Aku tak pandai bergaya. Nak bergaya, memerlukan wang ringgit. Aku bukan daripada keluarga berada. Hidup aku sekeluarga sekadar cukup makan.
Cukuplah sekadar mempunyai pakaian yang bertutup dari atas sampai bawah. Cerita aku agak panjang. Dan aku pernah dengar ramai yang senasib dengan aku. Duhai, sahabat.
Hai, nama aku Sara (bukan nama sebenar). Aku berasal dari luar bandar. Sekadar ingin meluah tentang orang yang aku gelar “sahabat”.
Disclaimer, aku dah memaafkan semua orang yang mengkhianati aku.
Masa aku kecil dahulu (darjah 3/4), aku selalu ikut abang, sepupu lelaki dan kawan lelaki aku melepak. Kadang ikut mereka melastik burung dalam hutan, kadang ikut ponteng kelas KAFA, kadang main bola di padang, kadang bertenggek di rumah orang semata nak menonton TV.
Keluarga aku dulu orang susah. TV pun takde. Jadi ke sana ke mari lah kami beramai-ramai ke rumah orang mencari TV.
Untuk pengetahuan semua, aku satu-satunya perempuan yang selalu ikut kawan-kawan abang aku ke sana ke mari. Biasalah budak-budak.
Siapa nak heran berkawan dengan siapa. Kadang ada juga sepupu perempuan ikut sekali tapi tersangatlah jarang.
Aku and the gang selalu bertandan ke sebuah rumah ni. Disebabkan rumah dia ada TV, memang setiap petanglah muka kami di ruang tamu rumah dia. Nama dia Fahrin (bukan nama sebenar). Fahrin tinggal dengan nenek dia dan seorang abang. Fahrin lebih tua dari aku 4 tahun.
Dia berasal dari Johor (mohon dirahsiakan). Masa ni aku hanya kenal rupa dan nama dia.
Kadang Fahrin kedekut. Tak bagi kami masuk rumah dia untuk tonton CD Power Rangers sama-sama. Dia tutup pintu siap berkunci. Kami ni nakal.
Kalau dia tak bagi kami masuk, kami buatlah cara kami. Caranya adalah jolok sampah masuk ke tandas rumah dia. Tandas rumah dia ni jenis landed. Jadi senanglah kitorang buat kerja. Hahaha…
Aku menginjak ke tingkatan 3. Sebenarnya, aku dah lupa dengan kewujudan dia. Sampailah satu masa, aku ternampak dia ditangga pelajar tingkatan 6.
Aku terkejut lalu teringat kembali masa kecil dahulu. Sejak dari tu, aku jadi tersuka dia. Dari situlah aku start crush dengan dia.
Selalu juga aku usyar dari jauh. Kebetulan, aku ada seorang kawan rapat lelaki. Dia lah yang jadi posmen aku. Kirimkan salam je lah. Nak approach lebih-lebih, siapa lah aku.
Tapi masa semakin singkat. Aku kumpul segala kekuatan dan kegatalan aku masa tu, aku approach dia. Aku add friend di facebook dan aku mesej ajak berkenalan.
Sebelum tu, aku ada mesej dia guna telefon kakak aku. Macam-macam ayat puitis. Bila ingat balik, macam bodoh pulak. Kantoi dengan kakak aku pulak tu. Hahahaha…
Mula-mula dia layan tak layan. Tapi tiap hari aku mesti PM dia di facebook. Akhirnya dia layan juga. Dia seorang pemalu dan kurang bercakap dengan perempuan, aku jadi lebih tertarik dengan sikap dia.
Sampai satu masa, dia minta nombor telefon aku. Katanya senang nak mesej guna WhatsApp. Sebab kadang dia tak online facebook.
Aku yang dah sedia gatal, aku bagilah nombor telefon aku. Masa aku approach dia, jangka masa dia untuk bersekolah sudah tinggal beberapa bulan. Dia juga akan balik ke Johor. Jadi, hubungan kami sekadar “talking stage”. Kami tak pernah berjumpa atau bersua muka.
Kalau berselisih atau terserempak pun, aku bersembunyi. Aku insecure. Aku tak cantik. Aku gelap. Aku tak macam orang lain. Aku taktau dia kenal aku atau tak. Selama 4 tahun berhubungan, kami baik-baik sahaja. Happy selalu. Tapi masih di “talking stage”, maybe.
Kadang perbualan kami tentang perkahwinan. Kadang aku suka imbau masa lalu zaman budak-budak dulu. Banyak benda kami bicara.
Sudah 4 tahun, kan.
Masa ni, aku di tingkatan 6 rendah. Disinilah bermulanya cerita “Duhai, sahabat”. Aku tak ramai kawan. Aku introvert sebab aku sejenis insecure dengan apa yang aku ada. Aku jarang bercakap di sekolah. Tapi aku ada seorang sahabat bernama Ainnur (bukan nama sebenar).
Ainnur adalah kawan aku dari tingkatan 1. Kami rapat. Sampai cikgu-cikgu gelarkan kami kembar. Kalau ada Ainnur, ada lah aku. Kalau ada aku, ada lah Ainnur. Sampai nak cuti sekolah pun, kitaorang berpakat nak cuti sama-sama. Ainnur baik dengan aku.
Sampai aku decide nak berhenti form 6 pun, dia nangis sekali dengan aku. Lebih dari aku actually. Tapi tak semua orang boleh layan perangai dia. Hahaha… mungkin aku dah selesa dengan dia, dan dia pun dah selesa dengan aku. Jadi kami ni sahabat sampai sekarang
Masa ni, kami hanya berdua. Buat apa-apa sekalipun, mesti berdua. Tapi, “sahabat” yang aku nak cerita, bukan cerita Ainnur. Cerita ni tentang Yasmin (Bukan nama sebenar).
Pada awalnya, Yasmin tidak pernah bertegur dengan aku sebab dia pelajar baharu di sekolah ni. Kawan baiknya Sofea. Tapi beberapa minggu kemudian, Yasmin selalu bersendirian. Mungkin dia ada masalah dengan Sofea.
Aku dan Ainnur rasa kasihan. Dia pelajar baharu dan tiada kawan. Masa kerja berkumpulan, dia juga bersendirian.
Aku yang jarang nak bercakap dengan cikgu pun, aku beranikan diri untuk tanya sama ada boleh bertiga atau tak. Alhamdulillah. Cikgu izinkan. Aku offer Yasmin sekumpulan dengan aku dan Ainnur.
Sejak hari itu, kami berdua mula rapat. Tapi Ainnur tidak berapa sukakan Yasmin. Aku pun taktau kenapa. Sedar tak sedar, aku yang terlalu excited dapat kawan baru, semua benda aku bercerita. Silap aku disini. Silap aku disini… Iya silap aku!
Masa tu, aku sedang hanyut dengan fasa “talking stage” yang berlanjutan dengan Fahrin. Aku mula membuka cerita kepada Yasmin juga mengenai Fahrin. Cerita aku menarik perhatian Yasmin.
Katanya Fahrin seorang yang sweet. Aku dah mula rasa lain bila Yasmin bersungguh-sungguh memuji Fahrin tapi aku layankan saje. Nama pun berkawan. Sampai kalini, cikgu-cikgu gelarkan kami 3 serangkai. Pegi tandas pun bertiga.
Pada satu hari, aku bercerita tentang mesej aku dan Fahrin mengenai ke step seterusnya dalam perhubungan. Kata Fahrin, kalau aku sambung belajar lagi, macamana dia nak kahwin dengan aku. Dia nak kahwin secepat mungkin memandangkan dia semakin berusia.
Aku tak pasti siapa aku di mata Yasmin, tapi hati aku mengatakan, dia menganggap aku sebagai seseorang untuk di compare. Iyalah, dia cantik, ada rupa, putih, bergaya, mak ayah pula orang berada.
Aku siapa? Si buruk tak pandai bergaya, jerawat, gelap, dan berisi tu pakej yang ada pada aku masa tu. Patutlah aku dibandingkan. Tapi aku pejam mata sebab aku nak berkawan. Ainnur pula, memang awal-awal dah turn off dengan Yasmin.
Disini, aku selitkan beberapa moment kelakar dengan Yasmin.
Moment pertama**
Kami bertiga nak simpan pinggan selepas makan di asrama. Nak dijadikan cerita, berat aku 59kg masa tu. Masa aku tunjuk untuk letak pinggan dalam bakul, tudung aku terselak sikit. Jadi menampakkan bentuk badan. Yasmin pun tegur, “Sara, nampak dada. Besar.” Dengan nada yang kuat.
Masa tu ada seorang lelaki tengh basuh pinggan-pinggan. Lelaki tu sebaya kami agaknya. Dia pekerja asrama. Aku dapat rasa muka aku dah berubah.
Iyalah, kan. Kena bodyshamming depan lelaki. Tentang bentuk dada pulak tu. Siapa tak malu. Aku sengih dan melangkah menjauhi tempat letak pinggan.
Aku cakap lah, “Zaman sekarang, orang dah buat botox sebab nak besarkan. Saya bangga je. Nampak seksi. Taklah sekeping macam papan”. Aku bidas Yasmin dengan bentuk badannya yang kurus pula.
Moment kedua**
Ketika lawatan secara belajar. Masa tu Ainnur sedang menjawab panggilan dari rumah. Aku dengan Yasmin pula syok menari anak tepi sungai Melaka beriramakan radio abang beca yang jelas kedengaran di telinga kami.
Tanpa sedar, seorang abang beca mengekori kami bertiga dari tadi.
Selesai sahaja Ainnur menerima panggilan, kami berjalan masuk ke kedai-kedai cenderahati untuk melarikan diri dari abang beca tersebut.
Tapi abang beca tu berterusan ikut kami. Sebetulnya ikut aku. Dia pujuk Ainnur dan Yasmin agar memberikan nombor telefon aku. Tapi Ainnur dan Yasmin berkeras taknak bagi. Dia suruh minta sendiri. Bila abang beca minta sendiri, aku reject.
Aku taknak kenal sesiapa buat masa tersebut. Hati aku dalam proses pemulihan. Yasmin protes, ” Kenapa dia minta nombor awak? Bukan saya? Apa yang kurang tentang saya? Awak bukan cantik pun.”
Aku tergelak kecil. Kelakar. Sumpah kelakar. Aku dan Ainnur saling berpandangan sahaja.
Baik, kembali kepada cerita tadi, ak dijadikan cerita, sewaktu kami berborak, Yasmin meminta aku untuk memberikan nombor telefon Fahrin kepadanya. Aku berat hati nak bagi. Sebab sedikit demi sedikit, aku dah tahu perangai si Yasmin ni macamana.
Dia seakan mengugut aku untuk merajuk kalau aku tak memberikan dia nombor telefon Fahrin. Katanya nak kenal-kenal je. Bukan nak couple. Dengan berat hati, aku bagi je lah. Aku taknak putus kawan sebab lelaki.
Itu prinsip aku. Biar hilang lelaki dari hilang sahabat. Aku setia. Kalau orang tak buang aku, aku takkan buang orang.
Apa yang membuatkan aku terasa, aku tak sangka Fahrin melayan. Sikap dia yang jarang bercakap dengan perempuan dah takde agaknya sejak dah habis belajar. Aku tahu diaorang rancak berbual pun sebab Yasmin sendiri yang membuka cerita.
Kadang di skrinshot perbualan dan ditunjukkan di status whatsapp dia. Masa ni, aku perlahan-lahan undur diri daripada Fahrin. Kadang seminggu sekali baru aku mesej Fahrin. Itupun sekadar untuk memberitahu Fahrin bahawa aku masih hidup.
“Sahabat”. Tak sangka aku salah pilih sahabat walaupun aku dah berhati-hati. Aku pernah terfikir yang Yasmin ditinggalkan sendirian kerana beginilah sikap sebenar dia. Nak dia je lebih. Dia lah cantik. Sungguh aku terkilan dengan perbuatan orang yang aku gelar sahabat.
Aku marah. Sumpah aku sangat marah. Sampai panas di hati aku boleh buat hati aku rasa nak pecah. Aku taktau nak gambarkan macamana.
Dia yang aku dambakan sejak tingkatan 3, tapi aku kalah dengan yang kenal beberapa minggu.
Pernah aku dan Ainnur pinggirkan Yasmin disebabkan Fahrin. Seminggu aku tak bertegur sapa. Hati aku dah remuk. Hubungan aku dengan Fahrin bukan sekejap.
4 tahun sampai adik beradik dan mak ayah aku semua tahu mengenai Fahrin. Tapi hubungan aku yang sekadar “talking stage” tak mampu bertahan lama.
Apa boleh buat? Aku pernah juga disoal cikgu-cikgu, dimana Yasmin? Yasmin mana? Selalu bertiga, ni berdua. Gaduh ke? Aku penat nak berhelah dengan cikgu. Akhirnya aku rendahkan ego dan minta maaf dengan Yasmin sebab pinggirkan dia.
Aku tak bagitahu kenapa aku pinggirkan dia. Dia mesti tahu apa salah dia pada aku. Aku teruskan hubungan aku dengan Yasmin. Kembali rapat.
Yasmin pula masih lagi dengan bangga mempamerkan kebahagiaan dia dengan Fahrin sedangkan aku sudah perlahan-lahan mengundur diri dan tawar hati.
“Terima kasih bagi hadiah. Susah-susah je”. Mesej yang di skrinshot dan ditampal di status whatsapp Yasmin.
Iya, itu pemberian daripada Fahrin. Sekali lagi aku tertampar dengan hantaran Yasmin. Keesokan harinya, Yasmin membawa hadiah-hadiah tersebut untuk ditunjukkan kepada aku dan Ainnur. Bangganya dia seperti sedang memerintah dunia.
Aku kecil hati dengan perangai Yasmin. Taktau dia mana salah aku sampai dia buat aku macamni. Aku marah. Sekali lagi memang aku marah terhadap Yasmin. Ainnur hanya memandang aku dengan isyarat yang aku sahaja faham.
Balik sahaja dari sekolah, aku mesej Fahrin. Aku tanya, dia ada bagi hadiah kepada Yasmin ke? Dan dia mengiyakan kerana Yasmin yang minta. Aku tanya mana hadiah untuk aku. Berbaur nada kesal dan terkilan.
Selama 4 tahun kenal, Fahrin tak pernah bagi aku hadiah. Tapi kenal Yasmin beberapa bulan, dah bagi hadiah. Paling aku terkilan, dia tak pernah pun nak ajak aku berjumpa. Atau nak kenal secara depan-depan.
Tapi dia boleh datang dari Johor ke negeri aku yang ambik masa 10jam untuk sampai dan ajak Yasmin berjumpa? Katanya kebetulan balik, jadi dia singgah kot boleh berjumpa.
Hello? Aku? Macamana dengan aku? Oh, aku lupa. Aku tak cantik. Bapak aku tak kerja, bapak dia ada restoran.
Fahrin ada bertanya apa hadiah yang aku nak dan dia meminta aku untuk memberikan dia alamat rumah untuk hantar hadiah. Tak!!! Bukan macamni cara dia. Kenapa kau kena bagi hadiah dekat Yasmin dulu? Aku tak perlukan hadiah pun!! Aku perlukan kau yang dulu.
Bentak aku dalam hati dengan kekecewaan. Aku menolak pelawaan Fahrin. Aku tak minta untuk dibelikan hadiah, yang aku minta hanya kesetiaan. Susah ke? Aku penat makan hati. Jadi aku ambik masa aku untuk pulih.
Selepas seminggu, aku delete nombor Fahrin. Aku terkilan. Aku nak move on. Aku masih berkawan dengan Yasmin. Tapi aku dah tak berhubung dengan Fahrin. Ada juga selepas beberapa minggu aku tak mesej Fahrin, dia pula yang mencari aku. Katanya dah lama tak mesej aku.
Dia kata, dia rindu aku sedangkan masa tu aku tengah sambungkan balik hati aku yang pecah. Banyak kali dia cari aku di whatsapp. Sebab dulu, aku yang selalu mulakan perbualan dengan dia selama 4 tahun. Sekarang aku dah berhenti berbuat demikian. Mungkin dia rasa kehilangan.
Apalah sangat kehilangan si hodoh ini. Hahahaa.. Ada satu hari tu, dia chat aku di facebook meminta kembali nombor telefon aku. Katanya hilang.
Tapi aku tak rasa dia hilangkan pun. Aku rasa, dia mungkin ingat aku dah tukar nombor sebab profile picture dan status aku dah takde kot.
Aku pun bagilah. Aku berbasa-basi minta nombor dia juga. Tapi aku tak save. Hahahahaa… aku kata, nanti aku mesej dia. Tapi aku tak mesej pun.
Dia yang mesej aku dulu. Dia tanya khabar. Dan macam biasa, dia cakap dia rindu sebab rasa dah lama tak berhubung. Aku hanya berhuhu.
Dapat mesej dari dia dah tak jadi kebanggaan ataupun penantian. Aku dapat rasa hati aku dah kosong.
Aku tawar hati dengan Fahrin. Eh bukan. Dengan semua lelaki. Eh… pun bukan. Dengan semua manusia. Aku mula melayan semua lelaki yang ajak kenal di Facebook, Wechat dan banyak lagi aplikasi cari jodoh yang lain.
Bila diaorang dah tunjuk rasa sayang, aku mula tinggalkan. Aku jadi macamtu lepas “cinta” aku dikhianati. Aku tak kisah kalau orang lain yang buat, tapi ni orang yang aku gelar sahabat, orang yang aku percaya.
Aku ada trust issue dengan dengan semua orang kecuali keluarga sendiri dan Ainnur sahaja. Orang yang hadir dalam hidup aku selepas dikhianati sahabat sendiri, aku dah tak percaya 100%.
Aku jadi seorang yang berhati-hati dalam berkawan. Orang kata, marah jangan lama-lama. Masa tu, aku memang marah pada Fahrin dan Yasmin.
Tapi sekarang, aku dah lepaskan semua. Aku tidak berdendam. Malah aku masih berteman dengan Yasmin. Fahrin pula sudah berkahwin dan ada seorang anak.
Macam aku kata, aku dah tak berhubung dengan Fahrin. Tapi seminggu sebelum perkahwinan Fahrin, dia ada PM aku di facebook.
Katanya, “Kirim kembali kalau memaafkan”. Dilampirkan sebuah video. Aku lupa video apa, tapi tentang kemaafan. Aku hanya membalas dengan tanda soal. Lalu aku diamkan sehingga sekarang.
Luka masih berbekas ye, anak-anak. Sampai sekarang, aku jadi toksik bila masuk dalam perhubungan baharu. Umur aku sekarang baru menginjak 25 tahun. Masih melanjutkan pelajaran di peringkat degree seperti yang aku inginkan.
Aku kejar apa yang aku nak. Dia cakap, nak kahwin awal tapi aku nak sambung belajar. Maka kahwin lah dia dengan pilihan dia. Aku masih belajar. Yang kelakarnya, dia tak kahwin pun dengan Yasmin. Dulu dia bercakap tentang nak anak berapa orang. Hahahahaa…
Alhamdulillah. Nasib baik aku tak pernah bercakap sampai sejauh tu dengan dia. Kalau tak, aib nya ya Allah. Jadi beringatlah dalam berkawan. Tak semua orang pandang kita macam kita pandang dia.
Oh iya, sebelum aku mengakhiri cerita panjang aku, aku cuma nak bagitau, aku akhirnya dah moved on dengan Fahrin 99% pada tahun 2020. 1% tu masih ada rasa marah. Hahahahaa… aku redha. Tapi aku masih ada trust issue untuk memulakan hubungan baru.
Kepada Fahrin dan Yasmin yang mengenali cerita ni, aku minta maaf kerana membuka kembali kisah silam kita. Tapi aku tak berdendam dan aku maafkan kalian. Disini sahaja cerita duhai sahabat. Nanti aku cerita kisah kekeluargaan pula. Jumpa lagi. Adios.
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit