Duhai Bapak II

Untuk part I, (https://iiumc.com/duhai-bapak/).

Assalamualaikum semua.. terima kasih admin sudi siarkan kisah aku.. sebelum ni kisah aku tentang bapak dah pernah disiarkan. Kali ni ceritanya lagi sadis…

Aku pun tak tahu nak mula dari mana. Cuma harap kalian dapat faham jalan cerita ni. Bapak masih lagi dengan perempuan tu. Kalau telefon atau berbual dengan kami adik-beradik pun tetap tersasul bahasakan diri abang.

Aduhai, kuat betul penangan nenek tu. Nenek yang katanya diupah untuk bersihkan rumah dan memasak semua tu kalau kami ada kat rumah, cepat-cepat bapak roger kat dia anak-anak balik. Bagi hint kat nenek tu tak payah datang.

Korang boleh fikir rasanya, jika memang nenek tu ikhlas bantu bapak rasa tak perlu kot nak menyorok-nyorok datang bagi makanan ke apa kalau kami ada. Jumpa depan rumah tepi jalan takpun tepi pokok. Bapak pulak dia pun call nenek tu menyorok-nyorok juga sekarang.

Pastu macam orang gelisah semacam lahaiii bapak. Tu masih bini orang bapak. Kami pun tak faham. Nampak sangat orang angau. Kami adik-beradik ok je kalau bapak nak kawin, tapi biarlah dengan cara yang betul. Orangnya ikhlas.

Tapi sebenarnya kami pun pelik, rumah yang kononnya diupah untuk bersihkan tu tak bersih pun. Kalau kami balik tetap kena bersihkan, nampak terlalu lama berhabuk.

Kami faham jika bapak sorang pun mungkin bukanlah kemas bersih mana, tapiii kalau gaya gini macam takde fungsi pun nenek tu.

Satu perkara yang buat jadi kuat untuk kami rasa sesuatu sangat dengan kehadiran nenek tu ialah salah seorang daripada kami jatuh sakit.

Sakit yang bukan hospital punya ubat. Aku bagi nama dia N. Ditakdirkan memang sebelum ni N pernah sakit akibat disihir. N kadang boleh nampak dan rasa something yang kami tak rasa.

Mula-mula N tengok gambar nenek tu terus muka berubah lain macam dan batuk-batuk muntah.

Terus kami yang lain dah faham macam ada yang tak kena tentang nenek tu. Bukan itu sahaja, dia pun dapat mimpi yang tak baik.

N ada pergi jumpa ustaz untuk buat rawatan. N balik kampung dan tetap baca buat pendinding diri. Tapi keadaan makin teruk sebab N diganggu sehinggakan suaminya turut terkena tempias.

Bapak pun nampak pelik. Masa kami balik dia macam muka yang sangat mengantuk. Duduk je boleh terlelap. Makanan yang kami masak pun jamah sikit je, yang lebih menyelerakan masakan nenek tu. Kami yang lain memang tak sentuh langsung lauk nenek tu.

Tapi si N ni tahap dia punya trauma tu sampaikan dengar bunyi motor yang seakan nenek tu bawak dia jadi takut sangat. Pernah satu masa tu, kami terserempak di tengah jalan.

Si N dia tak perasan pun yang lalu tu nenek tu, tapi dia dapat rasa nak tengok sampai menoleh ke belakang. Lepas tu kami cuba patah balik nak ikut arah mana nenek tu pergi tapi nenek tu dah hilang sedangkan motor yang dibawa tu tak laju pun.

Susah kami nak bagi bapak sedar. Bapak bukan jenis nak dengar kami cakap. Dia jenis dia sahaja yang betul.

Dia memang cakap sebelum ni jika ada jodoh nak kahwin dengan nenek tu nak buat majlis tu semua kat tempat lain, bukan kat kampung. Ni kami tahu dari sumber yang dipercayai. Aduhai bapak.

Dari sisi lain pulak, bapak sebenarnya nak kami adik-beradik bantu dia sediakan duit untuk bagi adik-beradik bapak. Ni yang paling kami susah nak bagi bapak sedar. Dia nak kaut tanah kebun atok seorang. Padahal tanah tu masih milik bersama dan sudah ada pecahan.

Bapak taknak tanah jatuh ke tangan yang lain katanya. Dia nak duit dalam ++k sorang untuk bagi adik-beradiknya dengan alasan tanah tu yang lain tak pernah uruskan. Bapak sorang yang uruskan kebun semua.

Jadi dia dah janji nak bagi duit. Lepas tu tanah tu akan dinamakan kami adik-beradik. Kami sebenarnya langsung tak nak tanah tu. Tu bukan hak kami.

Jika nak cerita lagi memang terlalu panjang. Aku pun tak tahu dah nak buat macam mana dengan bapak ni. Pasal duit tu memang kami tak dapat nak bantu. Kami harap bapak sedar dan bagi jela bahagian masing-masing. Tapi bapak nampak berkeras.

Yang musykilnya kami, sejak dua menjak ni dia sangat mendesak kami nakkan duit. Kalau diikutkan, pasal bahagian tanah tu sejak arwah ibu lagi ada ibu dah suruh selesaikan.

Ibu banyak kali ingatkan bapak disebabkan ibu seolah-olah dipersalahkan oleh adik-beradik bapak. Mereka pandang, bapak bagi duit beli itu ini dengan hasil kebun. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tabahnya ibu cari hasil pendapatan sendiri.

Bapak desak kami seperti ada seseorang yang mendesaknya. Kami kenal bapak macam mana. Tu yang kami pun dah tak tahu nak buat apa.

Cuma mendoakan sahaja yang baik-baik buat bapak.

Apa pun kami masih lagi buntu. Pasal nenek tu, bapak dan bagi bapak sedar tu sahaja. Aku harap korang faham kisah ini dan bagi pendapat macam mana. Kadang aku rasa dah macam drama pulak kisah ini. Tapi inilah realiti yang kami lalui.

– Pena Bersuara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *