayahku belikan yang murah supaya kami dapat berkomunikasi satu sama lain manakala ayahku pada waktu itu hanya punyai nokia sahaja dan dengan nokia itulah kami gunakan untuk hubungi dan bercakap dengan ibu.

Cerita tidak habis disitu sahaja, pada pagi itu sekira jam 10 pagi ibuku menelefon ayahku dengan bersuara cemas meberitahu bahawa dia ditahan di imigresen di terminal feri itu kerana masalah passportnya.

Ibuku tidak berani untuk keluar ke sempadan kerana pegawai memberitahu passportnya telah diblacklist.

Jika ibuku keluar dari malaysia juga pada waktu itu maka dia tidak boleh kembali ke malaysia dalam tempoh 5 tahun.

Ayahku berasa berang dengan tindakan imigresen pada waktu dan meminta ibuku untuk memberi telefon nya pada pegawai untuk berbincang.

Aku pun tidak tahu apa yang dibincangkan apa yang nampak terjadi sedikit pertengkaran ayahku dan pegawai-pegawai di sana dan seketika kemudian ayahku berkata dalam telefon menyuruh ibuku untuk tunggu sehingga ayahku tiba di sana untuk diurus bersama.

Pada waktu itu aku nampak jelas di riak wajah ayahku yang sedang buntu bagaimana hendak menyelesaikan perkara ini dengan dalam keadaan ayahku sudah tidak mempunyai wang.

Pada masa itu hanya tinggal RM7 di dalam poket ayahku juga sedikit mata wang indonesia yang diberikan oleh ibuku.

Selepas beberapa minit kami pun bersiap untuk keluar. Pada mulanya kami tidak mempunyai hala tuju untuk minta bantuan yalahkan siaplah yang sanggup bantu kita di kala kita susah menelefon adik beradik juga hanya sia-sia.

Kami pun menuju ke bank dengan menaiki motor. Kami naik motor 4 orang sekaligus ya pada masa itu. Semua orang memandang kami pelik.

Setelah sampai di bank ayahku mengecek duit biasiswa ku untuk dikeluarkan. Namun hampa kerana tidak dapat dikeluarkan kerana belum cukup waktu. Biasiswa ku itu bersyarat setiap 2 bulan barulah dapat dikeluarkan.

Kami semua keluar dari bank dengan perasaan hampa kerana duit biasiswa ku yang sebagai jalan terakhir untuk pergi ke ibu tidak dapat diambil.

Kami dengan tiada arah tuju pun menyambung perjalanan ke kedai menyewa kereta. Dan syukurlah Allah swt membantu kami pada waktu itu kami diberi menyewa kereta tanpa sebarang deposit.

Setelah mendapat kereta ayahku pergi ke rumah kawannya untuk meminjam duit dan malangnya dia hanya mampu berikan RM20 pada waktu itu.

Ayahku pun teruskan perjalanan sehinggalah dia terfikir untuk menukarkan duit indonesia itu ke duit malaysia dan kami dapat RM80.

Dengan berbekalkan RM100 kami teruskan perjalanan untuk ke johor. Kami pada waktu itu membeli nasi bungkus dan berkongsi bersama sekadar untuk mengenyangkan perut yang belum diisi sejak pagi.

Bayangkan sendirilah RM80 cukup atau tidak untuk sampai ke kuala lumpur. Pada waktu itu kami berempat berserah sepenuhnya kepada Allah untuk membantu kami. Kami tawakal sepenuhnya supaya minyak yang diisi sempat tiba di Kuala Lumpur.

Masih juga segar di ingatan ku yang pada waktu itu kami meminta bantuan keluarga kami yang berada di Kuala Lumpur untuk membantu kami sedikit. Kami merayu mengemis namun mereka menutup telefon mereka kerana berasa diganggu oleh kami.

Sakit hatiku melihat ayahku menangis teresak di tepi jalan kerana tiada yang mahu membantu kami pada waktu itu. Aku juga tidak lupa yang kami hutang bayaran tol kerana sudah tidak mempunyai duit pada waktu itu.

Nasiblah yang menjaga tol itu melepaskan kami juga. Alhamdulillah Allah swt permudahkan urusan kami sekali lagi.

Ayahku telah berpasrah segalanya kepada Allah swt supaya permudahkan urusan kami dan ya allh swt mendengar doa kami.

Ayahku pada waktu itu pergi ke rumah kenalannya yang merupakan seseorang yang selalu membantu kami tika susah.

Pada awalnya kami tidak mahu mengganggu nya namun dialah pilihan terakhir kami untuk meminta bantuan walaupun kami sudah begitu malu dengannya kerana sering meminta bantuan kepadanya.

Hamba Allah yang sering membantu kami itu adalah seseorang yang dikenali sangat la sibuk tetapi Allah swt membantu kami sewaktu tiba di depan rumahnya dia berada di rumahnya.

Ajaibnya kuasa Allah terima kasih ya Allah tidak berhenti kami ucapkan syukur waktu itu.

Pemberian pertolongan daripadanya tidaklah banyak namun sikit sebanyak dapat melegakan hati kami yang kucar kacir ini. Alhamdulillah masih tersisa orang baik di dunia ini.

Setelah selesai kami pun menyambung perjalanan yang bagiku agak panjang dan berdebar ini.

Waktu terus berlalu, kami tiba di johor pada pukul 8 malam dan untuk sampai ke terminal feri di Kukup sangatlah jauh kami hanya membeli roti untuk mengalas perut pada malam itu dan kami pun tiba di terminal feri pada pukul 1 pagi.

Setelah tiba kami mencari kelibat ibuku dan pada akhirnya kami melihatnya tidur di atas kerusi itu berseorangan.

Tipulah kalau tidak sedih melihat keadaan ibuku tika itu, setelah itu kami pun mencari kedai makan untuk menjamu selera kerana ibuku juga tidak menjamah makanan apapun sejak petang.

Setelah makan kami mencari hotel bajet yang berdekatan untuk menginap buat 1 malam.

Di hotel kami memanfaatkan saat terakhir bersama dan tidur lewat kerana kami tahu kami akan berpisah semula pada esok hari.

Pada kesokan harinya, ayahku pun mula berurusan dengan pegawai yang bertugas. Ayahku meminta untuk berjumpa dengan pegawai yang bercakap dengannya di telefon semalam namun pada hari itu tiada pegawai semalam yang berani bertemu dengan ayahku.

Setelah berurusan dengan kata sepakat kami bersama aku ayah dan adik-adikku dengan rela hatinya melepaskan ibu untuk kembali ke sana.

Seperti yang diberitahu awal tadi jika ibu aku balik sana memerlukan tempoh 5 tahun untuk pulang semula ke malaysia.

Dengan persetujuan dari pihak imigresen kami sekeluarga dapat menghantar ibu sehingga ke pintu feri. Yang sepatutnya keluarga tidak dibenarkan masuk di balai berlepas tetapi caturan Allah swt kami dapat memeluk ibu buat kali terakhir dan melihatnya feri pergi meninggalkan kami.

Itulah hari terakhir aku merasa pelukan seorang ibu. Sebak dihati tidak usah dikatakan masuk ja kereta kami masing-masing melepaskan tangis yang ditahan.

Kami terima dengan hati yang terbuka atas ujian ini. Kami masing-masing tidak mempunyai semangat.

Tidak terlupa aku yang pada tika itu sedang menjalankan peperiksaan akhir tahun dan aku tidak hadir selama 2 hari dan terlepas 4 subjek hanya kerana aku tiada semangat. Dan selepas habis peperiksaan aku tidak lagi ke sekolah sehingga awal tahun aku masuk tingkatan 2.

Cerita ini tidak berakhir di sini namun cukuplah sampai disitu. Dan sejak detik itu aku mula berdikari, hidup bersendirian tanpa semangat dari ibu.

Dan tanggungjawab ibu yang ditinggal kepada aku sebagai pengganti untuk menjadi ibu kepada adik adik ku. Sejak itu aku mula menjadi harapan untuk menjaga keluarga.

Di usia menjangkau 14 tahun aku harus menjadi lebih dewasa sebelum waktunya. Menjadi dewasa dengan keadaan.

Aku harus belajar untuk mengurus rumah dan mengorbankan masa remaja ku. Inilah ujian yang sangat banyak mengubah diri aku menjadi lebih baik dan banyak memberi pengajaran dalam hidup aku.

Sesungguhnya aku terpaksa menjadi dewasa kerana keadaan dan sebelum waktunya memang perit untuk dilalui.

Namun kerana ujian inilah aku faham erti kehidupan aku belajar banyak tentang kehidupan setelah menganjak dewasa. Menjadi dewasa itu memang tidak mudah yang disangka.

Sampai saatnya Allah swt memberi jua kesenangan itu tidak kira dalam bentuk apapun. Sekarang ayahku sudah mampu beli kereta namun ia tidak begitu bermakna untuk kami hanya kerana keluarga kami tidak lengkap.

Sekarang aku juga sedang mengurus barang untuk memulakan perniagaan kecil. Semoga dipermudahkan urusanku supaya dapat pergi ke indonesia berjumpa dengan ibuku.

Hidup keluargaku kini tidak sesusah dahulu lagi kini sedikit demi sedikit keperluan dapat dipenuhi alhamdulillah. Sudah 5 tahun berlalu kami masih belum dapat bersatu.

Sepanjang tempoh itula kami hanya bercakap melalui video call dan sekarang aku sudah menamatkan persekolahan dan adikku yang kecil itu juga sudah 10 tahun dan sudah banyak berdikari tanpa seorang ibu disisi.

Sungguh tidak mudah untuk menjadi seorang kakak dan anak sulung yang harus mengorbankan segalanya demi menjalankan amanah yang diberi oleh ibuku padaku.

Buat semua hargailah selagi orang tuamu selagi masih ada kita tidak tahu Allah swt mahu memberi kita ujian berupa apa ke depan. Hargailah selagi masih bersama. Jangan sia siakan peluang yang masih ada.

Doakan semoga aku dan keluarga dipersatukan semula bersama ibu tidak kisah lambat atau cepat janji keluargaku lengkap seperti dulu.

Semoga ibu ayah aku dipanjangkan umur dan bersatu semula. Bersyukur seadanya dengan apa yang kita punya sekarang kerana tidak mustahil untuk Allah swt tarik kembali nikmat yang dia berikan.

Semoga kisahku yang di kongsikan sedikit sebanyak memberi semangat kepada semua untuk terus berjuang dalam hidup dan tabah menghadapi cabaran dalam bentuk apapun.

Kuncinya cuma satu hadapilah dengan kesabaran dan bersyukur seadanya dengan rezeki yang Allah swt berikan.

– Ina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *