Duhai Bapak

Assalamualaikum buat semua pembaca. Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku.

Mula-mula sekali aku nak minta maaf jika ayat aku tonggang terbalik. Tak pandai nak mengarang tapi aku nak sangat kongsi kisah bapak aku dan aku harap korang dapat bagi pendapat yang tentang masalah yang aku hadapi ini.

Sejujurnya aku memang tercuit juga tengok drama ‘Ayahanda’ tapi bila kenang balik bapak aku dia ada sesuatu yang sukar untuk difahami.

Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Abang aku dah lama meninggal sebab kemalangan. Tinggal kakak, aku dan adik aku saja sekarang.

Ibu aku pula meninggal dunia awal tahun ni. Al-Fatihah untuk kedua-dua kesayangan kami ini.

Aku pun tak tahulah nak kategorikan macam mana bapak aku ni. Korang bayangkanlah ya, bapak aku ni bukannya mesra pun dengan kami adik beradik. Kadang aku tersentuh tengok layanan bapak orang lain dengan anak-anak mereka.

Pernah dulu waktu aku sekolah, waktu solat hajat. Biasalah penceramah pasti akan ada cerita pasal mak bapak. Masa solat hajat tu bapak aku saja yang datang. Pastu adalah part yang kena salam cium tangan peluk semua tu.

Aku akui aku sebak tapi terasa canggung nak peluk dia. Aku salam dan cuba buat macam orang lain tapi bapak aku macam tak ada perasaan.

Aku tak ada niat nak cari kesalahan bapak aku. Orang luar tengok dia senyum, pendiam dan baik. Hakikatnya kami yang serumah ni sahaja yang tahu. Bukan setakat tu saja bapak aku jugak kedekut giler dengan ibu aku.

Masa arwah ibu aku masih ada, kalau bagi duit nak beli ikan sayur semua tu dia bagi RM5 dan paling mahal RM10. Tu pun kalau ada duit kecik katanya, kalau tak ada duit kecik langsung tak bagi.

Bagi duit ni pun tunggu ibu minta sampai kadang terjerit-jerit ibu panggil sebab bapak aku buat tak tahu terus pegi kerja naik motor. Bapak aku ni kerja kampung. Kerja tukang. Bapak aku bukan tak ada duit. Kami tahu dia ada duit tapi kedekut.

Dapat gaji ke apa tak pernah nak hulur kat ibu. Lepas tu kalau nak raya ke apa jarang sekali dia nak beli ibu baju baru. Kalau keluar pegi kedai ke apa memang pegi sekali tapi dia akan menjauhkan diri tak pun duduk dalam kereta.

Kesian ibu sorang-sorang angkat barang. Kalau aku atau adik beradik yang lain ada ok lagi boleh tolong. Bapak aku ni takut kami minta duit dia. Nak tak nak memangla kena minta duit dia. Tu pun kena marah atau bagi tahu tak ada duit.

Kalau ibu minta lagilah boleh jadi perang gamaknya. Kalau tak ada duit jangan beli katanya. Sabar jelah. Makan nak sedap tapi kedekut.

Sakit hati ingat balik.

Nasib baiklah arwah ibu rajin orangnya. Ambil upah menjahit, pernah buat kuih. Duit tulah yang ibu simpan dan guna untuk beli barang.

Nak harapkan bapak sepenuhnya memang taklah. Dan ada juga duit pampasan arwah abang. Paling menyakitkan hati, bapak aku kalau tak ada duit dia punya cakap bukan main lembut. Pujuk ibu itu ini. Aku pulak jadik geram.

Ada jugak orang yang tak tahu malu. Kalau duit dia tak boleh usik agaknya, duit kita boleh pulak. Bapak aku macam tak sedar yang patutnya dialah yang patut hulur duit atau bagi nafkah sewajarnya.

Selalu pegi surau, dengar tazkirah. Kalau kat radio dengar ceramah pasal nafkah atau tanggungjawab suami boleh pulak bapak perlahankan radio.

Kalau memang ibu tak ada duit, bapak jadi marah. Dahla tak menghulur nak marah-marah pulak. Ibu bukan kerja pun. Ambil upah tu pun kalau ada. Ibu selalu cakap tak apalah rezeki ibu murah. Ibu sangat pandai berjimat.

Barang-barang dalam rumah macam almari, peti sejuk, mesin basuh dan macam-macam lagi semua ibu yang usahakan. Masa ibu masih ada ibu selalu pesan dan cakap tak nak satu sen pun duit yang dia ada bagi kat bapak.

Dan lagi satu yang mungkin buat lagi obvious tahap kedekut dan tamak bapak aku selepas terima duit pampasan kebun.

Dulu ibu dengan bapak memang ada beli kebun, kebun tu dan usahakan menanam semua bersama. Tapi biasalah, yang membeli semua guna duit ibu tau.

Masa tu ibu bagi yelah, laki sendiri kan untuk keluarga. Bapak aku ni macam aku cakap dia nak guna duit baik giler dengan ibu. Nak dijadikan cerita, suatu masa tu kawasan kebun tu nak dibangunkan. Jadi, gitu gini adalah duit pampasan kebun yang nilainya 90k.

Untuk urusan semua ibulah jugak bantu, masa tu dia macam malas nak bantu bapak tapi dahulukan jugak duit dia untuk urusan tu. Part ni paling menyirap, apabila dah dapat duit tu bapak jadi tamak. Bagi dalam 2k saja kat ibu.

Tu pun dia mintak masa nak beli barang baiki rumah. Sedih dan geram aku dengan adik beradik aku. Jenis kami malas nak bersuara, pendam jela. Duit yang pada bapak tula ibu minta untuk baiki rumah. Kalau tak memang tak nampak duit tu habis ke apa.

Bapak jenis boros. Kalau beli barang untuk diri dia dan kereta ada saja. Tu pun boleh jadi bertekak. Bapak jenis baran. Pernah dia campak barang apa-apa depan dia sesuka hati lepaskan geram.

Ibu cakap dengan kami adik beradik tak apalah, biarlah bapak tu. Kita tengokkan saja. Duit tu nanti habis jugak. Lagi haru bapak boleh terpedaya dengan pelaburan ala skim cepat kaya yang habis beribu.

Sampailah masa ibu dah tak ada. Datang pulak ntah perempuan dari planet mana dalam hidup bapak. Belum lama ibu pergi, bapak dah ada pengganti. Yang paling menyakitkan hati perempuan tu bini orang.

Tinggalkan laki kat rumah yang katanya tak sihat, tapi boleh pulak tolong bapak aku masak, basuh baju, kemas rumah. Dibayar upah. Masa lepas ibu meninggal, memang kami kesian dengan bapak sorang kat kampung.

Dia pun sedih nangis, tapi sekarang…. lupa diri. Hidup macam laki muda. Wasap, vc semua dengan perempuan tu yang juga nenek orang tau.

Aku kadang balik kampung pun rasa nak muntah dengar.

Kalau balik kami layan saja tau bapak, ajak makan, kadang keluar. Tapi ada masa dia tak nak. Tersasul bahasakan dirinya “abang” dengan kami.

Tahap menyampah kami, bapak belikan motosikal, baju, itu ini ambil berat lagi. Dengan ibu dulu tak ada macam tu pun. Sedih kami.

Korang nak tahu, duit simpanan dah habis katanya. Mengadu kat anak-anak. Pernah minta jugak duit kami katanya nak kahwin. Panas oii kami.

Cuma kami ni sekarang dah tahu nak buat macam mana dengan bapak ni. Jenis tak boleh ditegur, nampak dia saja yang betul. Lagila kami anak-anak nak nasihat memang langsung tak pernah dengar.

Nak balik kampung pun tawar hati. Harap korang sudi bagi pendapat. Kalau nak cerita panjang lagi. Tapi cukuplah dah panjang ni rasa.

– Pena bersuara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *